Tiga naga muda berusia 15 tahun dan 13 tahun mendarat di hadapan Aerin. Dua daripadanya naga berwarna merah sementara satu lagi yang bersaiz lebih kecil warna hijau kelihatan bergelut dengan sayap sendiri selepas pendaratannya.
"Kenapa?"
"Sakit master..."suara Tania merintih dalam kepala Aerin semasa dia pandang akan naga paling kecil di situ.
Tidak berlengah Aerin dekati pelajarnya lalu berdiri di hadapan naga kecil itu lalu menyentuh sebahagian kecil sayap naga tersebut sebelum di usap. "Boleh kamu cuba terbang semula?"
"Saya tak pasti..."hujung muncung Tania gerak menyentuh tangan Aerin yang sedang berada atas sayap.
Dua naga merah di situ hanya diam memerhatikan Aerin dan Tania di samping saat bergulung meletakkan kepala atas kaki depan mereka. Hal biasa mereka saksikan sekiranya naga muda baru cuba hendak terbang. Sewaktu mereka pertama kali cuba hendak menggunakan sayap, mereka juga merasakan sakit yang sama.
Perlahan-lahan Aerin memejamkan matanya. Dia usap permukaan bersisik naga Tania beberapa kali saat tapak tangannya bercahaya.
"Masih sakit lagi?"
"Dah kurang master..."
Cahaya pada tapak tangan Aerin telah membuatkan sakit yang Tania rasakan pada sayapnya mula menghilang.
"Sekarang cuba terbang semula. Mereka berdua akan menemani kamu.."beritahu Aerin di dalam kepala Tania.
"Baik master..."
Barulah Aerin membuka matanya. Dia undur ke belakang sedikit sambil perhatikan pelajarnya bangun semula dari kedudukan bergulung tadi.
"Perhatikan Tania dengan baik..."
Dengan patuh dua naga merah tadi memberi tundukkan dengan kepala panjang mereka lalu berdiri mengepak sayap gergasi mereka ke kanan dan kiri.
"Baik master...."
Sekali lagi tiga naga itu mula terbang naik ke udara. Bermula dari pusingan sebelum terbang menjauh ke sepanjang laman luas berumput akademi itu.
Pada masa itulah ada yang datang mendekat dari belakang.
"Kamu mengajar ke Aerin?"Bishop Harman datang bersama dua orang Dragon Tamer rasmi. Masing-masing mengenakan uniform berwarna biru gelap dengan garisan jingga di kolar dan lengan baju itu.
Serta merta Aerin memusingkan badannya. "Selamat pagi master.."sapanya kepada mentor dia. Matanya terarah hairan pada dua Dragon Tamer di belakang Bishop Harman setelah itu. "Kenapa master ke sini?"
Bishop Harman pandang ke langit dimana tiga naga muda tadi sedang terbang. Senyuman terukir di bibir. "Tania dah boleh terbang ke?Cepat ya kamu ajar pelajar- pelajar kamu kawal kuasa dalaman mereka..."
Aerin tidak membalas. Dia di situ berdiri dengan kedua belah tangan di belakang badan dan kehairanan. Kenapa mentor dia ke sini?
"Kami akan ambil alih dari sini untuk hari ni.."sampuk dua Dragon Tamer tadi yang mana membuatkan Aerin agak terkejut.
"Apa dia?"Aerin pandang ke Bishop Harman tidak faham.
"Jangan risau. Ianya bukan hal serius. Saya cuma mahu minta tolong kamu saja. itu yang mereka ke sini."beritahu Bishop Harman.
"Maaf master. Saya tak izinkannya. Kali terakhir saya serahkan kepada orang lain untuk mengajar pelajar saya, ianya berakhir dengan separuh kawasan laman ni dimusnahkan.."Aerin berkerut kening tidak suka.
"Saya faham. Kamu tak perlu khuatir. Sebab saya juga akan berada di sini untuk memantau pelajar kamu."tambah Bishop Harman lagi.
"Apa yang master nak saya lakukan?"tak ada orang lain ke yang nak di suruhkan?Asyik dia aje!
Bishop Harman pun tersenyum. "Sekejap saja. Ada seekor naga yang kamu perlu jinakkan di Silver Wasp Woodsland."
"Naga jenis apa?"
"Kamu akan tahu selepas ke situ nanti?"
Hutan yang terletak di belakang istana?Memangnya ada naga liar dekat situ? "Baru di tangkap ke?"Aerin melentokkan kepalanya sedikit kerana hairan. Setahu dia kebanyakan naga ada di kem tentera atau akademi. Kenapa boleh ada di Silver Wasp Woodsland pula?
"Sudah lekas ke sana. Soal pelajar kamu, master akan pantaukannya."gesa Bishop Harman selepas itu.
Dua Dragon Tamer di situ pandang Aerin dengan renungan kosong. Mereka hendak cemburu pun tiada gunanya. Memang tidak boleh dinafikan kuasa yang Aerin miliki banyak membantu Aerin menerima banyak misi dari Bishop Harman. Sedar diri mereka tidak setanding Aerin, mereka tiada hak hendak persoalkannya.
"Baik master."akur Aerin mahu tak mahu.
Disebabkan waktu itu masih awal pagi, seluruh kawasan hutan saat itu masih berkabus. Perjalanan untuk ke situ pula sunyi sepi. Hanya suara unggas dan ciapan burung yang kedengaran. Berhati-hati ketika melangkah, Aerin mendaki tangga kecil yang membawanya lebih dalam ke kawasan hutan tersebut.
Setiap kali kasut boot hight cut hitamnya memijak lantai hutan yang dipenuhi dengan ranting dan daun kering, setiap kali itu la bunyi bergema dek betapa sunyinya keadaan hutan tersebut.
Krik!
Scrap!
Krik!
Scrap!
Sehingga la Aerin tiba di puncak laluan bertangga barulah dia bertemu dengan kawasan lapang dimana pokok-pokok kanopi berada.
Ketika Aerin berjalan, tiba-tiba satu kelibat menyusup muncul dari balik kabus di atas pohon-pohon. Bunyi sayap berkepak kedengaran sesaat kemudian.
Berderu bunyi getaran angin dari sayap yang berkepak.
Hal itu membuatkan Aerin dongak ke atas. Dia berhenti dari berjalan serta merta. Sekali bila dia dongak, satu kelibat naga melintas tepat di atasnya. Ianya bergerak sangat pantas jadi Aerin tidak sempat hendak mengenalpasti naga jenis apa yang dia sedang berdepan.
Sekali lagi muncul kelibat naga dari atas pokok sebelum satu suara muncul dalam kepala Aerin pada masa itu.
"Hello Aerin."
Kejung membatu dengan riak terkejutnya, Aerin kaku memandang ke atasnya. Langsung tidak berkedip apabila dia mengenal tuan punya suara tu!
"Aku tak tahu yang Bishop Harman hantar kau ke sini dengan mudah..."
Menahan nafas Aerin saat dia palingkan kepala dan ke kanan cuba mencari kelibat naga tadi. Nafasnya mula naik turun cemas!
"Ryu?"fikir Aerin di dalam kepala.
"Hahah...ya aku. Terima kasih sebab masih ingat nama aku.."suara gemersik menyapa gelombang otak Aerin.
"Kau yang arahkan Bishop Harman untuk suruh aku ke sini?"mata Aerin bercahaya setiap kali dia cuba berkomunikasi.
"Kenapa?Kau marah ke?"
Serius?Ryu tanya dia marah ke tidak?Kenapa Ryu lakukan semua ni?Tak boleh ke Ryu move on dan tidak menghiraukan dirinya ini lagi?
"Kau buang masa aku Ryu!"Aerin terus berpaling ke arah laluan yang sama tadi. "Apapun gurauan yang kau cuba lakukan, aku tak berminat nak sertainya.." langkah di atur laju merentasi kawasan tersebut.
"Tak secepat tu Aerin...kau hutang aku sesuatu.."
Pada masa itulah satu bayang hitam memayungi susuk kerdil Aerin di bawah. Bayang itu telah membuatkan langkah Aerin terus mati di situ.
Ugh!Tolong la!
Dia belum bersedia hendak berhadapan dengan Ryu semula!
Dan lelaki ini sepertinya tiada tanda untuk berhenti dari lakukan hal tu!
Aerin genggam kepalan penumbuk dalam tangan dengan erat sebelum dia kembali berpusing dan dongak memandang ke atasnya.
Naga Ryu Fury muncul berkepak-kepak menerapungkan diri di atas memandang Aerin dengan renungan naga menakutkannya.
"Apa kau nak dari aku Ryu?Hutang apa?"Mata Aerin pandang tepat ke renungan menakutkan naga Ryu.
"Adakah kau akan ingat kalau aku beritahu kau apa hutang tu?"
Memang la dia seorang yang pelupa!Tapi itu tak bermakna Ryu boleh mengejek dia macam ni sekali. "Mungkin ya. Tapi kalau hal tu melibatkan kau...kemungkinan besar aku akan lupa."balasnya kejengkelan.
Perlahan-lahan Ryu mendarat di bawah betul-betul menghadap Aerin sebelum muncung naga itu bergerak ke depan muka Aerin lantas tanpa amaran Ryu mengaum selantangnya. Mengeluarkan gelombang angin yang kuat ke muka Aerin hingga menerbangkan rambut gadis itu ke belakang.
Bunyi ngauman itu sungguh gemuruh dan kuat hingga membuatkan burung yang bertenggek atas pokok terbang bertempiaran lari ke langit!
Namun ianya tidak cukup kuat untuk membuatkan Aerin tercampak ke belakang. Sudah terbiasa dengan ngauman naga, Aerin malah teguh berdiri di situ dan sedikit pun tidak menunjukkan reaksi di wajah. Dia tenang dan tidak terkesan.
Apa yang-
"Apa kau fikir kau lakukan Ryu!"deram Aerin dalam kepalanya dengan geram. Lelaki ni cuba tarik perhatian apa!Macam mana kalau ada yang dengar!
"Saja...aku nak tengok reaksi kau selepas lihat keadaan aku sebagai naga?Biasanya orang lain akan berasa takut dan menangis bila aku buat macam tadi...tapi kau tak. Mengagumkan"selesai saja Ryu berbicara dalam kepala Aerin lidahnya terjelir keluar lalu menjilat Aerin secara mengejut.
Masa Inilah Aerin memejamkan matanya apabila permukaan kasar lidah itu bergesel dengan mukanya. Ini yang buatkan dia tidak suka kalau bertemu dengan Ryu. Perangai lama suka menjilat lelaki ini tidak pernah berubah langsung walaupun sudah bertahun-tahun berlalu.
Ingat dia ni apa nak dijilat bagai!Dah serupa macam anjing pun ada Ryu ni tau!
"Berhenti cuba larikan diri dari aku lagi.Kalau tidak aku akan kejar kau!"muncung Ryu menujah perlahan badan Aerin hingga membuatkan Aerin terundur sedikit ke belakang kerananya.
"Cari kehidupan Ryu!!Hidup aku bukan berkitaran tentang diri kau aje." getus Aerin menolak muncung Ryu jauh darinya. Berani betul Ryu menggunakan mentor dia untuk buatkan dia masuk ke dalam perangkap lelaki ni! Rasa nak marah tapi kena sabar.
"Oh!Cadangan yang bagus. Sebab aku sedang melihat kehidupan tu sekarang..."sekali lagi Ryu si naga menjelirkan lidah dan menjilat muka Aerin.
Slurp!
Kasar dan berkikir lidah itu menyentuh kulitnya.
"Hentikannya Ryu!"Apa yang Ryu fikirkan sekarang ni!? Mata Aerin bercahaya terang saat merenung ke mata naga Ryu. Getaran muncul di sekitar badan dan seluruh tulang belakangnya tanpa dapat dikawal.
Secara tiba-tiba Ryu pun berhenti. Mata naganya bercahaya sama seperti warna mata Aerin taktala dia merasakan ada getaran yang bergema dalam kepalanya yang mana buatkan dia kaku selepas arahan itu dilaungkan.. Namun sekejap sahaja sebelum Ryu menggoncang kepalanya sesaat kemudian.
"Kau tak sepatutnya gunakan kuasa kau terhadap aku Aerin."
"Kau paksa aku gunakannya!"ketap Aerin dengan kening mencerun."Cukup!Aku nak balik!Berhenti ganggu aku."
Saat Aerin hendak berpaling, Ryu gigit hujung kolar baju Aerin dan menggonggong tubuh kecil Aerin dengan mulutnya. Dia belum selesai lagi dengan Aerin. Ke mana gadis ni nak pergi!
"Seperti yang aku cakap...tak secepat tu!"
"Arghhh!!!!"secara refleks Aerin menjerit kakinya terkapai-kapai di Udara. "Lepaskan aku la!Apa masalah kau ni!RYU!!!!"dia boleh agak selepas ini hidup dia tidak lagi seaman seperti dahulu!
Kalau Ryu dah mula tunjuk sikap menjengkelkan ini, dia yakin yang Ryu tidak akan pernah berhenti!
Share this novel