CHAPTER 60 : Pujuk

Fantasy Completed 5425

Mata Ryu turun memandang rantai yang tergantung di leher jinjang Aerin sebelum melurut ke bahu terdedah Aerin. Suka kerana melihatnya, dia tunduk ke bahu kiri sebelum memberi kucupan pada lambang merah di situ. Dia suka bila semua orang tahu Aerin kepunyaannya.

Tindakan Ryu itu tidak dihalang Aerin, dia malah diam sewaktu bibir Ryu menyentuh bahunya. Kucupan itu lembut Namun cukup kuat untuk buatkan nafasnya tertahan tanpa sedar.

           "Aku dengar kau cuba keluar dari sini..."ujarnya selepas itu.

            Tidak terkejut bagaimana Ryu boleh tahu, Aerin cuma berkata. "Ya...sebab aku rimas dekat dalam tempat ni...dah berhari lama aku tak dapat menggunakan kuasa aku...kau tak tahu betapa sesaknya aku rasakan..."

            "Adakah  niat kau tidak berjaya?Bukan ke kau seorang yang licik dan bijak kalau bab menyelinap ni?"

            "Ini mengutuk ke memuji ni?"jeling Aerin  kegeraman.

Ryu berdengus kecil hendak ketawa dengan sentapan itu.

             "Maafkan aku sebab tak pesan pada mereka untuk benarkan kau keluar. Aku cuma beritahu dia orang untuk pastikan kau ada di jarak pandangan mata dia orang.."lantas Ryu kembali mengucup pipi Aerin. Cuba hendak memujuk Aerin. "Tapi untuk apa kau gunakan kuasa kau. Dekat sini tiada apa-apa yang memerlukan kau untuk gunakan kuasa kau tu..."dia pandang wajah Aerin selepas itu. Bawah dagu Aerin di dongakkan sedikit ke atas supaya memandangnya.

              "Sama macam mana kau nak bernafas...macam tu jugak dengan kuasa aku...dan berapa lama kau akan kurung aku dekat sini?Aku perlu temui Bishop Harman...aku nak pastikan dia tak apa-apa...dan kau tak habis-habis biarkan aku tergantung tanpa jawapan.."kerutnya dengan bibir mencebik muncung.

Ryu mengusap belakang badan Aerin dengan tangan yang melingkar di pinggang gadis itu tadi saat menatap wajah bercemberut Aerin. Dia tak tahu bagaimana hendak memberitahu hal sebenar kepada Aerin mengenai siapakah Bishop Harman sebenarnya. Patut ke dia rahsiakannya?Atau buatkan Aerin membencikan orang tua itu?

             "Tak lama lagi...kau akan temui Bishop Harman selepas semuanya selesai. Tapi buat masa sekarang, kau akan menetap di sini. Okay?"

             "Maksudnya kau tahu Bishop Harman tak apa-apa?"

             "Mungkin.."Ryu menarik sengih meleretnya.

             "Boleh tak serius sikit bila jawab?Aku ni tengah tanya kau soalan...jadi jawab tu biar penuh. Susah ya?"

              "Aku serius la ni...aku memang tak tahu keadaan Bishop Harman sekarang. Mungkin ya dia tak apa-apa. Mungkin tidak. Aku tak pasti. Kau nak aku jawab macam mana.."

             "Beritahu aku...selain kau rahsiakan diri kau seorang putera mahkota..apa lagi yang kau tak beritahu aku hah?memangnya selama ni kau anggap aku ni gurauan ke?Kelakar ya buat aku macam orang tak tahu apa-apa dekat sini?"

             "Mana ada...aku tak pernah anggap macam tu. Aku ada alasan sendiri kenapa aku tak beritahu kau. Lagipun...tak tahu apa-apa itu lebih baik dari tahu semuanya."Dia masih ada masa memandangkan Raja Emmett telah menyerahkan taktah kepadanya. Sehingga berita Puteri Maya dan Raja Emmett selamat dipindahkan, dia akan lengahkan beberapa perkara. Dia perlukan Aerin percaya sepenuhnya kepada dia terlebih dahulu sebelum tu. Bila tiba masa tu baru dia ceritakan segalanya kepada Aerin.

             "Adakah kau akan pergunakan aku?Sebab kau tahu aku adalah Dragon Whisperer?"

              "Kenapa kau fikir macam tu?"Ryu pandang lucu dengan soalan Aerin itu. Kenapa dia perlu pergunakan Aerin?Apa yang dia mahukan adalah Aerin berada di sisinya dalam keadaan selamat dan tidak diapa-apakan. "Adakah aku sejahat tu?"

               "Bukan ke itu yang semua orang jahat mahukan?Kuasai segalanya kerana rasa tamak mereka. Dan kau gunakan alasan balas dendam tu untuk dapatkan apa yang kau nakkan memandangkan kau bakal pewaris kerajaan kau nanti."

               "Kau fikir aku adalah penjahat dekat sini?"

                "Habis tu apa lagi? Kalau bukan kau penjahatnya?Ada orang lain ke?"

Senyuman Ryu melebar. Dia lagikan hujung hidungnya pada hujung hidung Aerin. Memang benar dia penjahat di sini. Tapi kena ingat, seseorang itu tidak akan menjadi penjahat kalau bukan kerana kisah silamnya.

                 "Hahaha....Aerin. Kalau kau tahu segalanya, aku tak rasa yang kau akan jadi Aerin yang aku kenal. Kau tahu...sebolehnya aku nak pastikan kau kekal menjadi diri kau. Sebab itu aku tak beritahu segalanya kepada kau sekarang. Tapi jangan risau okay. Cepat atau lambat kau akan tahu segalanya. Cuma sekarang bukan masanya."

                  "Bila masa tu?"

                  "Tak lama lagi..."

Aerin hendak bertanya lagi tapi tak dapat nak mengatakannya. Sebab dia tahu Ryu sentiasa ada balasan untuk kata-katanya nanti.

                  "Kau nak keluar sekarang?Kita boleh jalan-jalan sekitar tasik depan tu...halaman bunga dekat depan istana ni pun ada kalau kau nak tengok.."ajaknya saat memusingkan badan Aerin untuk ke arah pintu. Tangan masih berada di belakang badan tu.

                "Apa-apa ajelah. Asal kan aku keluar dari sini..."

Ryu ketawa kecil. Dia buka pintu lalu membiarkan Aerin keluar dahulu sebelum dia keluar dan tutup pintu setelah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience