Chapter 53 : Tak Boleh Tolak

Fantasy Completed 5425

*CENSORED VERSION*

Swoosh!

Suara Aerin marah-marah bergema di sepanjang koridor taktala lohong hitam muncul di udara dan Ryu berjalan keluar melalui lohong tersebut sambil mendukung Aerin atas bahunya.

            "Turunkan aku!Kau pembunuh Ryu!Kenapa kau lakukan semua ni!"

Ryu hanya diam berjalan menyusuri laluan di situ dengan dengan sebelah tangan memegang Aerin di atas bahu.

Masa itu Camdus muncul. Lelaki itu dengar suara bising, ingatkan ada penceroboh jadi dia cepat-cepat bergegas untuk periksa. Sekali bila dia tiba, dia disambut dengan kemunculan Ryu di situ.

              "Tuan.."

              "Tinggalkan menara ni. Arahkan yang lain berkawal dekat luar. "arah Ryu semasa jalan melewati Camdus begitu saja.

Terkebil-kebil bingung, Camdus mengangguk patuh sebelum melirik akan keberangkatan Ryu bersama Aerin di atas bahu. Apa yang baru berlaku?

BAM!

Pintu kayu berbentuk bulat terbuka ke dalam dengan kuat secara magis sewaktu Ryu berjalan masuk ke dalam bilik tersebut lalu tertutup secara sendiri sesaat selepas Aerin di letakkan atas katil.

              "Jangan bangun!"arah Ryu semasa menanggalkan sarung tangan dengan kasar lalu dicampak ke atas lantai. Lalu diikuti dengan butang baju luar combatnya.

               Teresak-esak menangis Aerin dibuatnya. "Kenapa...kenapa kau lakukannya!?"

               "Sepatutnya aku tanya kau?Kenapa kau pulang ke sini awal?Bukan ke sepatutnya kau pulang dua hari kemudian?"marah-marah Ryu menanggalkan baju luarnya lalu di lempar kasar atas katil sebelah Aerin berasa.

               "Memangnya kalau aku balik lambat ke sini...apa kau nak buat?Kau nak habiskan satu kota ni?"soal Aerin tersedu sedan. "Kau bunuh Brianna!Kemudian Caspian!Kawan-kawan aku dekat akademi tu...kenapa kau buat semua ni?Siapa kau sebenarnya!?"

                "Tugas aku adalah pertahankan keselamatan kau Aerin Ofelia!!"

               "Dengan membunuh kawan-kawan aku?Itu maksud kau?"

                "Kalau itu yang aku perlu lakukan, bukan setakat kawan kau tapi seluruh penghuni Xenthopia ni akan aku hapuskan!"

                 "Konon!Kau lakukan semua ni sebab tak nak aku mati. Sebab kau tahu kalau aku mati, kau akan ikut mati!"sedu Aerin semakin menjadi-jadi.

Dengan bengang Ryu menguak rambutnya ke belakang. Berhenti la menangis!Emosi Aerin saat ini ikut sama mempengaruhi emosi dia.

                 "Berhenti menangis. Jangan bazirkan air mata kau untuk semua ni."Lantas Ryu naik ke atas katil. Mengambil tempat di tepi Aerin. "Ya..aku bunuh mereka...dan aku tak menyesal lakukannnya!"

                "Jangan sentuh aku!"renggus Aerin cuba mengundur hendak menjarakkan diri dari Ryu. Air mata masih berjuraian turun ke pipi apabila dia perhatikan Ryu. "Kau gunakan aku hanya untuk kepentingan kau sendiri. Kau tahu aku adalah Dragon Whisperer!Sebab itu kau imprint aku supaya kau dapat kawal aku!Dan perangi semua kerajaan yang ada macam mana kau lakukan pada Xethen!"

Haih!Ryu membuat muka saat melemparkan pandang ke arah pintu. Dia tidak pedulikan semua tu. Dragon Whisperer atau Dragon Tamer, semua itu tiada guna buat dia!Sebab ianya hanya membawa kepada masalah dan malapetaka!

                "Kau tak tahu apa yang kau katakan Aerin...ke  sini!Kau perlukan aku!"Ryu hulur tangan ke Aerin tapi tak cuba hendak mendekat. "Kau dalam kesakitan...berapa lama kau nak macam ni?"

                "Aku lebih sanggup mati dari disentuh dengan kau!"lafaz Aerin dengan nekad. "Sepatutnya itu yang aku lakukan!Tapi kau musnahkan semuanya!"setitis air mata jatuh dari tubir apabila Aerin pandang tepat ke tatapan serius Ryu.

               Rahang Ryu berketik.Mudah betul sebut mati tu kan! Dia tak tahu kenapa Aerin boleh fikir dia sekejam tu? Sedangkan yang bersalah dekat sini bukan dia. "Ke sini Aerin...sekarang...tolong."tangannya masih terhulur ke depan sejak tadi.

Aerin mengetap gigi saat tangannya naik menggaru bahu kiri dengan terdesak. Matanya turun ke tangan kiri Ryu lalu naik semula memandang ke wajah itu semula. Dia enggan berada dekat dengan Ryu. Apalagi membiarkan lelaki itu menyentuh dirinya lagi. Sebab Aerin sedar kalau mereka bersentuhan, dirinya hanya akan mengalah begitu saja!

             "Tak...aku tak nak!"lafaznya perlahan.

Wajah pucat Aerin itu dipandang Ryu dengan kening mencerlung susah hati. Mata Aerin juga kemerahan di sekitar kelopak. Bibir merekah-rekah sedang panas dalam.

             "Aku janji pada kau, kalau kau datang kepada aku, aku akan jelaskan kepada kau. Jadi...ke marilah."pujuk Ryu lagi.

            "Kau penipu! Apapun alasannya, aku takkan percayakan kau!"deram Aerin dengan benci.

           "Aku penipu?"Ryu berdengus kecil dek berasa lucu. "Benci betul kau pada aku?"

           "Kau tanya aku?Serius?"Aerin berkerut kening sebelum menggigit bawah bibir kegeraman. "Kau tahu apa jawapannya!!"

            "Tak. Aku tak tahu..."sambil tu Ryu mendekat secara sembunyi ke Aerin.

             Aerin menyeka air mata dari pipi dengan belakang lengan bajunya. "Aku bencikan kau!Kau tahu tu dari awal!Dan kau gunakannya untuk kawal aku!"beritahunya teresak-esak. "Sekarang kau buatkan aku semakin bencikan kau Ryu!"

            "Serius?Kau bencikan aku?"Ryu semakin mendekat. Dan Aerin langsung tidak sedar kerana gadis itu terlalu tenggelam dengan perasaan sedih dan kecewanya.

             "Aku nampak apa yang kau lakukan masa Brianna seekor naga!Aku nampak kau patahkan leher dia!Kenapa kau bunuh dia!Kau tahu tak aku dah janji pada Tarina untuk jaga keluarga dia! Tapi kau buatkan aku mungkiri janji tu!"

Setibanya Ryu di sisi Aerin, perlahan-lahan tangannya naik menekap kedua belah kepala Aerin. Bahang terus menjalar sekitar dadanya sebaik saja tapak tangannya hinggap pada pipi dingin Aerin. Betapa rindunya dia ingin menyentuh Aerin.

             "Aku tak tahu yang aku tanpa sedar buatkan kau saksikan kejadian tu...mungkin jelmaan naga aku yang mahu berkomunikasi dengan kau...jadi kau terpaksa lihat Brianna mati.."

Bersentuhan saja mereka, Aerin terdiam. Dia perlahan-lahan mengangkat mata ke depan kerana disapa dengan satu gelombang tenaga yang hangat hingga buatkan dia berasa tenang secara automatik dan serta merta. Nafas kelegaan dihela panjang.

            "Aku dah kata jangan sentuh aku!"bebel Aerin saat gerak mahu menolak Ryu, tapi dia malahan bertindak sebaliknya. Bukan ditolak, tapi Aerin menyandarkan kepalanya ke ceruk leher Ryu tanpa disedari kerana tenaga itu ibarat magnet buat badannya. Selesa dan menenangkan.

Ryu pun menarik Aerin ke dalam pelukannya lemah lembut, dia lingkarkan tangan sekeliling pinggang itu sebelum tangan sebelah lagi menyelak turun lengan dress Aerin ke bawah. Mendedahkan bahu kiri berlambang merah yang sedang kebiruan seperti bengkak dipukul. Teruk sangat ni!Pasti Aerin menanggung sakit yang banyak sepanjang mereka berjauhan.

             "Brianna yang minta untuk mati. Aku dah beri dia pilihan Aerin.."bisik Ryu semasa tunduk mengucup lambang itu dengan lama. Maka berubah warna kulit di bahu kiri itu sedikit demi sedikit kerananya.

Seakan ada aliran eletrik yang menyelesaikan, Aerin berdesah kelegaan sambil mengeratkan pelukannya ke sekeliling pinggang Ryu. Dia cuba menolak tapi badannya enggan beri Kerjasama. Semakin kuat dia memberontak hendak menolak, semakin kuat tubuh dia menidakkan kehendak dia itu.

             "Hentikannya sekarang Ryu!Jauhkan diri kau dari aku!"rintih Aerin di leher Ryu.
 
             "Kau pasti?"duga Ryu sebelum memberi kucupan terakhir di bahu itu sebelum membawa kepala Aerin menghadap mukanya semula. Dia tenung wajah tu dengan dalam. "Kau nak aku jauhkan diri dari kau?"anak rambut Aerin di selak ke belakang telinga perlahan-lahan.

Tanpa disedari Aerin mengucup tapak tangan Ryu yang ada di tepi mukanya. Dia tak boleh nak kawal semua tindak tanduknya gara-gara sentuhan tersebut.

            "Ya!"balasnya sambil tu.

Bila mereka berdua saling bertentang mata, hujung bibir Ryu terjungkit sinis. "Sepertinya kau benar-benar maksudkannya?" sindirnya.

Grr!Kening Aerin mencerlung tajam.

           "Aku tak boleh tolak kau!Kau aje yang boleh tolak aku!"marahnya cuba menarik Ryu mendekat kepadanya semula. Dia tak suka semua ni!Kuasa Ryu mengawal fungsi badan dia sendiri!Dan lelaki ini tahu dari awal.

           "Masalahnya aku tak nak tolak kau!"Ryu dekatkan wajahnya ke depan muka Aerin hingga buatkan dahi dan hujung hidung mereka saling bertemu. "Aku perlukan kau untuk kuat Aerin....jadi sehingga tubuh kau kembali kepada sediakala, baru aku akan jauhkan diri dari kau."bisiknya.

Setiap kucupan itu buatkan Aerin memejamkan mata tanpa dapat dikawal lagi. Dia betul-betul tak tahu nak buat macam mana supaya badannya dengar apa yang otak dia beritahu!Niat hendak menolak, tapi tangan dia malah melingkar ke sekeliling leher Ryu pula. Serius!Bengang betul dia rasakan!

Sihir apa yang Ryu kenakan pada dia sampaikan begini sekali reaksi tubuh dia terhadap sentuhan Ryu!"Aku bencikan kau Ryu!"lafaz Aerin di balik kucupan itu.

Ryu hanya berdengus kecil sambil tersenyum meleret. Tangannya melingkar sekeliling pinggang Aerin sebelum tubuh itu dibaringkan ke belakang.

             "Yalah.... terus kan la membencikan aku..."lafaznya di depan bibir Aerin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience