CHAPTER 33: Hampir Tertangkap

Fantasy Completed 5425

Chirp!

Chirp!

Cuaca cerah pada paginya. Langit berawan, matahari pula terang menyinar.

Ciapan burung dan kaki kuda pedati boleh didengari dari sekitar kawasan Istana Utama Xethen. Tidak jauh dari situ, menara tempat para pegawai tertinggi istana menginap berjalannya dayang dan beraraknya sekumpulan kesatria.

Di menara sebelah kanan tingkat ke dua jendela yang ketiga terletaknya bilik Ryu Fury. Disebabkan sebelah jendela itu terbuka, angin pagi bertiup lembut menyapa kain langsir yang tidak di tutup habis. Cahaya dari jendela itu memancar terus ke lantai bilik tersebut dimana beberapa helai pakaian tergeletak bersepah.

Menghadap jendela itu pula katil berada jadi cahaya matahari itu secara langsung mengenai muka orang yang sedang baring dengan sebelah tangan berada di atas kepala. Satu tangan kekar tidak beralas berada di atas badan.

Knock!

Knock!

Ketukan pintu kedengaran tidak semena.

Knock!

Knock!

Burung belatuk siapa yang terlepas ni?Kerut kening Aerin berasa terganggu dengan bunyi ketukan tanpa henti itu.

Knock!

Knock!

           "Ryu!Awak dah bangun belum?Saya datang nak kejutkan awak ni!"

Huh?Aerin buka mata dengan susah payah. Kenapa suara tu macam dia kenal?Bila pandangannya sudah jelas, Aerin disapa dengan pemandangan siling yang asing buatnya. Apa yang berlaku malam tadi?

           "Ryu!"

Knock!

Knock!

           "Saya masuk ya?"

           "Siapa yang memekak tu?"suara dalam bangun tidur lelaki kedengaran rapat di tepi telinga.

Ketika itulah Aerin tersedar dari mamainya. Mata dia terbutang luas. Macam mana dia boleh terlupa! Dengan kalut tangan Ryu di atas dadanya itu di alihkan. Tapi tak sempat nak tarik selimut, Aerin kejung di situ.

            "Ryu!"dada tidak berbaju itu di tampar dengan kuat.

Tersentak terus Ryu dari pejamnya. Lelaki itu pegang dada yang sakit di tampar itu lalu angkat kepala memandang ke tepi.

          "Kenapa?"soalnya dengan rambut bersepah dan mata sepet baru bangun tidur.

          "Ryu!"Puteri Mara di luar pintu memanggil lagi.

           "Kau tanya kenapa?"Aerin menjegil mata sebelum tundukkan ke badannya yang hanya di tutupi dengan selimut sahaja! Takkan la lelaki ni dah lupa!"Puteri Mara ada dekat luar...dan kita berdua atas katil di dalam selimut yang sama..kau rasa kenapa?"desisnya kejengkelan.

Untuk beberapa saat Ryu diam. Lelaki itu memejam mata kiri cuba hendak fahamkan kenapa Aerin menjegil mata kepadanya dan masa itulah dia baru sedar.

            "Ryu?Saya masuk ni!"panggil Puteri Mara di luar pintu waktu itu.

Memang kelam kabut Ryu waktu itu. Lelaki tersebut turun dari katil sebelum mengutip pakaian Aerin dari lantai sebelum di campak ke atas katil. Setelah itu dia gerak ke arah tempat gantung bathrobe dia. Dia lari ke katil semula. "Pakai ni dulu kemudian sorok belakang skrin persalinan dekat situ.."gesanya.

Sambil buat muka menyampah Aerin rentap bathrobe itu dari tangan Ryu dan menyarungkannya ke badannya. Dasar lelaki tak guna!Bergelut hendak turun dari katil itu, Aerin peluk pakaian rapat ke dada sambil ngesot ke tepi.

Ryu sementara itu sudah menyelimutkan semula badannya sambil perhatikan Aerin jalan perlahan ke arah skrin persalinan di penjuru biliknya. "Masuk!"laungnya selepas kelibat Aerin tersembunyi di belakang skrin itu.

Dan...dan pintu bilik terbuka.

              Muncul Puteri Mara yang cantik jelita lengkap dengan dress princess berwarna ungu lavender dan bakul rotan di tangan kanan. Senyuman lebar menayang barisan giginya yang putih. "Awak belum bangun lagi?Kan kita dah pelan nak keluar sarapan bersama di taman bunga?"tanpa mencurigai apa-apa dia berjalan mendekati katil.

            Ryu memasang riak muka tenang bersahaja seperti biasanya sewaktu perhatikan Puteri Mara dekati katil lantas duduk di tepi menghadapnya. "Maaf...saya terlajak tidur...jadi saya baru aje bangun."beritahunya.

             Mata Puteri Mara perhatikan wajah Ryu dengan teliti lantas ketawa kecil. "Nyenyak betul awak tidur sampai rambut awak macam ni?"ujarnya sambil luruskan rambut Ryu.

             "Hahaha..tak adalah. Rambut saya macam ni kalau setiap kali bangun pagi.."

             "Dah rupa macam sarang burung pun ada hah."

Sementara Aerin di belakang skrin waktu itu hanya berdiri diam mendengar perbualan dua orang tersebut dengan wajah menungnya sambil menggigit bawah bibir. Bukan main manis sekali nada tu kalau bercakap dengan Puteri Mara kan?Kalau dengan dia kasar memanjang!Tak ada lembutnya. Nanti bila dia marah boleh pulak nak mencari salah orang!

               "Apa awak buat malam tadi sampai lewat bangun?Bukan ke awak ni jenis yang bangun awal?"

               Ryu ketawa kecil. Dia pandang Puteri Mara dengan senyuman kekok. Takkan la nak dia ceritakan pulak yang dia luangkan masa bersama Aerin hingga lewat pagi tadi? "Adalah sikit kerja yang perlu saya selesaikan."

Dengan ceria Puteri Mara tersenyum lagi.

              "Yalah kalau begitu. Apa kata awak bersiap. Kemudian kita pergi ke taman bersama. Saya tunggu awak di luar."beritahu Puteri Mara saat menepuk perlahan tangan Ryu yang ada di atas kaki lelaki itu.

               Ryu mengangguk perlahan. "Okay.."

               "Jumpa saya dekat bawah ya."Puteri Mara tunduk mengucup pipi Ryu sebelum bangun dari katil itu.

Pada masa itu Aerin dapat melihat kelibat Puteri Mara melalui celah skrin yang terbuka sedikit di situ. Bila bunyi pintu ditutup kedengaran barulah dia lepaskan nafas panjang dan tersandar ke belakang dalam keadaan bercangkung kelegaan.Kepalanya terdongak ke atas dan mata terpejam rapat.

Tak memasal dia pulak yang kena bersembunyi macam dia yang buat salah!?Sedangkan yang salah Ryu!Lelaki tu yang meletakkan dirinya di dalam posisi ni. Posisi sebagai perempuan perampas atau orang ketiga! Serius! Apa dia buat ni!

Srap!

Tiba-tiba skrin itu bergerak ke tepi. Memeranjatkan Aerin apabila Ryu berdiri di situ memandangnya.

              "Kau okay?"Ryu tunduk membongkok untuk bangunkan Aerin dari situ. Dia sendiri lupa mengenai janjinya dengan Puteri Mara pagi ni. Pasti Aerin terkejut! "Aku-"

Kasar-kasar Aerin tolak dada Ryu dan keluar dari belakang skrin itu. Tak sepatutnya dia biarkan dirinya terus menerus begini. Pakaiannya dicampak dengan marah ke katil sebelum dia mula mengenakan pakaian ke badan. Dia kena keluar dari sini dan jauhkan diri dari Ryu selepas ini. Tak kira la terdesak macam mana sekalipun nanti, dia tak boleh biarkan dirinya berada dekat dengan Ryu!

             "Aerin.."

              "Diam lah. Berhenti panggil aku. Baik kau bersiap lekas. Nanti kelamaan pulak Puteri Mara tunggu kau dekat bawah."

              "Kau nak ke mana lepas ni?"Ryu berpusing sedikit supaya dapat menghadap Aerin.

               "Ke mana-mana aje asalkan jauh dari kau!"rambutnya di sanggul tinggi ke atas. Setelah itu Aerin gerak mencapai mantel yang tergantung di kaki katil.

             "Tunggu aku dekat sini...jangan pergi."minta Ryu memegang lengan Aerin.

             Bersama jelingan tidak puas hatinya, Aerin pandang Ryu seketika sebelum menarik nafas dengan dalam lantas berdengus kasar. "Luangkan aje masa kau dengan Puteri Mara kesayangan tu. Tak payah sibukkan aku!"

             "Aerin..jangan macam ni.."Ryu menguatkan cengkamannya pada pergelangan tangan Aerin. "Aku dah beritahu kau malam tadi."

              "Aku dah lupa. Tepi!"balasnya pantas.

              "Kalau kau nak pergi jugak. Tunggu aku keluar dulu. Kalau kau keluar sekarang Puteri Mara akan curiga."

Hi'ish!Puteri Mara!Puteri Mara!Itu aje la tahunya!Aerin merentap lengan dengan kuat sebelum berundur ke belakang supaya jauh dari dada bidang Ryu itu. Ianya menganggu dia bila mereka berdua rapat! Susah nak bernafas.

                 "Kalau macam tu hantar aku ke bilik aku terus dengan kuasa magis kau tu!"gerutunya menyilang tangan ke dada tanpa memandang muka itu lagi.

Ryu pun buat muka.

                 Degilnya la!Itu yang Ryu fikir saat lihat wajah tidak puas hati Aerin waktu itu. "Kau tak nak tunggu sekejap dekat sini?"

                 "Tak dengar ke?Sama ada aku keluar dari pintu tu atau kau hantar aku macam mana kau ambik aku malam tadi!"Aerin menunding jari ke arah pintu dengan riak serius di wajah.

                 "Okay..okay. Aku hantar kau."akur Ryu serta merta. Lelaki itu berpaling ke kanan lantas lohong hitam pun muncul di situ.

Aerin apalagi dia tidak tunggu lama dah terus menonong jalan ke lohong hitam tu. Dia tak kuasa hendak menghadap Ryu lagi sebab risau dia akan hilang kewarasan setiap kali pandang muka Ryu.

                 Sesaat selepas Aerin melintasinya, Ryu pegang hujung jari kelingking Aerin sebelum berkata lagi. "Serius aku lupa tentang Puteri Mara yang kami akan keluar bersama... kalau tak kau tak pergi macam ni.."ucapnya perlahan.

Tetapi Aerin tidak mempedulikan ucapan itu dan terus lenyapkan diri ke dalam lohong hitam di situ.

Swoosh!

Sesaat selepas itu persekitaran bilik Ryu berubah menjadi bilik tidur Aerin. Lingkaran hitam tadi hilang begitu saja.

Meninggalkan Aerin termenung di tengah ruangan menghadap katil sendirian. Termenung memikirkan cara untuk dia berhenti dari bertemu dengan Ryu! Dia kena mintak misi lebih banyak dengan Bishop Harman supaya dapat jauhkan diri dari Ryu!

Lelaki tu cabar dia kan selama mana dia boleh nafikan perasaannya terhadap lelaki tu kan?Okay..dia akan buktikan. Tengok siapa yang akan merangkak cari siapa dulu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience