Sempena kepulangan pahlawan yang merantau lama, Raja Emmet mengadakan majlis jamuan besar-besaran di kawasan laman istana pada malamnya. Jadi seluruh penduduk Xentopia dijemput hadir memeriahkan malam jamuan tersebut. Tua muda, dewasa mahupun kanak-kanak kecil. Semuanya ada memenuhi kawasan laman Utama istana di situ. Mereka bergembira, berdansa, makan besar, bersorak sakan, berborak dan ketawa terbahak-bahak.
Alunan muzik juga mengiringi jamuan pada malam itu. Pemuzik diraja berada di pentas bersama alat muzik masing-masing. Semuanya kelihatan meriah dan seronok.
Pelbagai ragam boleh disaksikan.
Pelayan istana sibuk membawa kole berisi minuman dan dulang yang diisi dengan makanan. Ada juga yang sibuk membersihkan sepah akibat mainan kanak-kanak.
Sekumpulan ahli keluarga bangsawan duduk bersama kelompok mereka bergembira menceritakan dan berkongsi semua yang berlaku kepada anak-anak mereka yang baru pulang.
Tiba-tiba muncul tiga orang kanak-kanak berlari di celah orang dewasa yang sedang berdiri di tengah-tengah keramaian tersebut. Membuatkan kanak-kanak tersebut berlanggar tanpa sengaja seorang daripada mereka di situ.
Mujurlah kanak-kanak itu disambut dengan sepasang tangan, jika tidak memang sudah tersembam di atas lantai.
"Hahaha....terima kasih kakak cantik!"sengih kanak-kanak itu.
Aerin menggeleng kepala tidak terkata sebelum membiarkan kanak-kanak tu berlari mengejar rakan-rakannya tadi.
Disebabkan kesemua orang dijemput, malam itu Talina dan Aerin berada di dalam jamuan tersebut sekali. Dua orang sahabat itu awalnya datang bersama, sekali tu Talina hilang entah ke mana. Tinggal Aerin sendirian di kelompok penduduk yang ada dalam majlis itu.
Mulanya Aerin hendak pergi tetapi dia bertembung pula dengan beberapa penjelma naga yang tidak sengaja mengetahui identitinya sebagai Dragon Whisperer. Mereka mengetahuinya kerana salah seorang dari mereka mempunyai kuasa magis dimana boleh membaca kuasa Mana dalam badan seseorang tu. Termasuk Aerin!
"Jadi kau boleh kawal fikiran kami?"
"Tak dalam keadaan semasa kau orang manusia. Hanya dalam bentuk naga aje. " beritahu Aerin sebelum menyuap potongan kek ke mulut.
"Selain dapat membaca fikiran naga yang bukan penunggangnya, kau boleh lakukan apa aje?"
"Rahsia."Aerin menjeling ke lelaki bermata oren depannya. "Ianya hanya untuk naga yang dibawa jagaan saya. Kalau bukan bawah jagaan saya, saya takkan beritahu apa saya boleh lakukan?"itupun nak ditanya ke?
"Jadi kau boleh buatkan mana-mana naga patuh dengan arahan kau macam penunggang naga jugak la ya?"satu suara yang tidak asing menyampuk tidak lama kemudian.
Waktu itulah Aerin tersentak. Dia terkejut kerana suara yang sebenarnya dia dah hampir lupa mengenainya. Rasanya kali terakhir dia jumpa adalah 6 tahun yang lalu. Sewaktu lelaki ini berhenti menjadi Dragon Tamer kerana dipilih menjadi penunggang naga.
"Judas!Penunggang naga kegemaran kita.."sapa mereka di situ. Sebelum saling berjabat tangan ala-ala bro vibe ke antara satu sama lain.
Semasa Aerin berpaling dia pun bertentang mata dengan senior sama yang pernah menjadi cinta pertama dia tak lama dulu. Ya lelaki yang dia pernah cuba nak lafazkan perasaan sukanya kepada lelaki ini namun tidak terjadi seperti yang dimahukan.
"Hai...Aerin kan?"senyum Judas dengan meleret.
Dengan kekok Aerin beri tundukkan kecil."Apa khabar senior.."balas Aerin.
"Ohh...kalian berdua saling kenal antara satu sama lain?"mereka di situ silih ganti memandang Aerin dan Judas.
"Ya...Mestilah kenal. Siapa yang tak kenal pada orang yang cuba lafaz perasaan suka dia pada aku.."seloroh Judas menjeling ke Aerin.
Waktu ini Aerin termangu. Dia tenung wajah Judas dengan reaksi bingung.
"Ohh!!!!!"mereka semua bersorak nakal selepas dengar. "Apa yang berlaku lepas tu?"
"Rasanya dia tak tahu.."Judas pandang Aerin sambil silangkan tangan ke dada. "Aku tak pergi jumpa dia lepas dia minta aku bertemu dengan dia..."jujurnya begitu sahaja memandangkan semua itu adalah kejadian lama.
Kening Aerin berkerut semakin tidak faham. Apa yang dia dengarkan!?Judas serius ke ni?Macam itu aje?Tanpa ada rasa sedikitpun perasaan serba salah?
"Alolo...kesian dia. Hahah...kenapa?Kau tak berkenan dengan dia?"tambah mereka di situ.
"Rugi kau tolak orang secantik cik ni..."
"Senior tak datang sebab memang senior yang tak nak datang?Bukan sebab Ryu yang menakut-nakutkan senior?"soal Aerin di situ berasa begitu dikhianati.
Judas berdengus lucu.
"Kau cakapkan apa?Ryu takutkan aku?Tak adanya...aku sendiri yang tak nak pergi berjumpa dengan kau lepas aku dapat tahu kau cuba lafazkan perasaan suka pada aku..."
"Kenapa?"
"Masa tu aku budak-budak lagi. Tak matang. Jadi aku berfikir, siapa yang nak jadikan yatim piatu macam kau ni sebagai pasangan?Malu la...aku sendiri dari golongan bangsawan takkan la aku nak turunkan standard untuk orang seperti kau. Tapi tak sangka ya...lepas kau jadi dewasa semakin cantik aku perhatikan..."Judas cuba merangkul bahu Aerin. "kalau kau tak kisah, kita boleh mula dari awal."
Apa kejadahnya lelaki ni baru katakan?Aerin menganga di situ akibat begitu tidak terkata dengan jawapan Judas sebentar tadi. Lelaki ini serius?
Jadi selama ini dia telah salah anggap dengan Ryu?
Pada hari tu dia menyalahkan Ryu kerana Judas tidak datang menemuinya. Dan lelaki itu menerima semua tuduhan dia begitu saja tanpa menjelaskan apa-apa! Tapi kenapa Ryu diamkan diri dan buatkan dia memulaukan lelaki itu bertahun lamanya, kenapa Ryu tidak cuba hendak jelaskan hal sebenar kepada dia?
Cepat-cepat Aerin jatuhkan tangan Judas dari bahunya. "Maaf...perasaan suka saya tu dah lama terhapus. Rasanya nak mulakan balik tu tak kut...yalah..mana ada orang jilat ludah dia sendiri.."
"Hahahaha!"ketawa terbahak-bahak mereka dekat situ bila tengok muka tercengang Judas.
Air muka Judas waktu itu berona merah akibat malu. "Alah...takkan la cerita lama nak di ungkit?"
"Lama ke tak lama...jangan nak melebih. Saya tak berminat nak dekati senior semula. Fokuskan saja pada tugas senior sebagai penunggang naga.."beritahu Aerin sebelum berpaling pergi dari situ. Dia tidak kuasa hendak luangkan masa lebih lagi dengan mereka semua.
Menjengkelkan!
Tepat semasa Aerin berpusing dari kumpulan lelaki di situ, waktu itu muncul Ryu bersama puteri mahkota di samping lelaki tersebut. Berjalan secara berdampingan di tengah orang ramai. Hanya berselisih tiga orang dari Aerin hingga buatkan Ryu tidak perasan akan kehadirannya di situ.
Share this novel