*FILTER VERSION*
Flashback
Swoosh!
Deru angin bertiup kencang. Pokok berhayun kanan dan kiri dengan ganas. Dedaun berterbangan di sekitar kawasan laman berumput di situ.
"Ryu!!Hentikannya. Kamu akan musnahkan seluruh akademi ni!"
Naga Night Fury bersaiz remaja di laman itu bercahaya, mata keemasannya berkerlipan terang. Hampir sekitar badan yang bersaiz gergasinya mengeluarkan gelombang tenaga yang sangat kuat sampaikan tiada seorang pun Dragon Tamer mampu mendekati naga tersebut.
Bishop Harman sendiri tidak dapat mengawal pelajar naga berusia 15 tahunnya itu. "Kamu tak sedar semua ni!Hentikan Ryu!!!!"
Habis saja perkataan itu lepas dari mulut Bishop Harman, Ryu si naga menghembus api biru keluar dari mulutnya. Dan api itu sebesar sebuah bangunan. Menyebabkan semua orang yang ada berdekatan bertempiaran lari mencari perlindungan.
Ada yang tidak sempat mengelak terbakar pada pakaian masing-masing.
Sebenarnya pada hari itu adalah kejadian Bulan Penuh. Pada masa yang sama tiba masanya waktu itu Ryu baru menginjak remaja. Maka keadaan tersebut menyebab Ryu hilang kawalan dan fikiran manusianya telah dikuasai dengan jelmaan naganya.
Maka terjadilah amukkan yang semua orang tidak duga kerana bukan semua naga akan hilang kawalan seperti ini. Mungkin kerana Ryu sejenis naga yang rare dan lain dari naga yang lain. Sebab itu Ryu hilang kawalan pada hari itu.
Tiba-tiba semasa Ryu bergerak hendak mengepak sayapnya mahu terbang dari situ, saat itulah satu suara muncul dalam kepalanya.
"Ryu...."
Terdiam Ryu waktu itu kerana terkejut bagaimana boleh suara lain muncul dalam kepalanya. Kepaknya yang dibuka tadi diturunkan semula.
"Bawa bertenang...semuanya tak apa-apa kau cuma keliru."
Bila kepala naga itu bergerak ke kanan, barulah ia nampak kelibat satu susuk manusia kecil muncul dari tembok di situ. Tanpa di kawal ianya pun menyeringai menayang barisan gigi tajamnya dan menjerit dengan kuat hingga menggegarkan seluruh persekitaran di situ.
Namun ia tidak buatkan Aerin berundur atau takut. Malahan Aerin jalan ke arah Ryu si naga di situ. Sambil mendekat dia dongak ke atas memandang mata itu.
"Kau boleh dengar aku?"
"Mm..."
"Kenapa dengan aku Aerin?Sakit...semuanya sakit..."rintih perlahan suara Ryu dalam kepala Aerin. "Hilangkan sakit ni...aku merayu!Tolong!"
"Aku tahu...sebab itu aku dekat sini."Aerin tiba di depan kaki depan Ryu lalu menyentuhnya dengan perlahan.
Barulah Ryu tundukkan kepala panjang naganya itu ke bawah. Sebelum ia bergulung di situ menghadap Aerin.
"Aku akan hilangkan sakit ni...jadi berhenti mengamuk. Kau buat semua orang dekat sini risaukan kau....dan kau hampir cederakan ramai orang..."Aerin menyentuh tengah muncung kepala Ryu saat tapak tangannya mula bercahaya.
Terpejam mata Ryu kerana kelegaan.
"Jangan pergi jauh Aerin...aku takut. Temani aku di sini..."
Aerin mengangguk lalu menyandarkan badan ke kepala itu sambil mengusap permukaan bersisik licin Ryu cubaan untuk memujuk naga itu. "Aku ada dekat sini.."
Mata keemasan Ryu pun menghilang. Ia berubah menjadi warna normal dan dia pun bertenang sesaat kemudian.
Dan dari kejadian ini lah semuanya bermula.
Dimana Ryu sedar dia memerlukan Aerin dalam hidupnya dan tiada siapa dibenarkan merampas gadis ini dari dia!
End of flashback
Kaki Aerin terundur selangkah demi selangkah ke belakang tidak tahu ke mana, kerana dia sendiri masih kebingungan dengan kemunculan tiba-tiba Ryu di hadapan restoran Caspian. Paling menghairankan sejak bila Ryu boleh guna kuasa sihir?Bukan ke lelaki ini naga?
"Ryu...berhenti!"
Tangan berglove hitam yang ada di leher semakin erat cengkamannya apabila tangan Aerin bergelut hendak menolak dada Ryu supaya mereka berdua menjauh. Tetapi Ryu enggan menjauh. Lelaki itu seakan begitu terdesak sampaikan sejak tadi enggan melepaskan tubuh Aerin.
"Hentikannya sekarang Ryu!"
Ryu menjauh seketika dari Aerin tetapi seketika sahaja sebelum dia kembali menolak tubuh gadis itu bersandar pada dinding dengan kasar.
BUK!
"Ah!"Aerin mengaduh sebelum dia melihat Ryu bergerak ke belakang menjarakkan diri.Apa yang merasuk Ryu ni!?
"Adakah aku ni satu gurauan buat kau Aerin Ofelia!?"soal Ryu mencengkam batang leher Aerin. "Adakah kata-kata aku bukan apa-apa buat kau?"
Berjengket kaki Aerin kerana tindakan itu. Dia pegang tangan Ryu dengan kedua belah tangan bersama kening berkerut kebingungan.
Mata Aerin berkelipan keemasan apabila dia bertentang mata dengan mata Ryu yang sama keadaan sepertinya. Nafasnya kencang, bawah bibir sebelah kanannya juga telah berdarah dan dadanya ikut naik turun deras kerana cuba mencari Udara.
"Sepatutnya aku yang tanya kau soalan tu!"dengusnya mengejek.
"Kau ketawa?Aku nampak tengah bergurau ke sekarang ni?"Ryu menguatkan cengkamannya di leher Aerin.
Erk!Mata kanan Aerin berkenyit saat dia berdesis kesakitan.
"Kau marah?Kenapa?Untuk apa kau marah?Sebab aku keluar dengan Caspian?Kalau macam tu boleh aku marah jugak!"Aerin pandang marah ke Ryu saat mengetap gigi dengan erat.
Mata Ryu berkerlipan terang.
"Umph!"satu hentakan gelombang mengenai kepala Aerin. Membuatkan dia memejam mata menahan sakit kerana tindakan Ryu itu.
Dari situ Ryu tahu. Dia berdengus kecil sebelum tersenyum jahat. "Jadi kau dah tahu?Nampaknya Arran si mulut celupar tu beritahu kau jugak.."dia telah masuk ke dalam fikiran Aerin. Jadi tanpa Aerin beritahu, Ryu sedia tahu.
Nafas Aerin semakin tercungap-cungap. Sakit kerana Ryu telah menghentakkan gelombang kuasa lelaki itu ke dalam kepalanya. Buatkan dia tersekat dari menggunakan sebarang kuasa magis atau cubaan untuk menyakiti lelaki ini. Dia tak tahu Ryu boleh menggunakan kuasa magis!
"Kenapa kau lakukan semua ni Ryu?"
"Aku rasa kau dah jelas alasannya kenapa.."
"Sebab kau sukakan aku?Sebab itu kau buatkan semua orang bencikan aku dan jauhkan diri dari aku?Itu kau kata suka?"Aerin bergelut hendak imbangkan kakinya dari turun ke bawah. Kalau dia tidak berjengket masa tu, leher yang dicengkam dengan Ryu akan lebih sakit. Jadi dia kena bertahan semasa bersandar pada dinding dan berjengket pada masa yang sama.
"Aku buat apa yang sepatutnya aku buat untuk memastikan keselamatan kau memandangkan waktu tu kau masih kecil. Tapi tak...lepas kau dewasa kau perlakukan aku seperti aku ni bukan apa-apa. Aku nak berkawan dengan kau, kau tuduh aku punca kau tiada kawan. Aku kata aku sukakan kau, kau malah lupakan aku! Kau tak tahu betapa sakitnya hati aku masa tu. Jadi untuk cuba lupakan kau, aku bersahabat dengan Puteri Mara dengan harapan aku dapat lupakan kau... sekurang-kurangnya dia tahu hargai aku...!Kau?"
"Habis tu kenapa kau tak pilih dia aje untuk di imprint!?Kenapa aku!?"Aerin tampar tangan Ryu tetapi lelaki itu enggan melepaskan cengkaman dari lehernya.
Ryu ketawa kecil. Dia buat muka semasa pandang lucu akan Aerin.
"Itu masalahnya!"desis Ryu dengan bengang! "Aku tak boleh kawal diri aku selepas lihat kau Aerin!Kau tak tahu betapa kuatnya pengaruh kau dalam diri aku!Dan kau berkelakuan seakan aku tak pernah wujud depan mata kau. Ianya buat aku jengkel. Jadi aku imprint kau kerana aku berasa bengang dengan layanan dingin kau pada aku!"ngaum Ryu taktala letupan bunga api meledak di langit.
BOOM!
BOOM!
Cahaya bunga api itu membias wajah mereka berdua yang waktu itu berada di sebuah menara terbiar di pekan Xenthopia. Jauh dari kesibukan penduduk yang sedang berpesta di tengah pekan saat itu.
Itu yang Ryu fikir tentang dia?Lelaki ni tahunya nak salahkan diri dia aje?Aerin pandang dengan kening mencerlung marah sambil menahan rasa kecewa dan marahnya pada Ryu selepas dengar pengakuan tersebut. Dadanya yang sedia sesak tadi semakin sempit kerana begitu berang!
