Antara ramai-ramai mereka di situ, sebuah rumah kayu kecil sedang terbakar, dan di luar pintu itu duduknya seorang anak kecil. Sedang meraung di samping ibubapanya yang terkorban. Bapanya luka terbakar. Ibunya berdarah di kepala.
Meraung-raung anak kecil yang sudah comot dek darah dan abu dari asap terbakar. Air mata berjuraian membasahi pipinya yang kemerahan kerana kesejukan dibuat cuaca pada musim sejuk ketika itu.
Disebabkan tidak tahu hendak bagaimana lagi, hanya air mata saja yang menemaninya. Mata yang bengkak pula pandang akan orang yang berlari melewati tempat dia berada. Tiada siapa yang kisah hendak berhenti atau menjenguk keadaannya saat itu. Kerana orang di situ pun ditimpa nasib yang sama!
"Arghhh!!!Naga!Lari!!"satu teriakan yang mengerikan kedengaran sebelum deru angin yang kuat bersama ngauman naga yang bersilang seli.
Bertempiaran lari la mereka yang tersisa di situ termasuk tentera yang ada. Mereka hendak melawan Namun tidak berdaya!
Lalu naga pemusnah membuka mulutnya dengan luas sebelum menghambur api yang marak berwarna ungu kehitaman tepat dimana anak kecil tadi berada.
Anak kecil itupun mendongak, dalam keadaan tersedu sedan. Dia perhatikan akan kelibat naga di atas langit waktu itu semakin hampir dengannya. Sama sekali tidak tahu nyawanya dalam bahaya. Hanya cahaya api ungu saja membias wajah dia sebelum sesuatu muncul dari atas dan pandangnya menjadi gelap gelita.
"Jangan risau...jangan menangis. Anak kecil"satu suara halus berlegar di dalam kepala anak kecil itu. Membuatkan tanggisannya terhenti kerana suara tersebut buatkan hatinya yang ketakutan berasa hangat.
Rupa-rupanya waktu itu, seekor naga pejuang sedang mengembangkan sayapnya untuk memayungi kanak-kanak kecil tersebut dari di sambar api naga pemusnah tadi.
"Terra!Tunduk!"satu suara garau muncul sesaat kemudian. Seorang penunggang naga melompat turun dari naga pejuang tadi. Mendarat di depan anak kecil tersebut.
Naga pejuang itupun tunduk. Melindungi penunggangnya yang hendak menyelamatkan anak kecil tersebut.
"Lekas Arion...kita tak banyak masa. Saya tak boleh menampung lebih lama api naga ni.."suara halus itu sekali lagi kedengaran. Amat lembut dan menenangkan sampaikan anak kecil itu dongak tidak berhenti dari melihat naga pejuang di depannya.
"Jangan menangis, nak. Kami akan bawa kamu pergi dari sini. Semuanya akan baik-baik ya."ujar penunggang naga di hadapan anak kecil tersebut ketika dia tunduk menyelubungkan badan kecilnya dengan mantel hitam.
Tidak tahu apa yang sedang berlaku, dengan siapa dia bersama waktu itu, kanak-kanak kecil itu hanya diam saat dirinya di dukung lalu dibawa bersama naik ke atas naga pejuang. Setelah itu dia pun tidak sedarkan diri sebaik mereka terbang ke langit yang tinggi!
End of flashback
Jauh di suatu sudut di kawasan terbiar berdekatan dengan bukit dan bukau sebuah tempat di Xenthopia. Ada asap kecil keluar dari sebuah puncak Gunung. Dan di bawah Gunung itu segerombolan kumpulan naga jelmaan manusia sedang berkumpul.
Ada yang berupa kulit gelap, ada yang berparut di tepi muka, ada yang berkepala botak, ada yang berjambang panjang kemudian di toncang.
Sebahagiannya duduk berkumpul mengelilingi unggun api. Berborak mengenai sesuatu dengan suara yang rendah.
Disebelah dinding batu yang mempunyai beberapa tunggul duduknya dua lelaki bertubuh gempal namun sasa. Seorang dengan renungan tajam tidak puas hati. Seorang sedang menghisap rokok yang tebal di celah jari.
Kira-kira beratus manusia jelmaan naga berkumpul dalam ruangan kosong tengah bukit di situ. Dan semuanya mempunyai lambang naga pada anggota badan mereka. Sama ada di belakang tengkuk, leher, lengan bicep, bahu, perut, kaki, tepi muka dan merata. Lambang-lambang itu berwarna sama ada merah, light pink, hijau, jingga purple dan biru. Tetapi mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan antara satu sama lain.

Tiba-tiba deru angin bertiup. Dari atas lubang bukit tersebut satu kelibat naga muncul di Udara. Susuk gergasi haiwan mistik tersebut mengundang perhatian semua yang ada di situ. Maka dengan serentak mereka dongak ke atas.
Naga bersisik tajam di bahagian belakang tengkuk itupun mula mendarat bersama penunggangnya dengan kemas di hadapan mereka semua. Isyarat kepada mereka untuk berkumpul dalam barisan tanpa di arahkan. Sedang semua di situ selesaikan diri, naga bersisik tajam tadi bercahaya lantas menjelma ke dalam bentuk manusia.
Sepasang kaki muncul sesaat kemudian. Berdirinya di hadapan ratus barisan naga jelmaan manusia Bishop Harman. Ketua kumpulan pemberontakkan yang akan menggulingkan Raja Emmett.
