Selepas waktu makan tengah harinya, Aerin bergerak ke istana sendirian. Itupun selepas didesak dengan Bishop Harman berulang kali supaya segerakan urusan untuk melaporkan diri dan mendapatkan surat kebenaran keluar daerah.
Punya la liat Aerin masa di suruh tu. Dia sebolehnya mengelat selagi mampu untuk melengahkan urusan itu kerana dia memang tidak mahu menjalankan sebarang misi.
Itu yang muka dia ketat saja sepanjang perjalanan untuk ke istana Utama. Sampaikan pengawal yang melintasi Aerin waktu itu langsung tidak berani bertentang mata apalagi menegur gadis tersebut. Mana tidaknya, muka tu garang seperti mahu menampar sesiapa yang menegur.
Masih dalam uniformnya, kaki berkasut boot high cut Aerin memijak senyap lantai koridor istana. Rambutnya ikut berhayun kanan dan kiri setiap kali dia melangkah. Sehinggalah Aerin tiba di hadapan sebuah pintu gergasi dimana dua kesatria berkawal sedang berdiri menjaga laluan tersebut.
"Identifikasikan diri kamu.."arah suara dalam pengawal bertopeng itu kepada Aerin.
"Aerin Ofelia, Dragon Tamer."dia sua akan skrol rasmi diraja yang Bishop Harman berikan awal pagi tadi. Kalau mereka halau dia terus lagi bagus. Boleh la dia jadikannya sebagai alasan untuk tidak keluar menjalankan misi.
"Raja Emmett sedang berurusan dengan tetamu. Kamu boleh masuk. Tapi minta senyap sehingga tuanku memanggil kamu untuk menghadap."pesan pengawal yang sama kepada Aerin apabila yakin yang Aerin bukan orang luar atau merbahaya.
Punah harapan Aerin selepas dengar. Dia turunkan tangan memegang skrol tadi ke bawah dengan kesal apabila pintu gergasi di depannya itu di tolak sedikit ke dalam. Cukup luas untuk dia seorang saja yang mencelah ke situ.
"Baik."balas Aerin pendek saat bergerak masuk melalui kuakan tadi.
"Bukan beta enggan bersetuju Ryu. Ianya melibatkan banyak pihak jika kita bersetuju dengan permintaan Raja Everin. "suara Raja Emmett bergema dalam dewan menghadap itu.
"Kalau tuanku enggan menerima permintaan mereka itu, maka penyelesaian terakhir adalah memerangi mereka..."suara mendatar Ryu pula yang bergema.
"Jangan begitu Ryu. Raja Everin merupakan rakan dan sahabat lama beta. Mana mungkin beta ingin wara-warakan peperangan ke atas mereka..."
Perlahan-lahan Aerin jalan mendekat ke arah balairung seri dimana Raja Emmett sedang duduk. Singahsana lelaki itu ringkas dengan kerusi tinggi dan dua pengawal sahaja. Manakala di bawah anak tangga singahsana itu berdirinya dua lelaki lampai. Mungkin tetamu yang dimaksudkan pengawal tadi. Seorang daripadanya memang Aerin kenal serta merta. Tapi tidak sebelah Ryu.
Tidak disangka rupa-rupanya Caspian pun ada sekali. Lelaki itu sedang berdiri di sebelah kanan kerusi tinggi Raja Emmett. Ada buku catatan di dalam tangannya saat itu. Dan dia la orang pertama yang menyedari kehadiran Aerin. Memang naik terus seri wajah seriusnya kepada ceria selepas lihat wajah cantik Aerin itu.
"Maafkan saya tuanku. Bukan saya cuba bersikap lancang. Jika tuanku enggan mengarahkan Raja Everin menarik ancaman untuk memusnahkan Gunung Fire Sapphire yang mana merupakan sarang utama makanan naga di situ, maka saya terpaksa lindunginya dengan cara berperang.."tegas Urban Dorso, penasihat diraja. Lelaki yang berdiri di samping Ryu waktu itu.
Raja Emmett pun melepaskan keluhan panjang. lelaki itu memicit batang hidungnya dengan mata terpejam untuk seketika.
Sementara itu Aerin telah pun berdiri di sebelah tiang dengan kedua belah tangan di belakang badan. Sebaik dia berdiri, waktu itu jugalah matanya terarah pada Caspian kerana perasan seperti ada yang memerhatikan dirinya. Bertentang saja mata mereka berdua, lelaki itu terus tersenyum lebar dari telinga ke telinga.
Mahu tak mahu Aerin pun beri anggukan kecil kepada lelaki itu sebagai budi bahasa.
Nak-nak juga pada masa yang sama, masa itu jugak Ryu perasan akan pertukaran sapaan antaradua itu. Lelaki itu ternampak Caspian sedang tersenyum ke satu arah seperti orang dipanah cinta. Hairan punya pasal, dia pun palingkan kepala ke kanan bahu hendak lihat apa yang buatkan pegawai istana itu tersengih-sengih. Sekali bila dia jengukkan kepala dari balik kepala Urban Dorso, keningnya terus terangkat tinggi kerana terkejut. Patutlah senyum seperti orang sedang mabuk cinta, rupa-rupanya ada Aerin sedang berdiri beberapa langkah dari tempat dia sedang berdiri.
Dengan pantas kepala Ryu kembali gerak ke depan. Dia pandang Caspian lalu ke Aerin semula dengan riak tidak percaya!Apa yang sedang dia saksikan sekarang ni?Kenapa Caspian senyum begitu pada Aerin?Dan sejak bila dua orang ini berkenalan!?Dah berapa lama!?
Srap!
Tangan berglove Ryu terus menjadi kepalan yang erat.
"Kalau begitu berikan beta masa dua hari lagi untuk buat pertimbangan. Jika beta masih tiada jalan penyelesaian selama tempoh itu. Maka permintaan Duke Urban Dorso dan Komander Ryu akan saya perkenankan.."suara Raja Emmett menyentak lamunan Ryu waktu itu.
"Baik tuanku.."sambut Ryu dan Urban Dorso dengan serentak.
Lantas Caspian tunduk ke tepi Raja Emmett. Memberitahu lelaki itu akan kehadiran Aerin.
Bola mata Raja Emmett terus mengerling ke arah tiang dimana Aerin sedang berdiri bersebelahan. "Ohh...Aerin. .Kamu sudah tiba."senyumnya selepas itu. Tiada lagi riak serius.
Serentak itu beberapa mata terarah pada gadis berpakaian serba hitam dan mengikat rambut satu ke belakang.
"Selamat siang tuanku."tunduk Aerin dengan sebelah tangan di dada kiri.
"Selamat siang. Maafkan beta kerana tidak perasan akan kehadiran kamu."lelaki itu kemudiannya berpaling ke arah pegawai istana seorang lagi. Dia lalukan tangan untuk panggil pegawai tersebut supaya mendekat. "Sepertinya Bishop Harman sudahpun memberitahu kamu mengenai tugasan baru yang beta sampaikan.."
Masa itu Aerin tidak peduli untuk memandang ke mana-mana kecuali muka Raja Emmett walaupun dia tahu Ryu ada sekali. Dia agak terkedu. Apa maksudnya tadi? "Sudah tuanku."angguknya dalam keadaan tertanya-tanya. Adakah dari awal Raja Emmett memilih dirinya untuk laksanakan misi ini?
Pegawai istana tadi tunduk menyerahkan sebuah skrol kecil kepada Raja Emmett selepas itu.
"Maafkan beta jika permintaan ini mendadak. Beta tiada pilihan lain selain meminta Bishop Harman menghantar seorang daripada kamu untuk ke luar daerah, hal ini kerana penduduk di sana tidak berhenti mendesak beta. Dan Bishop Harman mencadangkan nama kamu untuk misi ini. Memandangkan beta mengenali gerak kerja kamu, beta terus bersetuju. Ini..adalah surat kebenaran kamu."ujar Raja Emmett sambil tu.
Apa!?Aerin Terpaku di situ dengan nafas ditahan tanpa sedar. Jadi memang betullah!Dari awal lagi misi ini telah ditetapkan atas namanya!?Tapi kenapa?Kenapa Bishop Harman mencadangkan namanya tapi bukan Dragon Tamer yang lain?
Tanpa disuruh Aerin pun maju ke hadapan anak tangga tersebut. Berada sama tempat dengan Ryu sedang berdiri waktu itu.
Pada masa itu Ryu mengerling akan Aerin saat gadis tersebut menadah tangan untuk menerima skrol tadi. Tugasan apa?Kenapa Aerin perlu lakukannya!?Semakin lama semakin mendidih amarahnya. Sudahlah dia sedia marah, bila dengar semua ni jadi semakin marah dia dibuatnya!
Caspian yang menyerahkan skrol itu kepada Aerin. Bila dia berdiri depan Aerin sempat dia lemparkan senyuman lebar kepada gadis itu.
"Terima kasih tuanku..."angguk Aerin mencapai skrol tersebut.
Berketik rahang Ryu taktala melihat Caspian di hadapan Aerin waktu itu. Gembira sangat ke sampai nak tersenyum-senyum macam tu!? Tak guna betul! "Maafkan saya tuanku. Saya minta diri terlebih dahulu kalau begitu."pamitnya serta merta memberi tundukkan sebelum berpusing dari situ.
Detak kasut Ryu waktu itu bergema lekas.
"Jumpa lagi nanti Ryu.."beritahu Raja Emmett memerhatikan langkah marah Ryu keluar dari situ. Sudah faham dengan sikap baran anak buahnya, dia tidak hairan. "Kalau begitu Aerin. Beta harapkan berita baik dari kamu."pandangnya ke Aerin semula.
"Baik tuanku."angguk Aerin satu kali dengan renungan dingin ke lantai di bawah kakinya. Skrol yang diserahkan tadi dia genggam dengan erat.
"Jangan lupa, bawa la seorang kawan untuk menemani kamu ke misi itu nanti."pesan Raja Emmett tidak lama kemudian.
Waktu itu Aerin angkat matanya ke atas lantas bertentang mata dengan Raja Emmett.
Teman?
Ucapan itu membuatkan Aerin terus berkerut kening. Giginya terketap erat.
"Kalau begitu saya minta diri dahulu. Jumpa lagi tuanku."beritahu Aerin dengan perlahan sebelum berpaling dari situ.
Caspian perhatikan langkah itu dengan senyuman nipis di bibir. Dia mahu mendapatkan Aerin waktu itu juga. Namun terpaksa dibatalkan niatnya kerana dia sedang bertugas. Maka terpaksa la dia berdiam dan hantar pemergian gadis kesukaannya itu dengan lirikan mata saja.
Keluar saja dari situ, Aerin atur langkahnya menuju ke arah kanan. Laluan sama dia gunakan tadi untuk ke situ. Sambil dia berjalan, Aerin tekun membaca butiran di dalam skrol kecil yang diberikan kepadanya oleh Caspian.
Di dalam skrol itu terdapat butiran mengenai kebenaran bertulis dari Raja Emmet serta tujuannya ke perkampungan Cardamom Land nanti. Peta kecil dengan cop merah lambang Raja Emmet berada di kanan skrol berserta tandatangan baginda. sedang mata Aerin meneliti tulisan berangkai di situ, matanya ternampak akan butiran yang buatkan dia berhenti dari berjalan. Dia baru aje mahu baca sekali tu seseorang muncul dari belakang lantas menekup mulutnya.
Tersentak kuat Aerin masa tu. Dia angkat kepala ke depan cuba hendak melawan tetapi tidak sempat apabila tubuhnya di peluk lalu dia diheret ke satu bilik yang ada di tepi koridor.
KLIK!
Pintu tertutup.
Koridor itupun lengang tidak berpenghuni sesaat kemudian.
Share this novel