CHAPTER 10 : Malam Hening

Fantasy Completed 5425

Jauh di pelosok sebuah penggunungan. Terletaknya sebuah bekas tempat gunung berapi pernah meletus. Dan di bawah lakukan bekas gunung berapi itu, terdapatnya sebuah pemandangan yang dipayungi dengan awan gelap dan batu-bata arang hitam.

Seluruh kawasan itu juga tiada satupun kelibat tumbuhan atau sumber air yang sesuai untuk dihuni mana-mana mahluk. Asap dan debu kering berawangan di Udara.

Dan sebuah kawasan yang sesuai untuk mahluk seperti ogre dan ahli sihir jahat tinggal.

Clip!

Clof!

Clip!

Clof!

Mereka menjenguk kepala ke belakang taktala mendengar bunyi tapak kuda bergerak. Muncul Ryu Fury di situ dengan aura penuh berbahaya dan beramaran. Sesiapa yang pandang boleh merasakannya aura itu di sekeliling lelaki itu.

Perlahan-lahan mereka berundur, memberi laluan kuda itu berjalan mendekati barisan tentera yang berkumpul atas puncak bukit sejak tiba tadi.

Sesampainya Ryu di situ, matanya tunduk memandang ke bawah cenuram puncak di situ. Dimana sebuah kawasan dipenuhi dengan penempatan haram ahli sihir.

Obor tercacak di beberapa tempat. Unggun api jelas terbakar di hadapan bangkai naga yang telah mati di seksa.

Di bawah gaung tu kelihatan kelibat naga-naga yang telah dirantai. Ada juga yang sedang diseksa dengan tali cepati dan tombak tajam, tidak lepas juga naga yang terlantar tidak sedarkan diri selepas sisiknya di kumpil sekeping dengan sekeping oleh ogre yang digunakan oleh ahli sihir jahat di situ.

Suara ngauman dan jeritan naga jelas bergema bawah gaung tu. Nyaring dan kedengaran sedang menderita.

Barisan penunggang naga dan naga pejuang berada di atas kuda masing-masing saksikan situasi di situ dengan kerutan di kening dan ketapan gigi. Sebagai naga dan penunggang naga, mereka boleh tahu bagaimana sakitnya bila diseksa!

           "Kau rasa kita dapat musnahkan mereka?"Cadmus, naga jelmaan yang mempunyai kuasa untuk memuntahkan lahar berasid. Seorang lelaki berkepala botak dan mempunyai symbol sisik yang timbul di bahagian kiri kepalanya.

           "Mereka mungkin sudahpun kebal menggunakan kuasa dari naga yang mereka seksa. Ianya mungkin bukan mudah. Ahli sihir pasti ada cara macam mana nak kalahkan musuh..."

Ryu di situ sekadar mendengar. Ini tugasan terakhir dia sebelum kembali semula ke Xenthen. Selama lima tahun dia mengembara ke seluruh tempat. Membantu rakyat yang ditindas dengan naga atau naga yang tertindas dan memusnahkan naga yang melakukan kemusnahan atau ahli sihir yang menggunakan naga untuk melakukan kemusnahan. Semuanya di perangi oleh Ryu tanpa henti selama lima tahun ni.

Rasanya hanya tiga kali dalam lima tahun Ryu jejak kaki ke Xenthopia. Selepas itu dia terlalu sibuk ke sana dan ke mari. Tugasan demi tugasan diberikan kepadanya tanpa henti, dan ini adalah tugasan terakhirnya.

            "Utamakan tahanan. Musnahkan semua yang ada. Jangan tinggalkan satupun sisa."beritahu Ryu menarik mantel dari badan sebelum dia berdiri atas badan kuda.

Para tentera yang melihat mereka di situ pandang tidak berkedip selepas Ryu tanpa rasa gentar sedikit pun melompat dari atas kuda menjunam ke bawah cenuram.

Masing-masing menahan nafas.

Suasana menjadi senyap yang hening buat seketika.

Sebelum angin kuat bertiup lalu muncul satu susuk kelibat naga yang gah dan majestik terbang menjulang ke Udara!

             "SERANG!!!!!"teriak Cadmus memberi arahan kepada mereka semua di situ apabila Ryu menjelma menjadi naga. Isyarat buat mereka!

Satu demi persatu naga menjelma di Udara, para tentera turun dari bukit dengan kuasa magis masing-masing.

Serbuan mengejut tersebut telah menyebabkan ahli sihir, ogre dan penghuni penempatan haram di situ bertempiaran lari. Ada juga yang melawan tetapi tercampak ke Udara sesaat kemudian menjadi debu. lalu diikuti dengan teriakan di sana sini sebelum api menyambar dari merata arah.

Dua ahli sihir berkulit mengerutu dan gigi terjojol keluar dua di depan melompat keluar dari khemah apabila mendengar kekecohan tersebut. Mendongak saja mereka ke atas, api terus menyambar ke tempat mereka berdiri.

Bussssss!

Suara teriakan nyaring pun kedengaran dari dua ahli sihir itu apabila mereka terbakar. Ke kanan kiri sekejap mereka cuba nak larikan diri tetapi tumbang ke tanah sesaat kemudian.

Lima naga berterbangan di sekitar kawasan itu, ada yang menyambarkan api ke kawasan penempatan dan ada juga yang menyambar ahli sihir dan ogre yang cuba menyerang mereka dengan kuasa sihir dan senjata. Tetapi usaha mereka itu gagal kerana sihir yang dikenakan melantun ke arah lain kerana sisik naga itu sendiri adalah perisai yang kebal. Manakala ogre yang ada disambar dengan mudah sebelum tubuh mereka diceraikan menjadi dua bahagian sesaat kemudian.

Sementara Ryu Fury, naga paling besar di situ bergerak membebaskan naga-naga yang dirantai dari tempat kekangan mereka. Seekor demi seekor diselamatkan. Sebelum para tentera yang lain bantu untuk membawa naga yang masih dalam bentuk manusia dari penjara kayu yang ada di tepi khemah yang terbakar.

Tiba-tiba sewaktu Ryu baru sahaja mendarat, muncul satu ahli sihir dengan busur dan anak panah dari arah menara kayu berdekatan tempat Ryu berada. Lantas ahli sihir Wanita berambut kerinting mengerbang itu tarik anak panah dan menembaknya tepat ke kepak kiri Ryu.

BERDESUP!

Anak panah itu meluncur laju ke Udara lalu terkena betul-betul di celah sisik Ryu.

Sakit kerana ada sesuatu seperti yang menyengat, Ryu memalingkan kepala naganya ke belakang. melihat satu anak panah berapi biru tertusuk pada sayapnya. Masa itulah la baru dia Nampak akan ahli sihir yang memanahnya.

Dia pun apalagi, Ryu ngangakan mulutnya lalu meledakkan satu bebola api berwarna biru tepat ke menara kayu tadi.

BOOM!

Meletup menara tersebut bersama-sama dengan ahli sihir tadi.

Misi tersebut tamat empat puluh lima jam kemudian.

Kawasan yang tadi penuh dengan penempatan dan ogre sekarang sudah menjadi padang jarak padang terkukur. Tiada satupun yang tersisa. Jasad ogre yang terbakar kaku menjadi arang hitam. Bingkai khemah hanya tinggal rangka sahaja.

Bau benda hangus dan terbakar boleh dihidu dari jarak jauh lagi sewaktu kumpulan berkuda Ryu Fury bergerak undurkan diri dari kawasan itu. Bersama dengan mangsa yang diselamatkan, 50 orang berkuda itu berjalan dalam satu barisan lurus menyusuri laluan kecil menuju ke arah Xenthen.

Selama tiga hari dua malam berarak, akhirnya Ryu Fury bersama gerombolannya tiba di pagar Utama Xenthen Empire. Dikawal ketat dengan tiga pengawal dan satu jelmaan naga, mereka kemudiannya dibenarkan masuk ke situ.

Sewaktu Ryu tiba di halaman utama istana, lelaki itu memalingkan kepalanya ke kanan menara kawalan di situ. Dimana bangunan akademi Dragon Tamer berada di balik menara tu.

           "Kamu sudah pulang Ryu!Taniah!"Raja Emmett berjalan dengan Puteri Mahkota Mara Ferin menyambut Ryu.

Ryu pun tunduk hormat ke pasangan anak beranak tersebut.

            "Selamat pulang Ryu...."senyum Puteri Mara dengan manis.

Namun Ryu hanya balas dengan anggukan kecil.

             "Ayuh....mari masuk ke dalam.."pelawa Raja Emmett lagi. Lelaki itu pegang belakang badan  Ryu untuk mendorong lelaki muda tersebut maju ke hadapan.

Sejak lima tahun yang lalu, Ryu Fury telah menjadi anak emas buat Raja Emmett setelah Ryu mengharumkan nama baik Xethen Empire dan menjadi punca kegemilangan kerajaan tersebut. Jadi semua orang dah tahu betapa sayangnya Raja Emmet kepada Ryu hinggakan banyak khabar angin mengatakan yang Puteri Mara Ferin bakal dijodohkan bersama Ryu Fury kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience