Swooosh~~~~
Deru angin bertiup menyapa wajah diselangi dengan dengung di dalam telinga, Arran di tepi sungai terus mendongak ke langit. Mata kelabunya bersinar taktala satu getaran tenaga menghentak deria pengesannya.
Kening itu berkerut.
Pantas Arran bangun dari bercangkung setelah minum air sungai tersebut. Dia lantas mengesat mulut yang basah dengan belakang lengan.
Apa yang sedang dia rasakan ini?
Arran memalingkan kepala ke kanan. Untuk seketika mata dia terarah pada tiga buah bukit di hujung sungai tersebut. Ada sesuatu di belakang bukit itu. Suatu tenaga yang kuat.
Adakah itu mungkin Aerin?
Selama seminggu dia mencari, akhirnya Aerin munculkan diri!?
Sarung tangan hitam yang ditanggalkan tadi Arran kenakan semula ke kedua belah tangan sebelum berjalan meniti tunggul batu di sepanjang gigi sungai tersebut.
Semoga Aerin tidak apa-apa! Dia perlu dapatkan Aerin dengan segera dan selamatkan gadis itu dari menjadi mangsa buronan Bishop Harman atau musuh! Sebabnya hanya tersisa mereka berdua sahaja kini sebagai Dragon Whisperer. Jika mereka berdua sama-sama terhapus, maka punah bangsa manusia nanti jika naga yang berkuasa!
SEMUA mata terarah pada susuk tubuh kecil di tengah laman tersebut tanpa berkedip. Terutama sekali naga-naga yang sepertinya sudah diam mematung seakan telah dipukau dengan sesuatu. Mata setiap naga di situ bersinar dalam satu warna.
Setiap naga disitu dapat merasakan ada sesuatu menjalar dalam kepala masing-masing seakan mengikat mereka untuk tidak berfikir mahupun merasai apa-apa untuk seketika. Namun ada juga naga yang cuba melawan.
Deraman bengis menyeringai dari naga silver horn dua meter dari Aerin sedang berdiri. Haiwan mistik itu begitu terganggu dengan kuasa Aerin. Maka ia gerak hendak menerkam Aerin agar kuasa itu berhenti dari menganggu kepalanya.
"Skraaa!!!!!"ngaum naga itu Bersama hentakkan ekor berdurinya ke tanah. Menggegarkan Kawasan sekitar dan memeranjatkan beberapa Dragon Rider berdekatan. Ia terus mengangakan mulut hendak menyembur lahar berapinya ke Aerin tanpa berlengah.
Dua orang daripada pengawal yang ada disebelah Aerin jatuh ke belakang akibat terkejut. Sementara Ryu di belakang sudah maju kehadapan hendak menjelma dalam bentuk naga mahu melindungi isterinya.
Namun Aerin sekadar menjeling ke naga silver horn tersebut sebelum berbisik dengan gemersik. "Tidur...."dengan matanya terarah pada sepasang mata keemasan itu.
Getaran kuat menghentak fikiran naga silver horn serta merta. Menyebabkan mulutnya yang ternganga tadi tertutup dan ia menunduk ke bawah sedikit demi sedikit.
"Aerin...cukup."tegas Ryu di belakang secara tiba-tiba. Wajah itu begitu tegang.
"Aku belum selesai lagi.."
"Tak. Kita dah selesai dekat sini. Aku nak kau berhenti sekarang..."Ryu memegang belakang lengan Aerin sambil cuba menarik Aerin agar menjauh dari kerumunan naga yang sudahpun berkumpul sekeliling membentuk bulatan menghadap mereka.
"Mereka semua perlu menjelma dalam bentuk manusia dengan segera atau kau akan buatkan tempat ni kawasan perkuburan..." beritahu Aerin menoleh ke Ryu Bersama mimik muka bersahajanya. Sedangkan nyawa dia tadi dalam bahaya.
Kening Ryu bercantum bila dia bertentang muka dengan Aerin. "Macam mana kau boleh berlagak tenang lepas apa yang naga tadi hampir lakukan?"
Aerin mengerling ke sekeliling Kawasan itu dengan renungan dingin lantas melalukan tapak tangan ke udara. "Aku tahu apa yang aku buat Ryu...bukannya aku cuba bunuh diri aku dekat sini..."
Seperti hembusan angin yang lembut, satu gelombang beraura lembut menebar ke seluruh Kawasan kem tersebut hingga mengenai naga serta tentera yang ada. Mengembalikan suasana kelam kabut dan tegang tadi kepada situasi yang tenang semula.
Naga-naga tadi dengan sendiri mula berubah bentuk dalam jelmaan manusia.

Beberapa pasang mata hanya memerhatikan Aerin penuh tanda tanya. Ada sesautu yang tidak kena dengan mereka. Bukan setakat bau yang mengiurkan dari Aerin saja malah aura dari Aerin begitu kuat hingga buatkan mereka trigger mahu dapatkan Aerin sekarang juga dan pastikan tiada sesiapa cuba dekati Aerin.
Setelah naga-naga tadi menjelma dalam bentuk manusia, mereka berarak dengan seragam sebelum berbaris secara berlima-lima ke belakang. Menarik perhatian Aerin kerana tidak menjangka lelaki-lelaki di situ akan mendekatinya. Secara instinct dia terus berdiri rapat di sisi Ryu. Mata masih memerhati pergerakkan mencurigakan mereka di situ.
"Tuanku...maafkan kami.."dengan hormat para Dragon Rider dan tentera di situ mula berlutut sebelah kaki menghadap Ryu serta Aerin. "Sekiranya kami lebih peka dengan keadaan sekeliling, kami tidak akan susahkan tuanku raja dan permaisuri berada di sini..."
Bila mereka semua mengangkat mata ke atas, serta merta mereka terarah pada Aerin. Ada sesuatu pada Aerin yang membuatkan mereka tidak mahu lepas dari memandangnya.
Share this novel