"Mengejutkannya, keputusan aku imprint kau buatkan aku berbelah bahagi." perlahan-lahan Ryu turunkan tangan dari leher Aerin ke bawah sebelum berhenti di tengah-tengah antara tulang rusuk di situ. Hujung jarinya bercahaya. "Aku perlukan Puteri Mara tapi yang aku mahukan adalah kau..."bisiknya selepas itu.
Mata Aerin serta merta turun ke dada setelah perasan dia merasakan ada yang sedang menjalar masuk ke dalam dadanya. Kalau la dia boleh serang Ryu saat ini juga, dia akan pastikan tulang lelaki ini patah sekarang juga. "Apa yang kau nak buat Ryu!"
"Perkara yang aku patut buat sebelum aku pergi tinggalkan kau 9 tahun yang lalu. Sihir Pengikat. Selain aku, kau takkan akan jatuh cinta atau suka kepada sesiapa sehingga kau mati."lafaz Ryu sebelum cahaya biru mula menjalar dari dada Aerin naik ke leher.
Berderu angin waktu itu sebelum Aerin kaku mematung di situ dengan mata berkaca ke arah Ryu.
Riak muka Ryu waktu itu dingin dan langsung tidak tunjuk sebarang emosi dari tatapannya.
"Kalau kau suka pada aku, kenapa kau tak nak beritahu aku dari awal?"tanya Aerin dengan letih. "Kenapa kau lindungi aku dalam diam tapi sakiti aku secara terang terangan?Apa tujuan kau?"
"Sebab aku tak yakin yang aku dapat jadi lelaki terbaik dalam hidup kau. Dan masa aku bersedia kau pulak dah lupakan janji aku bersama kau yang mana buatkan aku kecewa dengan kau. Aku lindungi kau dalam diam?Mana ada...itu cuma alter ego yang aku cuba reka supaya kelihatan baik untuk bersama kau...dan tujuan aku cuma satu. Iaitu kau.."beritahu Ryu dengan mendatar. "Kau macam mana pulak?Kenapa kau terus menerus menolak aku sedangkan kau tahu yang aku sukakan kau?Sampaikan kau paksa aku untuk jadi lelaki yang jahat?"
Mata berkaca Aerin perlahan-lahan menakung air mata di tubirnya. Dia dah tiada tenaga hendak terus menerus bermain tarik tali dengan Ryu lagi. Lagi cepat Ryu mengerti, lebih baik untuk hatinya ini. "Kalau kau dah pernah kehilangan orang yang kau sayang berkali-kali kau akan rasa putus asa untuk cuba menyayangi orang lagi Ryu."jujur beritahu bukan dia tidak mahu. Tapi takut...
Ryu berdengus kecil sebelum tersenyum sinis. "Itu aje alasan kau?"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi?"
"Takkan selama ni kau tak ada rasa suka pada aku?"
Aerin terdiam untuk beberapa saat kerana terkejut dengan soalan itu. Dia tidak tahu hendak jawab bagaimana. "Tak. Kau adalah nemesis aku Ryu. Perasaan aku lebih kepada benci dari suka. Kau puas hati sekarang?"
"Kalau macam tu kau takkan kisah dengan siapa aku akan bersama?"
"Hidup kau!Urusan kau. Bukan aku." ketap Aerin kegeraman.
"Baiklah. Kalau itu yang kau katakan."Ryu mengangguk lagi. "Aku nak tengok sejauh mana kau akan nafikan perasaan kau terhadap aku. Kalau betul aku nemesis kau...!"
"Kalau aku sukakan kau disebabkan Sihir Pengikat ni...kau jangan harap kau akan dengar perkataan suka dari aku!"Aerin pandang dengan kening mencerun marah.
Hujung bibir Ryu terjungkit. Lelaki itu menarik Aerin ke dalam pelukannya dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan memegang belakang kepala itu untuk didongakkan kepadanya. Lantas tepi mata kiri Aerin di kucup sebelum dia berkata. "Oh tidak...kau salah sama sekali mengenainya. Bukan itu yang aku mahukan."
Tertahan kuat nafas Aerin kerana pelukan mengejut Ryu. Tangannya serta merta hinggap di tepi bahu itu. Hidungnya saling bertemu dengan depan bibir merah Ryu. "Apa maksud kau?"
Sambil membawa kepala Aerin mendekat kepadanya, mata Ryu tunduk memandang bibir Aerin dengan sengih meleret.
"Sihir tadi hanya akan buat kau mahukan aku seorang. Setiap masa kau akan fikir tentang aku bukan orang lain. Hanya aku."beritahu Ryu dengan perlahan.
Apa!?Mata Aerin berkedip satu kali lalu air mata pun mengalir dari tepi mata kanan saat memandang wajah didepannya.
Share this novel