"Tak mungkin!"nganga Arran di sebelah Aerin saat menyaksikan situasi yang terjadi di hadapannya saat itu. Mulutnya tergantung saat memandang situasi di hadapannya.
Sementara Aerin di situ begitu tergamam hingga tidak dapat mengatakan apa-apa selain turun dari kuda dan mula berjalan ke arah api yang sedang marak di hadapannya. Adakah semua ini berpunca dari Ryu?
Lelaki itu yang memusnahkan seluruh Xenthopia?
Untuk apa?
Arran nampak Aerin masa Aerin dah jauh ke depan. Lelaki tu terkejut. Dia tak sempat nak halang.
"Hei!Kau nak ke mana!Kau nak mati sangat ke!"teriak Arran di belakang yang sayup kedengaran di telinga Aerin waktu itu.
Selangkah demi selangkah kaki Aerin bergerak. Tiada tanda dia akan berhenti. Sebab saat itu fikiran Aerin hanya terarah pada akademi dan rakan-rakannya di dalam tempat itu.
Brianna!!
Bishop Harman.
Rakan-rakan protégé yang lain!
Aerin mendekat ke kawasan yang sedang terbakar itu tanpa berfikir panjang. Dia melewati dimana sekumpulan penduduk cuba memindah keluar barang dan menyelamatkan mereka yang sedang terbakar.
"Aerin!"panggil Arran di belakang sewaktu lelaki tersebut cuba maju ke arah Aerin. Tapi orang kampung yang berasak hendak larikan diri dari api yang sedang membakar acap kali melanggar dan menolak Arran berundur ke belakang. "Jangan ke sana Aerin!"
Swoossh!
Seekor naga muncul dari atas lantas melanggar satu daripada bangunan yang terbakar. Maka hancur la bangunan berasaskan kayu itu sebelum serpihannya gerak hendak mengenai Aerin.
Arran nampak. dia lalukan tangannya ke arah dimana serpihan kayu terbakar dan bumbung yang mahu menimpa ke aras Aerin.
Masa tu Aerin tak dapat nak fokus tentang apa yang terjadi di sekeliling sebab kepala dia berkelabut. Ditambahkan dengan keadaan lemah dia, Aerin hanya berfikir tentang akademi dan rakan-rakannya di dalam akademi. Selain Bishop Harman, dia tidak lagi mempunyai sebarang saudara mara yang dianggap keluarga. Penghuni akademi la pengganti sebagai keluarga dia.
Pada masa itulah satu shield muncul di hadapan Aerin diikuti dengan runtuhan batu bata, kayu terbakar dan sisa bumbung disaat Aerin berdiri kejung menyaksikan kawasan bukit dimana bangunan akademi berada.
Sepasang mata itu berkaca dan tidak berkedip sama sekali.
Tak mungkin!
Jatuh setitis air mata ke pipi.
Shield yang menyelubungi Aerin menghilang sewaktu Arran tiba di belakangnya dan menarik tubuh Aerin ke belakang sesaat sebelum seekor naga mendarat di tempat Aerin berdiri.
BOOM!
kedua-dua itu jatuh terbaring atas jalan saat kepala Aerin mendarat atas lengan Arran.
Naga hitam tersebut mendarat di situ dengan mata berkerlipan merah. Memandang tepat dimana Aerin dan Arran berada.
"Tak guna!"ngerang Arran kesakitan sambil memegang bilah bahu kanan.
Sementara Aerin di sebelah bergelut membangunkan diri. Bila dia pandang ke Arran matanya terarah pada dahi berdarah milik lelaki itu.
"Kau tak apa-apa?"
Kening Arran mencerlung. lelaki itu pandang marah akan Aerin. "Apa yang kau fikir kau cuba lakukan!?Kau tak nampak ke apa yang ada dekat depan kau!?"
Aerin pun mendongak. Bila dia pandang naga di atasnya, entah kenapa dia tidak dapat menggunakan kuasanya untuk mengawal haiwan mistik tersebut. Ianya seakan kosong. Kenapa dengan dirinya pulak ni?adakah tubuhnya terlalu lemah sehinggakan dia tidak dapat menggunakan kuasa untuk mengawal naga di hadapan ni?
"Kau tunggukan apa!Bangun!"teriak Arran semasa berdiri sambil tarik lengan Aerin bersama.
Pantas Aerin bangun sebelum dia berpusing menghadapn naga yang sedang diam memandangnya. Kenapa ia tidak menyerang mereka berdua!? Dan disaat Aerin cuba mahu masuk ke dalam fikiran naga itu, dia gagal berbuat begitu. Ianya seakan ada dinding menghalang dia dari menggunakan kuasanya.
Tiba-tiba seseorang melompat turun dari naga tersebut. Dan orang itu adalah Caspian. Lelaki itu berpakaian lengkap combatnya.

"Caspian?"tegur Arran kebingungan.
Aerin di sebelah Arran diam membatu kerana tidak menyangka dia akan melihat Caspian di situ. "Di mana Bishop Harman?"
"Dia baik-baik saja. Tapi awak kena ikut saya Aerin.."beritahu Caspian semasa berarak ke arah mereka berdua itu.
"Apa yang dah berlaku dekat sini Caspian?"Arran bertanya dengan riak kebingungan.
Caspian tiba di hadapan Aerin. "Ayuh!"tariknya pada lengan Aerin.
Arran pegang lengan Caspian pula. Menghalang lelaki itu dari ke mana-mana. "Beritahu aku. Apa yang berlaku dekat sini?Siapa yang memulakan peperangan ni?"
Caspian tunduk memandang tangan Arran sebelum dia menjeling ke wajah Arran. "Lepaskan aku kalau kau nak hidup lama...."
Mata Aerin mengerling dari Caspian ke naga belakang lelaki itu. "Sejak bila awak menjadi penunggang naga?"bukan ke Caspian seorang pegawai istana. Dia tak pernah tahu pun Caspian seorang penunggang naga.
"Panjang kisahnya. Sekarang ikut saya. Bishop Harman sedang menunggu."
Caspian merentap tangan Arran dari cengkaman di lengannya sebelum cuba menarik Aerin mendekat kepadanya.
"Di mana yang lain?"Arran bertanya lagi.
"Mati."beritahu Caspian. "Semua telah mati...kecuali kau orang berdua."Caspian mengerling kejengkelan ke Arran.
Terkedu Aerin. Mati?Kesemua mereka!?
"Kenapa?Kenapa semua ni berlaku?" tanya Arran tidak sabar. "Adakah tujuan Bishop menghantar kita orang berdua keluar dari sini kerana beliau tahu peperangan akan terjadi?"
"Ah!Banyak sangat soal la kau ni!Ya...semuanya sebab nak lindungi Aerin dan kau. Sekarang berhenti bertanya dan ikut aku!"dengan marah Caspian menarik Aerin.
Namun begitu ketika Aerin mahu bersuara, naga yang ditunggang Caspian tadi di sambar api biru tidak semena. Impak dari ledakan api tersebut menyebabkan letusan angin yang panas mengenai mereka dan beberapa bangunan yang sedia terbakar di sekitar.
Naga tersebut pun tumbang mengenai bangunan di sebelah.
Aerin, Arran dan Caspian tercampak ke belakang dengan kuat ke arah berbeza. Caspian terpelanting ke tepi lalu mengenai runtuhan batu berdekatan. Arran tercampak ke atas tanah berdebu di situ sebelum tubuhnya melanggar dinding batu bangunan yang sedang terbakar.
Sementara Aerin terbang ke belakang sebelum shield muncul dan menyelubungi sekitar tubuh itu menghalang dirinya dari tersakiti. Kerana shield itulah Aerin jatuh dengan perlahan ke sebuah pedati yang sudah terbalik atas jalan di situ.
"Uhuk!"batuk Caspian memegang dada kerana kesebuan. Dari mana letupan tu datang?
Arran sudah tidak sedarkan diri di dinding.
Bila Caspian mengangkat kepalanya, dia melihat kelibat seseorang berjalan keluar dari balik api yang sedang marak terbakar di kawasan itu. Seakan api di situ tidak menjejaskan langsung.
Di situ berjalannya Ryu bersama dengan renungan keemasan di mata. Hujung bibir terjungkit sinis.
"Mengejutkan sekali..."ujar Ryu saat jalan mendekati Caspian. "Kau tahu aje kan di mana nak dapatkan Aerin."pandangannya.
Mata Caspian ikut bercahaya taktala lelaki itu berdiri tegak selepas jatuhnya tadi. Nafasnya naik turun hendak hilang kesabaran. Kenapa Ryu baru hendak munculkan diri?
Perlahan-lahan Ryu pun menoleh.
Ryu dan Aerin bertentangan mata sebaik saja mereka saling memandang ke arah satu sama lain.
Aerin terkedu di situ kerana melihat senyuman mengejek di bibir Ryu. Dalam masa begini, Ryu masih sempat hendak tersengih!? Mahu saja dia terkam Ryu dan menyakiti lelaki itu dengan segera!
Share this novel