Berat.
Sakit.
Dan pening kepala.
Itu la pertama-tama yang dirasai Ryu sebaik dia membukakan mata.
Untuk seketika dia sekadar diam terbaring sambil mengedipkan mata beberapa kali untuk sedarkan diri sepenuhnya. Pandangannya dihiasi dengan siling bilik tidur. Suasana pula kelam dan bercahaya lilin. Tiada bunyi selain deru angin yang bertiup melalui celah kuakan jendela yang tidak tertutup rapat di kanan bilik.
Masih tidak terkutik dengan posisi tangan di atas perut dan baring menelentang, Ryu mula teringat apa yang telah terjadi. Memori mula terimbas kembali di dalam kotak fikiran. Segala imej dan apa yang dirasai buatkan matanya mula berbahang. Air mata bergenangan. Dia merasakan panas dari dada hingga ke telinga.
Apa yang dah berlaku?
Bagaimana dia boleh kembali ke sini?
Adakah dia telah ditinggalkan Aerin?
Kekasih hatinya memilih untuk bersama dengan orang lain bukan dirinya?
Mata itupun terpejam semula tidak lama selepas Ryu berasa sebak memikirkan dia tidak sedarkan diri dan Aerin tiada disisinya selepas dia membuka mata. Dia hendak bergerak tetapi tubuhnya begitu sakit tidak terkata akibat impak dari rasa patah hati dan kecewanya. Jadi Ryu memilih untuk terbaring saja.
Creak!
Tiba-tiba ada pergerakkan di atas katil sebelah kanan Ryu. Diikuti dengan kemunculan tangan bercincin pada jari manis hinggap atas tangan yang berehat pada perut Ryu ketika itu. Setelah itu tangan tersebut bergerak mencengkam celah jari jemari runcing Ryu.
"Ryu..."lembut saja suara itu memanggil. "Kau dah bangun ke?"
Seakan disiram air sejuk, Ryu pantas membuka mata setelah merasai sentuhan dari tangan dingin itu. Dan bila mata sembapnya terbuka, dia melihat wajah indah sedang tersenyum memandangnya. Mimpi ke apa ni?Keningnya berkerut-kerut tidak percaya.
"Hai... it's okay. Semuanya tak apa-apa."Aerin mengusap lembut kening kiri Ryu sebelum tunduk merehatkan dahinya ke atas dahi hangat Ryu. Usai matanya terpejam, dia membisik perlahan di depan wajah itu. "Maafkan aku Ryu...bukan niat aku untuk menyakiti kau..."
Waktu itulah Ryu menangis dengan sebak. Esaknya kedengaran kerana berasa lega melihat kehadiran Aerin yang mana dia sangka sudahpun pergi meninggalkannya. Tangannya terketar-ketar naik memegang lengan Aerin. "Aku ingatkan kau dah tinggalkan aku..."esaknya
"Hah?"Aerin pantas mengangkat kepala dari dahi Ryu. "Kenapa kau cakap macam tu?Kenapa aku tinggalkan kau?"soalnya sedikit tergamam.
Ryu memejamkan mata dengan esak tanggisnya. Tidak dapat lagi mengawal emosi kerana takut kehilangan Aerin. "Sebab kau muncul bersama lelaki lain. Dan kau pilih untuk menentang aku hingga buatkan aku sakit kerana kuasa kau.."
Ikut sebak dengan luahan itu, Aerin terus menggeleng kepala kerana mengerti betapa dalamnya kesan telah dia pahat pada Ryu hingga menyebabkan lelaki yang tidak pernah menangis ini akhirnya menangis kerana keputusannya. Tak pernah dia duga melihat Ryu menangis akan membuatkan hatinya dicarik-carik sakit sebegini rupa.
Aerin menyeka air mata yang tumpah deras dari wajah Ryu dengan perlahan sambil berkata. "Tak pernah sekali aku terlintas untuk khianati kau Ryu. Dan menyakiti kau adalah perkara terakhir yang aku lakukan untuk melindungi kau.."bisiknya mahu memujuk.
Ryu membuka mata semula. Dia tatap Aerin dengan kepala terlentok sedikit. "Kenapa kau lakukannya Aerin?"
Tercebik-cebik bibir Aerin kerana sebak mendengar suara lirih Ryu.
"Sebab aku taknak kau disakiti lebih dari apa yang kau dah alami selama ni. Hanya menyakiti kau dapat hentikan semua peperangan ni dari terus terjadi. Ampunkan aku di atas keputusan aku untuk menyakiti kau menggunakan aku walaupun kau percayakan aku."
Air mata mengalir lagi apabila Ryu mengedipkan matanya. "Apa yang dah berlaku?Siapa lelaki yang bersama dengan kau?Apa yang berlaku pada Bishop Harman dan semua orang?Adakah peperangan benar-benar telah berakhir?"
"Hm. Semuanya dah selesai."senyum Aerin sambil mengangguk kecil. "Dan aku akan ceritakan segalanya pada kau selepas kau stabil sepenuhnya."ucapnya sebelum memberikan kucupan di bibir pucat merekah Ryu. Tumpah segala kasih dan cintanya pada suaminya ini. "Maafkan aku kerana menyakiti kau Ryu...aku janji aku takkan gunakan kuasa aku untuk sakiti kau."
Ryu terus melingkarkan tangan kesekeliling belakang badan Aerin. Menarik tubuh itu menghempap dirinya sepenuhnya. "Aku sentiasa maafkan kau Aerin. Cuma jangan tinggalkan aku. Tetaplah berada di sisi aku tanpa berbelah bahagi."
Sebak dan lega, Aerin menyembamkan wajahnya ke ceruk leher Ryu sambil memeluk dada Ryu saat berbaring di atas badan itu. Betapa bersyukurnya dia saat ini dengan sikap pemaaf Ryu. Dia tidak menyangka begitu dalamnya cinta Ryu terhadapnya hingga sanggup memaafkan diri dia begitu saja selepas apa yang terjadi.
"Aku ingatkan kau pilih untuk bersama dengan lelaki lain selepas pertahankan Bishop Harman...tak sangka kau ada dekat sini bersama aku..."ucap Ryu disaat bibirnya masih bersentuhan dengan dahi Aerin.
"Siapa la lelaki lain tu?Tiada orang lain selain kau yang aku boleh bersama Ryu, kau tahu tu lebih dari sesiapa dekat istana ni.."ketawa Aerin semasa berkata. "Anak ni nanti siapa yang nak jaga kalau bukan bapanya sendiri?"selorohnya lagi.
"Lelaki yang berpegangan tangan dengan kau la. Siapa lagi!?"gerutu Ryu dengan nada rajuknya namun perlahan.
Tawa kecil Aerin semakin menjadi-jadi. Dia mengangkat kepalanya untuk menatap wajah suaminya. Dan bila dia bertentang mata dengan sepasang mata kuyu letih Ryu, Aerin beritahu. "Arran...nama dia Arran. Dan dia bukan sebarangan lelaki. Sekalipun kau suami aku, hak dia terhadap aku lebih berpengaruh dari kau,suami aku."
"Apa maksudnya?"jadi segar terus Ryu dari sakitnya. Matanya dia hampir hendak terbeliak.
"Hahaha...nanti aje la. Aku akan jelaskan pada kau. Sekarang ni, kau kena rehat dengan banyak. Sebab selepas ni kau akan menghadap kerja yang banyak..."Aerin memaksa Ryu berbaring semula. Selimut ditarik naik ke dada Ryu.
"Tolong la Aerin...jelaskannya kepada aku sekarang. Kau buat hati aku tak tenang."
"Ya...ya..aku akan jelaskan. Tapi bukan sekarang. Okay?Rehat dulu. Aku janji aku akan beritahu pada kau."
"Tapi-"
"Tak ada tapi-tapi...pejam mata tu."Aerin baring di atas bahu Ryu lalu menepuk dada itu hendak mendodoi dan menenangkan Ryu pada masa yang sama.
Mahu tak mahu Ryu terpaksa akur. Dia terus memejamkan mata walaupun rasa ingin tahu mulai membuak-buak setiap kali detik yang berlalu. Namun tidak lama, kerana beberapa saat kemudian, Ryu jatuh kedalam lena semula.
Aerin pun apalagi, dia ikut sama terlena bersama jari jemarinya erat mencengkam celah jari jemari Ryu.
Dengan itu malam pun berlabuh heningnya dengan tenang.
Share this novel