Terjaga dari lena yang mengejut Aerin ditemani dengan peluh dingin merintik di seluruh badan dan sekitar leher taktala dia sedar yang waktu sudahpun siang. Mata bulatnya liar melihat sekeliling bilik penginapan. Entah kenapa dia merasakan seperti dirinya baru keluar dari air yang dalam. Nafasnya naik turun hendak tenangkan diri.
Serius beritahu, dia merasakan ada yang membuatkan dia terjaga dari tidur secara mengejut tadi.
Apa yang dah berlaku?
Matanya terarah kaku ke depan dengan nafas naik turun.
Knock!
Knock!
Bunyi ketukan pintu kedengaran tidak semena. Membuatkan kepala Aerin berpaling ke arah pintu dengan cemas. .
Knock!
Knock!
"Mm?"Brianna yang bangun dulu selepas terjaga dibuat ketukan pintu itu. "Sekejap.."mamai-mamai gadis itu turun dari katil dan berjalan ke arah pintu.
Bila pintu terbuka, seorang lelaki bermuka muram dan lingkaran hitam di bawah mata berdiri di depan pintu itu. Lelaki tu pandang bosan ke Brianna sebelum kerling ke dalam bilik hanya untuk bertentang mata dengan Aerin.
"Ketua kampung beritahu kena hantar kau orang berdua ke rumah pelik belakang hutan sana."
Brianna pun menguap. Dia menggaru belakang badannya semasa toleh ke Aerin. Serius?Seawal ni?
"Kami akan keluar sekejap lagi."angguk Aerin dengan muka baru bangun tidur dia. Masih belum sedar sepenuhnya dari mamai.
"Hah...kejap lagi."Brianna pandang semula ke lelaki depannya.
Lelaki itu sekali lagi mengerling ke Aerin lantas mengangguk ke Brianna. "Lekas."
"Geez!Tahu la..kan dah beritahu sekejap."getus Brianna dengan perlahan saat dia menutupi pintu semula.
Aerin sudahpun bangun dari katil semasa Brianna gerak ke sinki dan buka paip tepi katil sebelah kanan. Wajahnya di basuh.
Oleh kerana berasa tidak selesa dan panas, Aerin menarik sedikit bajunya. Mendedahkan bahu kirinya yang sedang kepedihan. Dia pandang akan bekas lambang merah yang ditinggalkan Ryu kepadanya dengan kening berkerut. Lambang merah itu lebih merah dari biasa dan sedang berdenyut-denyut sakit. Sebab ini ke dia bangun secara mengejut?
Ughh!
Tak guna betul!
Aerin tarik semula bajunya dan dibetulkan sebelum memejam mata menahan sabar.
Semua ini kerana efek dia berjauhan dengan mahluk menjengkelkan tu. Sepatutnya Dragon Rider tidak boleh berada jauh dari naga mereka dengan lama. Mereka perlu sentiasa berada berdekatan dan bersama. Kalau tidak...hal seperti ini la akan terjadi pada Dragon Rider tu. Sama ada sakit atau menjadi lemah!
"Kau tak apa-apa ke Aerin?Muka kau pucat betul?"tegur Brianna sewaktu mengelap muka yang basah dengan tuala disediakan. Sambil tu dia perhatikan Aerin.
Bola mata Aerin saja yang bergerak ke Brianna. Badan dan kepalanya entah kenapa enggan bergerak.
"Aerin?"panggil Brianna terlentok kepalanya ke kiri kerana mahu melihat wajah tu.
Dia kena cepat selesaikan masalah di sini. Kemudian pulang ke Xenthopia semula. Kalau dia berlengah, efek ini akan buatkan badan dia melemah,. "Mm...Aku okay."angguknya semasa tunduk menyarungkan kasut ke kaki. Setelah itu rambutnya diikat tinggi ke atas sebelum gerak ke arah sinki. Wajah berpeluhnya itu di basuh dengan air sejuk waktu pagi.
Selepas sarapan dengan makanan yang disediakan Aerin dan Brianna menunggang kuda keluar dari kawasan penempatan menuju ke hutan yang ada di belakang bukit Cardamom Lands. Seperti di tunjukkan dalam peta, begitu la rupa laluan yang dilalui.
SENYAP sunyi saja laluan kecil itu.
Batang pokok di situ banyak tapi kecil-kecil seperti tiang lampu. Dedaun kering memenuhi lantai hutan. Jadi setiap kali kuda memijak bunyi ranting patah dan daun kering pecah kedengaran dengan jelas.
"Sini..."tunjuk lelaki tadi berhenti dekat depan sebuah pokok besar.
Brianna pandang pelik ke lelaki tu. "Sampai sini je?"ujarnya..
Bersama riak bosan yang sama, lelaki itu kerling ke Brianna. "Aku cuma di suruh tunjuk sampai sini aje. Selebihnya jalan la sendiri. Tak cacat kan?"
"Hak ala...nak menyentap apahal?"Brianna lirik dari atas kebawah akan lelaki di sebelah kudanya saat itu. Mujur la Aerin ada, kalau tidak lelaki ni dia yang tukarkan jadi daun.
Enngan membalas, lelaki itu menjulingkan mata lantas pandang ke Aerin. Dia bukan nak bercakap dengan Brianna pun. Mencelah aje tahunya! "Jalan aje depan sikit. lepas tu kau akan jumpa sebuah kabin..."
"Faham."angguk Aerin sebelum memukul perlahan tali ke badan kuda supaya haiwan tunggangannya itu bergerak semula.
Eh-eh..mamat ni?Puas hidup sangat agaknya nak tunjuk perangai dekat dia! Masa itulah Brianna beri jari tengah kepada lelaki tadi saat kudanya ikut bergerak mengekori Aerin. Dasar berlagak!
Lelaki itu apalagi, dia balas dengan tindakan yang sama kepada Brianna sebelum pergi dari situ.
DUA ORANG yang berada atas kuda itupun mula masuk ke dalam laluan kecil yang diberitahu tadi. Dan bila mereka tiba, pemandangan dimana sebuah rumah kabin di atas bukit pun dapat dilihat. Sama seperti suasana yang creepy dan sunyi, rumah itu diselaputi dengan tumbuh-tumbuhan menjalar.
"Nampak menyeramkan?"bisik Brianna semasa turun dari kuda.
"Kalau macam tu Brianna, kau jaga luar, jerit kalau ada apa-apa."maklum Aerin mengeluarkan pedang dari beg yang tergantung di badan kuda.
"Hah?Kenapa?Kau seorang diri masuk ke dalam?"Bukan ini yang dia maksudkan. "Aerin.."panggil Brianna tidak percaya.
Aerin tidak mempedulikan Brianna kerana dia sudahpun jauh ke hadapan.
Sambil buat muka tak percaya Brianna hanya mampu melepaskan hela nafas berserah sebelum bersandar pada badan kudanya dan menyilangkan tangan ke dada.
Sementara Aerin sudahpun tiba di hadapan pintu kabin. Hairannya semasa dia tiba di situ Aerin dapati pintu itu terbuka dan tidak berkunci.
"Hello?"panggilnya sambil menolak pintu ke dalam dengan berhati-hati. Kepalanya di jengah balik pintu sebelum kakinya di atur maju ke hadapan. "Ada sesiapa tak?"panggilnya lagi.
Masih lagi tiada yang menyahut.
Di ruang kabin itu tidaklah terlalu bersepah atau kotor. Ianya kelihatan kemas tetapi yang menarik perhatian Aerin waktu itu adalah apa yang ada di atas meja petak di tengah-tengah kabin itu. Di atas meja petak terdapat sesuatu seperti kawah sedang mendidih. Cecair dalam kawah itu mengeluarkan asap yang berbau aneh. Warnanya pula kehijauan seperti muntah naga.
Semakin Aerin mendekat semakin kuat bau dari kawah tersebut. Bila sudah jelas barulah Aerin sedar yang waktu itu dia berada di dalam pondok dimana ahli sihir telah menghuni. Dan kawah ini menghasilkan sesuatu yang boleh menyebabkan mana-mana naga hidu boleh terpengaruh kerananya.
Sudip kayu di ambil dari pinggan kecil sebelah kawah lalu Aerin godek isi kawah itu hendak memeriksa apa aje yang dimasukkan ke dalamnya. Ianya berlendir dan kelihatan sungguh menjijikkan.
"Kalau saya jadi awak saya takkan sentuhnya dengan tangan kosong begitu."
CLANK!
Sudip kayu terjatuh ke atas meja tu apabila ia terlepas dari pegang.
Tersentak kepala Arin ke kiri. Lalu dia bertentang mata dengan seorang Wanita berambut panjang warna putih sepenuhnya tetapi kulit licin mulus. Tidak kelihatan seperti ahli sihir yang biasa dia temui.
"Selamat datang. Saya tak dengar ada tetamu ketuk pintu. Boleh saya tahu siapa awak?"Wanita berambut panjang tersebut jalan mendekati Aerin bersama riak mesra di wajahnya.
Namun ianya tidak buatkan Aerin berhenti dari berasa awas. Sambil mengundur ke belakang, dia pandang akan ahli sihir di depannya.
"Aerin Ofelia. Dragon Tamer dari Xenthopia. Aku datang untuk menyiasat kejadian aneh yang terjadi di sini. Apa yang kau dah lakukan pada naga dalam kawasan ni?Adakah posyen di dalam kawah itu menjadi punca kenapa mereka di sini tidak dapat menjelma menjadi naga?"
Wanita sihir itu ketawa kecil sambil tersenyum kepada Aerin. "Saya Ahli Sihir Putih. Hahaha....kalau saya kata iya benar?Apa yang saudari akan lakukan??"
Aerin cengkam kuat hulu pedangnya sambil berdiri teguh di situ. "Kenapa?"
"Untuk apa lagi?Untuk hapuskan mereka. Naga lambang merah adalah naga yang sepatutnya terhapus lama dulu. Mereka tak sepatutnya kekal hidup di sini"
"Apa dia?"Aerin terkedu. Lambang Merah?Adakah ianya sama dengan lambang merah yang dia miliki.
"Ya...Cardamom Lands adalah perkampungan para naga berlambang merah. Saudari tak tahu ke?Naga Lambang Merah tidak boleh hidup sepatutnya. Mereka patut dihapuskan...kalau mereka bangkit kehidupan manusia dan ahli sihir takkan dapat hidup tenang. Saya hanya lakukan apa yang saya patut lakukan demi melindungi bangsa saya sendiri.."
Apa yang perempuan ni merepekkan sejak tadi?Aerin berkerut kening tidak faham. "Apapun sebabnya aku nak kau berhenti. Hentikan semuanya sebelum keadaan jadi lebih parah."
"Tiada yang salahnya dekat sini, saya hanya ubah mereka menjadi manusia. Dengan ini Naga Lambang Merah takkan bangkit semula. Saudari tak tahu betapa berbahayanya mereka ini...kuasa mereka boleh buatkan naga menjadi pemerintah Utama dunia kita..."
Lambang Merah?Naga apa yang dimaksudkannya ni!Dan apa yang dikatakan dengan kebangkitan?Siapa yang akan bangkitkan mereka?Semakin berkerut kening Aerin. Dah hilang akal apa ahli sihir ni? "Apa penawarnya?Dan apa yang kau dah lakukan pada mereka semua di sini?"
"Mudah."ahli sihir Wanita itu pandang ke kawah tadi lalu ke Aerin sesaat kemudian. "Saya berikan posyen ni ke sumber minuman mereka. Bila mereka minum, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit mereka akan kehilangan kemampuan untuk menjelma sebagai naga. Mula-mula mereka tak boleh kawal untuk menjelma sebagai naga. Kemudian tak boleh terbang. Kemudian pooff! Lebih baik begini kan...tiada pertumpahan darah akan berlaku. Mereka akan selamat. Bangsa saya juga akan selamat...kita semua akan selamat."
Rahang Aerin berketik. Dia hunus pedangnya ke depan. Memang sah ahli sihir depannya ini sudah tidak waras. "Serahkan aku penawarnya."
Mata Wanita sihir itupun turun ke hujung pedang Aerin sebelum dia pandang ke Aerin. "Penawar? Sudah tentu. Tapi dengan syarat saudara perlu kalahkan saya terlebih dahulu."tanpa amaran apapun, satu bilah lembing melayah di Udara menuju laju ke arah Aerin.
Swoosh!
Aerin terundur ke belakang hingga buatkan dia terjatuh. Habis debu terbang mengenai mukanya. Bila dia pandang ke lembing tadi, ianya telah tercacak pada tiang kayu tempat berdirinya.
"Aku datang bukan nak guna kekerasan!"jeling Aerin dengan marah. Tak guna betul. Sesaat lambat elak, berlubang kepala dia tadi!
"Dan saya datang bukan untuk main-main."Wanita itu menarik senyuman lebar sebelum melalukan tangannya ke lembing sama untuk terbang melayah ke Aerina sekali lagi.
Swoosh!
Sekelip mata itu juga lembing tersebut melayah tepat ke Aerin mahu mengenai tepat badan tu.
Tapi Aerin libas pedangnya sekuat hati menghadang lembing tersebut tetapi kuasa sihir Wanita itu lebih kuat. "Apa tujuan sebenar kau lakukan semua ni hah?"
"Hapuskan Naga Lambang Merah dan keturunannya!"Ahli sihir Putih mengalihkan beberapa objek yang ada di situ untuk dilemparkan ke arah Aerin dengan kuasa sihirnya.
SPRANG!
Aerin mengelak ke belakang kaunter di situ apabila pisau, kawah dan botol-botol kaca terbang melayah kearahnya. Pada masa ini Aerin semakin tidak selesa kerana rasa sakit di bahu dia menjadi-jadi. "Naga Lambang Merah apa yang kau merepekkan ni!Tak pernah aku belajar tentang naga nama macam tu!"mata Aerin bersinar keemasan tanpa gadis itu sedari.
"Saya tak merapu. Hanya mengatakan yang benar. Lagipun musuh saya adalah naga. Bukan manusia biasa. Apa kata kita berhenti. Dan saudari keluar dari sini."Ahli sihir itu berjalan mendekati kaunter tempat persembunyian Aerin. "Chak!"sergahnya di atas kaunter itu saat pandang Aerin di bawah..
Aerin pantas mendongak namun dia tidak sempat hendak mengelak apabila rambutnya di tarik dan tubuhnya terangkat begitu sahaja sebelum sesaat kemudian dia berakhir sudah di dinding dengan kuat.
Ahli Sihir Putih itu telah mencampak Aerin seperti gadis itu anak patung ke dinding.
Pedang Aerin tergeletak jatuh atas lantai setelah ia terlepas dari cengkamannya. Tersedak kerana sebu di dada, Aerin paksa badan untuk bangun dari situ juga. Tetapi lehernya di cekik sejurus saja seimbangkan badan.
"Uhuk!"Aerin batuk menahan sakit di leher. Tangan pada leher dicengkam kuat cuba hendak lepaskan diri.
"Masih mahukan penawar tu?"Ahli Sihir Putih beri senyuman mesra semasa bertanya. "Atau mengaku kalah?"
Bersama wajah kemerahan kerana sesak memerlukan Udara, Aerin pandang Ahlis Sihir Putih dengan senyuman meleret. "Sudah tentu...aku pantang berundur!"
Slipp!Sebilah pisau belati dikeluarkan dari belakang baju sebelum Aerin menikam tepat ke abdomen Wanita sihir di depannya.
Srapp!
"Ahhh!"terlepas akhirnya cengkaman di leher Aerin sejurus itu.
Aerin tunduk memegang leher sambil batuk mencari Udara. Kuat betul ahli sihir ni!Datang dari mana aje perempuan ni!Kalau leher dia ranting, mahunya patah tadi! Bila dia pandang ke ahli sihir tadi dengan pisau masih dalam tangan ahli sihir itu terundur ke belakang bersama darah putih mengalir dari perut yang ditikam tadi.
"Serahkannya sekarang!atau kau akan mati diracun dengan tikaman aku tadi. Pisau ni mengandungi racun khas yang membunuh ahli sihir seperti kau..."jelingnya kejengkelan saat lehernya masih terasa sisa sakitnya.
"Saya tak tahu kenapa saudari bersungguh hendak selamatkan mereka. Saudari patut tahu, sifat naga ini adalah buas. Tidak boleh dijinakkan apa lagi dijadikan kawan..."urat belirat berwarna biru mula muncul dari lehernya tidak lama kemudian.
"Keputusan aku untuk buat penilaian siapa lawan dan siapa kawan aku. Sekarang serahkan aku penawarnya!"tegas Aerin lagi.
Mata Ahli Sihir itu perlahan-lahan menjadi putih apabila racun mula menyerang seluruh sistem tubuhnya. "Hahaha...siapa yang buat racun semata untuk disembuhkan. Saya tiada penawarnya. Tetapi mereka hanya boleh disembuhkan jika adanya darah tulen dari naga Lambang Merah."
"Tung-"
BUSS!
Tubuh ahli sihir itu bertukar menjadi debu sesaat kemudian. Pakaiannya yang tersisa jatuh berdebuk atas tompokan debu putih di situ sekali.
Hening.
Keadaan di dalam kabin yang awal tadi kemas kini sudah bersepah dan tunggang langgang.
Serius la?
Aerin pandang penuh terror dengan apa yang disaksikan. Buat pertama kalinya dia gagal menyelesaikan misinya!
Dan apa sebenarnya kisah tentang Naga Lambang Merah ni?
Stress tau tak!Sebab ini la dari awal lagi dia enggan menerima tugasan dari Raja Emmett. Sebab dia tahu hal akan jadi berserabut!
Share this novel