Arran perhatikan kelibat Aerin dari jauh di tembok batu hallway luar semasa gadis itu ditemani oleh Bishop Harman dan beberapa lagi Dragon Tamer rasmi. Tangannya bersilang di dada dan bahu tersandar pada tiang di sebelah.
Dua hari lepas Aerin dikhabarkan telah berjaya menyelesaikan misi di Cardamom. Menurut Brianna yang pergi bersama Aerin waktu itu, ahli sihir Putih yang dikatakan diburu sejak lama dulu telah berjaya dibunuh dengan Aerin. Berita ini tersebar dan seperti biasa Aerin akan disambut seperti gadis itu adiwira yang berjasa!
Dulu ke sekarang semua orang mengagungkan anak yatim menjengkelkan tu.
Kalau la dulu Ryu tidak membelasah dia hinggakan Bishop Harman tahu, dia pasti sudah menjadi Dragon Tamer yang rasmi. Bukan sebagai protégé lagi. 16 tahun dia belajar di akademi ini. Menunggu dirinya di lantik!Tapi tidak!Semuanya gara-gara Aerin. Alasan dan punca kenapa dia anti pada gadis ini.
"Kau tengokkan apa tu?"Brianna tiba-tiba muncul di tepi.
Tersentak Arran. Dia palingkan kepala ke tepi lalu melihat Brianna. "Menyemak la kau!Pergi la sana. Berkepit bawah ketiak Aerin tu...macam orang lain buat jangan sibuk dengan aku!"
"Hahaha....kenapa grumpy sangat ni?Kau salah tidur ke pagi tadi sampai leher kau terkehel?Relaks la. Aku tegur sikit kau nak menyentap.."Brianna menyinggul bahu Arran sebelum memandang ke arah Bishop Harman sedang memberi penerangan kepada kumpulan Dragon Tamer di laman berumput situ.
"Kau tak rasa ke ada yang lain dengan Aerin??"beritahu Arran.
"Kenapa dengan dia?Okay aje aku tengok.."
"Bukan itu maksud aku...biasanya aku tengok aura di badan dia semakin lama semakin malap. Tapi kebelakangan ni aura dia terang dan jelas dari biasa. Dia nampak-"Arran tak dapat nak habiskan ayatnya selepas itu.
"..... berseri dan cantik dari sebelum ni...ya aku tahu.."sambung Brianna tersenyum lebar. Dia senang melihat perubahan Aerin. Dia tidak pasti apa yang membuatkan keadaan Aerin semakin membaik, tapi dia nak ianya berkekalan begitu sampai bila-bila. "Jangan cakap dengan aku yang kau dah jatuh cinta buat kali kedua dengan Aerin?"muka berkerut Arran di pandang funny.
"Jangan nak buat cerita. Siapa yang cakap aku suka dekat dia?"
"Hahaha...kau lupa ke dulu?Kau kena belasah dengan Ryu Fury lepas kau cakap kau nak kiss Aerin la peluk la apalah...kan sebab kau sukakan Aerin?"
Arran buat muka menyampah. "Itu dulu...bukan sekarang!"
Brianna menggeleng kepala kerana lucu mengingati kembali momen tu. "Jangan benci sangat...nanti jadi suka. Susah."beritahunya.
Ish!Perempuan ni kan!Arran jeling geram akan Brianna sebelum menyepak perlahan tepi kaki gadis itu.
"Eh...yang kau tercegat dekat sini apahal?Aku elok aje duduk sensorang..datang kau rosak mood aku!"
"Suka hati la...jalan ni jalan umum. Ikut suka aku la nak buat apa. Yang kau ni termenung perhatikan Aerin dari tadi buat apa. Kau tolong aku kemas kelas kan lagi elok dari tengok anak orang macam tu, Ingat sikit kita ada kelas nak mengajar!"Brianna luku kepala Arran semasa hendak berjalan pergi dari situ.
Sekali lagi Arran pandang ke arah Aerin. Kepalanya terlentok pada tiang. Sehingga sekarang dia tertanya-tanya, Aerin tahu tak bahawa selama ini Ryu sukakan Aerin dan Ryu yang jaga Aerin dari didekati oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan pada dirinya itu?Sampaikan Ryu melarang mana-mana lelaki di sini dari dekati Aerin?
"WAHHH!!!Banyaknya makanan!"sorak mereka semua dalam bilik umum itu mengelilingi meja yang dipenuhi pelbagai juadah dan bungkusan hadiah.
"Ada apa hari ni master?"
"Sedap betul bau bilik ni.hahaha!"
Bishop Harman tersenyum kepada protégé di situ. "Makan la banyak-banyak. Aerin yang belanja kamu semua."
"Serius la?"
"Raja Emmett yang berikan semua ini memandangkan Aerin enggan membuat sebarang permintaan untuk ganjaran atas kejayaannya menyelesaikan tugasan penting dia."tambah Bishop Harman lagi.
"Wah!Terima kasih!"riuh rendah bilik umum itu dengan suara sorak gembira mereka.
"Acah tak nak buat permintaan atau saja nak tunjuk diri tu baik?"tiba-tiba suara Arran menyampuk di balik kekecohan itu.
Jadi senyap terus bilik umum tu. Macam ada malaikat yang lalu. Tak ada satu bunyi pun yang ada.
Kepala yang ada masing-masing menjengah jenguk hendak mencari tuan punya badan.
Sekali tu Arran sedang duduk di sofa menghadap kerusi tempat Aerin sedang duduk rupa-rupanya.
Mereka berdua saling berbalas tatapan.
"Jangan nak mulakannya Arran."tegur Bishop Harman.
"Kenapa?Kan saya tanya aje."Arran menarik sengih mengejeknya ke Aerin.
Mula la tu nak cari gaduh?Aerin hanya balas dengan riak muka tidak peduli. Dia malas hendak bertekak dengan kanak-kanak Ribena seorang ni. Dari dulu lagi Arran memusuhi dirinya. Jadi dia lebih memilih untuk diam dari membalas.
"Hah..tengok la tu. Orang bercakap dengan dia boleh buat muka berlagak bagus dia tu.."Arran mengendus kasar.
Aerin selak muka surat seterusnya di buku yang terbuka atas kaki bersilangnya. Sejak tadi lagi selepas berada di bilik umum, Aerin baca buku yang dia ambil dari perpustakaan untuk di ulangkaji mengenai sejarah naga yang dia tidak tahu. Mungkin dari situ dia boleh tahu lebih lanjut mengenai lambang merah yang ada. Dia nak tahu adakah Naga Lambang Merah ini ada beberapa jenis atau hanya ada sejenis saja?Ryu tidak menjelaskan dengan lebih teliti mengenai hal tu. Dan dia pulak jenisnya selagi dia tak faham selagi tu dia akan cari tahu sampai dia puas hati!
"Hei!Kau dengar tak aku bercakap dengan kau ni!"tidak semena Arran menyepak meja kopi depan mereka itu hingga mengenai kaki Aerin.
"Cukup Arran!"tegah Bishop Harman.
Brianna di situ tetapi dia tidak cuba hendak masuk campur kerana risau Aerin akan memarahinya nanti. Jadi seperti yang lain dia hanya menyaksikan situasi tersebut.
"Kau sengaja tak nak mintak ganjaran sebab nak berlagak bagus depan Raja Emmett kan. Sebab dengan cara tu baginda akan serahkan kau tugasan raja lagi...tak begitu?"tambah Arran.
Tuduhan kali itu membuatkan Aerin terpaksa juga mengangkat kepala.
"Haha...pandang pun. Ingatkan dah tuli terus?"sengih Arran mengejek.
Serius...dia cuba nak fahamkan Arran sejak awal perkenalan mereka. Lelaki beza dua tahun dengan dia ni sentiasa sakit hati dengan dirinya. Sedangkan dia cuma bernafas aje pun dibenci dengan Arran. Memangnya apa yang buatkan lelaki ini begitu benci pada dia? Aerin pandang Arran dengan reaksi dingin di wajah tapi sedang berfikir.
"Apahal kau pandang aku macam tu?"
"Jangan hiraukan aku...aku cuma tertanya-tanya dekat mana mana ya butang suis senyap kau?"
"Apa?"
"Kalau kau bencikan aku, apa kata kau bunuh saja aku?Rasanya ianya akan memudahkan lagi urusan kita berdua tak begitu?"Aerin melentokkan kepalanya saat pandang judging akan Arran di depannya.
Terkedu Arran.
"Aku tak boleh nak faham. Kenapa kau bencikan aku sangat."setelah itu Aerin kembali membaca. "Aku cuma jalani hidup aku sementara kau sentiasa cuba cari salah aku macam di mata kau cuma ada aku aje untuk diperhatikan."ujarnya bersahaja.
Berang dibuat komen yang seakan buatkan dia peminat fanatik Aerin, Arran bangun dengan marah. Dia menunding jari dengan marah. "Baru sekarang kau nak tanya kenapa!?"
Semua orang yang ada di dalam bilik umum itu termangu dan kejung di tempat masing-masing. Walaupun ini bukan kali pertama Aerin dan Arran bertengkar, mereka semua masih belum terbiasa dengan suasana tegang antara mereka di situ.
"Semua orang dalam akademi ni tahu...semua tahu cuma kau aje yang tak tahu!Sebab apa?Sebab kau tu terlalu berlagak dengan hidup serba sempurna kau tu!"tambah Arran lagi. "Kau nak tahu kenapa aku bencikan kau kan?Dengar elok-elok dan hadamkannya!"
Brianna pandang dengan mulut terbuka luas bila tahu ke mana semua ini akan berakhir. Takkan la Arran-
"Selama kau berada di sini, kita orang dekat sini hidup dalam keadaan berhati-hati setiap kali berhampiran dengan kau. Bukan setakat itu aje...disebabkan kau, aku kehilangan posisi sebagai Dragon Tamer rasmi. Semua orang dekat sini terpaksa mengalah dengan kau!Sebab apa?Sebab semua dekat sini takut kalau Ryu cari kita orang dan susahkan hidup dia orang macam mana dia susahkan hidup aku selama ni!"
Waktu itu la Aerin termenung memandang buku kerana terkejut. Sesaat selepas itu baru dia angkat mata dan pandang Arran. "Apa maksud kau?"kening berkerut tak faham.
"Oh.. .lupa mesti la kau tak tahu kan. Sebab Ryu beritahu jangan bagi kau tahu pasal ni. Ya!Ryu Fury!Naga tak guna yang dah buatkan semua orang dalam akademi ni jauhkan diri kau dan termasuk aku!Sebab apa?Sebab dia nak miliki kau seorang!"Arran beritahu lagi. "Itu yang buat aku jengkel dengan kau!"
Terkedip-kedip mata semua orang dekat situ kerana keberanian Arran mendedahkan rahsia yang selama ini mereka semua simpan demi menjaga kepala masing-masing.
Bishop Harman dekat situ sudah buat muka berserah. Arran ni kan!Apa masalah budak ni!Tak boleh ke kawal emosi tu?Apa gunanya belajar lama dekat sini tapi benda mudah macam itupun tak boleh nak kuasai?
"Ryu buat apa?"
"Kau tak dengar ke?Aku cakap Ryu beri amaran pada semua orang dalam akademi ni dari dekati kau atau berkawan dengan kau!Dia tuduh kita orang semua dekat sini cuma nak ambil kesempatan pada kau!Sekarang kau faham kenapa aku bencikan kau!?"
Perlahan-lahan Aerin palingkan kepalanya dimana semua orang berada. Dan bila mereka bertentang mata dengannya, seorang demi seorang melarikan pandangan mereka. Ada yang tundukkan mata ke bawah, ada yang buat muka serba tidak kena pada Aerin.
"Jadi selama ni-"Aerin terhenti setelah nampak betapa ketaranya wajah Bishop Harman waktu itu. Maknanya selama ni Ryu...lelaki tu dah suka dekat dia?Selama bertahun lamanya?Tapi kenapa Ryu tak cakap apa-apa!?
"Aerin..bawa bertenang. Ianya cerita lama. Arran saja yang berdendam sampai sekarang.."pujuk Bishop Harman. Apa masalah lelaki di dalam Xenthopia ini?Tak seorang seorang berperangai menyakit hati. Kang dia sumpah satu persatu jadi siput baru tahu!Bolehnya mereka cuba menganggu fikirkan Dragon Whisperer dia ni!Kalau Aerin susah hati dan serabut bagaimana dia mahu gunakan Aerin nanti!
Aerin tutup buku yang dibacanya sebelum bangun dari situ. "Saya minta diri dulu."pamitnya kepada Bishop Harman melangkah keluar dari bilik umum tersebut dengan perasaan berkecamuk. Serius!Dia tak faham dengan Ryu!
Pertama dia tuduh Ryu kerana beranggapan lelaki itu punca crush dia tak nak jumpa dia. Sedangkan yang sebenar crush dia memang tak sukakan dia dari awal sebab itu tak nak jumpa pada hari dia lafazkan rasa suka.
Kedua dia tuduh Ryu punca kenapa semua orang tidak mahu berkawan dengan dia sebab Ryu menakut-nakutkan mereka. Walhal, Ryu hanya bantu dia untuk jauhkan mereka yang cuba menyusahkan dirinya.
Entah apa lagi yang Ryu pernah lakukan di belakang dia selama ini yang dia tidak tahu?
Tapi betul ke Ryu suka pada dia?Kalau benar kenapa Ryu tak nak beritahu dari awal?Kenapa lelaki tu rahsiakan sampai sekarang dan biarkan dia bencikan Ryu?
Kenapa?
Share this novel