"Selamat datang Tuan Harman Arion!"laungan mereka semua bergema dalam seluruh kawasan bukit tersebut.
Lalu muncul sepasang lagi kaki dari belakang. Dan berdiri di samping Bishop Harman sesaat kemudian.
Gadis berambut pendek pangkal leher naga yang menjelma tadi. Brianna tersenyum lebar melihat barisan orang yang memenuhi seluruh kawasan persembunyian mereka di situ.
"Bagus kerja kamu Brianna."ucap Bishop Harman.
"Saya hanya lakukan seperti yang master mahukan. Walaupun sukar, tapi mereka semua menurut dengan patuh apa yang master minta. Dan dalam masa terdekat sebelum Bulan Penuh kita akan peroleh lebih ramai lagi pahlawan dan tentera."maklum Brianna.
Bishop Harman mengangguk. "Kalau begitu mari kita mulakan perancangan." beritahunya perlahan sebelum maju ke hadapan dengan kedua belah tangan berada di belakang badan.
Bersama senyuman puas hati Brianna pandang barisan penduduk lama yang dikatakan telah lama pupus di buru dan di bunuh oleh Raja Emmett di hadapannya itu.
Selama 20 tahun mereka semua hidup ketakutan dan bersembunyi. Oleh kerana kekejaman Raja Emmett mereka terpaksa hidup seperti haiwan di bawah batu. Semuanya kerana ingin memastikan jalur waris keluarga mereka tidak terhapus.
Kini tidak lagi.
Segalanya akan berubah.
Xenthen Empire akan berakhir sepertimana yang terjadi 18 tahun yang lalu.
Ya!
Brianna adalah anak kecil yang diselamatkan oleh Bishop Harman 18 tahun yang lalu. Gadis ini merupakan naga dari keturunan Naga Lambang Merah yang tulen. Yang boleh mendengar bisikan naga walaupun dia bukan penunggang naga itu. Dan Bishop Harman adalah penunggang naga bernama Arion itu. Tetapi naganya Terra telah terkorban sewaktu dalam peperangan.
Ibubapa Brianna merupakan antara keturunan berdarah tulen Naga Lambang Merah yang telah terkorban dalam serangan yang sama. Jadi Brianna boleh berubah menjadi naga pada masa yang sama mempunyai kuasa magis.
Brianna mendapat keluarga angkat atas pertolongan dari Bishop Harman. Sama situasi dengan Caspian. Mereka antara anak-anak yang diselamatkan oleh Bishop Harman sewaktu peperangan terjadi. Dan selama 18 tahun mereka hidup di bawah bayang musuh sendiri demi merencana rancangan terbesar mereka ini.
Semuanya kerana ingin menuntut bela atas kemusnahan Kerajaan Naga Lambang Merah yang difitnah sebagai kerajaan perosak dan pemusnah. Sedangkan yang sebenarnya ialah Xethen Empire adalah penjahat sebenar. Oleh kerana tamak dan iri Raja Emmett telah memusnahkan satu-satunya kerajaan yang boleh mengawal seluruh naga membentuk satu nation yang besar. Raja Emmett berpendapat jika Kerajaan Naga Lambang Merah ini berkekalan, manusia tidak akan dapat hidup tenang lagi kerana naga akan hidup sesama mereka. Sementara manusia akan hidup dalam ketakutan.
Demi mempertahankan kepentingan sendiri, Raja Emmett menyebarkan fitnah kepada semua empire lain supaya beri Kerjasama kepada baginda bagi memerangi Kerajaan Naga Lambang Merah. Kerana itu Kerajaan Naga Lambang Merah musnah dan terhapus dalam sejarah. Rakyat yang hidup dan selamat dari peperangan itu bersepah ke serata negeri dan daerah. Hidup dalam identiti rahsia yang mereka reka. Menyembunyikan lambang mereka demi kelangsungan hidup untuk berbelas tahun lamanya. Ada yang mereka dapat kenalpasti ada yang masih hilang tidak berjejak.
Brianna juga mengetahui akan rancangan Bishop Harman terhadap Aerin. Kerana itulah dia mengikuti Aerin pada hari misi di Cardamom Lands. Ingin mendapatkan kepastian kuasa yang dimiliki Aerin. Yang mana ianya benar. Bahawa Aerin merupakan Dragon Whisperer yang mereka cari selama ini.
Nak tahu apa lagi menarik, sebenarnya apa yang berlaku di Cardamom Lands itu adalah perbuatan dari Bishop Harman. Lelaki itu yang mengarahkan Ahli Sihir Putih untuk meracuni penduduk di situ.
"Adakah kamu semua sedia menyerahkan kesetiaan kamu untuk berkorban nyawa demi nama Naga Lambang Merah?"gumam Bishop Harman dengan suara penuh autoritif.
"YA TUAN!"sambut semua di situ dengan seragam dan lantang.
"Maka bersedia la fizikal dan mental kamu mulai hari ini. Kita akan memerangi Xethen dan Raja Emmett bermula sebelum malam Bulan Penuh terjadi."laung Bishop Harman lagi.
"BAIK TUAN!"laung mereka sekali lagi hingga membuatkan sesiapa yang dengar akan meremang bulu roma.
Brianna menyilang tangan ke dada dengan renungan berpuas hati. Sekejap saja lagi!
Share this novel