CHAPTER 67 : Paksa

Fantasy Completed 5425

Pagi itu Aerin disambut dengan katil kosong ketiadaan suaminya. Celik sahaja mata kelibat Ryu tidak dilihat di mana-mana. Sarapan dia pun bersendirian di dalam bilik tidur. Dihidangkan oleh dayang yang bertugas untuk melayani Aerin sepanjang masa Aerin di istana Utama Stone Hill. Seusai sarapan Aerin di bantu untuk bersiap.

Ekoran kebosanan dia ambil keputusan untuk keluar buat mengambil angin dan melihat sekitar Kawasan istana. Seperti yang diduga beberapa orang pengawal mengekori setiap Langkah yang di aturnya. Menggunakan peluang yang sedia ada Aerin merencana suatu idea tidak terduga.

Sampaikan mereka yang dengar tergamam sendiri.

            "Maafkan saya, tuanku katakan apa tadi?"pengawal diraja itu bersuara.

             Aerin menyilang tangan ke dada dan melirik tiga lelaki di hadapannya silih berganti. "Saya arahkan kamu untuk menjelma dalam bentuk naga sekarang juga..."ada sesuatu yang dia ingin pastikan.

             "Untuk apa tuanku?"

             "Buat sajalah...susah sangat ke?Atau nak saya arahkan pengawal diraja lain yang lakukannya untuk saya?"kerut Aerin berasa jengkel dan rimas di situ.

             "Adakah tuanku hendak keluar dari Kawasan istana ini?"

              Kalau dia keluarpun Ryu akan tetap dapat menjejak keberadaan dia. Ingat dia dah tak ada kerja lain ke untuk buat kerja sia-sia tu. "Kenapa?Kamu tak nak?"

              "Bukan kami tak nak, tuanku perlu beritahu alasan yang jelas kenapa tuanku mahu kami menjelma dalam bentuk naga.."tegas pengawal pertama yang bertanya tadi.

              Hela panjang lepas dari hidung Aerin selepas dia cuba hendak elak dari meninggikan suara atau hilang kawalan di situ. "Saya perlu pastikan sesuatu. Sebab itu kamu perlu menjelma sebagai naga supaya saya dapat pastikan perkara yang saya nak tahu tu..."

Untuk seketika mereka semua di situ mendiamkan diri dan berfikir untuk mempertimbangkan permintaan permaisuri mereka itu. Nak diturutkan risau mereka dihukum tak diturutkan mereka akan juga dihukum. Bagaimana tu?

             "Kalau begitu boleh kita lakukannya sewaktu Raja Ryu ada bersama kita nanti?"cadang pengawal kedua pula.

             "Kenapa perlu tunggu Ryu...kamu boleh saja lakukannya sekarang!Bukannya tempat ini sempit sangat. Kawasan laman berumput di sini cukup untuk kamu bertiga menjelma dalam bentuk naga..."Aerin menunjukkan Kawasan laman berumput disekeliling sambil itu.

               "Maafkan kami tuanku, bukan niat hendak membantah, tetapi Raja Ryu sudah bertitah untuk tidak menjelma dalam bentuk naga dihadapan tuanku sekiranya baginda tidak bersama dengan tuanku."jelas pengawal ketiga pula.

                 Kenyataan itu semakin membuatkan Aerin menjadi nekad hendak memberontak di situ. "Kenapa Raja Ryu berkata begitu?"

Terus menunduk ketiga-tiga kepala di situ tidak dapat memberi penjelasan kerana mereka semua sedia maklum bahawa isteri kepada putera mahkota Raja Evan adalah seoranng Dragon Whiperer. Itu bermakna jika mereka berubah menjadi naga bila-bila masa saja Aerin boleh mengawal mereka tanpa mereka sendiri sedarinya.

Crick!

              Gigi Aerin bergesel taktala dia mengetapnya menahan rasa. "Ohh..jadi kamu sudah tahu apa akan jadi sekiranya kamu menjelma dalam bentuk naga?Ryu yang beritahu?Sebab itu suami saya tidak benarkan mana-mana kamu menjadi naga di hadapan saya?"dia menduga.

              "Maafkan kami tuanku."

Dada Aerin mula berombak. Nafasnya naik turun cuba hendak menahan sabar. "Kalau begitu arahkan Ryu untuk keluar ke sini segera. Arahkan dia supaya bertemu dengan saya di sini sekarang."jelingnya keberangan pada ketiga-tiga pengawal di situ.

             "Untuk itu, Raja Evan dan Raja Ryu sekarang berada di luar menguruskan hal ehwal peperangan mereka."beritahu pengawal pertama.

Ahhh!

Aerin mengguling mata ke atas kejengkelan. Rasa nak menjerit pun ada. Selain mengawal gerak geri dia,Ryu juga telah mengawal kuasa dia!?
 
               "Tuanku...sebaiknya tuanku masuk ke dala-"

                "Diam!"ketap Aerin dengan mata kemerahan dan kepalan penumbuk dalam genggaman. Dia begitu marah sampaikan tidak terkata dibuatnya. Sudahlah dia tidak dapat menggunakan sebarang kuasa, hendak nak lakukan itu dan ini semuanya dikokong. Memangnya dia ni apa buat Ryu?Kenapa suaminya itu tidak memperlakukan dirinya ini seperti manusia selayaknya. Ini tidak sudah seperti tahanan Ryu dia rasakan ada la!

Mereka di situ berkerut kening. Semakin serba salah bila melihat wajah merah dan air mata yang bertakung di kolam mata itu.

                "Boleh saya tahu apa alasan tuanku minta kami menjelma dalam bentuk naga?Adakah tuanku hendak pergi dari sini?"

                 Setitis air mata jatuh menitis dari mata kiri Aerin saat dia dongak memandang pengawal kedua di hadapannya. "Saya cuma nak pastikan yang kuasa saya masih ada pun tidak. Saya takut kalau kuasa saya telah hilang seiring sama dengan kemusnahan yang berlaku di Xenthopia.."jelasnya dengan sedih. Sudah lama dia tidak gunakan kuasanya ini. Macam mana kalau dia sudah tiada apa-apa kelebihan atau kemampuan?Macam mana kalau dia ni tidak berguna lagi!?

               "Apa kau cuba lakukan ni?"bisik pengawal ketiga kepada pengawal kedua.

              Pertanyaan itu tidak dihiraukan pengawal   kedua. Dia malah melepaskan hela nafas panjang. "Kalau macam tu janji dengan saya satu perkara. Sekiranya saya menjelma menjadi naga tuanku tidak cuba melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan Raja Ryu murka."

                "Hentikannya Eli."tegas pengawal pertama kepada pengawal kedua disebelahnya Ketika itu. "Kau tahu kalau Raja Ryu tahu tentang hal ni?"

                "Saya janji.."angguk Aerin serta merta. "Tak lama pun. Sekejap aje.."

Pengawal kedua itu pun bergerak ke tengah laman itu tanpa berlengah. Sesaat selepas dia berdiri situ seluruh tubuhnya bercahaya sebelum satu jelmaan naga berdiri megah di hadapan Aerin serta dua orang pengawal tadi.

                 "Kau memang cari masalah Eli.."gumam pengawal ketiga dengan muka tergamam.

Sementara pengawal pertama kelu tidak terkata.

Tidak membuang masa, Aerin terus maju ke hadapan. Dia berdiri dihadapan naga hijau bersisik emas itu sebelum dongak ke atas. Dia cuba gunakan kuasa psikik untuk bercakap dalam kepala pengawalnya itu. Namun tiada apa-apa yang berlaku. Dia tidak dapat menyalurkan sebarang tenaga apalagi menggunakan kuasanya.

               "Kenapa tak boleh?"kedua-dua tangan di angkat. Aerin cuba hendak merasai kuasanya tetapi tiada. "Adakah kuasa aku terhapus kerana Xenthopia musnah?"bicara sendiri masih tidak terkata.

Deru angin bertiup kuat semasa pengawal kedua tadi berubah semula menjadi manusia.

              "Bagaimana tuanku?"soalnya berdiri di depan Aerin.

              "Kenapa dengan saya?"dengan air mata bejuraian di pipi Aerin pandang pengawal di hadapannya tersedu sedan kerana panik. "Kenapa kuasa saya tak dapat digunakan?"soalnya masih tidak mengerti kenapa dia tidak dapat merasai kuasany lagi. Adakah kuasanya sudah meninggalkan dirinya!?

Lantas mata pengawal kedua itu turun ke rantai yang tergantung pada leher Aerin. Dia tahu tapi ambil keputusan untuk tidak mengatakannya.

                "Patut ke saya menjelma semula?"

                Aerin menggeleng kepala sambil berpaling dari situ. "Saya nak masuk bilik...."ucapnya dengan sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience