CHAPTER 50 : Silent

Fantasy Completed 5425

Raja Emmett perhatikan dari tingkat menara dimana barisan para tenteranya sedang berkumpul. Segala jentera dan senjata telah siap sedia. Dari menara lontar batu, panah berapi, ahli sihir dan pahlawan naga yang masih berpihak kepada Raja Emmett. Semuanya sudah siap. Malangnya saat Raja Emmett ingin mendapatkan bantuan dari Dragon Tamer, baginda di khabarkan dengan berita sedih dimana seluruh bangunan akademi telah dimusnahkan dan tiada seorang pun dragon tamer yang terselamat termasuk protégé yang ada di situ.

Hanya dengan persiapan kecilnya dan secara mendadak, Raja Emmett kerahkan segala yang ada.

            "Ayahanda...mungkin kita patut minta bantuan dari Ryu.."bisik Puteri Mara memandang risau akan pemandangan di hadapannya waktu itu. Dia palingkan kepala ke sisi dimana Raja Emmett sedang berdiri.

           "Tidak. Dia adalah pembelot. Sama seperti Bishop Harman dan Caspian. Beta akan hapuskan ke semuanya sekali tak kira apa sekalipun yang berlaku. Dengan bantuan ataupun tidak."beritahu Raja Emmett dengan nekad.

Puteri Mara menggigit bawah bibirnya dengan perasaan berkecai seribu. Betapa patahnya hati dia selepas mendapat tahu bahawa selama ini Ryu mendekati dirinya kerana hanya hendak membalas dendam terhadap kisah silam ayahandanya semata.

          "Kalau begitu hapuskan mereka tanpa meninggalkan seorang pun."pintanya perlahan.

Matahari tegak di atas kepala.

Panas dan terik.

Bishop Harman sedang berdiri di hadapan barisan tentera yang sedang berdiri di belakangnya atas bukit menghadap pemandangan kota Xenthopia. Renungannya gelap. Dia sudah bersedia untuk menghabiskan kesemua yang ada di dalam tempat ini. Baik orang tua mahupun anak kecil. Ianya bukan lagi masalah dia!

           "Saya dapat laporan dari mereka."muncul Caspian di sebelah.

Masih memandang ke depan Bishop Harman memasang telinga.

           "Brianna telah terkorban semasa menentang Ryu. Jasadnya tidak dapat ditemukan. Dan Raja Emmett telah mempersiapkan jenteranya."

Maka terpejam mata Bishop Harman selepas mendengarnya. Sakitnya hati dia selepas mendengar Brianna telah terkorban. Anak murid yang telah dia jaga sejak awal lagi. Dan dia tidak akan sia-siakan pengorbanan Brianna. Mereka semua akan menerima balasan yang sama.

           "Bagaimana dengan Ryu?"

           "Tiada sebarang tanda atau kelibat dia dimana-mana."

Kenapa Ryu tiada bersama dengan Raja Emmett?Bukan ke sepatutnya Ryu mengetuai peperangan ni?

           "Adakah kamu sudah dapat mengesan keberadaan Aerin?"

          "Mereka masih mencari..."

          Bishop Harman mengangguk faham. "Kalau begitu kita akan mulakan serangan kita sekarang. Pastikan tiada yang tersisa. Jika Aerin munculkan diri, hapuskan dia terus. Kita tidak memerlukan kuasa dia lagi."

Caspian mengangguk patuh.

            "Mereka dah bersedia tuan.." beritahu Camdus di belakang.

Ryu di hadapan jendela waktu itu diam termenung memandang jauh nun di suatu arah. Tangan bersilang di dada.

            "Bagaimana dengan Raja Emmett dan Bishop Harman?"

             Camdus mengangguk kepala. "Mereka sedang membuat persiapan pada masa yang sama."

             Kalau macam tu apakata dia percepatkan peperangan ni berlangsung?Ryu pun menoleh. Dia menghadap Camdus. "Arahkan mereka serang secara serentak dua kumpulan ni. Buatkan Raja Emmett fikir Bishop Harman yang serang baginda, dan buatkan Bishop Harman fikir Raja Emmett yang menyerang dia..."

           "Berapa yang perlu dihantar?"

          "Dua setiap seorang. Dan pastikan tinggalkan sedikit buah tangan kepada mereka sekali."beritahu Ryu.

          "Baik. "patuh Camdus serta merta.

Seakan tenang sebelum ribut, keadaan di hadapan pintu istana Utama sangat la sepi sampaikan bila angin bertiup siulan boleh didengari. Mereka semua berdiri di situ tidak bergerak. Sehingga la satu kelibat tiba-tiba muncul melayah dari atas.

Bayang hitam itu bergerak sangat pantas sampaikan yang dongak hendak melihat tidak sempat hendak kenalpasti. Punyalah mereka tekun hendak mencari tahu apa yang baru muncul, satu letupan terjadi.

Meledak kuat dinding tembok penghadang istana apabila api gergasi memecahkannya. Bertempiaran semua orang di situ. Cuba hendak menyelamatkan diri masing-masing. Mereka semua tidak tahu bila dan entah dari mana muncul serangan tu.

Apa yang Raja Emmett tahu waktu itu dia arahkan tentera naga dan ahli sihir yang ada di situ mula bertindak.

Pada masa yang sama ditempat dimana Bishop Harman sedang berkumpul, letupan turut terjadi apabila bebola besi yang diselaputi dengan api jatuh mengenai kesemua yang ada disitu. Maka kelam kabut la mereka yang ada berubah diri menjadi naga. Ke sana sini mereka semua terbang cuba hendak elakkan diri dari penyet dan terbakar dibuat bebola besi tersebut.

Oleh kerana serangan itu secara tiba-tiba, Bishop Harman dan Caspian tidak sempat hendak memproses apa yang terjadi. Mereka hanya mampu memberi arahan supaya kesemua mereka di situ mula terbang dari situ dan mula memusnahkan apa saja yang ada di situ. Hutan, bangunan, perkampungan dan perlabuhan. Bishop Harman mengarahkannya untuk musnahkan segalanya.

Maka bermula la serangan demi serangan.

Para naga terbang tinggi ke Udara. Memuntahkan lahar mahupun api dari mulut mereka.

Kebakaran terjadi dimana-mana.

Teriakan demi teriakan dapat didengari di merata arah.

Para tentera dan ahli sihir berada di setiap penjuru.

Dan semasa kekecohan itu berlaku, Ryu duduk tenang di kerusi sambil ditemani oleh anak buahnya di kanan dan kiri menyaksikan kekecohan yang sedang berlaku di luar bangunan bersama senyuman meleret di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience