*FILTER VERSION*
Darah di tapak tangan. Semua yang ada sudah menjadi debu dan kesan terbakar. Selepas apa yang terjadi dia tidak dapat ingat semula apa yang berlaku sebelum itu. Semuanya kelihatan kabur kerana apa yang terjadi begitu pantas dan sekelip mata.
"Uhuk!"batuk Tarina di atas tanah hitam kesan kebakaran yang baru diredakan sebentar tadi. Darah keluar dari mulut dan hidung. Di tengah perutnya dimana kesan luka berada.
"Tarina.."nangis Aerin dengan seluruh badan menggigil. "Apa patut aku lakukan ni?"air mata tumpah membasahi pipi yang comot dengan kesan abu dan titisan salji yang turun tanpa henti sejak tadi. Sebelah tangan cuba menghentikan pendarahan yang terjadi.
"Jangan menangis Aerin.."sebut Tarina dengan senyuman penuh kesakitan saat memandang Aerin.
"Tak....kau tak boleh mati. Aku merayu Tarina..jangan tinggalkan aku.."Aerin cuba memandang kanan dan kirinya. Hendak menjerit minta bantuan. Tapi tidak. Mereka di dalam hutan. Di hadapan gua tempat tinggalkan naga liar yang mereka cuba tenangkan tetapi gagal setelah naga itu mengamuk dan melakukan keganasan.
Oleh kerana itu, Tarina terkena satu daripada duri tajam di badan naga tersebut saat menolak Aerin jauh daripadanya. Dan naga itu mati selepas Aerin mengawal minda naga itu dan menyuruh naga itu membakar diri sendiri. Sebab itu la sebahagian daripada hutan di situ terbakar hangus.
Apabila keadaan reda, Aerin hanya mampu bersimpuh di situ memangku jasad tidak berdaya Tarina.
"Maafkan aku....aku minta maaf Tarina.."tunduk Aerin memegang kepala itu dan merehatkan kepalanya atas dahi Tarina. Esak tanggisnya semakin menjadi-jadi.
Sambil tersenyum Tarina pegang tangan Aerin di mukanya lantas berkata dengan susah payah. "Kau tak salah apa-apa. Janganlah menangis. Aku yang pilih untuk melindungi kau."
"Kenapa kau selamatkan aku Tarina...kenapa kau buat aku macam ni?Macam mana aku nak teruskan hidup macam ni...kau dah janji dengan aku.."esak Aerin tersedu sedan kuat. Air mata mencurah-curah membasahi pipi.
Tarina tersenyum sebelum dia menutup mata menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan Aerin.
END OF FLASHBACK
PLOP!
Sebiji batu dicampak ke dalam air. Membuatkan pepatung yang kebetulan waktu itu terbang di atas permukaan air berdekatan terbang melarikan diri.
Mata Aerin berkedip saat dia termenung melihat pemandangan tasik di belakang akademi. Dia duduk di bawah pokok sambil melihat kelip-kelip terbang mewarnai sekitar tasik tersebut.
Hanya bunyi air di tasik dan cengkerik saja yang menemani dirinya dalam suasana malam di situ. Sesunyi kawasan itu sesunyi itulah perasaan yang menghuni kotak fikiran Aerin. Sejurus beredar dari istana, Aerin tergerak hati untuk melawat ke tasik yang dia cuba untuk tidak kunjungi lagi. Yalah..banyak memori tersimpan di kawasan tasik ini.
Memori ketika dia bersama Ryu sewaktu kecil.
Kenangan ketika berkelah bersama Tarina selepas peperiksaan tamat.
Dan tasik ini juga dia bertemu buat kali terakhir dengan Ryu.
Semua ingatan yang ada sejak dia masih kecil sehinggalah remaja semuanya bermula di tasik ini. Jadi datang ke sini akan membuatkan dia terimbau kembali semua tu. Yang mana Aerin enggan lagi mengingatinya. Sebab itu la dia jarang untuk datang ke tasik ni lagi.
Swoosh!
Angin bertiup kuat tiba-tiba.
Aerin terus memejam mata kerana angin itu telah membawa pasir ikut terbang ke matanya. Dia angkat tangan hendak cuba mengurangkan rasa sakit di matanya. Niatnya hendak menggosoknya dengan jari. Namun baru sahaja dia mahu menyentuh mata, suara menyapa dari tepi.
"Kau akan buatkan mata kau lebih sakit kalau macam tu.."
Hm?Dengan sebelah mata di pejam, Aerin pantas mengangkat kepala ke atas. Bila dia pandang susuk lampai Ryu sedang berdiri di hadapannya nafasnya ditahan tanpa sedar. Bagaimana lelaki ni tahu dia berada di mana?
Elok saja Aerin hendak rasa lega kerana Ryu ke situ, tetapi lekas-lekas dia tepis perasaan tu.
"Berhambus. Aku nak bersendirian." arahnya semasa bangun dari situ. Dia enggan berduaan dengan Ryu apalagi bercakap dengan lelaki menjengkelkan ini. Kan dah ada Puteri Mara. Kenapa berada di sini temui dia pula!Lagipun, dia tahu, dia tidak akan pernah menang dengan Ryu. Balik-balik dia akan berakhir di dalam cengkaman Ryu!
"Kalau macam tu biar aku tanya kau...kenapa kau pergi temui Caspian sedangkan aku dah tegah kau jangan dekati dia?"
Aerin buat muka.
"Kau tanya aku tentang tu?Serius la Ryu. Kau sedar tak dalam hal sekarang ni sepatutnya aku yang tanya kau...kenapa kau perlakukan aku macam ni!Semuanya perlu berahsia...Mujur la aku terima jemputan Caspian ke majlis pengumuman perkahwinan kau tu. Kalau aku tak pergi entah helah apa kau akan guna untuk manipulasi aku?Gembira ya buat aku macam apa, sedangkan kau akan berkahwin dengan orang lain!"
"Ianya bukan seperti yang kau fikirkan Aerin.."
"Oh ..iya ke?Bukan seperti yang aku fikirkan?Habis tu apa?Kau bersama dengan aku tapi kau berkahwin dengan orang lain... bukan seperti yang aku fikirkan?Kau ingat aku ni apa!!Sudah la!Aku tak nak dengar apa-apa lagi!Lepas ni jangan dekati aku lagi!"
Bila Aerin bergerak melepasi dia, Ryu diam di situ sekejap. Bawah bibir digigit kerana menahan geram. Dia pandang pokok di depannya cuba memikir sesuatu untuk memujuk Aerin.
Semua ni salah Caspian!
Sepatutnya dia yang beritahu Aerin mengenai perkahwinannya dengan Puteri Mara. Jadi dia ada masa untuk pujuk Aerin. Ini tidak...rancangan dia jadi rosak gara-gara pengkhianat tu!
Bersama keluhan mengalahnya, Ryu pandang ke bawah.
Bersama langkah yang berhati-hati, Aerin pandang ke bawah cuba untuk elakkan kakinya dari memijak kain dressnya yang labuh ke bawah sebab keadaan malam yang gelap di situ. Tapi dia tidak sedar apabila satu lohong hitam muncul di depannya dan Aerin pun masuk ke dalam lohong hitam tersebut yang mana berakhir di hadapan Ryu sesaat kemudian.
KEDEBUK!
Depan mukanya melanggar dada Ryu.
"Apa yang-"baru saja Aerin hendak menolak diri jauh dari badan tu, kedua belah kepalanya di pegang. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Mata Aerin pun terbutang kaku kerana terkejut.
Ryu tunduk memandang tepat ke mata Aerin. Sebelah tangannya di turunkan untuk dilingkarkan ke sekeliling pinggang Aerin pula.
"Ryu!"
Dipukul-pukul lengan dan bahu itu dengan Aerin sewaktu dia cuba menolak Ryu jauh darinya. Tetapi lelaki itu malah mengeratkan lagi lingkaran pada pinggangnya. Dah tak boleh nak fikir apa-apa lagi, Aerin cengkam rambut belakang kepala Ryu dengan kuat lalu ditarik ke belakang.
"Auw..okay...okay!Aku berhenti."aduhnya saat pegang tangan Aerin di belakang kepalanya. Ganas sungguh!
"Apa kau fikir kau lakukan hah!"Aerin malah menarik rambut itu lebih kuat ke belakang. Sengaja hendak menyakitkan Ryu. "Kau dah nak kahwin masih lakukan hal ni dengan perempuan lain?Tak malu ke?"beritahunya di balik nafas naik turun.
"Apa aku lakukan?Aku bersama kau la apa lagi yang aku buat...kau tanya aku tak malu?Kalau aku tahu malu aku takkan bersama dengan kau sekarang!"tangan di pinggang Aerin merayap naik ke tulang rusuk berdekatan dengan dada secara sembunyi.
Aerin merenggus kasar. Dia lepaskan rambut Ryu kasar-kasar selepas itu. "Ya tak ya kan. Aku lupa kau ni lelaki yang tak tahu malu!Mana la kau tahu tu kan?!"sindirnya dengan benci.
"Kalau aku botak macam mana?Habis Puteri Mara tak nak kahwin dengan aku nanti.."Ryu mengusap belakang kepalanya yang sakit tadi sambil pandang menyakat ke Aerin.
Masa itulah Aerin sentap. Dia angkat kaki hendak menendang kaki Ryu kerana lelaki itu memang sengaja hendak menambah sakit dihatinya. Puteri Mara!Puteri Mara lagi! "Kau memang lelaki tak guna tau tak!" getusnya bersedia hendak menendang.
"Aku cintakan kau Aerin. Tanpa sebab dan tanpa syarat. Aku cuma cintakan kau. Dan hanya kau."lafaz Ryu tiba-tiba.
Terkedu Aerin. Dia pandang wajah Ryu di depan mukanya dengan nafas tertahan. Terus lupa akan niatnya sebentar tadi. Riak marah juga berubah kepada terkejut. "Apa?"
"Ya...aku cintakan kau. Dan hanya kau. Cuma sekarang aku tak boleh nak jelaskan sepenuhnya kenapa aku lakukan macam ni pada kau."bisik Ryu sambil mengusap tepi muka Aerin berkerut kening saat tersenyum nipis. "Aku perlu kau untuk fahamkannya dulu."
"Apa kau merepekkan ni?"kerut Aerin tidak faham. "Kau ingat perasaan aku ni mainan kau ke untuk bergurau dengan?" hampir sahaja dia hendak percaya dengan ucapan tadi.
"Tak. Aku tak pernah terlintas untuk permainkan perasaan kau."
"Kau ingat aku nak percaya semua tu!Jangan nak bergurau!Kalau kau nak buat lawak. Pergi cari Puteri Mara. Aku rasa dia lebih senang nak menghadap perangai tak guna kau ni!"
Tanpa mengatakan apa-apa, Ryu tunduk ke bahu Aerin dan melingkarkan kedua belah tangan sekeliling pinggang dan tulang rusuk Aerin. Membawa rapat tubuh hangat itu ke dadanya. Ingin saja dia simpan Aerin di dalam poketnya agar tiada sesiapa cuba hendak menyentuh Aerin atau apa-apakan Aerin. Namun dia tidak boleh pentingkan diri. Dia sendiri ada tugas yang perlu dilaksanakan. Suka atau tidak dia perlu biarkan Aerin bebas sekejap.
"Sekejap aje Aerin...aku minta sekejap aje."bisik Ryu perlahan. Dia hirup bau tubuh Aerin dalam-dalam sebelum melepaskan hela nafas panjang yang kelegaan. Berada rapat dengan Aerin sentiasa buatkan dia berasa tenang. Tapi pada masa yang sama buatkan dia risau!
Kejung tidak menolak atau bersuara, Aerin menung memandang kelip-kelip yang tiba-tiba sahaja hinggap atas bahu Ryu. Tak tahu kenapa, dia berasa lega dan tenang sebaik saja Ryu peluk badannya dengan erat. Malah degupan jantung Ryu di depan mukanya jelas kedengaran. Tanpa sedar dia pun menyandarkan mulutnya ke dada Ryu sementara mata masih terarah pada kelip-kelip tadi.
Sekali bila Aerin mengedipkan mata, serangga itu bergerak-gerak tapi terbang semula tidak lama kemudian. Dia terus lupa sepatutnya dia tolak Ryu dan tidak berada dekat dengan lelaki ini.
"Lepaskan aku sekarang Ryu.."minta Aerin semasa menyandarkan mukanya pula ke dada itu. Dia nak tolak Ryu tapi tubuhnya mahu berada lama dalam pelukan mereka.
"Kau pasti?"
"Ya!Lepaskan aku...!"Aerin memejamkan mata saat tanganya menyelinap ke pinggang Ryu pula. Entah kenapa mulut kata lain badan buat lain.
Ryu ikut sama mengeratkan pelukan itu sebelum lohong hitam muncul di situ dan dia dorong mereka berdua jatuh ke dalam lohong hitam tersebut.
Buk!
Aerin terkejut apabila belakang kepalanya mendarat ke atas permukaan lembut. Bila dia lihat ke atas, rupa-rupanya mereka berada di dalam bilik Ryu. Di atas katil lebih tepat lagi.
"Kenapa kita dekat sini?"
"Shhh!"
Tanpa berlengah, Ryu merentap butang sut yang dipakai dengan dua kali sahaja sebelum pakaian luar itu terjatuh atas lantai sesaat kemudian.
"Ryu, kita tak-"belum sempat hendak menghabiskan kata-katanya Ryu menimpa badan Aerin. Sambil tu tangan Ryu sibuk bergerak ke belakang badan hendak meleraikan tali yang mengikat dress Aerin.
.
Share this novel