Cliff!
Clop!
Cliff!
Clop!
Empat kaki berderap seragam membelah laluan berlumpur kawasan hutan oak. Pohon kanopi menutupi langit hutan. Ditemani dengan deru angin di tengah hari. Menerbangkan Bersama daunan kering yang telah gugur.
Matahari tegak di kepala semasa Ryu dan Aerin berkuda ke tapak dimana kebanyakan para pahlawan naga dan Dragon Rider bertapak. Ringkas mengenakan pakaian serba hitamnya, Ryu di belakang membawa Aerin di hadapannya atas kuda hitam.
Siulan angin acap kali berdengung di telinganya. Menerbangkan anak rambut yang ada disekitar wajah sebaik disapa dengan hembusan lembut angin. Sambil bersandar pada dada di belakang, Aerin diam menikmati pemandangan sekeliling hutan yang dilaluinya tanpa mengatakan apa-apa.
"Hutan apa ni?"soal Aerin perlahan.
"Hutan Oak. Hutan ni merupakan hutan tempat dimana para naga caj tenaga dan isolasi."jawab Ryu.
"Hutan Oak ya?"Aerin dongak ke balik mantel hood ke atas taktala perasan betapa beratnya udara sekitar mereka setiap kali perjalanan mereka semakin jauh ke dalam laluan kecil hutan itu. Keningnya berkerut dek silau cahaya matahari sebaik matahari menceroboh kelopak matanya.
Awal rancangan Ryu ingin membawa Aerin mengambil angin sekitar Kawasan bukit berhampiran sahaja. Namun begitu ada hal mustahak memanggil Ryu untuk ke markas tenteranya pulak pada masa yang sama. Hendak tak hendak terpaksa Ryu turutkan.
Maka perjalanan pada tengah hari Aerin terpesong seketika ke arah lain.
Aerin memalingkan kepala kanan dan kiri dengan renungan judging. "Kau tak rasa apa yang aku rasakan ni?"soalnya semasa kuda yang ditunggang mereka bergerak dengan kelajuan biasa. Tidak berlari tidak bergegas. Hanya derap bersahaja.
Kening Ryu bercantum Ketika dia cuba memproses apa yang berlaku disekeliling mereka. "Aku tak dapat rasakan sebarang kehadiran musuh atau tenaga aneh...memangnya apa yang kau rasakan?"
"Panas. Aku rasa panas."
Ryu berdengus kecil. Hujung bibir terherot sinis ke tepi. Ingatkan apa la tadi!
"Apa yang kau fikirkan dengan bawak aku keluar waktu matahari terpacak atas kepala macam ni!"Aerin menyinggul belakang bahu ke depan dada Ryu. Renungan mencerlung tidak puas hati terarah di hadapan. "Beria tadi kata nak bawak aku ambil angin. Ini bukan ambil angin...ni nak buat aku naik angin ada la."
Tawa lepas dari Ryu kerana tidak dapat mengawal diri.
"Permaisuri, kenapa permaisuri emosi sangat ni?Bukan ke semua ni perkara biasa?"seloroh Ryu sambil menggesek bawah dagunya pada kepala Aerin dengan manja. Hairan dia dengan sikap isterinya kebelakangan ini. Angin pasang surut Aerin ini tidak terduga. Sampaikan dia sendiri tidak boleh nak proses kenapa Aerin letih sangat, kenapa Aerin monyok sangat, kenapa Aerin marah sangat. Sedangkan tiada perkara yang buatkan Aerin tertekan pun. "Rasanya permaisuri lebih lama berjemur di bawah matahari dibandingkan beta sendiri.."
Renggusan kasar lepas dari Aerin setelah dia menghela nafas dengan panjang. Ditanya lagi kenapa dia marah?Ya sebab dia nak marah la. Takkan itupun kena bersebab!"Urusan penting apa sampai kau tak boleh nak tolak sekejap permintaan mereka tu?"Aerin menjeling ke tepi.
"Katanya ada masalah di tapak markas naga-naga pahlawan. Aku tak pasti apa masalahnya tu, jadi kita kita pastikan dulu sama ada ianya serius atau tak. Baru aku bawa kau ambil angin."
Ugh!Ada aje la alasannya. Aerin mengguling mata. "Dah. Jangan nak banyak cakap. Lekas selesaikan urusan kau dekat markas tentera situ kemudian bawa aku balik ke istana dengan segera. Aku tak ada mood nak buat apa-apa."
Tidak mahu memanjangkan mara Aerin, Ryu menurut tanpa mengatakan apa-apa lagi. Dia meneruskan tunggangan mereka seketika sehingga tiba di laman Utama markas tentera Ryu.
Namun baru sahaja Ryu tiba ke situ, Aerin dan Ryu disambut dengan situasi kelam kabut. Disana sini dapat di lihat naga dan orang ke hulu hilir cemas.
Tersentak Aerin dari sandarnya di dada Ryu sebaik lihat dimana naga-naga di situ sedang hilang kawalan. Mengaum dengan nyaring hingga menggegarkan langit. Ada yang menyambarkan api ke merata arah. Ada naga yang melingkar merintih. Ada yang menghentak kaki empat ke tanah seperti anak kecil tantrum.
"Tuanku.."sambut Dragon Rider di situ kepada Ryu apabila lelaki lampai tersebut melompat turun dari kuda terlebih dahulu.
"Apa yang dah berlaku?"tanya Ryu sambil dongak menghulur tangan kepada Aerin.
"Bulan penuh bakal tiba tuanku. Kebanyakan naga-naga disini-"
"Rut..."sambung Aerin sambil tunduk ke bawah menjatuhkan badan dalam tangan Ryu supaya diturunkan dari situ.
Dengan mudah Ryu pun mendukung bawah lengan Aerin dan meletakkan Aerin ke bawah sesaat kemudian.
"Benar tuanku permaisuri..."
"Rut?Secepat ni?"Ryu membetulkan mantel Aerin yang tersangkut di abah-abah kuda sambil tu.
"Bukan ke setiap naga telah diberikan posyen khas untuk mengawal kesan sampingan rut mereka ini.."hood mantel dijatuhkan ke atas bawah saat Aerin mengerling ke sekeliling kekecohan di situ. Mereka semua perlu dihentikan sebelum ada naga yang tercedera.
"Ada tu memang ada tapi kebanyakan pahlawan naga di sini merupakan naga muda. Buat pahlawan naga veteran atau dewasa boleh kawal diri mereka menggunakan posyen tapi tidak mereka.."jelas mereka di hadapan Ryu ketika itu.
Hairan. "Kau tak ada ke?"tanya Aerin kepada Ryu disebelah. Kalau semua naga di sini mula hilang kawalan kerana bulan penuh, kenapa tidak Ryu?
"Apa yang tak ada?"Ryu berkerut kening dek silau cahaya matahari semasa pandang ke Aerin. Sarung tangan hitam ditanggalkan pada masa yang sama.
"Rut?"
Tersengih meleret dengan renungan nakal Ryu berikan pada Aerin semasa tunduk ke tepi telinga itu. "Aku dah ada kau, rut atau tidak..tiada beza.."bisiknya.
Eee!Perv! Aerin mengetik lidah saat menjeling ke Ryu. Mujur depan orang ramai, kalau tidak, memang kepala tu dah di luku!
Ryu mula maju ke hadapan seakan bersedia mahu menjelma dalam bentuk naga sewaktu Aerin berkata.
"Benarkan kuasa aku digunakan sekarang Ryu."
Kepala Ryu tertoleh pantas ke Aerin sebaik dengar. "Apa dia tadi?"
"Kau perlu izinkan aku menggunakan kuasa aku sekarang atau pahlawan naga kau ni takkan dapat bertahan sehingga peperangan kau nanti."
Suara nyaring dari ngauman naga di situ semakin lama semakin memekakkan. Hinggakan riuh rendah seluruh Kawasan tersebut dengan suara Dragon Rider yang masing-masing cuba hendak menenangkan naga sendiri.
Kening Ryu mencerlung tajam sebaik mendengar permintaan itu. "Tidak."
"Kenapa tak?"
"Aerin, kau tahu-"
"Jangan risau. Aku takkan salah gunakan kuasa aku untuk menentang kau atau hal sebaliknya. Jadi benarkan kuasa aku digunakan sekarang.."Aerin pantas memotongt kata Ryu. Dia enggan mendengar dalih apa-apa lagi.
Rahang Ryu berketik disaat dia mahu membuka mulut mahu menegah. Tetapi satu sambaran api terus terarah pada mereka yang sedang berkumpul di situ. Secara refleks, tangan kanannya dilemparkan ke arah Aerin sehingga satu dinding cahaya muncul tepat di depan Aerin apabila api hijau emerald tadi bersambar ke arahnya. Kuda belakang Aerin dah lari selamatkan diri sebab takut dibuat api tu.
Namun lain ceritanya dengan Aerin. Tidak terkejut ataupun terkutik dengan sambaran panas api hijau itu, tatapan Aerin malah terarah tepat pada Ryu.
"Tuanku...apa patut kami lakukan sekarang ni?"soal mereka di situ dengan riak susah hati di wajah masing-masing.
"Ryu!"panggil Aerin dengan tegas.
Kepalan penumbuk erat dalam genggaman di kedua belah tangan Ryu taktala dia bergelut hendak membuat keputusan. "Aku tak izinkan kau masuk kepala lelaki lain Aerin Ofelia."
"Serius?Masa macam ni kau masih sempat nak fikir tentang cemburu kau tu?"
Tiba-tiba seekor naga melayah jatuh ke tepi dimana sebuah khemah tentera berada. Berdebuk jatuh jasad gergasi tersebut menerbangkan debu ke merata arah.
"SCREECHING!!!"dengan nyaring naga itu mengerang.
Kening Aerin berkerut menahan bingit di telinga disaat menjeling tajam ke Ryu. Suaminya ini memang degil dan keras kepala sungguh! "Now or never Ryu!"
"Ugh!Fine!"ngerangnya kejengkelanm. "Tapi dengan syarat..."
"Apa?"
"Kalau kau masuk kepala dia orang, pastikan dia orang tak masuk dalam fikiran kau!"tegas Ryu dengan serius sewaktu jalan mendekati Aerin marah-marah.
"Perlu ke syarat semua ni!?"
"Mesti la. Kau tu kepunyaan aku..."Ryu menyelak mantel yang terpasang di dada Aerin lalu mendedahkan seutas rantai berbentuk naga yang tergantung pada leher itu. "Please Aerin...jangan sehingga membahayakan diri kau.."bisiknya di depan muka itu.
Renungan tajam Aerin semakin mencerlung dengan permintaan itu. Macam la ini kali pertama dia berhadapan dengan naga buas. Dia sudah mengikuti banyak misi berbahaya. Kes seperti ini tidak seberapa dengan apa yang perlu dia lalui. "Aku tahu..."
Ryu kucup tengah dahi Aerin lantas menanggalkan rantai itu dari leher Aerin. "Hati-hati..."mintanya sebelum mengundurkan diri ke belakang ingin memberi laluan kepada Aerin.
Masa inilah Aerin mulai merasakan kuasanya menjalar-jalar ke setiap inci saraf dan tubuhnya. Barulah dia dapat merasai kehadiran Mana di dalam badan semula. Setelah sekian lama dia mencari gelombang tenaga dia, akhirnya dapat juga dia menemui.
"Guard...lindungi Permaisuri Aerin tidak apa sekalipun keadaanya."arah Ryu perlahan.
Dengan patuh pengawal yang berada berdekatan terus merapat ke sekeliling Aerin. Membentuk lingkaran penuh.
Sementara Aerin berdiri menghadap suasana kelam kabut disitu bersama mata bersinar biru silver dia.
Raungan dan ngauman nyaring naga yang bersilih ganti kedengaran tadi perlahan-lahan senyap. Dari satu naga ke satu naga mula bergerak memalingkan leher Panjang mereka ke arah dimana Aerin sedang berdiri.
Mahluk mistik berkaki empat dan bersayap pelbagai warna itu memandang dengan mata seakan telah dipukau. Kejung dan mematung!
Bersama senyuman lega dibibir, Aerin chanting sihir menjinak naganya di dalam kepala yang disambungkan terus pada naga-naga yang ada di situ. Dia ingatkan yang dia takkan dapat gunakan kuasanya ini.
Share this novel