6 bulan kemudian,
Begitu juga dengan musim waktu itu.
Dari musim panas menjadi musim luruh dalam masa yang singkat.
Waktu berlalu begitu pantas sampaikan tiada siapa yang menyedarinya kerana terlalu sibuk dengan permasalahan yang dihadapi waktu itu.
Seperti cuaca mereka, langit juga mendung saat berita buruk tiba di Xenthen dan seisinya. Sekian lama tidak terjadi, khabar memberitahu peperangan telahpun tercetus telah menggemparkan seluruh Xenthopia. Mereka sangkakan mereka tidak akan lagi menghadapi situasi genting seperti ini lagi. Rupa-rupanya tidak....
Peperangan kali ini melibatkan sekumpulan naga pemusnah yang merupakan rakyat pemberontak dari sebuah kepulauan. Mereka juga terkenal dengan aktiviti merompak dan melanun di tengah laut. Mana-mana kapal yang berdagang atau membawa muatan barangan sering menjadi sasaran mereka.
Sampailah berita tiba di Xethen. Rakyat yang menjadi mangsa membuat permohonan dan permintaan kepada Raja Emmet buat menyelesaikan isu mereka. Hal ini kerana mereka yang menjadi mangsa lanun dan rompakan itu tidak dapat berniaga dengan kehilangan barangan dan harta mereka setiap kali berlayar. Terlalu banyak kerugian yang mereka perlu tanggung sampaikan ada yang tidak dapat makan berhari lamanya.
Mahu tak mahu Raja Emmet Daryl menerima permintaan itu. Jadi baginda declare penangkapan dengan para naga pemusnah itu. Dari situlah peperangan tercetus.
Akibat marah dan memberontak, naga pemusnah dari kepulauan tersebut ambil keputusan untuk menyerang Xethen. Malah mereka turut berniat hendak menawan Xethen.
Raja Emmet terus beri titah kepada naga pejuang dan penunggang naga yang lain. Mengarahkan mereka untuk memerangi semua naga yang ada dalam kepulauan tu sebelum naga pemusnah tu datang ke Xethen.
Termasuklah Ryu Fury. Selepas dia graduasi, Ryu terus di lantik menjadi naga pejuang diraja. Jadi dengan latar belakang dia yang cemerlang, Ryu tidak terlepas menjadi satu daripada pejuang di peperangan itu.
Tidak menjangka hal itu Ryu betul-betul terkedu. Dia bingung sebenarnya kerana tidak bersedia. Tetapi disebabkan ianya sudahpun menjadi tanggungjawabnya, Ryu pun akur. Dia bersetuju untuk ikuti peperangan tersebut.
Beberapa jam sebelum Ryu bertolak, lelaki tersebut pergi ke akademi Dragon Tamer. Dia berniat hendak bertemu dengan Aerin. Susah la jugak hendak mencari Aerin waktu itu. Sehinggalah dia hanya mempunyai masa yang tersisa beberapa minit sebelum bertolak ke medan peperangan barulah Aerin dapat ditemui.
Rupa-rupanya gadis itu tidak lagi berada di tempat biasa tapi berada di laman laman dimana kali pertama Aerin jejak kaki di di akademi tersebut.
Sendirian seperti biasa, Aerin sedang membelek helaian kertas kulit dalam tangan sewaktu duduk bersila atas rumput di laman tersebut.
Tidak panggil atau bersuara, Ryu berjalan ke depan Aerin sebelum melutut sebelah kaki dihadapannya.
Terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Ryu, Aerin menahan nafas sambil pandang ke depan. Hampir hendak menjerit kerana betapa senyapnya pergerakkan Ryu itu hinggakan dia tidak dengar satu bunyi atau suara darinya.
Aerin pandang Ryu.
Ryu pandang Aerin.
Mereka berdua diam tidak mengatakan apa-apa hanya saling membalas renungan.
Ding!
Ding!
Ding!
Loceng istana bergema dari kejauhan. Cukup jelas untuk didengari sampai ke kawasan akademi tersebut. Yang mana biasanya akan berbunyi untuk memberitahu bahawa pasukan tentera bakal berarak untuk berangkat berperang.
Dari situ Ryu tahu dia sudahpun tiada masa. Dengan renungan kecewanya dia pandang Aerin sebelum melepaskan hela nafas kesalnya dengan panjang.
"Ada apa awak ke sini Ryu?"kerut Aerin kebingungan. Dia perasan penampilan Ryu berbeza yang luar biasa dari sebelumnya. Dia tahu mengenai Ryu sekarang berada di kem latihan naga dewasa. Tapi bukan ini uniform yang sepatutnya Ryu pakai.
"Aku kena berangkat sekarang."beritahu Ryu.
"Ke mana?"
"Ke medan perang. Aku telah dipanggil untuk berperang menentang naga pemusnah dari Kepulauan Cowancola."
Aerin tidak memberi sebarang reaksi selepas dengar kerana masih bingung dengan semua itu. Secara tiba-tiba?Bukan ke Ryu baru sahaja mulakan latihan!?Tak apa ke?
"Ianya mungkin akan ambil masa yang lama."beritahu Ryu.
Mata Aerin berkedip. Barulah dia kembali ke realiti. Ryu benar-benar akan pergi?Lelaki ini akan keluar berperang??
"Jaga diri tau. Tunggu aku balik sini semula. Janji dengan aku."Ryu capai jari kelingking Aerin tanpa menunggu lama. Sebab dia memang kena pergi sekarang ni. Jari kelingkingnya terkunci dengan jari kelingking Aerin selepas itu.
Aerin hanya sempat memandang jari kelingkingnya sebelum Ryu bangun dari situ. Dia perhatikan langkah luas Ryu pergi meninggalkannya dengan perasaan berat yang aneh. Dia tidak tahu kenapa dia berasa begitu. Namun tiada kata-kata yang lepas di bibirnya saat kelibat Ryu tidak lagi kelihatan.
Dulu dia berharap Ryu tidak lagi muncul di depannya.
Sekarang bila lelaki itu mahu pergi, dia pula yang berasa kosong semacam!
Share this novel