CHAPTER 13 : Lawatan?

Fantasy Completed 5425

Sekejap ke sana.

Sekejap ke sini.

Kelibat mereka yang ada di dalam Akademi Dragon Tamer sibuk pada awal pagi waktu itu.

Ada yang siap tolong susun atur pasu dan perhiasan yang ada di sepanjang koridor.

Ada juga yang membentang red karpet di halaman Utama pintu masuk bangunan.

Tidak lupa pula dengan staf yang sibuk di ruang makan. Mereka ke hulu dan hilir menatang dulang buffet perak untuk dihidangkan ke meja panjang dalam dewan makan itu. Kerusi cantik berkusyen putih tergeletak di hujung kepala meja. Sementara kanan dan kiri meja itu ada kerusi biasa tidak berhias.

Berkilat dan bersih yang luar biasa keadaan akademi waktu itu.

           "Lekas pergi lihat pintu masuk, mereka yang bertugas sambut tetamu dah bersedia belum?"Bishop Harman memberi arahan sewaktu perhatikan protégé yang lain sedang bersiap mengenakan uniform rasmi mereka untuk berbaris.

           "Baik master.."sambut seorang staf lelaki sebelum berpaling dari situ.

            "Lihat jubah kamu itu Leon!"beritahu Bishop Harman apabila matanya ternampak seorang daripada Dragon Tamer dia terbalik mengenakan jubah labuh berlogo naga dikait dengan emas di bahagian belakang itu.

Kelam kabut Dragon Tamer itu menanggalkan jubah lalu dipakai semula dengan kedudukan yang betul lalu dia berdiri tegak masuk ke dalam barisan sebaik selesai.

            "Di mana Aerin?"barulah Bishop Harman tersentak sebaik menyedari barisan protégé dan Dragon Tamer Wanita di sebelah kanannya ada yang kurang.

            Brianna di barisan hadapan pada masa itu terus mengangkat kepala. "Master dah beritahu Aerin mengenai majlis pagi ni?"soalnya dengan kening terangkat.

Mata Bishop Harman terkebil-kebil. Untuk beberapa saat dia diam memandang wajah Brianna sebelum dia menepuk dahinya kerana tidak percaya.

Aduh!

Macam mana la dia boleh lupa mengenai Aerin!

          "Saya dah maklumkan pada dia..."Bishop Harman beritahu.

           Masa itu, Brianna yang tahu sikap pelupa Aerin pun buat muka berserah sambil tersenyum nipis. "Dan dia pun lupa..."ujarnya.

Punca kenapa seisi Akademi Dragon Tamer sibuk adalah kerana pagi itu mereka akan menerima kunjungan Raja Emmett sendiri. Baginda berkata ingin membuat pemantauan dan kunjungan mesra ke situ. Itu yang Bishop Harman kelam kabut sejak awal pagi tadi dan bersama seisi penghuni yang lain.

Memandangkan bukan selalu Raja Emmett datang melawat, Bishop Harman mahukan semuanya dalam keadaan sempurna dan lengkap. Tak sangka pula dia terlupa akan anak muridnya yang seorang ini.

            "Master...mereka sudah tiba!"muncul seseorang dalam keadaan tergesa-gesa di kiri Bishop Harman tidak lama kemudian.

             "Hah?Sudah tiba?Dah kamu semua dalam barisan lurus sekarang!"kelam kabut Bishop Harman arahkan mereka di situ sebelum membetulkan pakaiannya.

Lalu berarak masuklah kumpulan yang mengiringi Raja Emmett memasuki koridor laluan Utama itu. Puteri Mara Ferin ada di sisi Raja Emmett. Sementara Ryu Fury berjalan megah di belakang anak beranak itu. Lima orang kesatria berbaris lurus dalam dua barisan di belakang Ryu.

            "Selamat pagi Bishop Harman!"riang dan ceria Raja Emmett menyapa.

            "Selamat pagi tuanku. Dan selamat datang saya ucapkan..."dengan serentak itu jugalah semua orang yang berbaris beri tundukkan hormat kepada Raja Emmett sebaik Bishop Harman menyambut lelaki tersebut.

            Raja Emmett ketawa. Lelaki itu memeluk kejap Bishop Harman lalu melihat semua yang ada di sekelilingnya dengan senyuman senang. "Sudah lama beta tidak menjejak kaki ke akademi ni. Kali terakhir beta ke sini adalah pada malam tu."pandangnya ke siling lalu kanan dan kiri dimana para protégé dan Dragon Tamer sedang berdiri.
 
            "Iya tuanku..."

            "Adakah beta menganggu sesi pembelajaran di sini?"

            "Sudah tentu tidak tuanku. Malah kami semua sangat berbesar hati dengan kehadiran tuanku ke sini.."beritahu Bishop Harman dengan bersungguh.

            "Hohoho...harapnya begitulah. Tuan puteri..ini Bishop Harman. Beliau merupakan mentor dan rakan yang ayahanda hormati...sapa beliau.."Raja Emmett memalingkan perhatiannya ke puteri kesayangannya pula.

             Dengan tertib dan penuh sopan Puteri Mara Ferin pun memberi tundukkan kecil dengan tangan di atas dada. "Apa khabar Bishop Harman."

            Dengan senyuman nipis Bishop Harman mengangguk. "Baik-baik tuanku."barulah Bishop Harman terpandang Ryu di belakang mereka. "Ryu..."

            "Selamat sejahtera master.."tunduk Ryu kepada mentornya itu.

            "Haha...senang saya dapat melihat kamu ke sini. Ayuh la..mari kita ke berjalan-jalan dulu sementara tunggu jamuan disediakan.."Bishop Harman mempelawa ke Raja Emmett.

Bermula dari dewan Utama, ke bilik latihan hingga la ruangan belajar, semuanya tempat ditunjukkan Bishop Harman. Lelaki itu menjelaskan setiap fungsi ruangan dan kawasan yang ada kepada Raja Emmett sebagai bukti semua wang yang disalurkan oleh Raja Emmet ke dalam Akademi Dragon Tamer digunakan sebaik mungkin. Meyakinkan lagi Raja Emmet yang Bishop Harman menjalankan amanahnya dengan baik.

Selesai membuat lawatan dalam bangunan, Bishop Harman bawa rombongan itu melawat luar bangunan pula. Dari kawasan taman, tasik kecil, laman berumput tempat latihan naga, sehinggalah kawasan dimana biasanya naga-naga berkumpul.

            "Damai sungguh ya suasana di sini.."Raja Emmet beritahu.

            "Ya tuanku..."angguk Bishop Harman.

Kebetulan waktu itu rombongan tersebut melewati sebuah bangunan tiga tingkat dengan menara kecil di sebelah kanan. Tepat semasa Raja Emmett dan Bishop Harman melintasi depan laluan itu, tiba-tiba satu daripada pintu pun terbuka. Seseorang masih dalam dress tidur keluar dari situ berkaki ayam.

Perhatian mereka yang menjaga keselamatan Raja Emmett dan Puteri Mara Ferin serta merta menjadi peka taktala mengesan aura asing di situ. Masing-masing dengan serentak memandang ke arah gadis berambut ikal mayang paras pinggang keluar sambil membawa satu mangkuk dari pintu tersebut.

Kaki tidak beralas itu dengan bersahaja memijak laman berumput itu tanpa teragak-agak.

Aerin yang baru sahaja bangun dari tidur waktu itu, mamai-mamai tunduk menuang air ke dalam bekas minum anjing penjaga asrama di depan pintu. Lantas meletakkan makanan ke bekas satu lagi.

            "Makan yang banyak...nanti kalau ada orang jahat datang gigit mereka ya Albus.."beritahu Aerin saat menggosok kepala anjing tersebut semasa berdiri tegak semula. Sambil dia menyelak rambutnya ke belakang telinga sambil tu la Aerin tergerak hati hendak palingkan kepala ke kanan laman.

Bishop Harman paling hadapan waktu itu sudah buat muka berserah!Dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi mengenai Aerin masa itu.

            "Master..."pandang Aerin dengan mata terbutang luas menyedari berpasang-pasang mata terarah padanya waktu itu. Kenapa mereka semua berada di sini!?

            "Maafkan anak murid saya tuanku."pandang Bishop Harman ke Raja Emmett dan Puteri Mara Ferin.

Ryu di belakang waktu itu terpaku sekali lagi apabila bertemu semula dengan Aerin yang sepertinya baru bangun dari tidur memandangkan penampilan gadis itu agak tidak terurus.

Seperti mahu meledak kerana malu, Aerin cepat-cepat melarikan diri ke dalam. Hampir hendak tersungkur di tangga depan pintu pun ada!Mujur la Aerin sempat memegang pintu, kalau tidak sudah melungkup dekat situ jugak masa tu.

            "Saya sudahpun pesan kepada Aerin untuk bersiap. Aerin cenderung lupa jadi dia tidak tahu tuanku akan datang melawat hari ni.."Bishop Harman beritahu.

            "Tidak mengapa Bishop Harman. Beta faham..."angguk Raja Emmett. "Tempoh hari tabib diraja yang merawat Aerin sempat memberitahu beta keadaan Aerin."

            Puteri Mara Ferin tersentak. "Kenapa dengan Aerin ayahanda?Dia sakit ke?"

Telinga Ryu terus bergerak-gerak mendengar pertanyaan tersebut. Matanya dengan tajam mengerling ke belakang kepala Puteri Mara sebelum ke wajah Bishop Harman. Aerin sakit!?

             "Tidak. Aerin baik-baik saja. Dia cuma mempunyai masalah memori jangka pendek. Yang mana Aerin tidak dapat menyimpan maklumat dengan lama. Dia akan lupa sesuatu perkara tu selang beberapa jam kemudian atau beberapa hari kemudian. Bukan dia sengaja nak lupa tapi memang otak dia dah set begitu. Jadi dia kena diingatkan sentiasa kalau hal tu penting..."jelas Bishop Harman kepada Puteri Mara.

             "Iya ke?"berkerut kening Puteri Mara Ferin selepas dengar. Agak terkejut mendengarnya. "Termasuk orang?"

             "Tidak. Dia masih ingat pada orang tapi tidak pada maklumat...kata tabib ianya kesan dari trauma yang dialaminya sewaktu kecil. Selebihnya Aerin tidak apa-apa..."senyum Bishop Harman selepas itu.

Dan Ryu yang dengar akan penjelasan tersebut terkedu. Jadi selama ni dia fikir Aerin lupa akan janji yang dibuat dengannya hanyalah salah faham?

             "Saya harap Aerin akan baik-baik saja.."senyum Puteri Mara Ferin.

              "Ya...saya akan memastikan hal itu tuanku."angguk Bishop Harman sekali.

Raja Emmet turut mengangguk kepala.

               "Kalau begitu marilah kita gerak semula ke dalam. Rasanya jamuan telahpun siap disediakan."Bishop Harman tunjuk akan arah kiri dimana laluan kecil menghala pintu belakang bangunan berada.

               "Ayuh!"sambut Raja Emmet serta merta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience