CHAPTER 35 : Perutusan

Fantasy Completed 5425

Knock!

Knock!

           "Hello!"jengah Brianna di kuakan pintu bilik Aerin. Dia tersengih lebar. "Sibuk ke?"

            Sambil membetulkan lapik di katil Aerin   mengangkat kepalanya ke pintu. "Kenapa?"

             "Ini..ada perutusan untuk kau. Orang istana hantarkan.."Brianna mengipas-ngipas sampul surat putih yang bercop meterai depan muka. Setelah tiba di depan katil surat itupun diserahkan lepada Aerin. "Sepertinya jemputan rasmi.."Brianna duduk di katil itu menghadap Aerin.

           "Siapa yang berikannya?"

           "Orang istana."

Sampul itupun dibuka. Bila di buka , Aerin mendapati sehelai kertas telah ditampal sekali pada sampul tersebut. Dan tulisan berangkai dengan dakwat emas tercoret padanya.

            "Kau dapat jemputan ke?"soal Brianna sambil memandang wajah Aerin.

             Mata Aerin bergerak dari kiri ke kanan setiap kali membaca butiran dari catatan di situ. "Ha'ah...dari Caspian."beritahunya setelah selesai membaca maklumat bahawa Caspian telah menjemput dirinya untuk menghadiri majlis tari menari yang diadakan oleh Puteri Mara Ferin. Katanya Caspian mahu dia menjadi pasangan di majlis itu nanti.

              Brianna yang dengar ketawa dalam diam. Dia tidak sangka yang Caspian benar-benar nekad mahu mengambil hati Aerin. Sedangkan tak lama lagi nyawa Aerin akan berakhir di tangan yang sama. Kenapa Caspian lakukan hal sia-sia begini? "Kau akan pergi ke?"

               Sampul putih tadi dilipat semula dengan Aerin sebelum dia menyimpannya ke dalam laci di sebelah katil. Lantas menyambung semula kerja mengemas katil. "Aku tak pasti..."kata-kata Ryu buatkan dia berbelah bahagi hendak buat keputusan. Kalau dia ingkat apa yang akan terjadi pada dirinya nanti?Adakah sihir itu akan buatkan dia sakit atau benci pada Caspian jika lelaki itu berada dekat dengan dia?

               "Kenapa tak pasti pulak?Pergi aje la. Bukan selalu kau dapat pelawaan macam ni"

                "Kalau macam tu apa kata kau aje yang pergi. Ganti tempat aku.."
 
                 "Eh...aku pulak. Kan yang di ajak kau...bukannya aku."

                 Memanglagh..masalahnya dia tak nak Ryu naik angin lagi sekiranya dia dekati Caspian. Nanti yang kena dia jugak. "Kenapa kau dekat sini?"dalihnya enggan meneruskan perbualan tersebut.

                 "Saja..aku bosan. Kelas aku habis awal hari ni. Kau macam mana?Aku dengar tak sihat. Dah okay belum?"mata Brianna mematai dari atas ke bawah. Ingin mencari apa yang kurang pada Aerin. Tapi tiada. Semuanya Nampak baik-baik saja.

                "Aku okay.."Aerin berpusing ke arah jendela. Dia buka pintu jendela itu keluar sebelum mencapai alat penyiram pokoknya. "Terima kasih hantarkan surat tu tadi."

              "Tiada masalah. Aku tak kisah."Brianna pun bangun. "Okay la. Aku keluar dulu."pamitnya.

Aerin tidak menghiraukan keberangkatan Brianna. Dia hanya diam termenung melihat pokok-pokok yang dia siram waktu itu. Patut ke dia beritahu Caspian supaya lelaki tu berhenti cuba dekati dia? Tapi apa yang dia nak katakan?Caspian tak boleh tahu mengenai imprint. Nak kata ada teman lelaki?Ryu teman lelaki dia?Status mereka berdua pun dia tidak jelas...nak jelaskan bagaimana?

Tuang punya tuang, pokok yang Aerin siram sudah dibanjiri dengan air dipasu. Sampaikan air tersebut melimpah tumpah keluar daripada pasu tersebut.

Masa itulah satu tangan muncul dari bawah tangan Aerin menyelinap ke tepi pinggang sebelum tangan itu hinggap pada tangan yang sedang memegang alat penyiram pokok tersebut.

               "Ha!"Aerin tersentak menahan nafas sebelum  dia memandang ke balik bahu.

               "Jauhnya kau termenung.."Ryu mengucup cuping telinga Aerin saat dia mengalihkan penyiram dari tangan Aerin. "Kesian pokok ni kau siram sampai melimpah macam ni."

Merinding Aerin dibuat suara gemersik Ryu pada telinga dia. Lelaki ni suka betul gunakan kuasa ikut suka untuk menyelinap masuk ke bilik tau!Rimas kadang-kadang!Rasa macam nak gali lubang dan duduk dalam lubang tu supaya tidak didekati begini.

             "Apa kau buat dekat sini Ryu?"

              Lantas Ryu pegang kedua belah pinggang Aerin selepas memusingkan badan itu menghadapnya. "Temui kau...untuk apalagi?"

             Masa itulah Aerin perasan akan luka di bibir kanan Ryu. Matanya dikecilkan kerana berasa curiga. Luka apa pulak tu? "Aku ada hal yang perlu di lakukan. Bukan hari ni.."dada itu cuba di tolak.

            "Hal?Hal apa?"kening Ryu terus berkerut.

            "Hal aku la!Lepas kan aku!"

           "Beritahu aku dulu...kau nak ke mana?Dengan siapa?"

Ish!Marah-marah Aerin menjeling ke Ryu. Wajah kacak dan bersih dari misai itu dipandang mencerun.

           "Kau fikir aku tak ada kerja lain ke selain nak berkepit dengan kau 24 jam?Tepi la..rimas aku tahu tak!"renggusnya cuba menurunkan tangan Ryu yang sedang memegang kedua belah pinggangnya.

            Ryu dorong badan Aerin bersandar pada jendela di situ. "Beritahu aku sekarang atau aku cari tahu sendiri?"

Untuk seketika Aerin membalas tatapan mencabar Ryu kepadanya. Dia tak nak beritahu sebab dia nak uruskannya sendiri. Lagipun kalau Ryu ada sekali, susah dia nak fokus.

           "Aku nak ke Bazar Olga Ok bawah tanah."

           "Kau nak cari apa?"

           "Kedai buku bawah tanah. Ada sesuatu yang aku perlu siasat."

            "Sendirian?"

Yalah!Sendiri!Pernah ke dia bawa orang sebagai teman?Selain Ryu dan Brianna tak ada orang lain lagi yang selalu berkepit dengan dia macam tak ada kerja hah!

            "Ya. Puas hati?Sekarang lepaskan aku. Jangan buang masa aku dengan perangai merimaskan kau ni!"

Ryu melepaskan Aerin.

            "Kalau macam tu aku ikut."tawar Ryu. "Aku masih ada masa lagi untuk dibuang."

              "Tak payah!"Aerin gerak ke arah almari bajunya. Dia buka pintu itu lantas mencapai beberapa helai pakaian dari situ untuk bersiap.

            "Kenapa tak payah?Kau nak ajak Caspian ya?"tanya Ryu menutupi pintu almari tersebut tepat semasa Aerin selesai mengambil pakaian.

            "Boleh tak dalam sehari tu jangan libatkan Caspian dalam perbualan kita?Kau ingat lelaki tu tak ada kerja macam kau ke?Ganggu ketenteraman aku!?"getusnya menarik tali yang mengikat kolar dressnya.

             "Kalau macam tu aku akan ikut!"Ryu duduk di atas katil itu menghadap Aerin dengan tangan bersilang ke dada. Tanda dia takkan berganjak dari situ tak kira apa sekalipun yang Aerin katakan.

              Gahhhh!Aerin pejam mata menahan sabar dari menjerit dan hilang akal masa itu jugak!Tolong la!Boleh tak ambik anak orang kurang kasih sayang ni!Stress la dia! "Suka hati kau. Kalau bosan jangan kau merungut dekat aku!Kau buat jugak penumbuk makanan kau!"deramnya perlahan.

Ryu pandang Aerin semasa gadis itu menyalin pakaian di hadapannya. Teringat dia akan perbualannya dengan Caspian. Serius beritahu benci dia dengan si Caspian tu!Bolehya ramai-ramai perempuan dalam Xenthopia ni Aerin jugak yang disuka!

              "Hei...kau suka dekat Caspian tu sebagai kawan atau lebih daripada tu?"

             Pergerakkan Aerin terhenti saat dia hendak sarung lengan baju. "Kau merepek apa?Jangan nak mulakan ya?"

            "Sebab lelaki tu sepertinya suka pada kau..."

Aerin menjuling mata menyampah. Enggan menghiraukan Ryu lagi. Soalan Ryu tu hanya mengundang marah semata. Buang tenaga dia!Dari dia bertekak baik dia diamkan diri. Setelah selesai menyarung baju itu ke bahu, Aerin mula mengikat tali di belakang dress pula.

Sedang jarinya bergelut hendak mencapai tali tersebut, tiba-tiba tangan lain yang menyambut ia.

Ryu berdiri di belakang Aerin, dia bantu Aerin mengetatkan tali di dress tersebut.Satu persatu dia betulkan ikatan ya.
            "Kau tak nak jawab?"Ryu menarik tali itu sedikit kuat!

Srap!

            Aerin tersentak. Dia pegang bahagian perutnya serta merta kerana terasa ketat dibuat tarikan itu. "Apa?"

             Ryu menarik lagi tali itu ke atas. "Kau suka Caspian lebih dari pada tu atau sebagai kawan aje?"tanya Ryu di belakang kepala Aerin.

            "Tak...aku tak suka dia!!"cepat-cepat Aerin beritahu apabila berasa seakan tulang rusuknya dihimpit kuat dengan ikatan tu.

             Barulah Ryu melepaskan tali tersebut. Dia melonggarkannya semula sedikit demi sedikit. "Sebaiknya kau berhenti temui Caspian lepas ni. Faham?"

              Cepat-cepat Aerin mengangguk. Dia tak kuasa nak cari pasal dengan Ryu lagi dah! "Ya!"

              Selesai mengikat tali di dress itu, Ryu menjarakkan diri. "Dah jom kita gerak sekarang..."arahnya saat berpaling.

Aerin berpaling ke belakang dengan jelingan tidak puas hati. Memandang belakang badan lampai Ryu kegeraman. Tangan menekup dada saat melepaskan nafas lega kerana dapat bernafas dengan betul selepas dicekik dress sendiri tadi.

Serius beritahu dia nak sangat cekik Ryu sekarang ni!Biar lelaki tu rasa apa yang dia rasakan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience