Selama tiga hari dua malam perjalanan, Aerin dan Arran tiba di perkampungan yang dikatakan mempunyai isu amukkan naga. Namun Setibanya mereka di situ, Aerin di sambut dengan suasana dimana seluruh kawasan itu sibuk dengan perhiasan karnival dan penduduk di semuanya kelihatan harmoni dan ceria.
"Apa ni?Mereka sedang adakan pesta ke dekat sini?"pandang Arran kanan dan kiri kagum dengan apa yang dilihatnya. Seluruh tempat itu dipenuhi dengan lelaki dan wanita berpakaian berwarna warni, wajah mereka di cat dengan warna.
Pelbagai perhiasan dari naga dan objek rambang dijadikan sebagai prop mereka.
"Ini lebih kepada percutian dari kerja..kau pasti kita berada di tempat yang betul Aerin?"sengih Arran sudah bersedia hendak sertai apa saja kumpulan yang berpakaian dress kembang-kembang dan ropol di atas kepala itu.
Aerin pun tunduk membuka petanya. Dia teliti semula semua butiran yang ada di situ. Dan memang betul, mereka berada di tempat yang ditetapkan. Perkampungan Chep Town.
"Abang!Ambil ni!"muncul seorang kanak-kanak bersama bakul berisi bunga diperbuat daripada straw berdiri di depan Arran. Kanak-kanak itu menyuakannya kepada Arran sambil tersengih lebar.
Arran pun capai bunga itu. "Wow!Ada apa hari ni?"
"Pesta Musim Bunga. Bunga ni saya yang buat sendiri. Abang bagi la dekat kakak cantik sebelah abang ni.."beritahu kanak-kanak itu sebelum berlalu pergi dari situ dan memberikan kepada orang sekitar yang ditemuinya.
Bunga straw itu di belek Arran dengan minat sebelum lelaki itu memandang Aerin.
"Asal kau pandang aku macam tu?"kerut Aerin dengan curiga bila Arran merenungnya begitu.
"Ada mata pandang la?!"Arran buat muka sebelum mengerling kanannya. "Cik!"panggilnya selepas itu kepada seorang Wanita bersanggul kemas yang kebetulan melintasi mereka.
Wanita itu pun berpaling. "Ya saya?"
"Maaf...saya nak bertanya. Adakah di sini Chep Town?"Arran beri senyuman mesra kepada Wanita itu selepas bertanya.
"Ya....benar. Di sini adalah Chep Town. Adakah encik ke sini kerana Pesta Musim Bunga yang diadakan?Kalau encik nak cari rumah penginapan atau inn...ada tiga dihadapan jalan sana."ujar Wanita itu sambil tunding jari ke satu arah.
Lantas Arran mengangguk kepala. "Ah...ya. Tapi saya nak tahu jugak. Dekat sini ada masalah tak dengan gangguan daripada naga ke atau sesuatu yang sama dengannya?"
Tidak semena Wanita itu ketawa sebelum menggeleng. "Saya tak tahu kenapa encik cakap begitu. Selama 30 tahun saya tinggal di sini. Kami tiada masalah seperti itu. Gangguan naga?Berjumpa dengan naga pun tidak. Inikan masalah...tak. Kami di sini baik-baik saja."
Aerin mendengar perbualan tersebut. Dan dia begitu terkejut. Perasaan bingung dan keliru terus bertandang. Kalau macam tu kenapa Bishop Harman menghantar mereka ke sini?
"Iya ke...terima kasih ya kalau begitu."senyum Arran dengan tundukkan kecil.
Wanita itu pun berlalu pergi.
Arran kembali mendekat ke Aerin. Dia berdiri di situ sambil mencekak pinggang. "Apa semua ni??Kalau betul apa yang dikatakan cik tadi...dah kenapa kita dekat sini??"
Aerin membawa tangan naik menggaru bahunya sambil melihat-lihat sekeliling. Mana la dia tahu...dia sendiri masih bingung kenapa mereka dihantar ke sini jika tiada apa-apa masalah. "Kau pergi tengok dekat sana...cuba tanya orang lain...mungkin ada yang boleh bantu kita tahu tentang situasi dekat sini?"
"Eh...eh..aku pulak. Engkau la."Arran pandang tidak mahu ke Aerin.
"Kau tak nak?"Aerin buat muka seriusnya kepada Arran.
"Kau jangan nak suruh aku itu ini ya!Aku tak pernah se-"
FLOP!
Peta yang dipegang Aerin itu hinggap di belakang kepal Arran sesaat kemudian sewaktu lelaki itu belum sempat hendak menghabiskan kata-katanya.
Sambil memegang belakang kepalanya, Arran pandang Aerin dengan mulut ternganga kerana begitu tergamam."Kau dah kenapa!!"marah Arran tidak semena. "Aku lagi tua dari kau tau tak!Macam ni kau perlakukan orang ya!"
Tidak bercakap banyak, Aerin mengangkat peta yang dia pegang tadi ke arah Arran. Sudah bersedia hendak memukul Arran dengannya semula. Berurusan dengan Arran ni ibarat berurusan dengan budak-budak. Tak payah cakap banyak, sebab takkan dengar. Tindakan aje terus baru gerak!
"Ah!Okay!Okay!Aku pergi...ugh!!"Arran berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Aerin sendirian di tengah laluan yang sibuk dengan orang sedang lalu lalang.
Renungan Aerin terarah pada kesibukan di situ. Seakan dia sedang berpusing-pusing, fikiran Aerin ligat berfikir. Dia cuba hendak fahamkan situasi di situ. Sepertinya ada yang dia terlepas pandang.
Pertama, Ryu telah menegah dia dari mendekati Caspian dan menjauhkan diri dari Bishop Harman. Kenapa?
Arran yang memusuhi dirinya telah dihantar untuk menemani dia menjalankan misi kerana nature Arran adalah lelaki ini sangat susah untuk bekerjasama terutama sekali padanya. Kenapa?
Setiba mereka di perkampungan yang dikatakan ada kes naga suka menculik anak perempuan, mereka disambut dengan suasana sambutan pesta musim bunga. Paling menghairankan penduduk di sini mengakui sendiri yang mereka sama sekali tiada masalah. Kenapa?
Paling utamanya ialah, jarak perjalanan ke Chep Town ke Xenthopia mengambil masa tiga hari sekurang-kurangnya untuk tiba. Kalau perjalanan pergi dan balik mengambil masa satu minggu keseluruhannya.
Bzzz!
Tiba-tiba Aerin disentak dengan satu gelombang tenaga. Matanya berkerlipan keemasan. Membuatkan dirinya kejung mematung di situ memandang ke depan. Ryu telah menyambung sudut pandangan lelaki itu sebagai naga kepadanya. Seperti biasa, Ryu sedang terbang melayah di Udara. Ada banyak Gunung di sekitar tempat Ryu sedang lintasi. Sebelum pemandangan Gunung ganang berubah menjadi dataran lapang dan tasik berair biru jernih. Sepertinya Ryu sedang menuju ke suatu kawasan yang berjarak jauh!Tapi bukan ke Ryu beritahu lelaki itu ada urusan ketenteraan di Wilayah Selatan Utara?Kenapa lelaki ini terbang menjadi naga?
"Aerin."teguran itu membuatkan Aerin tersentak. Arran yang berdiri di situ. Lelaki itu kini sedang memegang belon, ada kalangan bunga di sekitar leher dan topi di kepala.
Bersama reaksi tak terkata, Aerin lirik Arran dari atas ke bawah. Ke mana lelaki ni dah pergi?Lain yang di suruh lain pulak yang di buat. "Macam mana?"
"Aku ada tanya beberapa orang yang jual belon dengan makcik kedai topi tu. Mereka kata mereka tidak mempunyai sebarang masalah tentang naga menculik anak perempuan atau sama dengannya. Mereka kata tempat ini aman."beritahu Arran membetulkan topi di kepala.
"Memang tak ada?"
"Ya..kau tuli sangat ke sampai tak dengar apa aku cakap?"
Perasaan tidak sedap mula menjalar. Kenapa dia merasakan ada yang tidak baik akan berlaku? "Kalau macam tu kita akan gerak balik ke Xenthopia."
"Kenapa?Alang-alang kita dah ada dekat sini...takkan nak balik terus?"Arran menegah.
"Kalau kau nak stay....kau stay. Aku akan gerak balik."
"Kau ni kalut sangat la. Cuba bertenang sikit jadi orang tu. Kalau kita bertolak sekarang, kita tak ada tempat nak berteduh malam nanti. Dan sampai sini...kita bermalam dulu. Subuh esok kita bertolak la.." beritahu Arran.
Aerin pandang Arran.
"Kita stayback. Jumpa ketua kampung ke penghulu tempat ni untuk dapatkan pengesahan. Kalau betul memang tak ada apa-apa berlaku dekat sini esok subuh kita gerak terus"
Terpancing dengan kenyataan tersebut, Aerin hanya mampu berkerut kening dan pandang mengalah ke Arran. Ya tak ya kan. Dia kena berjumpa dulu penghulu kampung ni. Kalau dah dapat pengesahan tak adalah dia ulang alik ke sini.
"Fine."akur Aerin.
"Nice!Kalau macam tu aku nak ke sana. Kau pergi cari rumah penginapan dulu."pamit Arran beredar dari situ meninggalkan Aerin sendirian sekali lagi.
Share this novel