CHAPTER 22 : Naga Jed

Fantasy Completed 5425

Setibanya Aerin dan Brianna di sebuah perkampungan, mereka di sambut dengan suasana meriah sebuah pekan dimana penduduknya sedang berjual beli, orang ke hulu hilir membawa sesuatu dan kanak-kanak berlari ke sana ke mari. Seperti keadaan normal sebuah penempatan. Tiada yang aneh sama sekali.

Kebetulan waktu itu Aerin dan Brianna mengenakan pakaian yang ganjil rekaannya. Jadi sah-sah la kehadiran mereka di kesibukan situ terus di kesan dan menjadi perhatian orang kampung yang berlegar sekitar mereka berdua.

           "Di mana kita nak cari ketua kampung mereka?"soal Brianna kepada Aerin saat berdiri rapat pada senior dia itu.

            Mata Aerin mengerling sekitar dengan kosong. Dia cuba hendak membaca persekitaran kampung di situ. Tapi tidak dapat mengesan tenaga aneh atau kuasa sihir yang mencurigakan. "Tak perlu cari...mereka sendiri yang akan datang dapatkan kita"

           "Hah?Macam kau pasti yang mereka akan dapatkan kita?"

            "Siapa aje yang akan masuk ke dalam kampung ni lengkap berpakaian dari Xenthopia dan menggunakan kuda kalau tempat ini kebanyakkanya penempatan naga?"beritahu Aerin senada.

            Brianna mengangguk-ngangguk. Ya tak ya kan! Bijak juga Aerin ni. "Tak hairan la kenapa master selalu pilih kau untuk jalankan misi berat dari raja kan...kau peka dengan semua ni tanpa diberitahu.."

Komen tersebut tidak dihiraukan oleh Aerin kerana waktu itu matanya terlihat sesuatu yang menarik perhatiannya dari jauh dari hadapan saat itu. Tertarik dan ingin mendekat, Aerin serahkan tali kudanya kepada Brianna lalu berjalan lekas ke hadapan dimana sebuah bangunan dua pintu berada. Sebuah patung naga berwarna hijau diperbuat daripada jed tegak di hadapan bangunan tersebut.

            "Eh...Aerin kau nak ke mana?"panggil Brianna di belakang tersentak kerana Aerin meninggalkannya. Dia ternganga sendiri di situ.

Creak~

Seekor naga setinggi rumah dua tingkat tiba-tiba merangkak keluar dari pintu tersebut tepat semasa Aerin tiba ke situ. Mereka hampir bertembung tapi Aerin sempat mengundur ke belakang.

           "Nootau!"lalu diikuti seorang Wanita berambut putih sepenuhnya keluar dari pintu yang sama. Satu kuali leper dipegang. "Berapa kali aku beritahu!Jangan jelmakan diri kau dalam kedai aku!Bumbung aku yang musnah hari tu pun kau tak sempat ganti!"

Naga bersisik kuning bercampur hijau jed itu berpusing untuk hadapkan kepalanya ke Wanita tersebut. Tapi tindakan dia itu telah menyebabkan ekor panjangnya melanggar sebuah pedati kayu di tepi jalan berdekatan. Pedati itu terbalik dan peti kayu serta sayuran yang ada di dalam peti kayu itu terbalik lalu tumpah bersepah.

SPRAAA!

           "Woi!Apa kau ni!barang niaga aku ni!""

Kepala naga tadi berpaling pulak ke belakang, sekali tu kuali leper melayah kena tepat di leher panjangnya.

PLUNK!

Aerin di situ pandang dengan reaksi kosong tapi kebingungan. Kalut betul naga sekor ni!

             "Rawrrrrr!!!!!"ngaum naga yang dipanggil sebagai Nootau tadi kepada pemilik pedati yang terbalik barangnya. Menambahkan rasa reaksi barangnya, Nootau hentak kaki besar bersisiknya hingga membuatkan tanah kering di situ bertebaran terbang.

Cepat-cepat Aerin mengangkat lengan, melindungi matanya dari dimasuki pasir yang berterbangan.

            "Mengamuk la!mengamuk situ. !itu saja la kau tahu!"sambung Wanita berambut putih tadi sambil menunding jari dengan marah. "Dah tahu tak boleh terbang tu buat apa jelma jadi naga!"

Nootau dengar. Mata naga itu bercahaya kehijauan.

Masa itulah Aerin dapat merasakan tenaga kuat dari naga di hadapannya. Dari tenaga tersebut Aerin mendapati naga hadapannya ini adalah sejenis naga jed. Yang mempunyai kuasa jed kristal melalui sisik dorsal di bahagian tulang belakang naga itu. Badannya juga kebal dari sebarang jenis kuasa magis dan serangan naga. Seperti sifat jed ianya tidak mudah dibunuh atau dimusnahkan. Isunya ialah mana-mana naga jenis jed mereka ada masalah untuk mengawal baran dan tenaga di dalam badan.

Semakin lama semakin bercahaya badan Nootau. Kristal di bahagian tulang belakangnya mula berkilauan.

Pada masa itulah baru Aerin bersemuka dengan Nootau. Dia berdiri dihadapan kaki depan naga tersebut sebelum dongak ke atas. Dia pandang akan kepala naga tu bersama mata bersinar!

Zzzz!

Tiba-tiba disaat Nootau sudah mahu melontarkan jed dari tulang belakangnya, di dalam kepala ia waktu itu dapat merasakan kehadiran satu gelombang seperti getaran halus yang perlahan-lahan menjalar ke seluruh sarafnya. Barulah masa itu dia menurunkan kepalanya ke bawah lantas bertentang mata dengan Aerin.

Deru angin bertiup perlahan, menghasilkan bunyi siulan di telinga.

Semua orang yang ada di sekitar tempat itu berhenti dari melakukan segala pekerjaan mereka serta merta setelah menyaksikan samseng yang selalu buat onar dan kekecohan dalam pekan mereka telah senyap begitu saja dengan mudah! Ada yang sedang pegang parang nak potong ayam berhenti di Udara, budak-budak yang sedang menganga mahu menyuap makan dalam mulut kaku, Wanita penjual kain yang sedang melipat baju mematung sambil memegang lipatan baju separuh lipat, yang menyapu sampah depan gerai pun turut berhenti dari menyapu.

Barulah Brianna tiba di situ bersama kuda mereka. Gadis itu diam berdiri di tepi memerhatikan Aerin dengan kagum.

        "Siapa kau?"

       "Dragon Tamer dari Xenthopia...Raja Emmett yang menurunkan titah untuk ke sini bagi membantu penduduk Cardamom Lands.."

         "Kau boleh dengar apa yang aku fikirkan?"

         "Ya"Aerin mengangguk kepala satu kali. "Panjang kisahnya kalau hendak diceritakan. Sekiranya saudara tidak kisah, boleh kita berbincang dengan cara lebih elok?"

          "Tssk!Jangan nak bergurau!Kalau betul kau Dragon Tamer, tak ada naga yang perlu dijinakkan dekat sini sebab seluruh penduduk dekat sini tak boleh terbang apa lagi jadi naga sebenar.."Nootau berdengus.

          "Saya bukan datang untuk menjinakkan mana-mana naga. Saya datang untuk cari punca kenapa penduduk naga di sini tidak dapat terbang."Kepala Aerin terlentok sedikit semasa bersuara dalam kepala.

          "Hish....kalau orang luar tu...berlagak macam orang luar!Jangan sibuk nak tahu!"Nootau mengangkat kaki depannya ke atas dengan tinggi apabila ia bersedia hendak menginjak Aerin pada masa itu juga.

           Tenang dan tidak terkutik dengan ancaman tersebut, Aerin kekal berdiri di situ sebelum berkata. "Tunduk."sebutnya dengan perlahan bersama mata bersinar keemasan.

Naga jed tersebut terus memanjangkan leher sambil menjerit dengan nyaring kesakitan.

Serentak semua orang di situ tekup telinga mereka kerana sakit di buat kebingitan jeritan nyaring dari naga jed itu. Berkerut-kerut muka mereka semua termasuk Brianna sendiri.

Tetapi tidak Aerin. Dia yang paling hampir dengan naga itu sedikit pun tidak terkutik. Malahan diam berdiri dengan mata bersinar keemasannya. Seakan semua itu bukan apa-apa buatnya.

Menggunakan kuasa yang dimiliki, Aerin dapat mengawal seluruh fikiran naga hadapannya termasuk memaksa naga ini patuh akan arahannya. Ya...selain dapat membaca fikiran semua naga, Aerin juga dapat menggunakan kuasa telepatinya untuk mengawal naga seperti yang dia mahukan. Kuasa ini hanya Aerin sahaja yang tahu. Sekalipun Bishop Harman tidak mengetahuinya. Sebab Aerin tahu, kalau ada orang tahu mengenai kuasa dia ini, diri dia mungkin dalam posisi yang sukar.

Merintih kesakitan kerana kepalanya seakan ditikam-tikam, Nootau terus tundukkan kepala. Naga itu melipatkan kaki depannya. Suara Aerin yang sedang bergema dalam kepalanya itu buatkan dia tak dapat nak kawal badannya.

Waktu itu Brianna yang saksikan bagaimana Aerin menggunakan kuasa begitu terkedu. Sampaikan dia tidak sedar yang sejak tadi dia tidak mengedipkan mata sekalipun. Apa yang Aerin baru lakukan sampai boleh mengawal naga baran itu begitu saja?

             "Jelmakan semula diri kau kepada bentuk manusia."arah Aerin lagi di depan muncung Nootau.

Dengan patuh Nootau pun memejamkan matanya. Bentuk naga tadi bercahaya sebelum saiznya semakin lama semakin mengecil.

Aerin baru sahaja hendak bersuara, sekali tu bunyi lain yang menyapa.

Clap!

Clap!

Clap!

Bunyi tepukan tangan kedengaran. Aerin pun palingkan kepalanya ke kanan. Keningnya terangkat taktala seorang lelaki berjambang dengan rambut diikat ekor kuda sedang tersenyum memandangnya.

Akhirnya keluar jugak! Aerin alihkan perhatiannya dari Nootau yang sudah berubah menjadi manusia di hadapannya. Lelaki itu sedang terbatuk-batuk memegang kepala. Kesan sakit yang dia berikan tadi mungkin masih tersisa agaknya.

            "Ya?"Aerin bersuara dulu.

            "Pasti cik ni adalah orang yang dihantar dari Xenthopia..selamat siang. Saya Julius Ovicula. Ketua kampung di sini."lelaki tersebut beri tundukkan dengan tangan di depan dada.

           Aerin pun turut beri tundukkan kecil sebagai tanda sapanya. Tunggu nak kecoh dulu baru keluar ke? "Saya Aerin Ofelia."

          "Maafkan saya kerana tidak dapat menyambut saudari dengan tertib kerana ada urusan yang perlu saya selesaikan."Julius kemudiannya mengerling ke arah Nootau. "Dan juga maafkan saya di atas kelancangan Nootau. Dia memang begitu. Dari dulu lagi."

Tak perlu berbasa basi. Ingat dia ni apa untuk di perlekehkan. Cakap aje la yang sebenarnya Dragon Tamer seperti dirinya ini tidak ubah seperti tahi!Hamba dan sekadar orang suruhan. Jadi jelas-jelas la tiada siapa akan pandang tinggi atau beri layanan istimewa. Lain la nak dibandingkan menjadi naga. Kan dalam dunia ni naga adalah rantaian paling atas sekali. Sementara manusia biasa adalah rantaian di bawah sekali.

           "Adakah tuan yang menghantar aduan kepada Raja Emmett mengenai permasalahan tuan di kampung ini?"

           Julius mengangguk. "Ya saya. Apa kata kita bincang di pejabat saya. Jangan risau mengenai Nootau. Dia akan uruskan dirinya sendiri. Ini bukan kali pertama dia buat perangai. Kami orang kampung sudah lali dengan dia."tangannya di ajukan ke arah kiri menghadap ke tepi mereka.

Aerin kemudiannya bertentang mata dengan Brianna. "Silakan tunjuk."angguknya. dia beri isyarat kepada Brianna supaya mengekori mereka. Dan Brianna perasan serta merta lantas mengangguk kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience