CHAPTER 59 : Cari

Fantasy Completed 5425

"Oh my goodness...cik puan kelihatan begitu cantik sekali dalam set persalinan ini. Tuanku sememang tahu apa yang sesuai untuk cik puan.."

           "Patutlah tuanku beria sungguh suruh kami sediakan semua ni...rupa-rupanya tuanku tahu, cik puan kelihatan anggun dengan busana diraja ini.."

Dayang-dayang di sekitar Aerin begitu teruja dan seronok bila melihatkan dirinya seusai di dandan oleh mereka berjam lamanya.

Dari awal untuk mandi, berias, berdandan hinggalah ke sesi memakai pakaian. Mereka semua begitu bersemangat, sampaikan dia sendiri tertanya-tanya. Memangnya ada majlis istimewa ke sampaikan dirinya ini di dandan serba indah dan mewah begini?

Dan boleh tak sesiapa bawa dia keluar dari sini?

Semakin lama berada di sini semakin susah dia hendak menggunakan kuasanya. Sejak pulang dari misi terakhir sehinggalah sekarang, dia tidak dapat menggunakan mana-mana kuasa magisnya. Ianya sungguh menyesakkan.

Secara automatik tangannya naik menggentel pendant rantai pemberian Ryu. Di usap-usap pendant tu cuba hendak tenangkan diri.

              "Saya perasan cik puan mempunyai lambang merah di bahu kiri cik puan...adakah cik puan juga naga?"seorang dayang bertanya sewaktu dia mengenakan perhiasana di rambut Aerin.

               Menung Aerin tersentak. Dia pandang akan dayang dihadapannya degan mata terkedip perlahan. "Tidak...saya seorang Dragon Tamer.."

               "Oh iya?"tiba-tiba seorang dayang menjengah kepala ke tepi. "Kalau begitu adakah cik puan telah bonding bersama tuanku?Sebab lambang merah ini hanya dimiliki oleh tuanku sahaja...dia tapak tangannya.."tunjuknya akan tapak tangan kiri sendiri.

Aerin pandang tapak tangan tu dengan muka blur. Entahlah dia tak pernah perasa atau cuba ambil tahu. Sebab kehadiran Ryu sentiasa buatkan perhatian lari fokus. Dia tak boleh nak fikir apa-apa bila Ryu ada bersama. .Jadi dia tak pernah terfikir nak bertanya apa-apa lagi.

                "Kalau begitu benarlah kata-kata pengawal naga di luar sana...bahawa tuanku benar-benar sudah memilih calon permaisurinya.."

                 "Wahh...sekiranya bakal permaisuri kami adalah cik puan...kami berbesar hati menerimanya.."

                  "Kan..."

Reaksi mereka di situ buatkan Aerin kebingungan. Dia tidak tahu hendak beri reaksi apa bila mereka semua tidak ubah seperti gadis remaja yang seronok berbual mengenai idola kegemaran masing-masing. Begitu teruja dan kegirangan.

Seronok punya seronok mereka semua di situ mengerumuni Aerin, di pintu berdirinya Ryu sejak tadi memerhatikan semua tanpa mengatakan apa-apa selain memandang Aerin di celah dayang-dayang di situ. Dia menyandarkan bahunya di situ sambil menyilang tangan ke dada.

               "Cik puan...cik puan suka makan apa?Beritahu la...nanti kami akan suruh tukang masak sediakannya."

               "Kalau cik puan nak apa-apa beritahu sajalah. Kami akan tunaikan mana yang boleh.."

Aerin tersenyum lucu dengan kerenah mereka di situ, sekali dia tergerak hati hendak memalingkan kepala ke sisi. Bila dia pandang, matanya terarah pada sepasang mata yang buatkan jantungnya berdetak beberapa detik laju.

               Ryu pun tersenyum handsome. Dia tolak badan dari bersandar lantas berjalan masuk ke situ. "Maaf kalau menganggu.."ucapnya sambil tu.

              Tersentak semua dayang yang ada. Kalut-kalut  mereka membentuk satu barisan lurus sebelum menunduk memandang ke bawah dengan tangan berada di depan perut. "Selamat pulang tuanku.."ucap mereka.

              Sehingga Ryu tiba kepadanya, Aerin diam di situ perhatikan penampilan Ryu dari atas ke bawah. Lelaki itu mengenakan pakaian serba hitam combat khas untuk naga. Sepertinya lelaki ini baru sahaja pulang dari mengembara. Adakah sesuatu yang baik telah berlaku?Aura lelaki ini kelihatan kuat semacam dari biasa.

              "Hm...terima kasih untuk kerja kamu semua. Kamu semua boleh beredar sekarang."arah Ryu saat menghulur tangan ke sekeliling pinggang Aerin saat memandang dayang-dayang di situ.

              "Baik tuanku...kami minta diri dulu cik puan.."masing-masing mula memberi tunduk pamit diri sebelum dayang tadi beransur keluar dalam barisan ke arah pintu.

KLIK!

Bunyi pintu tertutup tidak lama kemudian. Membuatkan bilik luas itu menjadi hening dan tenang.

              "Ke mana aje kau seharian ni?"tanya Aerin berkerut kening sedikit kerana ingin tahu.

Ryu pula tersenyum. Dia tidak menjawab malah dia mengucup tepi mata Aerin bersama senyuman di bibir. Dia hirup bau wangi dari wajah itu dalam-dalam. Nampaknya dayang-dayang dia telah pun menceritakan hal sebenar kepada Aerin. Pasti Aerin marah kerana dia tidak berlaku jujur dari awal.

              "Kenapa?Kau rindukan aku?"

Ugh!Jangan nak perasan. Aerin membuat muka.

              "Kau ada banyak benda kena jelaskan dekat aku hari ni Ryu.."gerutu Aerin memandang tidak puas hati saat Ryu menarik tubuhnya merapat ke dada itu dengan sebelah tangan melingkar di pinggangnya. Sementara sebelah tangan lagi memegang tepi lehernya.

               "Mereka dah beritahu kau?"Ryu pandang tatapan mencerlung Aerin bersama senyuman di bibir.

Dah tahu di tanya lagi?Aerin menjeling akan Ryu tanpa mengatakan apa-apa. Memangnya berapa banyak rahsia yang Ryu simpan dari dia!?

                "Jangan la marah...aku ada sebab kenapa aku tak beritahu kau dari awal. Lagipun siapa aku tak penting."Ryu mengucup bibir Aerin sekilas tanpa mempedulikan riak marah di wajah kekasihnya saat itu. "Apa yang penting, kau ada bersama aku..."

               Itu aje la tahunya! Aerin menjuling mata menyampah saat memegang tepi pinggang Ryu cuba hendak menolak lelaki itu menjauh darinya. "Cukup dengan semua kata-kata manis kau tu. Sekarang bawa aku keluar dari bangunan ni. Seharian aku terperuk di dalamnya dan tak dapat nak ke mana-mana."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience