CHAPTER 63 : Terbang

Fantasy Completed 5425

Bersama tiga naga pengiring di laman, Ryu berdiri Bersama tiga orang kanan terkuatnya di situ berborak dengan nada suara perlahan. Desis bisikan mereka sayup kedengaran di antara mereka.

Sebuah hamparan peta terbuka di atas udara. Atas permukaan itu terdapat lingkaran yang bercahaya. Setiap lingkaran itu merujuk kepada Kawasan-kawasan yang berada di atas tanah Xethen Empire. Dalam lingkaran itu bergerak-gerak nama daerah.

             "Tiga daerah telah dimusnahkan kesemuanya. Penduduk yang selamat membawa diri ke Utara untuk berlindung. Tapi dua lagi Kawasan masih belum terusik.."

             "Seperti yang tuanku arahkan, kami telah membuat tinjauan di dua tempat ini..memang benar ianya adalah tempat dimana mereka dapatkan bekalan dan bantuan harian.."

Kening Ryu bercantum. Renungan tajamnya terarah pada lingkaran-lingkaran yang membulat Kawasan dalam peta. Antarra 12 daerah dalam Xethen Empire, hanya berbaki 7 sahaja lagi Kawasan belum dijarah.

Kalau dia berlengah tanah ini akan dikuasai sepenuhnya dengan tentera Bishop Harman. Tapi kalau dia bertindak sekarang ianya akan merugikan dia. Jadi dari dia bazirkan tenaga dengan cuba mempertahankan tanah yang telah membunuh banyak bangsanya, dia akan biarkannya sehingga tiba masanya.

             "Arahkan mereka yang membuat tinjaun berpatah balik. Biarkan saja Bishop Harman kuasai apa saja yang dia mahukan..."arah Ryu setelah seketika mendiamkan diri.

             "Baik tuanku."

Tiba-tiba Ryu menegakkan kepala memandang ke depan apabila merasakan kehadiran sang isteri beberapa meter dari situ. Perlahan-lahan dia pun memusingkan badan menghadap laluan keluar istana ke laman tersebut. Memang tiada orang tapi dia boleh merasakan kehadiran Aerin semakin lama semakin mendekat.

             "Kamu semua boleh beredar. Saya akan berikan arahan seterusnya selepas tempat persembunyian Bishop Harman dan yang lain diketahui.."arah Ryu.

             "Baik tuanku!"tunduk mereka bertiga serta merta sebelum berarak jalan pergi meninggalkan Ryu sendirian.

Menjauh saja mereka dari situ muncul Aerin diiringi dengan beberapa orang pengawal naga di belakang. Seperti biasa wajah bercemberut menghias wajah itu.

Namun melihat wajah itu membuatkan Ryu tersenyum senang, dia bawa kedua-dua tangan ke belakang badan memerhatikan Aerin mendekatinya.

Sambil membetulkan ikatan di mantelnya, Aerin menilik pemakaian serba hitam Ryu dari atas ke Bawah lalu naik ke tiga naga yang berdiri megah di belakang suaminya. Tanpa diduga ketiga-tiga naga itu menundukkan kepala mereka ke Aerin setelah menyedari kehadirannya.

             "Apa yang dah berlaku?Kau tak ada dekat bilik masa aku bangun?"soal Aerin setiba di hadapan Ryu.

              "Ada sesuatu yang aku perlu uruskan. Maaf buatkan lena kau terganggu seawal tiga pagi ni.."Ryu menyelak anak rambut Aerin ke belakang telinga sebelum membetulkan mantel yang sudah terpasang di bahu itu.

               "Kenapa kau panggil aku ke sini?"

               "Kita perlu bertolak awal.."

               "Ke mana?"kening kiri Aerin terjungkit hairan.

                "Kerajaan Stone Hill. Kau akan terbang Bersama dengan aku untuk ke sana." Ryu menunjukkan penampilannya yang mengenakan pakaian khas dimana jika dia berubah dalam bentuk naga pakaiannya masih kekal terpasang di tubuh.

                Stone Hill?Aerin semakin hairan lalu dongak memandang tiga naga yang berdiri di hadapan mereka. Siap dengan naga pengiring tanpa penunggang?Memangnya apa yang Ryu cuba lakukan kali ni? "Adakah ianya urusan rasmi atau bukan rasmi?"

                "Separuh-separuh.."tenung Ryu ke wajah curiga Aerin. "Jangan risau. Ianya bukan hal serius. Aku cuma nak bawa kau bertemu dengan ayahanda. Untuk memperkenalkan kau sebagai isteri aku...dan menyampaikan beberapa berita lain kepada ayahanda nanti."jelasnya.

               "Seawal ni?"

               "Ya...walaupun kita terbang, ianya juga perjalanan yang jauh. Untuk elak kau kepanasan, kita kena bertolak awal supaya bila matahari tegak kita boleh berjalan kaki buat seketika."

                Haih!Paling pantang betul la kalau buat pelan tak bincang awal dengan dia. Nak jumpa bapa mentua kut. Bukan nak jumpa kawan lama. Sekurang-kurangnya beritahu la sehari atau dua hari sebelum...boleh la dia siapkan mental dan emosi ni. "Kau memang jenis yang suka menjengkelkan aku ya?"bisiknya Aerin perlahan. "Tak boleh beritahu esok ke tak pun tak payah beritahu langsung..."

                 Ryu ketawa. Dia menarik Aerin ke dalam pelukan sebelum mengucup dahi itu dengan senyuman di bibir. Belakang badan itu di usap perlahan. "Sebenarnya aku tak pelan. Ini pun lepas aku terima surat dari Istana Stone Hill bahawa ayahanda minta menghadap bagina. Sepertinya berita perkahwinan kita sampai pada ayahanda dalam masa yang singkat.."barulah dia melepaskan pelukan itu.

                 Aerin dongak memandang ke Ryu. "Apa maksudnya?Kau berkahwin dengan aku tanpa pengetahuan ayahanda?"

                "Kalau aku beritahu mungkin kita tak berkahwin..."Ryu tersengih nakal lalu tunduk mengucup bibir Aerin sepintas lalu. "Ayuh..kita mula bertolak sekarang. Kalau berlengah mahunya ayahanda berleter Panjang lepas kita tiba di situ nanti."

Tidak bergerak dari situ, Aerin pandang tak percaya akan Ryu. Dia tak ada kata-kata lain untuk menggambarkan betapa tercenganganya dia dengan kenyataan Ryu tadi. Boleh pula ya Ryu berkahwin tanpa pengetahuan ayahanda lelaki itu. Seorang raja. Tak tahu takut agaknya Ryu ni dengan kemurkaan Raja Stone Hill nanti.

Deru angin bertebaran kuat menyapa Aerin taktala Ryu menjelma kepada fizik seekor naga. Semegah nama yang diberi semegah itu la rupa bentuk Ryu sebagai naga. Tatapan mencerun dari sepasang mata terarah pada Aerin setelah kepala bersisik kilat biru kehitaman tunduk mendekati wajahnya.

                 "Tidak kira bagaimana rupa kau sama ada naga atau manusia...kedua-duanya aku tak suka.."gumam Aerin perlahan.

                  Ryu menanduk perlahan hujung muncung mulut naganya ke muka Aerin membuatkan Aerin terundur ke belakang sedikit. "Naik ke badan aku...dan pegang kuat."beritahunya.

                 Suara Ryu memenuhi kepalanya serta merta. "Baring ke bawah sikit...badan kau tu tinggi...kaki pendek aku ni tak sampai.."bebel Aerin menepuk perlahan tepi kepak naga Ryu.

                  Mendengar arahan itu, badan naga Ryu menyondong sedikit ke tepi. Membenarkan Aerin mendaki naik ke atas belakang tengkuknya. "Kau sedar diri kau tu pendek??Hahaha...ini adalah perkara baru sejak kita jadi suami isteri. Jarang sekali aku dengar kau mengakui kelemahan kau sendiri.."ketawanya dalam kepala Aerin. .

Geram dibuat gurauan itu, Aerin menepuk belakang tengkuk leher naga Ryu.

Lalu keempat-empat naga dewasa itu terbang tinggi di udara. Diselubungi dengan awan subuh pagi seawal empat pagi itu menuju ke kerajaan Stone Hill.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience