CHAPTER 76: Kau Sentiasa Marah Aku

Fantasy Completed 5425

Sepulang ke istana, Aerin ambil keputusan untuk berkurung di dalam bilik. Enggan menemui Ryu kerana terlalu merajuk dengan keputusan suaminya yang membatalkan janji untuk membawa dia mengambil angin di sekitar tempat itu.

Jenuh Ryu memujuk isteri tercintanya itu. Namun tidak lama kerana Cadmus, orang kanannya itu datang menemui Ryu menyampai sesuatu kepadanya. Yang menyebabkan Ryu terpaksa menangguhkan sesi memujuk Aerin untuk ke perjumpaan Bersama Cadmus. Itupun kerana berita mengenai perubahan pergerakkan tentera Bishop Harman sampai ke telinganya. Hendak tak hendak terpaksa Ryu meninggalkan isterinya yang masih merajuk.

Sebaik saja senja melabuhkan tirai, dayang mendatangi Aerin.

Knock!

Knock!

Cincin besi pada pintu bilik beradu diraja di hentak oleh dayang beberapa kali.

             "Tuanku permaisuri.."

Suara dayang sayup kedengaran perlahan dari luar bilik. Sementara Aerin sedang duduk di kerusi goyang menghadap jendela. Hanya bunyi berkeriut dari kerusi goyang itu yang kedengaran sepanjang masa Aerin tenggelam dalam menungnya.

              "Sudah masa untuk tuanku bersiram...kami sudahpun menyiapkan air mandian tuanku..."

Mata bundar itu pun berkedip.

Aerin perlahan-lahan memalingkan kepalanya ke arah pintu. Dimana Ryu?Ingatkan lelaki tu akan terus pujuk dia?Takkan dah putus asa separuh jalan!?

               "Tuanku?"

Hish!Dengan jengkel Aerin bangun dari kerusi goyang ke pintu bilik. Dia taknak buka tapi malas nak dengar ketukan pintu banyak kali, dia terpaksa juga bangun.

Creak~~~~

Terbuka saja pintu, tiga orang dayang sedang berdiri di luar koridor menghadap pintu bilik tersebut. Mereka menatap sekejap wajah murung Aerin sebelum tersenyum mesra.

               "Ryu ada di istana sekarang?"soal Aerin dengan grumpy.

               "Raja Ryu berada di balairung seri sekarang. Ada hal kecemasan yang perlu baginda selesaikan. Adakah tuanku permaisuri mahu menunggu Raja Ryu?"

               Hah!Siapa nak tunggu lelaki menyebalkan tu!? "Tak.."

               "Kalau begitu biar kami siapkan tuanku untuk gerak ke bilik bersiram."maklum ketua dayang kepada Aerin sambil mengaju tangan kepada dua lagi dayang yang sedang menatang dulang atas tangan. Di atas dulang itu terdapat bathrobe untuk digantikan.

               "Masuk la kalau macam tu..."pelawa Aerin acuh tak acuh.

Tiga dayang itu kemudiannya masuk ke dalam.

Sudah terbiasa dengan layanan serba serbi diraja itu, Aerin berdiri diam di tengah ruang sementara dayang-dayang di situ mula menanggalkan perhiasan di kepala sehingga ke pakaian yang terpasang di badannya. Dari satu lapisan ke satu lapisan pakaian Aerin dilepaskan.

               Sedang ketua dayang berdiri di tepi sebelah kiri Aerin tanpa sengaja dia menegur. "Tuanku...kenapa lambang Raja Ryu kelihatan sedikit merah dari biasa?Adakah tuanku tidak sihat?"

              Aerin pantas mengerling ke bahu kirinya sebaik dengar. Keningnya berkerut. "Kenapa dengannya?"

              "Biasanya warna ia tidak semerah ini...tuanku baik-baik saja kan?"ketua dayang memandang risau ke Aerin.

             "Sebab saya marah pada Ryu agaknya.."jawab Aerin semasa dua dayang tadi mula memegang bathrobe untuk dia pakai ke badan setelah semua pakaian selesai di tanggalkan.

            "Tuanku marah pada Raja Ryu?"

              "Hmm.."

Lantas mata ketua dayang turun ke tubuh Aerin. Hendak memeriksa ada apa-apa lagi tak yang dia terlepas pandang. Risau pula kalau ada yang kurang pada kesayangan raja mereka ini. Nanti kalau ada apa-apa yang kurang mahunya mereka yang kena. Namun bila ketua dayang tilik Aerin, dia dapati tubuh permaisuri mereka ini tiada apa-apa yang aneh kecuali tubuh itu kelihatan lebih berisi dari sebelum ini. Nak kata terlebih makan tak ada pula sebab beberapa hari kebelakangan permaisuri mereka ini hilang selera makan.

            "Hanya disebabkan itu saja kan?Bukan sebab tuanku tidak sihat kan?"

            "Kenapa kamu ni risau sangat...saya tahu kalau saya tak sihat. Masalahnya sekarang saya tak rasa sakit atau apa-apa. Kalau saya sakit saya beritahu. Okay?"

            "Baiklah tuanku. Kalau begitu mari kita ke ruang mandi.."

Tanpa mengatakan apa-apa lagi Aerin turutkan saja permintaan ketua dayang itu. Yalah..elok juga dia berendam. mana tahu dapat kurangkan rasa marah dia disebabkan Ryu.

Seperti kali pertama dia ke situ, begitu juga la keadaan semasa Aerin tiba di dalam ruang mandi istana tersebut. Bau haruman mandian menerawang sekeliling bilik itu. Lilin beraroma menenangkan tersusun kemas di sekitarnya. Satu dulang berisi tuala tergeletak di tepi kolam mandian. Beberapa orang dayang sedang menuang air panas di dalam kolam tersebut. Ada juga yang sedang menaburkan kelopak bunga atas permukaan air yang sudah berbusa putih.

              "Silakan tuanku.."ujar dayang di belakang Aerin.

Aerin melepaskan ikatan bathrobe sebelum bergerak turun ke dalam kolam tersebut sambil dipimpin oleh ketua dayang.

Air panas yang menyelesakan tersebut serta merta membuatkan nafasnya ditahan dalam. Leganya rasa!

              "Air panas ini ditempa khas menggunakan api naga firehorn. Haba dari api naga ini dapat mengekalkan suhu air panas dengan lama. Jadi tidak kira berapa lama tuanku berendam, suhunya tidak akan turun."beritahu ketua dayang semasa mencapai kain lap untuk membantu menggosok badan Aerin sebaik Aerin berendam di dalam kolam itu.

            "Semata untuk sediakan air mandian ni?"dengus Aerin tidak percaya.

             "Raja Ryu yang menitahkannya sendiri..."

Aerin menjungkit kening kiri. Tak disangka.
Berlagak peduli tapi selalu menyakitkan hati dia!Tak faham betul la dengan Ryu ni. Aerin bermain dengan kelopak-kelopak bunga yang terapung disekitarnya. Tapi tak dapat dinafikan, sejak dia bersama Ryu, kebajikan dia lebih terjaga dibandingkan semasa tinggal di akademi Dragon Tamer. Kalau dulu dia makan pun tak sempat, misi diberikan tanpa henti,tidur juga kadang-kadang tidak cukup inikan rehat. Namun selepas Ryu, dia makin lama menjadi seperti badak air.

              "Kalau lama-lama begini....saya akan terbiasa."sandarnya ke belakang merehatkan kepala pada alas yang disediakan tepi kolam tersebut.

               Ketua dayang tersenyum. "Mungkin sebab itu tuanku kelihatan berisi nak dibandingkan pada hari pertama tuanku berada di sini.."

               "Kan...saya pun rasa macam tu jugak."setuju Aerin saat dia memejamkan mata. Lega betul dapat berendam macam ni. Elok juga Ryu tiada. Sebab dia berniat mahu memulaukan Ryu sebagai balas dendam beberapa hari ni. Kalau Ryu muncul di sini sekarang, dia risau aje niatnya tu hanya cakap atas angin semata.

Aerin hanyut dibuai menung semasa memejamkan matanya taktala gosokan yang diberikan pada badannya sedikit sebanyak buatkan dia tenang. Dari leher turun ke tangan lalu ke jari jemarinya. Sebelum satu sentuhan hinggap pada tepi pipinya.

Hm?

Keningnya berkerut hairan.

Dari pipi tangan itu mula melurut ke Bawah dagu.

Sekejap...kenapa semacam aje ni?

                "Ketua dayang, apa yang kamu-"bicaranya semasa membuka mata. Sekali bila dia dongak ke atas, buka ketua dayang yang sedang berada di situ, tetapi suaminya.

Patut la!

                 "Hai..."senyum Ryu sambil mendongakkan kepala Aerin ke belakang lalu memberikan kucupan kupu-kupu pada Bawah dagu itu.

Bila Aerin mengerling ke sekitar ruang mandian dia dapati dayang-dayang yang ada sudahpun hilang. Tiada satu kelibat pun di situ selain mereka berdua. Sejak bila Ryu berada di sini?

                "Kau masih merajuk dengan aku?"Ryu meletakkan kain lap tadi ke atas dulang sebelum bergerak membuka butang kolar cekak lehernya.

Aerin mendiamkan diri. Dia sekadar menyiram air ke badan dengan tangannya lalu digosok-gosok pada kulitnya tanpa memandang Ryu. Dia baru aje terfikir kut...takkan dah tercegat terus Ryu dekat sini?

               "Silent treatment huh??"Selesai menanggalkan pakaiannya, Ryu turun ke dalam kolam itu. Dia mendekati Aerin dari arah tepi. "Kau tahu...aku paling suka bila kau tunjuk perangai degil dan melawan kau dengan aku macam ni.."

Suka ya?No wonder la kenapa Ryu sering menjengkelkan dia. Mata Aerin melirik ke wajah Ryu sebelum ke pergerakkan suaminya yang semakin lama semakin merapat kepadanya. Mula la tu. Ulat bulu panjat lidi!

             "Please Aerin...aku ada sebab kenapa aku batalkan rancangan kita hari ni...bukan aku saja-saja nak buat kau kecewa."

SPLASH!

Aerin menyiram air ke muka Ryu tanpa amaran. Membuatkan Ryu tersentak memejamkan mata. Habis basah seluruh wajah dan rambut itu.

Setelah meraup wajahnya Ryu buka mata. Dia terus bertentang mata dengan tatapan maut Aerin yang kelihatan sedang menyumpah seranah kepadanya di balik tatapan itu.

            "Main kasar nampak?"sengihnya dengan meleret.

             Aerin dalam diam menelan air liur gugup!Dia boleh agak apa akan jadi nanti, tapi dia tidak tunjukkan betapa gemuruhynya dengan Tindakan dia tadi. "Aku masih marahkan kau Ryu..."

             Bersama renungan dalam penuh maksudnya, Ryu menarik pinggang Aerin dengan kuat ke dalam pelukannya. "Hahaha... kau sentiasa marah pada aku Aerin..." ketawanya dengan gemersik di hadapan bibir Aerin.

Aerin balas renungan Ryu dengan jelingan marah sambil mencengkam kuat lengan Ryu yang sedang melingkar erat sekeliling pinggang nya. Nafasnya mula tidak teratur.

           "Apa kau fikir kau cuba lakukan?"

           Mata Ryu bersinar saat dia tersengih nakal. "Pujuk kau....apalagi."pantas dia menyengetkan kepalanya ke ceruk leher Aerin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience