CHAPTER 36 : Kenapa??

Fantasy Completed 5425

"Apa kata kamu?"Bishop Harman pandang Caspian di hadapan mejanya.

           "Hantar Aerin untuk selesaikan satu tugasan ni."Caspian menyerahkan satu skrol kepada Bishop Harman.

          Bishop Harman pandang skrol sebelum matanya naik memandang wajah serius Caspian. "Kenapa?Bukan ke saya dah beritahu saya ada rancangan saya sendiri terhadap Aerin nanti."

           "Saya tahu tentang hal tu master. Tapi saya mahu master jauhkan Aerin seketika dari sini."

           "Apa maksud kamu?"

            Caspian berdengus kasar. "Saya tak tahu bila dan bagaimana. Apa saya tahu Ryu dan Aerin telah pun berkawan dan menjadi rapat."beritahunya selepas itu.

Kening Bishop Harman pun berkerut.

           "Saya tak suka bila Ryu rapat pada Aerin. Selama ini saya yang cuba mengambil hati Aerin dahulu. Dan datang dia semuanya hendak di ambil!Ryu sudahpun mempunyai Puteri Mara. Tapi kenapa lelaki tu masih jugak mahu dekati Aerin?"

          "Ryu bersama dengan Aerin?"

          "Ya..master nak saya ulang berapa kali?Dan sejak bila mereka berdua saling berkenalan?Setahu saya la Ryu tu sejak awal lagi berada di luar negeri. Dan baru-baru ini saja dia kembali ke Xenthopia tiba-tiba aje dah bersama dengan Aerin?"

           Bishop Harman pun ketawa. "Mereka sejak kecil lagi dah berkenalan. Malah Ryu memang dari awal menyukai Aerin...tapi kamu kata mereka berdua bersama?Dan kamu menyukai Aerin?"

           Tercengang Caspian di buatnya. Sejak kecil lagi mereka berdua dah berkenalan?Sementara dia baru saja mengenali Aerin tiga tahun. "Ya...saya sukakan Aerin. Sebab itu saya minta master untuk bawa Aerin keluar dari sini sementara Ryu masih ada dalam Xenthopia."

             "Caspian...jangan. Kamu sudah lupa ke apa sebenarnya kamu tujuan kamu ke sini?Untuk apa saya besarkan kamu jika kamu membuang masa dengan bercinta?"Bishop Harman bangun dari kerusi. Lalu mengatur langkah ke arah perapian yang sedang membakar kayu api untuk hangatkan suhu bilik di situ. "Kamu tak boleh jatuh cinta kepada Aerin apalagi bersama dengan dia.."

             Bersama riak tergamamnya Caspian mendekat ke Bishop Harman. "Kenapa tak boleh?"

              Perlahan-lahan Bishop Harman berpaling dan memandang Caspian dengan renungan redup. "Kerana Aerin adalah Dragon Whisperer yang kita cari selama ni. Seperti yang kamu tahu, selepas peperangan tamat Aerin akan dihapuskan."

               "Apa dia?"

               "Kamu rasa apa tujuan saya tubuhkan Akademi Dragon Tamer selama ini?Jadikan Aerin sebagai protégé saya dan saya dedahkan dia kepada pelbagai jenis tugasan?"

               Jantung dalam dada Caspian berdegup sakit. Lelaki itu pandang Bishop Harman penuh terror. "Aerin?Orang yang master maksudkan tu adalah Aerin?"

               "Ya...dia. Brianna yang beri pengesahan kepada saya akan kebolehan Aerin berbisik kepada naga untuk mengawal mereka. Jadi berhenti. Apapun urusan mereka berdua. Kamu hanya perlu fokus pada misi kita."

             "Master..."

             "Cukup Caspian."

             "Tapi saya sukakan Aerin. Tak mungkin saya akan biarkan Aerin di bunuh macam tu aje."

             "Ianya tindakan yang kita perlu lakukan. Jika Dragon Whisperer masih hidup. Kerajaan Naga Lambang Merah akan musnah seperti mana yang terjadi 20 tahun yang lalu."Bishop Harman termenung memandang ke unggun api yang sedang terbakar di situ.

             "Jadi selama ni master memang telah merancang segalanya dari awal?"

             "Sudah tentu. Kenapa tidak. Lagipula kita lakukan semua ini kerana mereka yang mulakan dahulu. Xenthen perlu di musnahkan. Kematian Terra perlu di tuntut bela. Selama 20 tahun saya hidup terseksa selepas naga saya mati di bunuh oleh mereka. Dan saya takkan berundur sehingga Raja Emmett mati dan kerajaan ini musnah."

Terdiam Caspian apabila dia mengesan air mata di mata itu.

             "Sekalipun saya terpaksa sakiti Aerin, saya akan lakukan. Apa yang penting penantian saya selama ni takkan sia-sia."beritahu Bishop Harman.

Maka termenung la Caspian di situ dengan renungan menyergah. Dia tidak dapat mengatakan apa-apa sebarang bantahan. Sebab Caspian sedar, keberadaan dia di sini juga kerana kebaikan Bishop Harman sendiri.

              "Baik master."akurnya.

               "Kalau begitu adakah kamu masih mahu saya hantar Aerin keluar menjalankan misi ni?"

              "Terpulang pada master. Saya cuma tidak ingin melihat Aerin dan Ryu bersama. Kerana saya tidak mahu Aerin bersedih jika dia dapat tahu aturan yang Raja Emmett telah tetapkan untuk Ryu nanti."

             Bishop Harman menghadapkan badannya ke Caspian dengan kedua belah tangan terseluk dalam poket. "Apa yang Raja Emmett telah rancangkan?"

             "Baginda akan kahwini Puteri Mara Ferin bersam Ryu Fury."beritahu Caspian.

Untuk seketika Bishop Harman diam termenung memandang skrol di atas meja tadi. Dia sedang berkira-kira sama ada patut jauhkan Aerin dari Ryu ataupun tidak. Macam dia malas nak hiraukan urusan anak-anak muda ni. Tapi bila difikirkan semula, kalau Aerin rapat dengan ryu nanti makin susah pula dia hendak jauhkan Aerin dari Ryu. Dan paling serius Ryu mungkin akan jauhkan Ryu dari dia!

             "Tak mengapa. Saya akan sampaikan tugasan ini kepada Aerin nanti."

              Caspian pandang terkejut ke Bishop Harman."Master akan jauhkan Aerin dari Ryu?"

              "Jangan teruja sangat. Saya cuma Ikutkan permintaan kamu tak bermakna kamu boleh bercinta dengan Aerin atau mempunyai perasaan kepada dia."

             "Tak mengapa master. Yang penting Aerin jauh dari Ryu. itu pun dah mencukupi."beritahu Caspian dengan renungan nekadnya.

Camdus di luar pintu bilik tersebut termenung memandang ke depan dengan tangan bersilang di dada. Lelaki itu sebenarnya sudah berada di luar bilik Bishop Harman selepas mengekori Caspian. Niat dia ekori Caspian adalah kerana ingin bertanya tentang pertengkaran antara Ryu.

Tidak sempat hendak panggil, dia dapati Caspian dalam keadaan mencurigakan telah masuk ke pejabat Bishop Harman. Nak tahu punya pasal, dia pun pasang telinga. Tak sangka pulak tindakan dia itu membawa kepada kebongkaran mengenai niat Bishop Harman itu.

Bersama derap langkah tenangnya, Cadmus pun berlalu pergi dari koridor tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience