Pergelangan tangan kanan Aerin dicengkam Arran sebelum dia menarik perlahan ke depannya. Dia membuat muka merayunya. "Tolong Aerin...aku merayu. Ikut aku pergi dari sini..."pintanya tidak lepas dari merenung tepat ke sepasang mata bundar itu.
Masih enggan. Aerin menggeleng kepala dan menolak tangan Arran turun dari pergelangannya.
"Arran...aku rasa kau kena keluar dari sini sekarang..kalau Ryu tahu kau ada dekat sini, kau mungkin akan dapat masalah."
"Kau tak dengar ke aku cakap apa tadi?Kita kena pergi jauh dari sini Aerin."
"Iya..aku dengar. Tapi untuk apa?"
Perbualan dua orang itu sayup kedengaran dalam gelap di koridor itu. Desis bisikan mereka menghasilkan bunyi kecil.
Mereka berdua saling bertatapan sebelum Arran melepaskan hela mengalahnya. Lelaki itu kelihatan begitu terdesak sekali. Wajah berjambangnya juga kelihatan tidak terurus. Lingkaran hitam bawah mata memberitahu yang Arran mungkin tidak tidur kerana betapa letihnya wajah itu.
"Beritahu aku Arran?Apa yang berlaku sejak kita terpisah hari tu?"bisik Aerin perlahan. Lengan Arran di pegang perlahan cuba hendak memujuk. Dia tidak ingin bertekak dengan Arran sekarang. Tambahan pula mereka berada di situasi yang tidak mengizinkan untuk bergaduh.
"Aku akan jelaskan segalanya kepada kau selepas kita keluar dengan selamat dari sini."
"Tak. Selagi kau tak jelaskan dekat aku. Aku tak boleh pergi Arran."
"Tapi kenapa!?Jangan cakap dekat aku sebab kau fikir aku akan apa-apakan kau?"
Aerin mengedipkan matanya sambil pandang dengan kening mencerlung. Bukan dia tidak percayakan Arran, tapi dia tak boleh ikut Arran sekalipun dia mahu. "Tempat aku di sini Arran. Di sisi Ryu."
Apa maksud Aerin ni?Gadis ini sudah dipukau ke apa?Tak nampak ke semua ini salah!Bengang Arran dibuatnya. "Kenapa kau cakap macam tu?Sebab kau cintakan lelaki naga tu?Kau tahu tak dia tu siapa sebenarnya?"Arran kelihatan begitu terluka dengan jawapan Aerin. "Dia lelaki berbahaya Aerin."
"Sebab aku isteri Ryu...dan aku dah bonding dengan Ryu. Berjauhan dari Ryu adalah perkara terakhir yang aku akan lakukan apalagi berpisah dengan dia.."bisik Aerin cuba hendak memberi penjelasan.
"Isteri?Maksud kau dengan Ryu dah berkahwin?"sejak bila semua ni terjadi!?
Perlahan-lahan Aerin mengangguk kepala.
Rahang Arran berketik. Keningnya mencerlung kerana tidak percaya. Tak guna betul!Kalau macam itu semakin berisiko la nyawa Aerin begini! "Jangan risau...aku akan lakukan sesuatu mengenai hal tu. Yang penting kau ikut aku sekarang.."
"Cukup Arran. Keluar dari sini sekarang."
Berang kerana tidak didengari, Arran pegang kedua belah bahu lengan Aerin lalu digoncang tubuh itu dek kegeraman. "Tolong la sedar Aerin!Bishop Harman nak bunuh kau Aerin. Dia nak bunuh satu-satunya Dragon Whisperer untuk memusnahkan seluruh tanah Xenthopia ni...Ryu...lelaki dekat dalam tu adalah sebahagian dari peperangan ni.."
Terkedip-kedip mata Aerin dibuatnya. Dia pandang tak percaya ke wajah serius Arran kelu tidak terkata. Semakin bingung.
"Aku kena selamatkan kau Aerin atau bangsa manusia akan pupus kerana dikuasai puak naga!"
"Apa maksud kau ni Arran?"nafas Aerin mula naik turun kerana terkejut dengan kenyataan Arran itu. Tak mungkin Bishop Harman jahat!
"Bishop Harman adalah lelaki yang bertanggungjawab di atas kemusnahan Puak Dragon Whisperer 20 tahun yang lalu. Dia juga adalah lelaki sama yang telah membunuh rakan seakademi kita dan Xenthopia. Sekarang dia dalam misi untuk mencari kau bagi memusnahkan keseluruhan keturunan Dragon Whisperer.."
"Tak...semua tu tak mungkin. Bishop Harman yang jaga aku. Yang bawa aku ke akademi tu. Beri aku bumbung dan makanan. Tak mungkin dia nak bunuh aku..."gelut Aerin ingin melepaskan diri dari cengkaman Arran. "Lepaskan aku..."
Namun Arran bertegas. Dia menguatkan cengkamannya pada lengan Aerin. Apa yang susah sangat Aerin nak faham kata dia ni?Dia dah cakap cukup jelas kenyataan yang sedang berlaku kepada mereka sekarang ni.
"Sebab itu la tujuan dia....Bishop Harman nak jadikan kau sebahagian daripada pelan dia, dia bela kau, dia kutip aku, dia gunakan anak-anak yang ada kebolehan untuk mencari keturunan dari puak yang hilang tu. Dan dia jumpa kau. Bishop Harman tahu kuasa kau boleh kawal naga....tapi Ryu masuk campur. Ryu tahu apa kemampuan kau. Jadi dia rampas kau dari Bishop Harman pada masa Bishop Harman merancang untuk gunakan kau bagi memusnahkan Xenthopia. Disebabkan pelan dia gagal selepas kau dibawa pergi dengan Ryu, sebagai balasan Bishop Harman lakukan sebanyak kemusnahan...di Xenthen termasuk memusnahkan seluruh akademi kita.."
Semua ni tak mungkin!Aerin menggeleng kepala kerana begitu tertampar. Jadi punca dia yatim piatu adalah disebabkan Bishop Harman?Dan Ryu tahu semua dari awal tapi merahsiakannya dari dia? "Kenapa Ryu bunuh Brianna kalau macam tu?"
"Sebab Brianna adalah sebahagian daripada pasukan pemberontakkan Bishop Harman..dia yang bunuh rakan seakademi kita..kita semua dah diperdayakan oleh Bishop Harman selama ni. Dan Ryu...dia merancang untuk kuasai Xenthopia dengan mengahwini Puteri Mahkota, tapi pelan dia musnah bila Bishop Harman buat serangan mengejut dia pada malam kita diluar hari tu..."
Jatuh menitis air mata ke pipi Aerin. Dia menekup mulut dengan nafas tertahan terkejut. Sebab itu ke Ryu tidak memberitahu dia alasan kenapa suaminya membunuh Brianna??
"Aku dah beritahu kau. Sekarang kau pulak dengar kata aku. Kita pergi ya. Aku janji dengan kau Aerin. Aku akan jaga kau dan lindungi kau. Kalau kau dan aku terbunuh, puak manusia takkan dapat bertahan lama selepas puak naga berkuasa."Arran capai tangan Aerin sewaktu tunduk memandang wajah berona merah Aerin.
"Kita nak ke mana?Macam mana bonding aku dengan Ryu?Kau tahu kan kesannya kalau aku jauh dari Ryu?"
"Aku tahu...kita akan usahakan side effect tu lepas aku bawa kau keluar dari sini.."
"Dia boleh kesan keberadaan aku jugak."
"Kita boleh guna sihir penghapus jejak. Sekalipun Ryu berubah menjadi naga dia takkan dapat kesan kau."
Jari telunjuknya di gigit. Kening berkerut. Aerin tidak tahu apa patut dia buat sekarang. Memang Ryu beritahu yang lelaki tu lakukan semua ini untuk membalas dendam. Tapi dia tidak sangka pulak orang yang Ryu musuhi adalah Bishop Harman sendiri. Patut la bila dia tanya tentang masternya itu, suami dia asyik mengelat aje.
"Ayuh Aerin. Ikut aku sekarang. Bishop Harman dalam perjalanan ke sini. Kita tak punya banyak masa lagi.."desak Arran menguatkan cengkamannya pada pergelangan tangan Aerin.
Dengan riak berbelah bahaginya Aerin palingkan kepala ke arah pintu bilik semula. Patut ke dia pergi dari sini!?
Share this novel