Pancuran air tumpah ke atas pohon bunga yang mekar berkembang. Titisan jernih itu membasahi setiap kelopak dan daunan yang menghijau berwarna warni. Membuatkan biasan kilauan dari cahaya matahari pagi menghasilkan lekukan pelangi padanya.
Maid bertugas yang menyiram dan mengemas kawasan tempat dimana batu peringatan raja terdahulu bersemadi berada di beberapa tempat dalam ruangan tertutup itu. Kesemua mereka mengenakan pakaian khas dayang istana warna merah merun golden. Membezakan setiap ranking dayang di situ.
Walaupun berbusana seorang permaisuri, mengenakan mahkota di atas kepala dan perut sarat mengandung, semua itu tidak menghalang dari ikut aktiviti membersih kawasan tersebut. Di hadapan tugu peringatan, bercangkungnya Aerin sedang membersihkan tempat itu. Dia sedang memberus batu yang terdapat nama 'Corra Red Sapphire'. Menghilangkan kesan lumut yang berkumpul. Begitulah rutinya setiap sekali dalam sebulan. Di masa lapangnya, Aerin akan ke situ untuk membersihkan kawasan tersebut sebagai penghormatan buat keluarga Ryu.
Keadaan tenang pada pagi itu disambut dengan kicauan burung dan suara unggas menyanyi. Diselangi dengan bunyi air mengalir dari kolam pancur air di penjuru kawasan tugu peringatan. Menjadikan ia sebagai healing time buat Aerin dari penat kehamilannya yang sudah masuk usia 8 bulan. Disebabkan bawaan kandungannya itu, mood Aerin kadang baik, kadang tidak baik. Yang mana turut mempengaruhi emosi Ryu kerana bonding mereka berdua.Jadi hanya ke situ saja dapat menenangkan Aerin.
Sedang dua orang dayang bergerak mahu membawa keluar bekas berisi sampah, mereka bertembung dengan kumpulan iringan Raja Ryu di hadapan laluan masuk tempat tersebut. Membuatkan mereka serta merta tunduk melutut ke bawah memberi hormat padanya.
"Selamat pagi tuanku..."
Ucapan tersebut membuatkan kesemua yang ada ikut berpaling. Sama ada yang sedang sibuk buat kerja atau berborak, segalanya terhenti semata hendak memberi tunduk hormat akan kehadiran Ryu ke situ.
Begitu juga dengan Aerin. Namun pergerakkannya perlahan kerana perutnya yang sarat. Maka dua dayang diperlukan untuk membantunya bergerak. Namun belum sempat dua orang dayang mahu menyambut Aerin bangun, Ryu terlebih dahulu melutut di hadapan isterinya untuk memimpinnya bangun.
"Tuanku.."hulur Ryu akan tangannya ke depan Aerin untuk disambut.
Bersama senyuman kecil di bibir, Aerin cengkam tangan Ryu. "Terima kasih."
Ryu kemudiannya memeluk belakang pinggang Aerin semasa membantu Aerin berdiri.Lantas kesemua dayang-dayang pun mulai beransur mengundurkan diri. Ingin memberikan privasi buat pasangan suami isteri tersebut. Yang tersisa hanyalah dua pengawal diraja naga di laluan masuk tempat tersebut.
"Saya rindukan awak Aerin..." kucup Ryu di tengah dahi Aerin. Melampiaskan rasa rindu yang berbuku di dalam dada selepas dua minggu keluar negeri atas urusan diplomatik kerajaan ayahandanya. Biasanya Aerin dibawa bersama sekiranya Ryu ke mana-mana. Namun selepas Aerin dalam keadaan sarat, hendak tak hendak Ryu terpaksa meninggalkan Aerin. Yang mana cukup menyeksa dirinya kerana terpaksa berjauhan untuk tempoh yang lama.
"Saya pun..."senyum Aerin melingkarkan tangan kesekeliling pinggang Ryu.
Terus Ryu bawa kepala Aerin ke dada saat mendakat tubuh itu memberi keselamatan. Dan Aerin menyembamkan wajahnya untuk melepaskan perasaan lega dan selamat setelah didakap begitu dengan suaminya. Tanpa mengatakan apa-apa mereka berdua saling mengerti perasaan masing-masing saat itu.
Rindu.
Lega.
Selamat.
Semuanya bercampur baur.
"Kenapa awak berada di sini Aerin?Awak tak sihat ke?"
Tanpa meleraikan pelukannya, Aerin menjarakkan kepalanya dari dada Ryu untuk memandang wajah itu pula.
"Dan kenapa awak berada di sini Ryu?Saya fikirkan awak akan pulang esok selepas lawatan awak ke Negeri Cahaya?"soal Aerin pula.
"Sebab saya rindukan awak la..."lantas Ryu mengucup bibir Aerin sekilas. "Saya selesaikan secepat mungkin urusan di Istana Cahaya bersama ayahanda. Selesai aje semua terus saya terbang ke sini sepantas kilat..."
"Oh ya?Patut ke saya puji akan usaha awak tu Raja Ryu?"ketawa Aerin saat bibirnya dikucup.
"Awak patut..."Ryu kemudiannya menjarakkan tubuh mereka semata untuk tunduk memegang perut Aerin. Dengan kasih dia mengusap baby bump itu. "Macam mana dengan anakanda hari ni?Jadi budak baik ke?"
Aerin pun menyandarkan kepalanya ke dada Ryu semula dengan sebelah tangan memeluk belakang pinggang Ryu. "Banyak bergerak...siang atau malam, tak kira masa...tendang sana tendang sini...sebu rasanya.."ngadunya perlahan saat meletakkan tangan atas tangan Ryu yang sedang mengusap perut.
"Lasak?Baby boy ke?"duga Ryu dengan tawa kecilnya.
"Tak semestinya lasak tu mesti baby boy..."
"Kalau dapat baby girl pun okay juga. Ada la kawan untuk bergaduh nanti.."seloroh Ryu memusingkan mereka berdua ke arah pintu keluar. Dia merehatkan tangannya di belakang pinggang Aerin memimpin isterinya untuk berjalan.
"Itu aje la tahu awak..."
"Dah itu je kerja tetap saya sepanjang bersama dengan awak kan. Bergaduh."
Jawapan Ryu itu mengundang jeling dari Aerin. Dia sempat memukul dada Ryu.
"Memangnya awak balik-balik aje ke sini nak menjengkelkan saya ke Ryu?"
"Salah ke jawapan saya tu?"
"Ugh!Awak ni kan!Mujur saya tengah sarat sekarang. Kalau tidak memang dah kena tendang sekarang jugak.."
Terbahak-bahak Ryu ketawa. Meninggalkan gema suaranya ke sekeliling ruangan persemadian itu. Yang mana biasanya muram penuh dengan aura kesedihan. Namun tidak lagi...kini tempat itu ditinggalkan dengan keceriaan dan seri bersinarnya.
Sudah beberapa bulan berlalu sejak peperangan antara kumpulan pemberontakan Bishop Harman dan tentera diraja naga Ryu Fury. Sejak itu keamanan berlangsung dengan harmoni. Suasana suram dan mendung diganti dengan langit cerah dan awan berarak. Kesedihan diganti dengan kegembiraan. Dendam dan tanggisan kehilangan insan tersayang digantikan dengan kemaafan.
Arran kini ditempatkan kawasan yang terjejas gara-gara serangan Bishop Harman. Dia yang membersihkan kesan kemusnahan. Membantu para penduduk membina semula kehidupan mereka yang musnah. Walaupun sakit, namun para penduduk bangkit menyembuhkan luka dan kehilangan yang terjadi. Selama lapan bulan itu Arran merantau dari satu daerah ke daerah lain yang musnah dek Bishop Harman.
Raja Emmeth dan Puteri Mara yang digulingkan kuasa kini tinggal disebuah pulau terbiar. Mereka dibantu oleh Ryu sendiri dengan bekalan makanan dan harta buat kelangsungan hidup. Dan takkan kembali lagi ke Empire Xenthopia kerana sudah mengikat perjanjian dengan Ryu sebagai tanda maaf dan ganti rugi diatas peperangan yang terjadi.
Naga-naga yang terlibat dalam peperangan Bishop Harman telah di brainwash dengan kuasa Dragon Whisperer Aerin agar perasaan dendam dan benci mereka dihapuskan. Dan dipulangkan ke negeri masing-masing untuk menjalani kehidupan mereka kepada sediakala.
Sementara Bishop Harman yang telah dihilangkan ingatannya mengenai Arran, Aerin mahupun kehidupan perkahwinannya yang dahlu kini menjalani hidup sebagai seorang master mengajar anak-anak muda menggunakan kuasa magis dan melatih naga muda yatim piatu yang kehilangan ibubapa mereka kerana peperangan. Beliau awalnya hairan kenapa tidak mengingati apa-apa. Sekali selepas diberitahu yang beliau cedera parah kerana peperangan, Bishop Harman pun menerima hakikat itu tanpa persoalan.
Sebelum itu Aerin telahpun menceritakan segalanya kepada Ryu mengenai siapa dirinya, Arran dan Bishop Harman. Dari awal hingga ke akhirnya. Selepas dijelaskan segalanya, Ryu bertumpah simpati dengan keputusan Aerin yang sanggup mengorbankan ayah sendiri demi menyelamatkan dirinya. Membuatkan Ryu semakin nekad untuk mencintai Aerin tanpa berbelah bahagi. Ryu fikirkan Aerin tidak akan pernah memilihnya sehingga akhir cerita. Rupanya tak. Aerin memang akan sentiasa jadikan dirinya sebagai pilihan pertama tidak kira apa yang terjadi.
Begitu la kehidupan Ryu dan Aerin selepas peperangan reda. Suasana ceria dan harmoni yang mengiringi harian mereka.
Keadaan aman dan subur telah perlahan-lahan menyelimuti seluruh negeri jajahan Raja Ryu Fury. Di bawah kepimpinan yang saksama dan mesra rakyat.
Share this novel