Lima tahun kemudian,
Aliran petir mengalir dari hujung tangan bersarung tangan hanya separa jari. Bunyi getaran dari aliran eletrik pada petir yang berpetik itu jelas kedengaran setiap kali ianya disalur keluar oleh pemiliknya.
"Sambar dia...kau tunggu apa lagi!"
"Dia baru 10 tahun!Kau nak aku sambar naga muda depan kita ni!"
"Sebelum dia bunuh kita semua!Kau rasa?"
"Mana Aerin!Kita perlukan dia!"
Dua naga melayah terbang rendah ke arah Dragon Tamer yang bertebaran sekitar laman berumput. Cuba hendak menyambar salah seorang daripada mereka dengan kuku tajam di kaki mereka.
" Zap aje la!Kau tengok kan buat apa-Arghhh!!!"jatuh tersembam seorang daripada mereka atas rumput sewaktu cuba mengelak dari sambaran naga muda yang hilang kawalan selepas bertukar menjadi naga.
Maka naiklah tangan yang mengalirkan aliran petir tadi. Dari lingkaran fractals muncul sekeliling pergelangan Dragon Tamer. Menghasilkan gelungan petir yang semakin lama semakin melebar dan mengeluarkan gelombang tenaga yang besar.
Zap!
Zap!
Petikan kilat saling bersambar-sambar pada permukaan tapak tangan tu. Sesaat sebelum ia sempat ditalakan ke adan dua naga jenis Sharp Class Dragon. Spesis naga yang mempunyai bahagian badan yang tajam. Jadi baran dan tingkah laku mereka pada awalnya sukar diagak dan payah di kawal. Lagi-lagi kalau naga muda yang baru hendak menjelma dalam bentuk masing-masing.
"Sekarang Briana!"teriak mereka di situ apabila satu daripada naga itu menyambar api ke arah mereka.
Gelombang petir itu bertemu dengan sambaran api!
BOOM!
Letupan berlaku.
Diikuti dengan tiupan angin yang kuat, menerbangkan para Dragon Tamer yang ada di sekitar jauh ke belakang.
Jeritan naga yang bersuara dalam kedengaran selepas itu, naga bersisik biru keunguan tersebut terang laju menuju ke darat. Siap sedia hendak menerkam Dragon Tamer yang cuba menyakitinya tadi.
Muncung naga itu ternganga luas bersama suara nyaringnya menjerit keberangan. Dan tiba-tiba satu suara muncul di dalam kepalanya.
"Angnath."
Kepak naga itu terus berkuak ke belakang, membuatkan tubuhnya berundur secara mendadak sebaik mendengar suara lunak dalam kepalanya.
"Jelma semula kepada manusia... sekarang."
Berkepak-kepak sayap naga tersebut cuba mencari punca suara yang muncul dalam kepalanya.
"Sekarang Angnath.."
Seperti ada yang mengawal fikirannya, Angnath terbang rendah ke bawah perlahan-lahan sebelum mendarat ke bawah. Lalu diikuti dengan naga satu lagi.
Apabila dua mahluk mistik gergasi itu mendarat, para Dragon Tamer yang ada bangun dari jatuh mereka dalam keadaan terpinga-pinga. Hairan bagaimana dua naga tadi mengamuk hebat sekarang kembali tenang.
"Morvar...pun sama. Jelma semula menjadi manusia."naga bersisik merah jed di sebelah naga bersisik biru keunguan palingkan kepalanya ke kanan sebelum melihat kelibat empunya suara yang berbisik dalam kepala saat itu.
Di laluan masuk bangun berjalannya Aerin. Dengan langkah lekas namun tenangnya, Aerin jalan melewati Dragon Tamer yang rebah tadi. Membuatkan setiap seorang di situ pandang pegun akan kemunculan tiba-tibanya.
"Aerin...aku boleh jelas-"
"Kemudian Briana..."sampuk Aerin serta merta.
Semua orang di situ perhatikan Aerin penuh debar. Mereka sendiri tidak berani berada dekat dengan naga-naga muda di situ kerana khuatir diri mereka disambar. Walaupun mereka tahu kemampuan Aerin dapat menenangkan naga, mereka masih skeptikal dengan kuasa yang dimiliki Aerin masa itu.
"Mereka yang mulakan dulu...." Angnath mengeluh.
"Kami tak salah...."Morvar marah.
Aerin dengar bicara mereka dalam kepalanya saat dia dongak memandang setiap pasang mata di situ.
"Tak bermakna kamu boleh mengamuk dan membahayakan orang lain di tempat ni!Berubah menjadi manusia semula sekarang."
"Mereka berkata buruk mengenai master...takkan nak kami diamkan diri.." bantah Angnath dengan marah.
"Hentikannya. Saya tak nak dengar apa-apa. Jelma semula kepada manusia sendiri atau saya yang paksa kamu lakukannya!"
"Aerin...kami tak salah. Jangan hukum kami.."Angnath mula merintih. Kepalanya tunduk ke bawah mendekat ke wajah Aerin sebelum dia menghembus pendek nafasnya ke muka Aerin.
"Sekarang...jangan bagi saya ulang banyak kali." Mata Aerin bercahaya memandang akan dua naga di hadapannya saat itu.
Perlahan-lahan sisik-sisik di badan dua naga itupun bercahaya terang sebelum letusan angin bertiup. Terbentuk dua susuk badan manusia di atas rumput hadapan Aerin tidak lama kemudian.
"Berapa kali saya beritahu...selagi belum lepas ujian kawalan kuasa, kamu tidak dibenarkan menjelma dalam bentuk naga?" cekak Aerin di situ memerhatikan kanak-kanak berusia 10 tahun dan remaja 13 tahun bangun dari situ dan berdiri menghadapnya. Apa nak jadi dengan anak muridnya ni!
"Saya cuma nak halang Angnath aje master.."beritahu Morvar. Naga berusia 13 tahun kepada Aerin.
Dia tinggalkan sekejap aje, dah buat masalah. Haih! "Cukup. Sekarang masuk ke dalam. Kenakan pakaian kemudian balik ke rumah. Tak perlu hadir ke kelas untuk beberapa hari sehingga saya panggil kamu masuk."beritahu Aerin.
"Tapi master-"Angnath membuka mulut hendak bersuara tetapi Aerin angkat tangan memberi isyarat pada kanak-kanak itu supaya tidak bercakap.
"Sekarang."pandang Aerin dengan serius.
Mahu tak mahu Morvar merangkul bahu Angnath dan memimpin budak itu untuk pergi dari situ. Sambil diperhatikan oleh Dragon Tamer yang lain, mereka berdua tidak berani hendak mengangkat kepala.
"Mana kau dah pergi Aerin!Kau tahu tak disebabkan kau kita orang semua dalam bahaya!"bising seorang Dragon Tamer lelaki yang berjalan mendekati Aerin.
Bila Aerin menoleh tiba-tiba saja kolar bajunya dicekau dengan lelaki sama yang cuba merenjat dua budak lelaki tadi. Arran. Matanya tunduk memandang ke tangan bersarung Arran sebelum ke muka lelaki itu.
"Jauhkan tangan kau dari aku!"rentap Aerin akan kolarnya sebelum mengundur. "Sepatutnya aku tanya kau...apa yang kau dah lakukan dekat sini?Kau cuba renjat dua orang tu?Kau fikir tak apa kesannya kalau kau salah langkah?"
"Sekurang-kurangnya aku cuba nak kawal tempat ni...tak macam kau. Tahunya keluar akademi, merayau tanpa sebab dan membuang masa. Bab mengajar kau campak dekat orang lain menggantikan tempat kau!"
"Sudah la tu Arran. Kau ni kenapa...kan Bishop Harman yang hantar Aerin keluar...kau ingat dia suka-suka nak keluar akademi."Brianna cuba menolak Arran jauh dari Aerin.
"Kau diam!Kau bela aje la perempuan perasan bagus ni!"marah Arran.
"Bukan aku bela. Masalahnya sekarang marah kau tak bertempat!Tak nampak ke apa yang baru berlaku tadi?"soal Brianna.
"Dia orang anak murid kau kan!Kalau kau reti nak ajar dia orang betul-betul...tak adanya dia orang naik hantu macam tadi!"Arran menunjal baju Aerin dengan kuat.
Aerin diam tidak mengatakan apa-apa. Dia hanya merenung dingin akan wajah berang Arran waktu itu. Hal ini kerana ianya bukan kali pertama insiden seperti ini terjadi. Ianya sudah berkali-kali. Arran kalau boleh hendak menimbulkan masalah dan buat urusan dia semakin sukar di dalam akademi ni. Semuanya kerana perasaan hasad dengki dan iri hati Dragon Tamer yang lain terhadap Aerin yang sering saja di berikan tugasan istimewa dari Bishop Harman. Ini membuatkan ramai beranggapan mereka semua diberi layanan berat sebelah.
Antara yang membencikan Aerin adalah Arran sendiri. Seorang protégé Dragon Tamer yang belum menjadi Dragon Tamer rasmi seperti Aerin. Walaupun lelaki itu lebih tua dari Aerin dan masuk paling awal di dalam akademi, Aerin yang terlebih dahulu mendapat gelaran sebagai Dragon Tamer yang rasmi dan menjadi senior buat Arran. Ini menambahkan lagi rasa tidak suka Arran pada Aerin.
"Dasar perempuan malang!Sudahlah yatim piatu. Sebab kau Tarina meninggal dunia! Tak dapat perhatian mak bapak, menagih perhatian orang dekat sini!Berlagak macam diri tu tak bersalah!Manusia tak tahu malu!"Arran meludah ke bawah kaki Aerin sebelum berpaling pergi dari situ.
Brianna pula pandang Aerin dengan riak tak percaya sebelum menghela nafas panjang kerana begitu tak percaya. Boleh pulak mereka nak bergaduh dengan situasi macam ni!
Aerin di situ menggigit bahagian dalam bawah bibirnya menahan sabar dari mengamuk di situ. Yalah!Salah kan diri dia!Salahkan!
"Aerin-"
"Cukup Brianna. Laporkannya kepada Bishop Harman. Aku keluar dulu." beritahu Aerin semasa berlalu melewati Brianna begitu saja.
Share this novel