CHAPTER 19: Imprint!

Fantasy Completed 5425

Perkara pertama yang dilihatnya waktu itu adalah tatapan sepasang mata yang bercahaya keemasan depannya. Langsung tidak sempat hendak memproses apa yang berlaku, Aerin tersandar di dinding dengan tangan berada di depan tulang selangkanya.

Nafas dihidungnya kedengaran sangat deras kerana terkejut. Dan bila dia melihat siapa orang dihadapannya, Aerin terus mengetap gigi dengan erat.

            "Apa yang kau fikirkan Ryu!Kan aku dah beritahu jangan dekati aku!"Aerin memukul lengan Ryu di tulang selangkanya saat itu.

              Makin kuat Aerin cuba menolak semakin kuat Ryu menekan lengannya ke tulang selangka Aerin. "Apa yang berlaku dalam balairung seri tadi?Misi apa?Dan siapa lelaki yang pandang kau tadi?"

Bibir Aerin terus terkatup taktala dia melihat mata Ryu bercahaya keemasan semula. Dalam diam dia pun menelan air liur gemuruh. Setahu dia mana-mana naga yang mempunyai sinar cahaya keemasan di mata bukanlah calang-calang naga.

Dan dia tidak kenal sangat dengan naga Ryu walaupun dia tahu jenis apa Ryu ini. Naga remaja dan naga dewasa sangat berbeza tahap kuasanya. Jadi kalau boleh Aerin tidak mahu mencetuskan sebagai kekecohan di sini dengan membuatkan Ryu naik marah.

              "Bukan urusan kau untuk tahu. Ke tepi sekarang."

               "Kenapa kau setuju untuk jalankan misi?Memangnya itu tugas Dragon Tamer!?" bisik Ryu dengan keras di depan muka Aerin.

               Tidak gentar dengan tatapan maut itu, Aerin mendongak ke atas. Bertemu mata dengan Ryu. "Kau ingat kau seorang aje yang boleh jadi pahlawan?Kalau kau risau aku akan rampas spotlight dari kau...jangan risau. Aku tak ada niat langsung nak jadi terkenal ke apa. Jadi lepaskan aku sebelum ada orang nampak!"

                "Kalau macam tu apa hubungan kau dengan pegawai istana Caspian?Apa hubungan kau orang berdua?"nafas Ryu menyapa wajah Aerin setiap kali lelaki itu bersuara.

                "Dah kenapa kau sibuk nak tahu?Asal?Kau nak buat dia jauhkan diri dari aku macam mana kau buat dekat aku dulu?Cukup la Ryu...matangkan diri kau tu. Kita bukan budak-budak lagi tau tak."

                Mata Ryu turun ke bibir Aerin serta merta selepas dengar tuduhan tu. "Kau masih percaya aku yang jauhkan semua orang dari kau?Kau pernah tanya tak samada aku buat semua tu atau tidak?"marahnya pula dengan suara perlahan. Keningnya mencerlung.

Masa Inilah Aerin teringat akan perbualannya dengan bekas senior dia. Pengakuan lelaki itu sendiri beritahu bukan Ryu yang buatkan lelaki tu tidak menemuinya. Tapi itu tak bermakna Ryu tak lakukan hal jahat yang lain padanya!

               "Kenapa kau diam?Tanyalah aku!"

Semakin lama semakin merapat Ryu menghimpit Aerin di dinding bilik bacaan istana tersebut. Berdekatan dengan dinding itu terdapat sebuah rak buku gergasi yang dipenuhi dengan buku-buku. Ryu penjurukan Aerin di antara rak tersebut dengan dinding di situ tanpa gadis itu sedari. Jadi kalau ada yang masuk ke bilik tersebut tiada siapa akan nampak kerana kedudukan mereka yang tersembunyi.

               "Ianya tak ada beza aku tanya kau ataupun tidak!Ke tepi sekarang."

               "Ada bezanya! Kau tahunya nak bencikan aku...salahkan aku. Tapi tak pernah cuba tanya aku...jahat sangat ya aku di mata kau selama ni?"

               "Aku tak nak dengar apa-apa!Lepaskan aku sekarang!"

               Ryu terus menolak kaki kanannya depan kedua belah kaki Aerin sebelum sebelah tangan memegang tulang pinnggul Aerin untuk mengunci tubuh gadis itu dari meronta. "Sabar aku ada tahapnya Aerin. Jangan paksa aku buat perkara yang kau tak suka...!"

Tidak bergerak atau melawan lagi, Aerin diam di situ membalas tatapan garang Ryu. Kenapa lelaki ni nak marah sangat pada dia?Memangnya dia dah buat apa?!

             "Beritahu aku...apa hubungan kau dengan Caspian?Dia kekasih kau?"

Aerin menjeling ke Ryu sebelum memalingkan mukanya ke kanan. Enggan menjawab soalan tersebut.

              Memang menyirap la Ryu dibuatnya bila Aerin buat tak endah. Dia alihkan tangan dari tulang selangka Aerin untuk pegang bawah muka tu supaya dapat dipalingkan. "Jawab Aerin."

              Berpaling laju muka Aerin ke depan Ryu semula dibuat lelaki tu. Secara refleks pada masa itu juga Aerin pegang tangan Ryu itu dengan kedua-dua tangannya. "Apa masalah kau ni!Dah aku tak nak jawab, Ya sudah. Kenapa nak dipaksa!?"

              "Sebab aku tak suka!"bisik Ryu depan muka Aerin.

Sedaya upaya Aerin cuba mengawal nafasnya untuk tidak kedengaran naik turun kencang. Namun semakin dikawal semakin sesak dada dibuatnya. Perutnya juga memulas semacam bila suara dalam Ryu berbisik begitu.

             "Tak..."jawabnya selepas itu dengan terpaksa. Serius! Dia tak faham kenapa Ryu lakukan semua ni. "Aku dengan Caspian tak ada apa-apa. Puas hati sekarang?"

              Barulah mata bercahaya Ryu tadi kembali menjadi warna mata yang normal. Lelaki itu menurunkan tangannya dari bawah muka Aerin. "Kemudian...misi apa yang kau terima?Adakah ianya berbahaya?"

Hish!Apa masalah Ryu ni!Aerin pandang Ryu sambil menggigit geram bawah bibir. Kan bagus kalau mereka tidak bertemu langsung selepas berpisah dulu!

               "Aku tak tahu. Master yang serahkan misi ni pada aku sebelum aku sempat bantah..."

                "Kau sendiri?"

Masa ini Aerin tidak menjawab. Dia tunduk memandang ke bawah sambil menggigit lagi bahagian dalam bibirnya. Sendirilah...dia tidak berani ambil risiko dengan membawa orang lain sebagai temannya. Dia tak sanggup bahayakan nyawa sesiapa lagi. Cukuplah  itu aje.

                Ryu perasan akan riak wajah serius Aerin tadi tiba-tiba menjadi mendung. Dan aura sekeliling badan Aerin tiba-tiba menghilang. Tiada lagi gelombang di tubuh Aerin seperti biasa. Membuatkan dia terkedu. "Berapa lama kau dah macam ni?"

               "Bukan urusan kau..."jujur Aerin beritahu. Dia tak dapat hendak menjawab kerana sikap pelupanya. Nak cuba ingat namun tak sempat hendak ingat, dia lupa tidak lama lepas tu. "Kalau kau nak bersimpati...simpan aje simpati kau tu. Aku tak perlukannya. Sekarang lepaskan aku. Aku nak keluar..."Aerin cuba menolak dada Ryu di depannya untuk menjarakkan mereka berdua, tetapi tolakkan dia itu ibarat menolak dinding. Langsung tak bergerak dan sia-sia.

Rahang Ryu berketik lagi. Lelaki itu berkerut kening tidak puas hati. Kenapa Aerin tidak pernah berhenti menolak dirinya!Apa yang dia dah lakukan sehinggakan Aerin tidak pernah cuba menerima dirinya?Sedangkan orang di luar sana berlumba-lumba menginginkan perhatian dia!Sementara Aerin!Dulu atau sekarang tak pernah cuba menerima dirinya ini! Ianya benar-benar buatkan dia hendak hilang kawalan saat ini!

Dia tak boleh bersabar lagi!

                  "Aerin...aku cuba bertoleransi dengan kau sebaik mungkin. Tapi kau yang paksa aku lakukan hal ni.."beritahu Ryu tiba-tiba.

                  Hal itu membuatkan Aerin pandang tidak faham. Dia berkerut kening. "Apa maksud ka-"

Tanpa amaran, Ryu tarik kolar cekak leher Aerin sebelum butang kolar itu terbuka dan mendedahkan leher Aerin masa itu juga. Membuatkan Aerin menahan nafas dengan kuat akibat terkejut.

                  "Kau tahu...aku adalah naga solo tanpa penunggang. Yang mana tak sepatutnya begitu kerana naga tanpa penunggangnya takkan dapat bertahan lama..."beritahu Ryu sambil memegang depan perut Aerin untuk tolak badan itu supaya bersandar lurus ke belakang sementara sebelah tangannya berada di bahu kiri Aerin yang terdedah tadi.

Saat tangan Ryu menekap akan bahunya, Aerin berasa seperti ada sesuatu sedang melecurkan kulitnya!

               "Ah-sakit!Ryu apa yang kau-"

Masa itulah satu gelombang muncul dalam kepala Aerin. Membuatkan dia menahan nafas dengan dalam cuba menahan rasa sentakan gelombang itu pada badannya. Ianya seakan sesuatu sedang menghimpit badannya sedikit demi sedikit dan menghalang dia dari bernafas dengan betul.

               "A-apa kau cuba buat ni?"sebut Aerin dalam keadaan tercekik. Sedangkan tiada apa-apa pun yang membuatkan dia tercekik secara fizikal di situ.

Ryu tidak mempedulikannya untuk jawab.

               "Selama lima tahun seorang demi seorang penunggang cuba imprint aku untuk menjadi naga mereka...dan kau tahu apa aku buat selepas tu?"kali ini mata Ryu bercahaya semula membuatkan mata Aerin turut mengeluarkan cahaya yang sama dengan mata Ryu.

Semakin lama semakin timbul urat belirat di leher dan pelipis Aerin. Gadis itu cuba memukul badan Ryu tetapi akibat rasa dihimpit yang dirasai buatkan dia tidak kuat hendak melawan. Rasa pedih boleh dirasai pada bahu kirinya.

Ryu cuba bunuh dia ke apa ni!?

              "Ngh...Ryu-"

              "Aku tolak...setiap seorang tu sebab hanya naga itu saja boleh memilih siapa penunggang mereka. Kau tahu kan penunggang dan naga tu akan jadi satu badan satu nyawa selepas mereka imprint..jadi kalau naga tu dah pilih siapa yang mereka mahukan untuk di imprint...suka atau tidak, orang itu perlu terima.."Ryu mengalihkan tangannya dari bahu kiri Aerin.

Bahu yang tidak ada apa-apa tadi telah berbekas dengan satu parut berbentuk menjalar berwarna merah.

             "Dan aku dah pilih siapa orang tu sejak awal lagi..."beritahu Ryu tepat di depan bibir Aerin.

Dia pandang dengan mata terbutang kaku penuh terror!Barulah Aerin sedar apa yang Ryu cuba lakukan kepada dia waktu itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience