CHAPTER 85 : Lindungan

Fantasy Completed 5425

Arran dan Aerin.

Satu akademi Dragon Tamer boleh kenal dua orang pesaing sengit yang terkenal dengan sikap degil mereka. Bukan sahaja mempunyai kemampuan yang setara dan setanding antara satu sama lain, Arran dan Aerin antara best student yang Bishop Harman pernah didik.

Namun keistimewaan dan kelebihan lebih berpihak pada Aerin Offelia dari Arran sendiri. Yang mana membuatkan dua orang ini bermusuhan. Dan Arran begitu membencikan Aerin kerana semua mata terarah pada Aerin dan lebih berpihak kepada Aerin.

Sejak kecil hingga menginjak dewasa, Arran sentiasa menjadi bahan untuk dibandingkan dengan Aerin.

Yang mana kadang-kadang mencetuskan pertengkaran antara mereka berdua.

Dengan renungan mencerun Bishop Harman berdiri dengan kedua belah tangan di belakang badan. Menilik dua pelajarnya yang dalam keadaan kusut masai kerana baru sahaja bergaduh.

Aerin dengan rambutnya bersepah ke sana sini dari ikatan sanggul.

Arran dengan bibir luka, pipi berlebam dan kesan seperti hangus di rambut sebelah kanan dahi.

              "Apa nak jadi dengan kamu berdua ni?"soal Bishop Harman dengan riak kesalnya.

             "Dia yang mulakan dulu!"tunding Arran dan Aerin serentak ke antara satu sama lain.

             "Saya taknak dengar siapa yang mulakan dulu. Saya nak dengar kenapa kamu berdua perlu bertengkar setiap kali bertemu?"

Arran menarik muncung tidak puas hatinya.

Sementara Aerin membuat muka tidak pedulinya.

               "Kamu berdua sepatutnya berkerjasama. Sebab kamu berdua antara yang terbaik dalam akademi ini. Bukan saling bercakaran."

               Dengan benci Arran menjeling ke tepi. Melihat tepi wajah Aerin sambil mengepal penumbuk menahan sabar. "Bekerjasama?Dengan perempuan ni?Takkan!"

               Pantas Aerin memandang ke Arran. Kening kirinya terjungkit kagum dengan jawapan Arran. "Wow...jangan nak perasan sangat ya!Kau ingat aku nak sangat ke bekerjasama dengan lelaki menjengkelkan macam kau ni!"

             "Apa kau cakap!?"

             "Cukup kamu berdua!"

Serentak itu kedua-dua mereka mengetap bibir lantas menunduk ke lantai.

             "Dengar sini...kamu perlu faham satu perkara. Arran kamu mempunyai kuasa negatif yang hanya boleh di neutralkan dengan kuasa positif dari Aerin. Jadi suka atau tidak kamu harus bekerjasama dengan Aerin. Kalau bukan sekarang, kemudian hari."

END OF FLASHBACK

Hujung kuku ibu jari kirinya digigit resah.

Matanya pula terarah pada buku besar yang tertulis dengan tulisan purba atas meja. Ada sesuatu yang dia terlepas pandang. Tapi apa dia!?

Kerusi goyang yang didudukinya pula berhayun depan ke belakang dengan perlahan.

Kersikan dari kayu api yang terbakar dalam perapian menghuni bilik bacaan itu. Walaupun ada dayang yang sibuk melakukan itu dan ini serta berjalan ke hulu dan hilir ruangan tersebut, suasana dalam bilik bacaan kekal senyap dan tenang.

Suasana senyap itu ditemani dengan bunyi selakan helaian buku sekejap-sekejap.

Sejak berada di situ, Aerin tenggelam dalam bacaannya.

Krik~~

Tiba-tiba pintu bilik terbuka ke dalam.

Beberapa dayang yang berdekatan perasan terlebih dahulu. Mereka palingkan kepala ke arah pintu. Bila mereka melihat siapakah yang berjalan masuk ke situ, cepat-cepat mereka menunduk ke bawah.

               "Tuanku..."

Aerin ikut tersentak, dia menoleh ke kiri serta merta sambil menghadang buku di riba dengan kain jubah tidur yang dipakainya agar tidak dilihat.

                "Dekat sini rupanya kau, puas aku cari kau sekitar istana."senyum Ryu saat berdiri di tepi kerusi goyang. Lantas dia menekap kedua belah pipi Aerin untuk mendongakkan kepala itu ke atas. "Apa kau buat dekat dalam bilik ni?Bukan ke sepatutnya kau berehat?"satu kucupan hinggap di dahi dan bibir sesaat kemudian.

                "Aku belum mengantuk."beritahu Aerin sambil memerhatikan suaminya. "Kau dari mana?Seharian tak nak kelibat?Dari aku bangun tidur sampai matahari tenggelam, baru sekarang kita bersua muka?"

               Tawa kecil lepas dari Ryu sewaktu lelaki itu melutut di tepi kerusi sebelum tangannya hinggap di perut Aerin. "Kenapa?Kau rindukan aku ke?"senyumannya dengan meleret sambil mengusap lembut perut itu.

Mata Aerin ikut turun memandang ke perutnya. Merasakan usapan lembut dari Ryu itu tanpa sebarang reaksi di wajah. Dia sekadar diam menatap wajah Ryu. Cuba hendak membaca suaminya yang beberapa hari ini agak sibuk dan sering menghabiskan masa di luar. Kalau tidur pun, sekadar menunggu dia lelap lepas tu Ryu akan keluar dari bilik tidur dan takkan kembali semula. Ianya perlahan-lahan buatkan Aerin jengkel sedikit.

                "Macam mana dengan kau hari ni?Selera kau dah okay?"lalu Ryu mencapai tangan kiri Aerin. Dia kucup jari jemari itu dengan kasih.

                 "Kau tak jawab soalan aku Ryu."lirik Aerin melihat bibir Ryu mengucup cincin kahwin di jari manis pula. Ingat dia nak terpujuk ke?Selepas seharian pergi tidak berkhabar, balik-balik aje tayang muka tak bersalah!Tahu tak dia risaukan Ryu dan situasi yang sedang berlaku!?Bolehnya Ryu tinggalkan dirinya dalam keadaan begini.

                 Hela nafas pendek lepas dari Ryu selepas itu. Bersama senyuman nipis di bibir, dia tenung tepat ke tatapan dingin Aerin sambil berkata. "Dayang...kamu semua boleh beransur keluar."arahnya.

                "Baik tuanku."sambut mereka serta merta tidak berlengah. Secara berbaris dayang-dayang di situ berlalu keluar dari bilik bacaan tersebut. Meninggalkan Aerin dan Ryu sendirian.

Aerin dengan bersahaja menutup buku yang dibacanya lalu di letakkan secara terbalik atas meja sebelah kerusi goyang itu. Lalu duduk bersandar ke belakang.

                 "Ada hal yang aku perlu uruskan.."

                "Dan hal tu?"

                "Ianya bukan perkara yang kau perlu risaukan."

                "Kau pasti?"

                "Sudah tentu. Lagipun ianya hal peperangan yang sedang berlangsung sekarang ni. Jadi kau fokus pada kesihatan dan anak kita aje. Selebihnya aku dan Cadmus yang ada uruskannya."Ryu tekap tapak tangan kiri Aerin ke pipi kanannya.

                 Tengah kening Aerin berkerut. Dia masih tak faham kenapa Ryu masih enggan memberitahu hal sebenar kepada dia. Sedangkan dia sudah tahu segalanya dari awal. Memangnya Ryu takut sangat dia kecewa ke?? "Serius ke hal tu?"

                 "Tak adalah."Ryu tenung tatapan berkerut Aerin bersama dengan sengih meleret di bibir. Nampak aje dia tenang tapi sebenarnya dia sedang risau. Ryu diberitahu oleh panglima perangnya sebentar tadi. Yang Bishop Harman semakin hampir dengan sempadan. Bila-bila masa saja kumpulan pemberontak itu akan memulakan peperangan mereka. Kalau bukan mengenangkan keadaan Aerin yang sedang hamil, dia sudahpun maju kehadapan menyerang kumpulan Bishop Harman tanpa menunggu mereka tiba di sempadan utara ini.

                  "Tapi muka kau beritahu sebaliknya."Aerin mengusap pipi Ryu dengan tangan kiri yang sama sebelum melurut perlahan ke tepi leher Ryu. "Kau tahu...kau boleh ceritakan apa aje yang menganggu fikiran kau pada aku..."

                  "Aku tahu..."Ryu menganjak ke depan supaya merapat pada Aerin. Buatkan wajah mereka hampir bertemu dan nafas mereka bercantum.

Aerin tenung tepat ke mata Ryu. Dia perlu bantu Ryu untuk pertahankan tanah air ini dari kemusnahan Bishop Harman. Tapi bagaimana dia nak lakukannya jika Ryu sendiri tidak membenarkan dia jejak kaki keluar dari kawasan istana ni.

                  "Kau tak letih?Patut ke kita beransur ke bilik tidur sekarang?"bisik Ryu di depan muka Aerin sebelum memberi kucupan di hujung hidungnya.

Mata Aerin terpejam seketika dek ciuman itu. Dan bila dia membuka matanya semula, dia perasan mata Ryu bersinar keemasan. Membuatkan tubuhnya dihentak dengan gelombang yang membuatkan jantung di dalam dadanya berdebar.

                "Apa kau cuba lakukan Ryu?"

                Ryu tertawa kecil sambil menarik sengih meleret penuh maksudnya. "Kau boleh rasakannya?"

                 Ugh! "Kau rasa??"Aerin membuat muka menahan diri dari tersengih.

                  "Kau taknak?"soal Ryu sambil menggesek hujung hidungnya ke pipi Aerin dengan manja.

                   "Kau kena ubah perangai menjengkelkan kau ni Ryu..."bisik Aerin perlahan.

                    Ryu apalagi dia terus menarik sengih nakalnya. "Jom..."dia bangun lalu mendukung Aerin dari kerusi itu.

                    "Boleh kau beritahu aku kenapa aku boleh gunakan kuasa aku dekat kawasan padang hari tu tapi tak lagi lepas tu?"Aerin melingkarkan tangan ke sekeliling leher Ryu saat suaminya berjalan keluar dari bilik bacaan untuk menuju ke bilik tidur mereka.

                   "Sihir pendinding yang aku kenakan pada kau."Ryu membelok ke kanan koridor. Dia berjalan beberapa langkah dimana bilik tidur mereka berada.

                   "Maknanya kuasa aku masih ada cuma tak boleh digunakan selagi sihir pendinding tu ada?"

                   "Kenapa?Kau nak gunakan kuasa kau ke?"

                   "Tak. Cuma tertanya-tanya."

                   Pintu bilik terbuka sendiri ke dalam sebelum ia tertutup semula selepas Ryu berjalan masuk ke situ. "Jangan risau. Kau akan gunakan kuasa kau dalam masa terdekat. Jadi sehingga isu yang masih ada ni belum selesai, kau perlu bersabar untuk sementara waktu lagi.."setiba di atas katil, Ryu baringkan Aerin di situ.

                  Mata Aerin tidak berkedip sejak memerhatikan Ryu. Sebenarnya ada yang dia ingin beritahu pada Ryu, tapi takut. Ianya mengenai Arran yang bakal menemui dia bila-bila masa saja. Disebabkan tempoh yang diberikan Arran sudahpun tiba."Kau dah temui Bishop Harman ke?Dia dekat mana sekarang?"

Pakaian dibadan Ryu tanggalkan begitu saja sebelum dicampak ke lantai. Dia tunduk memandang Aerin dengan kepala terlentok sedikit. 

                 "Hairan. Kau tak pernah-pernah tanya tentang bekas master kau tu?"panjatnya ke atas katil selepas itu. "Kau ada dengar apa-apa ke mengenai Bishop Harman?"selepas itu Ryu gerak menarik reben yang mengikat jubah tidur Aerin di pinggang itu.

                 Menelan air liur Aerin dibuat soalan terakhir itu. Dia perhatikan tangan Ryu sebelum naik memandang wajah suaminya pula. Kalau dia beritahu yang dia tahu siapa Bishop Harman apa agaknya reaksi Ryu nanti. "Aku cuma tertanya-tanya..."

                 "Apa nak buat ya?"Ryu menindih perlahan atas badan Aerin sebelum tunduk ke ceruk leher itu. "Sekalipun aku tahu dia dekat mana, aku tak dapat beritahu kau.."

                  Gulp!Habislah!Ryu betul-betul berniat nak hapuskan Bishop Harman demi melindungi diri dia dari dibunuh dengan bekas master dia itu ke?"Kenapa?"bisiknya perlahan saat merasakan kucupan demi kucupan di leher dan sekitar dadanya dengan Ryu.

                  "Kenapa?Sebab aku taknak la."Ryu mengangkat kepala lalu memandang Aerin sambil tersenyum. "Boleh kita berhenti bercakap tentang orang tua tu dan fokus pada kita sekarang, my queen?"

Aerin buat muka lalu berdengus kecil. Apa la yang dia nak katakan pada Arran nanti!?Macam mana kalau lelaki tu benar-benar nekad nak culik dan bawa dia pergi dari sini gara-gara pertelingkahan antara Bishop Harman dan Ryu ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience