*WARNING UNDERAGE THIS IS UNCENSORED VERSION*
Segalanya terasa ringan, namun badan dia berasa selesa yang aneh. Seakan seperti semuanya telah hilang, rasa berat dan sakit yang menjalar pada badan juga telah berkurangan. Kepalanya jugak tidak sakit.
Perlahan-lahan Aerin pun membukakan matanya. Satu kali kedip terpejam semula. Sesaat kemudian dia mengedipkan mata lagi. Dan barulah dia dapat sedarkan diri dan melihat apa yang sedang terjadi di sekelilingnya.
Pemandangan di situ malap,
Bunyi air mengalir kedengaran perlahan.
Diikuti dengan bau haruman yang menenangkan.
Lalu terasa seperti badannya sedang berendam di dalam air. Tidak terlalu dingin tidak terlalu hangat. Cukup-cukup untuk buatkan dia berasa selesa di dalamnya.
Mata Aerin waktu ini terarah pada siling di atas saat kepalanya dalam kedudukan dongak ke belakang beralaskan sesuatu.
Dimana dia sebenarnya ni?
Tangan kanannya naik ke atas bersama air dan kelopak bunga jatuh ke bawah.

Sekitarnya malap bercahaya, siling di atas berbentuk kubah separa bulat. Suasana pula begitu kelam tapi menghangatkan.
Splash!
Bunyi cemburan air diikuti dengan satu sentuhan pada bahu kirinya. Tangan lain memegang tangan yang diangkat itu. Aerin mengedipkan mata. Baru dia sedar yang sekarang ini dia bersama dengan Ryu Fury. Dia tak ingat berapa lama dia telah bersama dengan lelaki ni. Apa yang dia tahu, rasanya satu hari pasti sudah berlalu.
"Kau dah bangun?"tegur suara dalam dari tepinya waktu itu. Ryu berada di belakang Aerin. Dan kedua-dua mereka berada di dalam kolam mandi. Ryu yang membawa Aerin ke situ untuk membersihkan diri. Sepanjang masa Aerin tidak sedarkan diri, Ryu Bersamanya.
"Kita dekat mana?"perlahan sahaja suara Aerin kedengaran. Waktu itu dia masih belum ada tenaga sepenuhnya. Badan pula terasa lenguh dan berat-berat. Jadi dia tak kuasa hendak bertekak di situ.
"Istana aku..."Ryu melalukan air berkelopak bunga ke dada Aerin dengan perlahan sebelum mengusap sekitar tulang selangka sebelum melurut ke sepanjang tangan kanan Aerin. "Kita tak boleh berada di kota Xenthopia memandangkan tempat tu dah hampir musnah jadi aku bawa kau satu daripada istana aku.."
Mata Aerin ikut sama turun memandang tangan Ryu yang sedang mengesat loofa pada kulitnya itu. Adakah Ryu mandikan dia sekarang?Sejak bila Ryu mempunyai istana?Ahh!Makin difikirkan makin serabut dia rasakan!
"Dah berapa lama aku di sini?"
"Semalam kau bersama aku, petangnya baru aku bawa kau turun ke sini untuk mandi...hampir dua hari. Disebabkan aku kesian tengok kau dan tak sampai hati bangunkan kau dari lena sebab itu kita dekat sini.."
Aerin memejamkan mata semula. Saat itu baru dia sedar yang kepala dia sedang bersandar pada bahu Ryu, dan badan lelaki itu bersentuhan dengan belakang badannya yang tidak beralas apa-apa. "Siapa sebenarnya kau ni Ryu?Adakah peperangan ni telah dirancang dengan kau sejak awal lagi?Kenapa?"
Ryu ubah kedudukan bersandar pada kolam mandi dengan kedudukan Aerin ada di depan badan menghadap membelakangnya kepada kedudukan duduk tegak di dalam kolam tu. Tangannya bergerak menggosok tangan kiri Aerin pula. Dari atas ke bawah dengan lembut.
"Kau tertanya-tanya?Aku fikirkan selama ni kau takkan pernah cuba untuk cari tahu tentang diri aku?Yalah..kan kau lebih suka luangkan masa untuk membencikan aku.."
"Jawab aje la.."
"Nama di beri Ryu Hunter Evans."balasnya termenung memandang lilin yang terbakar di tepi kolam tu. "Aku dihantar ke sini untuk membalas dendam buat kerajaan Stone Hill. Pada waktu kecil aku di bawa masuk ke dalam akademi untuk belajar sebelum menjadi pengintip buat Raja Emmeth."
Suara gemersik Ryu buatkan Aerin meremang seluruh badan. Masakan tidak, dah lelaki tu bercakap betul-betul di tepi telinga dia. "Jadi selama ini kau adalah musuh dalam selimut dari negara Stone Hill?Berpura-pura cinta dan taat setia pada Kerajaan Xethen demi mendapatkan kepercayaan Raja Emmeth?"
Hujung bibir Ryu terjungkit sinis. Dia bawa tangan Aerin dekat ke depan mukanya lalu dibelek dengan minat jari jemari tu. Bila agaknya dia dapat sarungkan cincin kepada jari manis ni ya?Fikir Ryu sebelum dia mengucup hujung jari jemari tu. "Kau kagum dengan kehandalan aku menjaga samaran aku?"ucapnya selepas itu.
"Kejadah kau yang aku kagum. Jauh sekali. Aku tak pernah rasa bangga pun mengenali kau apalagi kagum pada kau!"desis Aerin.
Dada Ryu pun bergetar di belakang badan Aerin apabila lelaki itu ketawa. "Auch!Aku suka bila kau bencikan aku Aerin. Tak tahu la..semakin kau bencikan aku, semakin nekad aku mahukan kau jadi milik aku.."
Aerin berdengus tak percaya. Memang sah Ryu ini seorang psikopat!Bolehnya lelaki ni ketawa bila orang beritahu dirinya itu dibenci!?
"Puteri Mara macam mana?Kau jadi lelaki ni memang tak ada hati perut langsung?"bisik Aerin kembali membukakan mata. Ingin saja dia tolak dirinya menjauh dari Ryu. Tapi sentuhan Ryu pada dirinya ibarat dadah yang mengiurkan. Semakin disentuh semakin selesa dia rasakan. Yang mana tak sepatutnya dia berasa begitu.
"Dia hanyalah patung buat aku untuk mengawal Raja Emmeth. Tapi rancangan asal aku terganggu apabila ada pihak lain cuba masuk campur dalam peperangan ni .Yang menjadi punca kenapa Brianna dan Caspian di bunuh."jelas Ryu menggerakkan Aerin supaya badan itu berpusing menghadapnya.
Splash!
Bunyi air kedengaran setiap kali mereka bergerak.
Share this novel