"Siapa kami berdua sebenarnya?"tanya Aerin masih memandang Ryu. Berharap jawapan yang dia bakal dengar nanti tidak akan menyakiti Ryu!
Tidak semena Bishop Harman tertawa. Lelaki itu tertunduk seketika sebelum mendongak ke langit bersama sisa sengih di bibir. "Apa yang buatkan kamu nak tahu tentang siapa diri kamu?"
"Sebab saya perlu tahu kenapa master sanggup pergi sejauh ni semata untuk membalas dendam dengan melibatkan kami berdua!?"bergetar suara Aerin semasa bertanya.
Bishop Harman terdiam. Lelaki itu bergelut dengan perasaannya sendiri. Keningnya mulai mencerlung. Kerutan di dahi semakin berlapis.
"Kalau macam tu kenapa master hanya biarkan kami berdua yang hidup?Adakah ianya hanya kerana alasan untuk mempergunakan kuasa kami aje?Tiada sebab lain?"soal Arran pula. Dia pun nak tahu jugak.
Untuk seketika Bishop Harman mendiamkan diri. Senyuman dibibir juga telah memudar. Renungannya terarah pada sekitar. Dia cuba mengatur kata hendak bersuara.
Sementara Ryu mengerang cuba hendak bergerak tetapi kakinya enggan bergerak, tubuhnya sedaya upaya dipaksa untuk bangun berdiri namun kuasa yang mengekang dirinya terlampau kuat. "Aerin!"panggilnya lagi di balik ngerangannya. Dia perlu dapatkan Aerin semula!!
"Baiklah.."Bishop Harman akhirnya akur. Lelaki itu berdengus kecil sebelum termenung memandang Aerin dan Arran. Sudah lama sebenarnya dia menyiman rahsia ini. Rahsia yang tiada siapa pun tahu kecuali dirinya sendiri. "Kalau itu yang kamu nak tahu, saya akan ceritakan."
Dah agak!Mesti ada yang tersembunyi dari mereka!Rahang Aerin berketik dek kekesalan.
"20 tahun yang lalu sebelum peperangan tercetus, saya merupakan seorang pengamal sihir biasa. Yang bukan sesiapa-sesiapa di mata orang. Sampai la satu hari saya bertemu dengan seorang wanita bernama Offelia Flynn sewaktu merantau." mula Bishop Harman tersengih kecil."Kami berdua jatuh cinta. Dan tak lama selepas itu kami berdua bina kehidupan di Puak Dragon Tamer. Beberapa tahun berkahwin kemudian kami dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan. Si abang beza tiga tahun dengan adik perempuannya. Sewaktu si abang berusia 10 tahun tiba-tiba peperangan pun tercetus. Raja Xenthen menyerang kawasan tempat tinggal kami. Membunuh ahli keluarga kami termasuk naga-naga yang ada di situ. Kami cuba meminta bantuan dari Negeri Cahaya tapi Negeri Cahaya memilih untuk mempertahankan negeri mereka sendiri. Dan akhirnya peperangan itu memusnahkan kehidupan semua orang. Puak Dragon Tamer mahupun Negeri Cahaya sendiri. Hanya kerana ketamakan mereka itu Kerajaan Xenthen bertahan sehingga ke hari ni."
Arran bungkam di samping Aerin yang membutangkan mata kerana terkedu dibuat kenyataan Bishop Harman. Mereka berdua sama-sama menunjukkan reaksi tak percaya.
"Hati saya diselebungi dengan dendam kesumat hingga akhirnya saya ambil keputusan untuk memusnahkan rasa sayang dan takut dari saya pada orang tersayang agar saya takkan teragak-agak membuat keputusan nanti. Dengan cara menghapuskan ingatan dua putera dan puteri saya supaya saya dapat jalani misi untuk membalas dendam buat Kerajaan Xethen tanpa gangguan." Bishop Harman memandang Aerin dan Arran bersama mata kemerahan. Tidak berkedip sejak tadi.
"Tak...semua ni tak benar. Master cuma reka cerita aje kan?"nafi Arran begitu tertampar dengan cerita itu.
Tangan Aerin terus naik memegang perutnya saat mengetap gigi dengan erat. Apa semua yang dia dengarkan ni!
"Dan kamu tanya kenapa saya nekad untuk meneruskan misi bunuh diri ni...itulah jawapannya. Saya kehilangan isteri tercinta, naga yang menjadi sahabat saya, dua orang anak yang saya korbankan demi memastikan misi ini berlangsung...semua ini saya lakukan agar keadilan dapat dituntut untuk rakan-rakan serta kaum kerabat yang terkorban gara-gara ketamakan mereka yang jahil. Jadi Kerajaan Xethen perlu dihapuskan! Tapi lelaki bernama Ryu ni dah mengambil alih taktah Kerajaan Xethen buatkan rancangan saya tergendala. Sebab itu saya perlu hapuskan dia."
Perlahan-lahan Arran tunduk memandang tangan Aerin yang berada di dalam genggamannya. Betapa tak percayanya dia saat ini. Jadi selama ini Bishop Harman adalah bapa kandung mereka berdua?Yang dihapuskan ingatan mereka? Sebab itulah dia mahupun Aerin tidak mengingati apa-apa. Dan alasan kenapa mereka berdua masih hidup sehingga sekarang selepas peperangan!
"Tapi master memilih untuk membunuh kami berdua selepas pelan untuk menggunakan kuasa kami gagal...."Arran pandang Bishop Harman semula.
Tersengih Bishop Harman. "Kan saya dah beritahu, hati saya dah gelap kerana dendam jadi tiada perkara lain yang saya fikirkan. Anak sendiri atau bukan, ianya bukan halangan buat saya untuk memastikan Kerajaan Xethen musnah sepenuhnya."
Setitis air mata mengalir turun di pipi kiri Aerin.
"Jadi samaada bunuh saya atau saya yang akan bunuh kamu itu pilihannya." lafaz Bishop Harman apabila lelaki itu bangun dari duduk di tunggul batu sejak tadi. Dia pandang Aerin dan Arran dengan renungan dingin.
"Master-"panggil Arran tidak dapat menghabiskan kata-kata kerana begitu kecewa dibuat pengakuan Bishop Harman. Lelaki itu kedengaran nekad dan benar-benar maksudkannya. Jadi Arran bingung tidak tahu hendak berkata bagaimana lagi.
Retak seribu. Hancur berkecai perasaannya Aerin memejamkan mata dengan erat. Dan bila dia angkat mata dimana Ryu berada, dia melihat air mata sudahpun mengalir di wajah suaminya. Membuatkan Aerin semakin sedih. Pilihan sama ada dia bunuh ayah kandungnya sendiri atau membiarkan suaminya disakiti?Pilihan gila apakah ini!?
"Jadi apa pilihan kamu berdua?"sengih Bishop Harman dengan meleret taktala dia menarik semula keluar pedang dari kelongsong.
Kening Arran mencerlung tajam.
"Aerin!Lepaskan aku sekarang!" ngerang Ryu sekuat hati dengan sisa tenaga yang ada padanya. Begitu terdesak ingin mendapatkan Aerin! "AERIN!!!!"urat belirat timbul di leher dan kepala akibat menekan diri untuk melepaskan diri dari kekangan kuasa Arran dan Aerin itu.
Teriakan Ryu membuatkan Aerin palingkan kepala ke lelaki itu. Dan bila mereka berdua saling bertatapan, senyuman sedih pun terukir di bibir Aerin. Aerin pandang Ryu taktala air mata mengalir turun ke pipinya.
Kalau ini pilihan yang dia ada, maka itulah yang dia akan lakukan. Sekalipun ianya akan mengorbankan insan yang tersayang.
"Jangan kau lakukannya Aerin!!"teriak Ryu masih melutut di atas tanah ketika itu.
Terus Aerin mencengkam tangan Arran dengan erat.
Arran pun tunduk memandang ke tepinya. Wajah merah basah dengan air mata Aerin dipandangnya dengan mencerun.
Bila Aerin dongak ke Arran.
Mereka berdua saling membalas tatapan ke antara satu sama lain. Menyampaikan isi hati masing-masing tanpa berkata.
"Kau pasti tentang hal ni?"soal Arran.
Bersama ketapan nipis di bibir Aerin pun mengangguk perlahan. "Mm."
Barulah Arran mengerling ke Ryu. Keningnya berkerut. Habis la dia lepas ni!Ryu pasti kecewa teruk!
"Aerin!Tolong la. Lepaskan aku sekarang. Aku janji aku takkan marah pada kau. Jadi lepaskan aku!"teriak Ryu. "Jangan lakukan apa aje yang kau cuba lakukan tu!"
Tidak memandang Arran, Aerin memalingkan kepalanya ke tepi. Dia tidak sanggup memandang Ryu sekarang. Lagi-lagi lepas mengetahui bahawa dia adalah anak kepada pemberontak. Mana dia nak letak muka nanti!
"Jadi kamu berdua dah buat pilihan?Saya atau Ryu?"Bishop Harman sudah bersedia hendak maju ke arah Aerin dan Arran. Samaada mereka memilih dirinya atau dia yang akan membunuh kedua-dua mereka ini!
Dengan serentak Arran dan Aerin memandang Bishop Harman.
Share this novel