CHAPTER 28: Raikan

Fantasy Completed 5425

"Hahahaha!"Raja Emmett ketawa puas atas singahsana selepas membaca apa yang tertulis di dalam skrol. "Sungguh menyenangkan hati sekali....dalam masa yang singkat Xenthen mencapai dua kejayaan dalam masa yang sama. Terima kasih kepada kamu Ryu kerana berjaya mengawal pemberontakkan Raja Everlin dan angkatannya dan kini Xenthen dapat meluaskan wilayahnya ke Selatan Utara Everlin."

Laporan dari Cardamom Lands dan Everlin telah sampai ke tangan Raja Emmett selang beberapa hari kemudian.

Seperti yang diberitahu oleh Ryu, Cardamom menyampaikan berita yang sama apa yang Ryu katakan. Mereka semua sudah kembali seperti sediakala. Semua naga boleh menjelma dan terbang mengikut kehendak mereka dengan baik. Itu yang Aerin tahu. Yang dia tak tahu, memang Aerin tidak tahu.

Setelah itu kemangkatan Raja Everlin telah membuatkan wilayah tersebut jatuh ke tangan Raja Emmett. Menguatkan lagi pengaruh lelaki itu dalam Xethen Empire tersebut. Membuatkan Raja Emmet semakin gemar akan Ryu.

Ryu di hadapan tangga singahsana itu pandang ke lantai dengan kedua belah tangan di belakang badan. Riak wajahnya tenang dan dingin. Seakan ada yang sedang difikirkan olehnya.

            "Dan kamu Aerin Ofelia..sememangnya tidak pernah menghampakan beta. Di atas kecekapan kamu, penduduk Cardamon Lands kini telah kembali pulih kepada sediakala. Beta sangat senang hati dengan kejayaan kamu menghapuskan Ahli Sihir Putih yang selama ini telah banyak melakukan kemusnahan."

Aerin tidak yakin yang semuanya boleh selesai begitu saja. Dia boleh rasakan ada yang tidak kena. Tapi tidak tahu hendak jelaskan mengenainya bagaimana.

Caspian di samping Raja Emmett sekadar mengerling misteri ke lelaki itu sebelum bergerak memandang Aerin di bawah tangga. Apa yang hendak digembirakan? Aerin hampir mati terbunuh gara-gara melawan Ahli Sihir Putih tu. Bolehnya Raja Emmett ketawa terbahak-bahak begitu.

           "Ayahanda patut anugerahkan hadiah dan ganjaran kepada Ryu dan Aerin kalau begitu."Puteri Mara Ferin menyampuk tidak lama selepas itu.

            "Sudah tentu...sudah tentu beta akan kurniakan ganjaran kepada dua pahlawan beta ini..."beritahu Raja Emmett. "Beritahu beta...apa yang kalian berdua mahukan?Akan beta kurniakan...Aerin...Ryu.."

Pada masa itu Puteri Mara memandang Ryu dengan senyuman lebar di bibir. Apa agaknya yang akan Ryu minta ya?Dia pun mahu berikan Ryu hadiah juga.

           "Kalau beta hadiahkan perkahwinan kepada kamu bersama Puteri Mara bagaimana Ryu?Kalian berdua sudahpun berkenalan lama. Jika beta mengahwini kamu bersama anakanda beta, tidak la beta risau memikirkan dengan siapa anakanda beta bersama nanti.."cadang Raja Emmett tiba-tiba.

Tersipu malu Puteri Mara selepas dengar. Gadis itu terun tunduk memandang jari jemari di atas riba.

           "Ianya satu penghormatan buat saya tuanku."tunduk Ryu memegang dada sebelah kiri semasa berkata.

            "Kita akan bincang hal ini lebih lanjut kemudian ya."Raja Emmett mengangguk berpuas hati dengan balasan Ryu waktu itu.

Sementara Aerin lima jengkal jaraknya dari Ryu berdiri tersentak tetapi air mukanya masih kekal tenang dan dingin. Agak terkejut, tetapi dia boleh menjangkakannya. Sudah tentu la Ryu ada pilihan lain untuk dijadikan pasangan bukan dirinya. Diri yang bukan sesiapa dan hanya seorang yatim piatu siapa yang mahu? Tapi kalau Ryu menyukai Puteri Mara kenapa lelaki itu memilih dirinya untuk di imprint?

