CHAPTER 43 : Cameo Grim Reaper

Fantasy Completed 5425

Selama 20 tahun dibawah pemerintahan Raja Hunter dan Permaisuri Edith, Stone Hill telah berubah menjadi sebuah negara yang maju dan sangat kaya raya. Banyak kaum naga telah migrasi ke Stone Hill membina kehidupan di samping manusia yang lain. Semakin lama semakin membiak dengan pesat.

Namun keamanan itu tidak berkekalan lama. Selepas lima tahun kemudian kerajaan itu telah diserang oleh kerajaan Xenthen yang telah meninggalkan banyak kemusnahan. Habis musnah tempat tinggal penduduk di situ kerana serangan mereka. Termasuk la telah mengorbankan banyak nyawa.

Pada masa itu, Putera Evan telahpun naik taktah menjadi raja. Cora terkorban kerana peperangan itu. Raja Hunter sakit dan Permaisuri Edith dan dua adik Putera Evan sahaja yang masih bertahan sewaktu peperangan terjadi. Genap usia 30 tahun, Putera Mahkota Evan yang telah menjadi raja cuba membina semula kerajaannya dengan mengahwini seorang Wanita dari keturunan naga bangsawan selepas peperangan tamat tidak lama selepas itu. tidak lama selepas itu Raja Evan dikurniakan seorang putera mahkota.

            "Ke mana ayahanda mahu bawa saya?"

            "Kamu akan keluar dari sini. Pergi tinggal di Xethen."Raja Evan mengemaskan pakaian di badan anaknya. Mafela dililit sekeliling leher anak berusia 8 tahun di depannya.

            Terkebil-kebil mata bulat anaknya waktu itu. "Untuk apa?"

            "Kamu akan membesar di sana, Bina hidup  kamu di sana. Kelak pada usia kamu 19 tahun, ayahanda akan mengirimkan surat kepada kamu nanti."jelas Raja Evan lagi.

            "Ayahanda buang anakanda sebab anakanda nakal ke?"

             "Tidak nak. Kamu satu-satunya harapan yang ayahanda ada sekarang ni. Tapi kamu perlu korbankan identiti sebenar kamu. Kembali la ke Xethen. Tuntut semula keadilan di atas kemusnahan yang telah mereka berikan kepada kita."perlahan-lahan tepi wajah Ryu di usap.

Terkebil-kebil mata bulat anak kecil itu.

             "Tuntut semula kepada mereka akan kehilangan datuk, nenek dan Nenek Cora kamu....dengan menjadi musuh dalam selimut mereka."

Terkedip-kedip cuba hendak fahamkan apa yang disampaikan, anak yang masih kecil itu hanya mampu dengar dan menatap wajah serius ayahandanya.

                "Kamu perlu dewasa dan jadi yang terhebat di kalangan mereka. Buatkan percaya kepada kamu..."

               "Ayahanda tak buang anakanda kan?"

                "Tidak nak...ayahanda hanya kirim kamu untuk tinggal disana. Berpura-pura menjadi yatim piatu. Di saat naga kamu menjelma...jadikan ianya sebagai kekuatan kamu saat sendirian..bila tiba masanya. Ayahanda akan mengirimkan kamu surat.. Dan ayahanda akan jelaskan segalanya kepada kamu."

End of flashbacks

Deru angin bertiup kencang, para pengawal istana Stone Hill mendongak taktala mereka mengesan akan kehadiran sesuatu asing di Udara. Dan bila mereka dongak, empat naga dewasa sedang terbang dalam kumpulan mendekati Istana Stone Hill itu.

Gempar dibuat kemunculan tersebut, berpusu-pusu tentera mula ke sana dan ke sini memanggil pasukan bantuan. Ada juga yang bergegas masuk ke dalam istana untuk menyampaikan kemunculan naga-naga itu.

Punyalah gelabah mereka semua di situ sampaikan keempat-empat naga tadi mendarat telahpun mendarat.

Bila para tentera sudah bersedia untuk menjaga hadapan pintu masuk istana itu, muncullah kelibat seseorang berpakaian rasmi raja berjalan keluar melewati barisan tentera yang ada.

Sendirian dan tidak gentar, Raja Evan, berjambang lebat sekitar dagu itu berarak ke arah empat naga yang diam berdiri di halaman luas istana tersebut.

Dengan serentak keempat-empat naga itu menurunkan kaki depan dan menundukkan kepala mereka memberi hormat kepada Raja Evan.

Semua di situ terkejut. Bingung kerana tidak faham. Hairan kerana pertama kali melihat keempat-empat naga asing yang baru tiba di situ.

               "Selamat pulang...anakanda Ryu."ucap Raja Evan dengan senyuman lebar kepada naga dewasa paling hadapan sekali.

Ryu si naga perlahan-lahan mengangkat kepalanya lantas dia sentuhkan hujung muncungnya ke kepala Raja Evan bersama mata terpejam.

Perkenalkan Ryu Hunter Evans, putera mahkota Stone Hill. Dan juga merupakan pengintip yang telah dihantar oleh Raja Evan bagi memusnahkan Kerajaan Xenthen selepas peperangan yang terjadi tidak lama dahulu sejak kecil lagi. Untuk membalas dendam di atas apa yang terjadi, Ryu telah menjadikan dirinya sebagai pengintip di Xethen dengan nama Ryu Fury dan beridentitikan anak Yatim piatu. Dengan cara ini dia dikutip oleh Bishop Harman yang waktu itu pengajar anak-anak naga muda. Pada usia 15 tahun Ryu telah dihubungi oleh Raja Evan dan diberitahu segalanya tentang apa yang perlu Ryu lakukan selepas itu.

Dari situ la Ryu sengaja menonjolkan dirinya, sentiasa menjadi yang terbaik dan menunjukkan perwatakan yang menarik di hadapan Raja Emmett supaya menjadi kepercayaan lelaki itu. Tujuan Utama Ryu mendekati Puteri Mara Ferin juga adalah sebahagian misinya. Iaitu menakluk pemerintahan Raja Emmett selepas berkahwin dengan puteri mahkota itu.

Tapi sayangnya pelan Ryu back fire selepas kehadiran Aerin dalam perjalanannya. Tanpa sengaja Ryu terjatuh cinta dan terpaksa meneruskan pelannya mahu tak mahu. Jatuh cinta bukanlan sebahagian daripada pelan asal Ryu. Namun dia tidak dapat berpatah balik, maka Aerin tersekat di antara misinya. Dia terpaksa meninggalkan Aerin berulang kali selama bertahun lamanya. Niat dia enggan menemui Aerin tetapi selepas melihat Aerin di dewan balairung seri pada suatu hari tu, Ryu tidak dapat lagi mengawal dirinya untuk jauhkan diri dari Aerin.

Selama ini jugalah Ryu mengirimkan surat rahsia kepada Raja Evan mengenai perkembangan rancangan mereka itu.

Selepas menjelma dalam bentuk manusia, Ryu berdiri melangit di hadapan lelaki berusia 59 tahun itu dengan renungan dingin serius dan penuh beraura sebagai seorang putera mahkota. Camdus di belakang Ryu lalu diikuti lagi dua naga yang sebenarnya dihantar oleh Raja Evan buat membantu Ryu semasa Ryu ke medan perang sewaktu Ryu berusia 19 tahun lagi.

            "Junjung kasih tuanku Raja Evan Hunter Hill."tunduk mereka yang sudah menjelma dalam bentuk manusia masing-masing kepada raja mereka itu.

           Raja Evan mengangguk kecil sebelum pandang akan Ryu di hadapannya. "Kenapa kamu berada di sini?Adakah sesuatu telah terjadi di Xethen?"

           "Lebih kepada ada yang cuba hendak  menganggu."beritahu Ryu senada dengan Raja Evan.

Semua di situ pandang akan wajah anak beranak yang saling tidak tumpah riak dan irasnya. Bezanya versi sudah berusia dan versi muda. Namun beraura kuat.

           Raja Evan mengecilkan matanya. "Ada yang menganggu?"

           "Seperti kita, mereka juga cuba hendak menuntut hak mereka ke atas Xenthen."tambah Ryu. "Apa yang anakanda perlu lakukan?Perkahwinan yang ayahanda minta sudahpun anakanda uruskan. Jika mereka cetuskan peperangan tu sebelum perkahwinan berlangsung, peluang kita untuk menakluk Xethen bakal menjadi tipis."

            Rahang Raja Evan berketik. Lelaki itu termenung memandang bahu Ryu untuk seketika. "Siapa?"

            "Penduduk dari Kerajaan Naga Lambang Merah. Diketuai oleh pahlawan naga mereka yang kematian naganya sewaktu berperang 20 tahun yang lalu."

             "Kerajaan Naga Lambang Merah?"Raja Evan pandang ke Ryu.

             "Ya ayahanda."Ryu pandang wajah ayahandanya dengan mata tidak berkedip. "Mereka juga menemukan Dragon Whisperer untuk mengawal kesemua pahlawan naga Xenthopia supaya tidak memerangi mereka sewaktu mereka bertindak nanti. Dengan cara itu mereka boleh bunuh dan gulingkan Raja Emmett."

             "Apa kamu kata?Dragon Whisperer pun ada sekali?"

             "Benar Ayahanda..."

              "Bukan ke perkampungan itu telah dimusnahkan oleh Kerajaan Naga Lambang Merah??"Raja Evan terkejut. "Ada juga ya yang terselamat?"

               Waktu itulah Ryu terdiam. Dia tidak dapat menceritakan hal Aerin kepada ayahandanya lagi. Dia khuatir ayahandanya murka jika ayahanda mengetahui soal Aerin dan hubungan mereka kerana misinya belum selesai lagi. "Ada ayahanda. Salah seorang daripada Dragon Tamer di sana adalah waris yang terselamat di malam kejadian tu."

               "Tapi kenapa mereka dari Kerajaan Naga Lambang Merah ingin membalas dendam kepada Raja Emmett di atas pembelotan mereka sendiri?"Raja Evan pandang lucu ke Ryu. "Mereka sendiri yang merancang untuk melakukan pembelotan mereka pada kerajaan manusia....malah mereka yang memusnahkan Perkampungan Dragon Whisperer kerana tidak mahu dikawal lagi....ianya salah mereka kenapa mereka dimusnahkan...sekarang mereka mahu tuntut bela di atas pengkhianatan mereka sendiri?"beritahu Raja Evan.

Ryu menundukkan pandangannya ke bawah. Kenyataan Raja Evan membuatkan Ryu teringat akan niat Aerin ingin mencari tahu apa yang terjadi pada Kerajaan Naga Lambang Merah dan Perkampungan Dragon Whisperer selama ini.

Alasan kenapa Ryu enggan Aerin cari tahu.

Ryu tidak mahu Aerin mengetahui hal sebenar bahawasanya Naga Lambang Merah adalah punca kenapa Perkampungan Dragon Whisperer dimusnahkan dan ibubapa Aerin terkorban dalam serangan tu.

Pendek ceritanya, Kerajaan Naga Lambang Merah telah musnahkan Perkampungan Dragon Whisperer.

Disebabkan itu Kerajaan Xethen musnahkan Kerajaan Naga Lambang Merah.

Sebelum itu, Kerajaan Stone Hill dimusnahkan dengan Kerajaan Xethen.

Disebabkan Ryu baru tahu bahawa Bishop Harman adalah yang terlibat di malam kejadian tu, dia tidak boleh biarkan Aerin tahu mengenainya terlebih dahulu. Sebab rancangan dia masih lagi berjalan. Jadi sehingga rancangan dia berlangsung seperti yang dimahukan, selagi itulah rahsia tersebut akan di simpan.

              "Mungkin mereka tidak boleh terima kekalahan dan kesalahan mereka. Kerana itu mereka mahu menuntut semula dendam mereka."jelas Ryu. Wajah Bishop Harman yang dia sangkakan adalah lelaki yang menjadi role model dan orang yang dia hormati bermain di dalam kepala serta merta. membuatkan rasa menyesal tidak berhenti kunjungi tiba.

               "Kalau begitu, apa yang kamu perlu lakukan  adalah hapuskan mereka. Sama ada bunuh atau hentikan rancangan mereka sebelum perkahwinan kamu berlangsung. Jika perlu perangi mereka habis-habisan.Ayahanda tidak peduli apa rancangan mereka."beritahu Raja Evan. "Ayahanda cuma enggan sesiapa masuk campur urusan ayahanda. Ada perhitungan yang ayahanda mahu dari Raja Emmett sendiri, maka tiada siapa dibenarkan sentuh lelaki itu sebelum ayahanda."

              "Baik ayahanda."angguk Ryu dengan patuh.

               "Sehingga kejadian tu belum berlaku, kamu tidak boleh pulang ke Stone Hill. Ianya terlalu bahaya untuk kamu dedahkan diri ke sini."pesan Raja Evan.

              "Kalau begitu boleh anakanda menemui bonda dahulu sebelum berangkat pergi?"pandang Ryu penuh berharap.

              Raja Evan menggeleng kepala. "Bonda kamu sudahpun mangkat tiga tahun yang lalu Ryu."

              Terkedu Ryu. Dia pandang wajah tenang ayahandanya dengan perasaan berkecamuk. "Apa?Kenapa Ayahanda tak beritahu anakanda lebih awal?"bendanya sudah tiada lagi?!

              "Sebab ayahanda tahu kamu akan pulang ke sini jika berita itu sampai kepada kamu....dan ayahanda enggan ambil sebarang risiko."

Kepalan tergenggam dalam penumbuk Ryu. Mata lelaki itu berkerlipan keemasan.

             "Jangan risau. Bonda kamu mangkat dalam keadaan tenang. Dia juga memahami tugas kamu. Maka itu kamu perlu berjaya menakluk Xethen agar pengorbanan kamu selama ini tidak sia-sia."tambah Raja Evan lagi.

             "Tak kira apa sekalipun caranya?"bisik Ryu dengan dingin.

              "Ya. Tidak kira apa sekalipun caranya.Hapuskan mereka yang cuba menghalang laluan kamu. Baik lelaki mahupun perempuan."menung Raja Evan mengingati mendiang ayahanda dan bondanya, Hunter dan Edith yang telah lama mangkat.

              "Kalau begitu anakanda memerlukan kesemua pasukan tentera naga yang ayahanda ada. Siapkan mereka dengan segera."arah Ryu.

Udara dingin malam itu bertiup sederu ditempat mereka berkumpul waktu itu. Sedingin cuaca di Stone Hill itu sedingin itulah suasana laman istana di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience