Genap 19 tahun, setiap naga muda yang menuntut di dalam akademi Dragon Tamer akan tamat belajar di situ sebelum mula masuk ke dalam kem latihan khas buat naga-naga dewasa untuk dijadikan sebagai naga pejuang.
Begitulah yang terjadi pada Ryu Fury selepas usianya mencecah 19 tahun pada musim bunga tahun itu. Dia dengan jayanya tamat belajar sebagai naga muda dibawah bimbingan Bishop Harman. Bukan setakat lulus, malah Ryu Fury terkenal dikalangan para gadis di luar mahupun dalam akademi sendiri kerana ketampanannya. Sudahlah terkenal malah gagah lagi tu. Siapa aje yang tidak akan jatuh cinta pada jejaka muda yang seorang ini.
Bersama dengan beberapa lagi naga muda seusai dengannya Ryu Fury menjalani upacara graduasinya. Dengan mengenakan uniform rasmi akademi, naik pentas, membuat sedikit ucapan sebelum sesi mengalung mahkota bunga. Waktu itu ramai ibubapa dan sanak saudara hadirkan diri memeriahkan majlis tersebut. Tetapi tidak buat Ryu Fury. Lelaki itu merupakan Yatim piatu. Maka tiada sesiapa yang hadir untuk meraikan graduasinya.
Mentornya iaitu Bishop Harman la yang mengganti tempat ibubapa Ryu untuk mengambil anugerah bersama Ryu dan memberi pelukan taniah kepada naga muda tersebut. Ditemani Aerin sendiri tanpa kerelaan gadis tersebut. Ianya kerana dia memang sudah nekad enggan mempunyai sebarang interaksi dengan Ryu.
Suasana di situ agak menyentuh hati. Tetapi tidak lama, ia berubah menjadi penuh debaran.
Kenapa?
Kerana saat untuk sesi mengalungkan mahkota bunga kepada naga yang graduasi dimaklumkan. Menarik perhatian para gadis yang hadir di majlis tersebut.
Menurut upacara tersebut, mana-mana yang terpilih dengan naga graduasi di situ bakal mengalungkan mahkota bunga tersebut.
Disebabkan Ryu Fury adalah satu daripada calon naga yang graduasi, maka berebut-rebut la gadis yang hadir di situ ingin mengalungkan mahkota bunga kepadanya. Mereka bersungguh ingin berdiri di situ untuk memberikan kalungan mahkota bunga yang mereka sediakan dari awal kepada Ryu.
Disaat mereka berdiri di situ menanti dirinya di panggil, Ryu lirik setiap mereka di situ sebelum berpusing menghadap Bishop Harman. Pada masa yang sama Aerin sedang berdiri di samping lelaki tersebut. Jadi Ryu berarak ke arah mereka.
Bishop Harman tersenyum senang sebaik mengerti apa yang berlaku di situ. Dia palingkan kepala ke sisinya lalu berkata.
"Aerin"
Tersentak dari menungnya waktu itu, Aerin pantas memaling kepala ke Bishop Harman. "Ya saya?"keningnya terangkat tinggi.
"Ambil ni.."Bishop Harman menyerahkan mahkota bunga kepada Aerin.
Hairan dengan pemberian tersebut, Aerin tunduk memandang kalungan mahkota bunga tersebut sebelum mencapainya sambil pandang ke Bishop Harman. "Untuk apa ni?"soalnya selepas itu.
"Itu..."Bishop Harman menunjuk ke depan Aerin.
Berpaling saja Aerin ke depan, dia bertemu dengan dada Ryu. Matanya berkedip satu katil kerana terkejut. Bila masanya lelaki ini muncul?
"Kamu perlu kalungkannya ke atas kepalanya sebagai penutup upacara graduasi ni Aerin."maklum Bishop Harman.
Waktu itulah Ryu Fury melutut sebelah kaki di hadapan Aerin dengan tangan berehat atas lututnya. Kepalanya sedia tunduk hendak menerima kalungan mahkota bunga itu.
"Tapi kenapa saya?"tanya Aerin dengan kekok kepada Bishop Harman.
"Kerana Ryu memilih kamu.."beritahu Bishop Harman.
Apa yang lelaki ni fikirkan!?Lupa ke apa yang dia maksudkan lama dulu? "Orang lain kan ada?"beritahu Aerin masih tidak bergerak hendak meletakkan kalungan mahkota bunga itu.
"Tidak boleh begitu. Aerin, Ryu sekarang merupakan naga pejuang rasmi. Maka dengan adatnya, bila Ryu memilih siapa yang patut berikan kalungan mahkota bunga kepadanya orang yang terpilih harus lakukannya."jelas Bishop Harman.
Bersama perasaan menggerutu tidak Sukanya, Aerin tunduk memandang kepala Ryu di depannya. Dia berharap yang dia tidak datang ke situ. Kenapa la dia datang!
Ryu mengangkat kepalanya. Dia pandang Aerin dengan renungan tidak dapat ditafsirkan waktu itu. Lelaki itu seakan ingin menyampaikan sesuatu tapi tidak terluah.
Stop!Jangan pandang dia macam tu!Aerin begitu bergelut dengan perasaan dia waktu itu. Separuh hati suruh dia baling kalungan mahkota bunga itu ke muka Ryu, separuh hati lagi beritahu mungkin ini akan menjadi kali terakhir dia bertemu dengan Ryu, jadi sebelum berpisah sebaiknya dia buat baik!
"Aerin?Kamu tunggukan apa lagi tu?"Bishop Harman menegur kerana Aerin langsung tidak bergerak sejak tadi.
Pada masa yang sama waktu itu semua orang pandang ke arah Aerin dan Ryu waktu itu. Sama ada renungan iri atau benci. Semuanya ada di setiap renungan mereka di situ.
"Taniah atas graduasi awak Ryu Fury."ucap Aerin dengan nada mengalah dia akhirnya. Selama setahun dia tidak bercakap dengan Ryu!Dan hari ini pecah rekod dia bercakap semula dengan manusia jelmaan naga di hadapannya ini.
"Terima kasih."tunduk Ryu bersedia hendak menerima kalungan tersebut.
Lantas Aerin angkat kalungan mahkota bunga itu ke atas kepala Ryu sebelum ia tergeletak kemas pada rambut berkilat lelaki itu.
Bishop Harman yang menyaksikannya menarik senyuman lebar kerana senang hati.
Share this novel