Lantas Aerin memandang ke bawah sambil menggigit bawah bibir. Dia tidak suka perasaan yang dia rasakan saat ini.

             "Dan bagaimana dengan kamu Aerin?"pandangnya ke Aerin pula. Senyuman masih tidak lekang di bibir.

Waktu itu Ryu palingkan kepalanya ke Aerin. Tepi wajah itu di pandang penuh ternanti-nanti. Apa agaknya yang Aerin rasakan selepas dengar Raja Emmett membuat tawaran begitu padanya?Dia nak sangat masuk ke dalam fikiran Aerin tetapi pada masa yang sama dia enggan. Benci ke Aerin padanya?Tapi memang dari awal lagi Aerin sudah membencikan dirinya?Rasanya Aerin tidak kisah langsung dengan siapa dia bersama dan siapa dia suka?

               "Tiada apa-apa tuanku. Saya jalankan tugas saya demi amanah yang diberikan."beritahu Aerin. "Jika semua orang baik-baik dan amanah saya telahpun terlaksana. Itupun sudah memadai."pandangnya ke Raja Emmett sebelum perasan Puteri Mara sedang memandang ke Ryu. Buatkan dia sedikit terasa hati kerananya.

               "Beta mengerti...tetapi pasti kamu mahukan sesuatu?"

Caspian pandang ke Raja Emmett sebelum Aerin dengan renungan tidak dapat ditafsirkan. Orang tua ni tahunya mengerjakan orang lain demi nama dan kesenangan sendiri. Memangnya dengan memberi ganjaran dan hadiah dapat menghilangkan rasa penat dan sakit yang ditanggung ke?Betapa berharapnya dia dapat musnahkan Raja Emmett sekarang ini juga!

             "Tiada tuanku."beritahu Aerin lagi.

             "Hahahah...sememangnya kamu pelajar Bishop Harman. Semua pelajar bawah didikan lelaki itu tidak pernah mengecewakan.."angguk Raja Emmett. "Kalau begitu beta akan mengurniakan kamu satu peti wang perak kepada kamu sebagai ganjarannya dan jamuan kecil buat seisi Akademi Dragon Tamer nanti."

Ryu pula dalam diam berasa bangga sendiri. Sebab dia tahu apa yang Aerin akan jawab bila ditawarkan begitu. Gadis yang dia kenali lama dulu ini masih sama. Tidak tamak. Tidak haloba. Hanya merendah diri tidak kira apa sekalipun situasinya. Cuma satu saja yang dia tidak suka, iaitu kedegilan Aerin kadang-kadang tidak boleh dibawa bincang. Dan gadis ini bukan seorang yang mudah untuk ditundukkan. Yang mana buatkan dia lakukan hal yang tidak sepatutnya di lakukan tanpa sedar.

               "Kalau begitu, setakat ini sajalah perbincangan kita. Semoga hari kamu semua berjalan lancar. Dan jaga diri. Beta minta diri dahulu."beritahu Raja Emmett kepada mereka.

Puteri Mara bangun terlebih dahulu lantas mendapatkan Raja Emmett apabila lelaki tersebut berdiri hendak pergi dari situ. Lengan ayahandanya dirangkul.

Serentak semua yang ada menundukkan kepala menyambut keberangkatan lelaki tersebut dari balairung seri itu.

               "Aerin.."Caspian jalan riang ke gadis beruniform serba hitam dengan rambut di sanggul kemas itu.

Kepala Aerin pun berpaling ke belakang setelah dia sudahpun bergerak hendak pergi.

Ryu yang waktu itu sedang mendengar percakapan Cadmus turut memalingkan kepala ke arah Aerin.

             "Awak cuti kan seminggu ni?"Caspian berjalan di samping Aerin sambil memeluk papan tulisnya yang terisi dengan catatan Raja Emmett.

             "Ha'ah...kenapa?"

             "Kalau macam tu, keluar dengan saya?Awak ingat lagikan pelawaan saya tempoh hari?"

Nada riang ceria Caspian waktu itu membuatkan Aerin ikut mahu tersenyum tetapi dia hanya mengetap garis nipis di bibir. Waktu begini bukan masa untuk dia tersengih."Selagi saya tak setuju selagi tu awak akan tanya?"

             "Habis tu awak asyik tolak pelawaan saya je..mesti la saya akan tanya banyak kali?"

             "Kalau saya setuju adakah selepas ini awak akan berhenti bertanya?"

             Caspian ketawa. Dia pegang belakang badan Aerin semasa berkata. "Takkan la sekali aje kita keluar?"

Waktu itu Ryu menyaksikannya. Bukan main lagi ya! Lidahnya bergerak ke dinding pipi kerana jengkel melihat kemesraan Caspian bersama Aerin. Lelaki tu memang tak reti nak letak tangan dekat tepi ke apa?Perlu nak pegang segala bagai?Buat menyirap pulak menengoknya!

             "Tuan?"panggil Cadmus tiba-tiba.

             "Ya aku dengar."jeling Ryu dengan serius ke   orang kanannya itu.

             Berkedip mata Cadmus kerana reaksi garang tiba-tiba Ryu itu. Dah kenapa? "Apa arahan seterusnya kalau begitu?"ulang dia akan soalan yang sama masa Ryu termenung tadi.

          "Seperti yang dijadualkan arahkan semua tentera pulang ke rumah masing-masing sehingga mereka dipanggil semula. Selain tu pahlawan naga yang terlibat dengan serangan di Everlin minta laporkan diri."Ryu beritahu sebelum melihat akan Aerin dan Caspian yang sudahpun keluar dari pintu.

           "Baik."angguk Cadmus sambil lihat wajah tegang marah Ryu. Tadi elok aje...dah kenapa tiba-tiba nak marah pulak?Fikirnya sewaktu berpaling dari situ meninggalkan Ryu sendirian.

Sebaik saja pintu di tutup, Aerin membelok ke kanan sambil menanggalkan butang mantel yang tergantung pada bahunya. Lalu kain mantel itu digantung pada lengannya. Penat pakai uniform rasmi ni. Sudahlah berat, banyak bahagiannya pula tu.  Kalau dia berlari dengan pakaian ini selama dua jam, berat badannya mungkin akan turun dengan mendadak!

             "Kalau macam tu jam 2 petang esok ya. Kita jumpa dekat depan pintu gerbang halaman istana."aju Caspian di sebelah.

              "Okay..."akur Aerin.

              "Kalau macam tu saya pergi dulu. Ada beberapa urusan yang saya perlu selesaikan. Bye Aerin."senyum Caspian lagi dengan handsome kepadanya.

Aerin sekadar melambai kecil. Caspian beredar ke arah bertentangan dengannya sewaktu berpisah haluan di tengah hallway itu. Nampak riang saja belakang badan itu bila dia perhatikan. Iri pula dia . Agaknya apa rasanya bila gembira ya?Dia sudah lama tidak tahu bagaimana perasaan gembira dan ceria tu. Buatkan semuanya kelihatan muram dan tidak berwarna.

Sebab dia tidak mahu gembira sekarang tapi bersedih kemudian.

                "Dah jauh pun orang tu...kau pandang lama-lama lagi buat apa?"suara dalam tu menegur dari belakang.

                Sudah tahu siapa pemiliknya Aerin hanya buat muka tidak kisah sewaktu berpusing. Berdiri Ryu dekat situ memandangnya dengan riak muka nak cari pasal. "Apa lagi?"

                Ryu berdengus mengejek. "Tak ada apa-apa?Itu yang kau cakap tentang hubungan kau dengan Caspian?Tapi apa yang aku nampak berbeza dengan apa yang aku dengar?"sinis nadanya waktu itu.

               Dan Aerin tidak peduli untuk menjelaskan apa-apa kepada Ryu. "Bukan masalah aku sama ada kau nak percaya ataupun tidak."ujarnya mahu menyambung langkahnya semula.

            "Jangan keluar dengan dia!"tegas Ryu mematikan langkah Aerin.

Ini yang malas ni!Aerin menjuling mata menyampah sewaktu pusing malas-malas ke Ryu.

            "Asal pulak tak boleh?Kalau kau boleh bersama dengan Puteri Mara...kenapa aku tak boleh keluar dengan Caspian?Memangnya kau siapa buat aku?"

Ryu pandang Aerin bersama kepalan penumbuk di kedua belah tangan.

Aerin balas tatapan Ryu bersama muka tidak kisahnya.

Mereka berdua saling berlawan tatapan siapa yang akan mengedipkan mata terlebih dahulu. Dan selepas beberapa ketika Aerin yang berkedip kerana dia merasa terganggu dengan gelombang dalam kepalanya waktu itu.

            "Jangan kau cuba masuk ke dalam fikiran aku Ryu!"tegas Aerin.

             "Kalau macam tu jangan cabar aku. Aku fikirkan kita dah okay?"

             "Bila masanya?Takkanla hanya disebabkan kau dengan aku-"Aerin menahan nafas apabila dia melihat kelibat Puteri Mara kelihatan tidak jauh di hujung hallway itu. "Cukup!Jangan nak merapu. Aku dah beritahu awal-awal. Apa yang berlaku antara kita ni tak lebih dari seorang Dragon Rider dengan Naganya. Jadi jangan kawal aku seperti aku ni milik kau. Kau sukakan Puteri Mara. Dipersilakan. Aku takkan halang. Tapi jangan cuba masuk campur urusan peribadi aku."

            "Aku merapu?"Ryu begitu tertampar saat itu. "Dan kau letakkan sempadan pada hubungan kita sekarang ni Aerin?"tanyanya lagi begitu terpempan dengan apa yang dituturkan oleh Aerin saat itu. "Sebab lelaki tu?"

            Aerin tidak membalas kerana waktu itu Puteri Mara sudahpun tiba di belakang Ryu. Jadi dia cepat-cepat beri tundukkan. "Terima kasih untuk nasihatnya Tuan Ryu. Saya amat hargainya."ucapnya sedikit kuat dari biasa dengan tiba-tiba.

            Semakin tercengang Ryu waktu itu. "Apa yang kau-"

            "Ryu!"Puteri Mara menepuk belakang bahu itu.

Pada masa Ryu menoleh, Aerin pun pergi dari situ. Bila lelaki itu memandang wajah ceria Puteri Mara tersenyum manis kepadanya dia berpaling semula ke Aerin. Tapi gadis itu sudahpun tiada. Menjadi-jadi rasa bingung Ryu waktu itu.

           "Ada apa tadi tu?"Puteri Mara perasan tadi Ryu bercakap dengan Aerin. Tak sempat dia nak menegur, Aerin dah pergi dulu. Baru dia ingat nak ajak minum pagi bersama.

           Ryu menelan air liur dengan susah payah untuk hilangkan rasa marah yang berkumpul dalam dadanya sebelum tersenyum kepada Puteri Mara. "Tak ada apa-apa. Kenapa tuan puteri ada di sini?Raja Emmett dimana?"

           "Saya nak ajak awak minum pagi sekali dengan saya. Ayahanda tadi sudah beransur ke bilik membacanya. Adakah awak sudi temani saya minum pagi?"

           Perlahan-lahan Ryu mengangguk kepala. "Sudah tentu. Marilah kita pergi.."ajaknya menghulur lengan kepada Puteri Mara untuk disambut. Pada masa yang sama dia betul-betul ingin mendapatkan Aerin!

          "Saya baru nak pelawa Aerin bersama, tapi nampaknya dia dah pergi dulu.."lengan Ryu di rangkul kemas dengannya sambil tu.

          Rahang Ryu berketik. Betapa bengangnya dia saat itu. "Tak mengapa la. Kita berdua saja pun boleh."

Puteri Mara ketawa kecil. Dan mereka pun berjalan seiringan merentasi hallway di situ.

Ketika dua orang itu berborak, sebenarnya Aerin ada aje di situ, cuma dia bersembunyi di balik dinding selekoh hallway itu. Tidak bergerak sejak dua orang itu berbual mesra, dia diam mengetap bibir dengan erat menahan rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience