CHAPTER 71 : Mimpi Naga

Fantasy Completed 5425

"Hhmm..."

Tangan bercincin emas pada jari manis naik memicit pelipis. Aerin berkerut kening menahan rasa pening yang sekejap-sekejap bertandang sejak beberapa hari lepas. Selera makan dia juga kurang. Dia banyak tidur dari melakukan apa-apa kerana tidak sedap badan.

"Tuanku...ini air hangat yang tuanku minta."seorang dayang berdiri di sebelah Aerin dengan cangkir berisi air hangat di tangan.

Aerin berpaling ke tepi. Lantas dia meletakkan buku yang cuba dibaca ke atas riba lalu mencapai cangkir tersebut. "Terima kasih..."

"Bagaimana dengan pening tuanku?Sudah surut?Perlu ke kami minta tabib untuk datang memeriksa keadaan tuanku?"

Aerin menghirup air hangat kosong itu beberapa sisip sebelum menyerahkan cangkir semula kepada dayang di sebelahnya. Lantas dia bersandar pada kerusi goyang tempat dia beristirahat di bilik bacaan semenjak dua jam lepas dia bangun dari tidur tengah hari.

"Tak perlu. Pening sikit aje ni.."kerutnya memejamkan mata sambil menelan liur.

"Adakah tuanku mahu saya laporkan hal ini kepada Raja Ryu?Baginda sekarang masih berada di luar. Nanti saya minta pengawal untuk sampaikannya kepada baginda."

Aerin sekadar menggelengkan kepala.

"Jangan. Saya taknak Ryu pulang sekarang. Biarkan dia di luar sementara waktu. Kehadiran dia buatkan kepala saya semakin pening.."dalihnya kerana enggan buatkan Ryu cemas. Nanti kalau Ryu tahu keadaan dia begini lelaki itu akan bersikap lebih mengongkong. Yang mana akan buatkan dia susah hendak melakukan itu dan ini secara bebas.

Kening dayang berkerut risau. Dia pandang tepi wajah Aerin untuk seketika sebelum mengangguk akur dengan permintaan itu. "Bagaimana dengan bubur nasi?Tuanku tidak menjamah apa-apa sejak pagi tadi..."

"Hmm.." Itu la masalahnya. Aerin melepaskan hela panjang letihnya. Bukannya dia tidak mahu makan, dia mahu. Tapi setiap kali dia makan, dia terasa mual. Buatkan pening dia semakin teruk. "Sediakan saja buah plum dan peach untuk saya kalau begitu."hanya dua buah itu saja yang mampu dia jamah buat sementara waktu ni.

"Baik tuanku."bersama senyuman lega di bibir dayang tersebut berlalu pergi dari situ meninggalkan Aerin di bilik bacaan tersebut. Mungkin senang hati kerana Aerin akhirnya ambil keputusan untuk makan selepas sekian kali dipujuk rayu dengan.

Buku yang tertutup tadi Aerin buka semula untuk menyambung bacaannya. Namun baru beberapa baris dia teliti, kelopak mata mula terasa berat semula. Dia berkedip beberapa kali dengan harapan dapat hilangkan rasa berat, sekali tu matanya terpejam terus. Buku yang dipegang terlepas dari tangan lalu jatuh berdebuk atas lantai di bawah kaki kerusi goyang. Tangan kanan terkulai ke tepi kerusi tiada daya sebelum kepalanya terlentok ke kanan.

Lembut dan senyap, dengkuran lepas dari hidung Aerin setelah seketika. Hanya bunyi siulan dari angin yang bertiup masuk menerusi jendela bilik menghuni bilik tersebut.

Terbuka sahaja mata, Aerin disapa dengan pemandangan indah sebuah Kawasan hutan yang menghijau dan ditumbuhi dengan pohon bunga yang berwarna warni. Menyedari keadaannya sedang menghadap sebuah pokok gergasi, kepala di dongak ke atas.

Untuk seketika sepasang mata bundar miliknya itu melirik pergerakkan dedaun yang bergeselan setiap kali ditiup angin. Namun kepalanya berpaling ke kanan taktala satu kelibat melewati tempat dia sedang berdiri.

Pandang aje Aerin ke sisi dia ternampak hujung ekor naga. Tetapi ekor itu lenyap di balik semak berdekatan. Teringin tahu naga apa yang bersembunyi, dia atur langkahnya ke arah semak tadi.

Selangkah demi selangkah di atur tanpa sedar sehingga la Aerin menjengah kepala ke balik rimbunan semak yang menutupi sebahagian laluan di situ. Sekali bila di lihat, seekor naga muda sedang melingkar menghadapnya. Kepala itu tersorok di balik sepasang kaki hadapan kecil.

Terkutik melihat naga yang melingkar itu, Aerin berhati-hati mendekatkan diri ke tubuh gergasi naga itu tanpa rasa gentar. Cantik sangat bentuk dan rupa naga muda ini. Dia tidak pasti naga jenis apa, apa yang pasti ini kali pertama dia lihat seekor naga muda begitu cantik begini.

"Hei si cantik..."sapa Aerin sambil menghulur tangan hendak menyentuh hadapan tanduk kecil di kepala naga itu.

Tersentak kepala yang tersembunyi di balik kaki itu.

Bertentang sahaja mata mereka, Aerin terkedu di situ. Dia terpegun sendiri dibuat tatapan naga hadapannya. Seakan dipukau. Aerin merapat sehinggalah wajahnya bertemu dengan hujung muncung naga itu.

Dengkuran lembut kedengaran serta merta disaat naga muda itu menggosok hujung muncungnya ke depan wajah Aerin.

"Hahaha...siapa kamu ni?Cantik betul..."bicara Aerin sambil mengusap bawah rahang lalu ke tepi tulang muka naga bersisik keemasan depannya kerana berasa terpujuk dengan naga itu. Entah kenapa hatinya berasa hangat sebaik mereka bersentuhan.

Hanya dengkuran lembut sahaja yang menjawab pertanyaan itu apabila naga itu mengepak sayapnya lalu menyelubungi tubuh Aerin dengannya.

HAH!!

Bersama nafas tertahan Aerin membuka mata. Bingung kerana sudut pandangannya gelap sedangkan dia sedar. Untuk seketika dia diam sebelum menyedari lingkaran erat yang memeluk tubuhnya.

Aku dekat mana?Aerin berkerut kening sebelum dongak menjarakkan kepala ke belakang hendak melihat apa yang menjadi punca pandangannya menjadi gelap tiba-tiba. Seingat dia tadi ada di atas kerusi, macam mana boleh dia dalam keadaan baring begini?

"Kau dah bangun?"suara dalam menggetar dada yang menjadi tempat sandaran Aerin tadi menyapa.

Perlahan-lahan Aerin menjarakkan diri dari pelukan di badan tidak berbaju itu sebelum bertemu muka dengan suaminya. Serius dia lost saat ini. Tiada apa yang terlintas dalam fikiran selain perasaan tercengang. "Apa yang berlaku?"bingung dibuatnya sebab keadaan bilik tidur mereka gelap. Hanya lilin yang menyala atas kaki lilin di almari penjuru katil sahaja yang sedang membias sekitar ruangan bilik tidur.

"Kau tidur dari senja tadi...aku yang bawa kau ke sini..."Ryu menyelak rambut Aerin ke belakang telinga sebelum mengiringkan badan menghadap Aerin. "Tidur la...malam masih berlabuh..."mintanya menepuk tepi lengan Aerin mendodoi.

Untuk seketika Aerin diam. Dia memandang wajah Ryu di hadapannya dalam keadaan masih mamai dan bingung. Cuba hendak ingat semula bagaimana dia boleh tertidur. Dan apa yang membuatkan dia terjaga.

Sedang Aerin termenung menatapnya, mata Ryu merayap ke sekitar wajah bangun tidur Aerin dengan sengih meleret. Tangannya melurut turun dari kepala turun ke tepi muka sebelum berhenti di leher itu.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?"

Perlahan-lahan Aerin menggelengkan.
"Tak ada apa-apa....aku cuma lost sekejap.."beritahunya.

"Sini..."Ryu bawa kepala Aerin ke atas dada sebaik menelentang. "Dah...tidur balik. Esok siang..aku bawa kau jalan sekeliling."

Tidak menjawab Aerin hanya melingkarkan tangan ke sekeliling rusuk Ryu lalu menyembamkan wajah ke ceruk leher Ryu. Mata dipejam saat bibirnya hinggap pada kulit bahu itu. Apa maksud mimpi yang dia alami tadi? Keningnya berkerut. Harap-harap bukan mimpi yang membawa berita buruk sudah.

Ryu kembali memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience