CHAPTER 89: Detik Cemas

Fantasy Completed 5425

Berbakikan masa sekadar beberapa minit, Aerin bergegas ke arah bilik bacaan bersama buku tebal di dalam tangan kanan. Acap kali dia intai ke balik bahu ingin memastikan tiada sesiapa yang mengekori langkahnya. Setiba di hadapan pintu bilik bacaan, dia buka dengan lekas tanpa berlengah sebelum menutupnya semula.

              "Kau lambat Aerin."keluh Arran dari sofa tempat dia duduk dengan kaki melunjur di atas lengan sofa itu. "Aku hampir aje terlelap.."nguapnya selepas itu.

Mencerun terus kening Aerin dibuatnya.
Ikut suka aje bercakap!Ingat senang ke nak keluar tanpa diawasi. Lagipun, dia lambat sebab cuba nak larikan diri dari dayang dan pengawal yang lain!

               "Bangun sekarang dan tanggalkan pakaian kau."arah Aerin saat menanggalkan mantel yang menutupi tubuh beruniform combat dari bahu. Setelah itu dia tunduk membuka buku tebal yang dibawa terbentang luas di atas meja.

                 "Heh?Bukak baju aku?Kau dah buang tebiat apa!Ingat sikit kau tu isteri orang!Suka hati mintak lelaki lain bukak baju!"cepat-cepat Arran menyilang pangkah tangan ke dada dengan mata terbutang luas. Terbeliak dia dibuat permintaan Aerin itu. Matanya nak turun curiga dari atas ke bawah.

                   Isy!Banyak bunyi la mamat ni!"Jangan nak buang masa aku boleh tak!Maid dan guard aku akan cari aku kalau dia perasan aku tak ada dalam bilik!"ketap Aerin dengan tegas.

                   "Memangnya kenapa kau nak aku buka baju?"Arran masih ragu-ragu.

                   "Aku perlu hasilkan sihir penyambung pada badan kau supaya kuasa aku boleh digabungkan dengan kau...untuk tu aku perlu bersentuhan dengan kau secara direct.."tegas Aerin sambil menarik-narik hujung jari glove yang dipakai pada tangan kanannya.

Serius la!Arran tunduk memandang buku yang terbentang luas di atas meja. Melihat muka surat dimana sebuah rajah ukiran beralur-alur pada buku itu jelas menyakin dia yang Aerin benar-benar maksudkannya. Lalu dia kembali memandang Aerin.

                  "Tak...kau dah bonding dengan Ryu. Mana mungkin Ryu akan izinkan kau buat bonding dengan lelaki lain!"tegas Arran.

                   "Habis tu kau nak biarkan Negara Xethen ni musnah?Kau nak?Kalau Bishop Harman mati, semua naga yang bersama dengan lelaki tu akan mati. Kalau aku tak hentikan Ryu, suami aku akan digelar sebagai raja yang kejam dan pembunuh hingga akhir hayat dia."

                   "Kan aku cakap dengan kau dari awal hari tu. Keutamaan aku adalah memastikan kita berdua kekal hidup dan generasi Puak Dragon Tamer yang tulen takkan terhapus. Kau yang beria nak tamatkan peperangan ni tanpa pertumpahan darah."kening Arran mencerlung tidak puas hati. "Kau tak boleh letakkan salah dekat aku!"

                    Alah-alah!Masa ni jugak nak tunjuk perangai keras kepala la mamat ni!Kembang kempis hidung Aerin menahan sabar memerhatikan tingkah Arran. "Sudah. jangan nak banyak bunyi. Tanggalkan baju kau sekarang."

                    "Ugh!Cakap dengan kau ni memang akan sentiasa menyakitkan hati ya?"sungut Arran sewaktu membuka butang dari baju sebelum ditanggalkan sepenuhnya dari tubuh.

                     "Kau fikir aku kisah dengan semua tu?"Aerin berdiri di hadapan Arran setelah lelaki itu selesai. Lantas dia tenung tepat ke bahu kiri Arran. "Sihir ni lebih kurang sama seperti bonding. Tapi fungsi sihir ni tak sekuat sihir bonding sebenar ianya cuma bantu aku dan kau untuk kongsi kuasa tanpa jejaskan salah seorangnya."

                     "Kau jangan macam-macam Aerin. Kalau Ryu tahu ni, mahunya naga menakutkan tu telan aku hidup-hidup."

Aerin mengangkat tangan kanan lalu menekap tapak tangannya pada bilah bahu kiri Arran. Tahu, tapi nak buat macam mana, Ryu sendiri enggan beri kerjasama  pada dia untuk izinkan dia bantu Ryu sendiri. Nak tak nak terpaksa la ikut cara sendiri. Lagipun Ryu takkan marah pada dia nanti kalau hal ni ketahuan. Paling-paling pun tahu la dia nak membalas kata dengan Ryu sekiranya suaminya itu naik angin.

                   "Ianya akan sedikit menyakitkan.." disebabkan rantai pendinding Ryu yang sering dia pakai selama ini telah ditanggalkan, maka dia boleh gunakan kuasanya. "Sedia?"

                    Arran menelan liur lalu berdiri dabik dada saat melepaskan hela nafas pendek. Apa nak jadi lepas ni jadi la. Dia dah tak ambil pusing lagi. "Aku sedia."Matanya terarah ke depan.

Lantas Aerin memejamkan mata untuk beberapa saat sebelum dibuka. Cahaya berlingkar pada kornea diikuti dengan desis
kesakitan dari Arran.

Di bawah tapak Aerin muncul cahaya, ia mula melingkar-lingkar sekitar tapak tangan dan bilah bahu Ryu.

Lelaki itu mengepal penumbuk dengan erat setelah satu aliran seperti ditoreh dengan benda panas pada kulit mulai terasa. Urat belirat timbul pada leher dan pelipisnya.

                    Kepala tertunduk ke bawah dan dongak ke atas silih ganti. Bawah bibir di gigit kuat. "Agh!"Arran merintih dengan mata terpejam. Hampir aje dia nak hilang kawalan dan menolak Aerin jauh dari dia. Nasib baik dia masih sedar dan dapat elakkan diri dari menyakiti Aerin.

Sementara Aerin mengetap gigi dengan kuat menahan impak kuasa sihir asing yang julung kali dia gunakan dalam seumur hidup. Ianya menggunakan tenaga yang banyak dan beri kesan yang sangat kuat pada dirinya ketika itu.

                   "Sh!+!Hidung kau berdarah Aerin."tunduk Arran selepas rasa sakit ditoreh tadi berganti menjadi panas.

                   "Aku tahu.."kening Aerin berkerut-kerut taktala proses menandai Arran semakin tiba ke penghujung.

                   Tanpa mengatakan apa-apa, Arran tenung wajah Aerin lama-lama sebelum dia melepaskan keluhan panjang. "Kau tahu selepas aku ditandakan dengan kau, ianya akan kekal seumur hidup. Bermakna kau dan aku akan terhubung sampai bila-bila."

                  "Aku tahu."Aerin menjeling ke Arran. "Sebab aku tahu la aku nekad nak buat macam ni. Sebab lepas ni kalau kau cuba-cuba nak lukakan aku, ibaratnya kau lukakan diri kau sendiri.Kalau kau nak aku mati, aku akan ikut mati."sengihnya dengan meleret. Tangan dijauhkan dari bahu kiri Arran sebelum mengesat darah dari hidungnya tadi.

Berdengus tak percaya Arran dibuatnya. Masakan tidak, Aerin adalah musuhnya sejak kecil lagi. Dan dia sudah terbiasa dengan layanan dan pertengkaran kasar antara mereka berdua. Dan bila mereka bekerjasama begini ianya buatkan dirinya sendiri tidak terkata.

Macam mana mereka berdua boleh berakhir dengan keadaan ni?

                  "Dasar perempuan menyakitkan hati!"getus Arran disaat dia menoleh ke bilah bahu kirinya. Satu ukiran tatu berwarna biru keunguan kemas tertarah pada kulitnya. Memberitahu dia sihir yang terukir di buku tadi sudahpun berjaya dilaksanakan.

                   Setelah itu Aerin menutup buku tebal tadi dan bergerak ke arah mantelnya semula. "Lekas siap. Kita akan bertolak ke Dome Sempadan Utara."

                   Arran memakaikan semula baju ke badan. "Kita takkan tiba ke situ pada masanya Aerin kalau kita pergi sekarang."keluhnya dengan letih. Tak menyabar betul tau jadi orang Aerin ni.

                    "Kita akan gunakan satu daripada guard naga dekat sini.Dia akan terbangkan kita terus ke situ nanti."Aerin intai balik kuakan pintu, ingatkan nak pastikan ada yang lalu lalang ke tak baru boleh keluar, sekali bila diintai bukannya satu atau dua, tapi empat orang sekali sudahpun  berada di luar koridor. Tak guna betul! Gelabah bagai nak apa, Aerin terus tutup pintu dan diselak kunci. "Dia orang dah datang!"larinya ke arah Arran semula yang masih terhegeh-hegeh tuck in baju ke dalam seluar.

                 "Ha?"terkejut Arran. "Dah datang?"

                  "Ya..!Cepat dukung aku. Kita lompat dari tingkap ni!"gesa Aerin menarik Arran ke arah jendela berdekatan dengan rak buku di situ.

                  "Eh...sekejap-sekejap pedang aku!"kalut Arran mengapai barang dia dengan sebelah tangan saja saat di tarik dengan Aerin.

                  Berdiri saja di hadapan jendela, Aerin capai pedang Arran untuk mudahkan pergerakkan Arran nanti. Lagipun dia dah tak sabar sebab Arran ni terlalu lambat! "Gunakan kuasa kau untuk hasilkan tangga untuk kita sekarang."

                  "Geez...please la. Jangan nak menggesa boleh tak!?Stress la aku!"bebel Arran kejengkelan saat mendukung Aerin dengan mudah agar dapat keluar dari situ dengan selamat. Tangan kekar kanannya erat melingkar kesekeliling pinggang Aerin sementara kedua belah kaki Aerin melingkar kesekeliling pinggangnya. "Pastikan Ryu tak tahu semua yang berlaku Aerin!Aku taknak jadi buruan dia!"

                   "Diam la!Cepat keluar!"

Pada masa itulah pintu bilik bacaan itu dipecahkan. Sekumpulan pengawal menerjah masuk ke dalam lalu diikuti dengan beberapa orang dayang.

                   "Tuanku permaisuri!Jangan!"teriak mereka tidak sempat apabila Arran sudahpun melompat dari jendela tersebut.

Sebelum Arran lompat, Aerin sempat menoleh ke arah mereka. Matanya terarah pada wajah cemas ketua dayang. Serius beritahu  dia serba salah pada dayang ya itu. Tapi nak buat macam mana, dia ada misi yang perlu diselesaikan. Dia akan jelaskan semuanya dari awal lepas semua ni selesai!

Sorry semua!~

Setelah keluar dari kawasan istana, Aerin mengenakan semula rantai pendindingnya ke leher. Ingin mengelakkan dirinya dari dikesan oleh Ryu atau mana-mana pengawalnya tapi terlambat sebab sebaik saja tiba di laluan kecil bawah bukit istana, Arran dan Aerin didatangi seorang pengawal naga.

                 "Tuanku...apa yang tuanku cuba lakukan ni?"

                 "Ianya bukan seperti yang kamu fikirkan. Jadi ke tepi dan biarkan kami pergi."

                "Tidak. Raja Ryu arahkan saya untuk memastikan tuanku berada di dalam kawasan istana ni."

Aerin cengkam pedang Arran ditangannya ketika itu sambil pandang tepat dengan renungan menakutkan lelaki buffy tersebut. Kalau nak dibandingkan tubuh cengkeding kering Arran dengan pengawal ini, alamatnya berterabur la tulang Arran nanti.

Tak boleh jadi ni!

Kalau mereka berlengah, mereka takkan tiba di Sempadan Utara tepat pada masanya.

                "Arran.."bisik Aerin semasa berdiri rapat di belakang lelaki itu.

                "Kenapa?"bisik Arran semula. Tersentak dari memerhatikan lelaki buffy gagah di hadapannya ketika ini. Maha dasyat la pahlawan istana Negeri Cahaya ni. Kenapa semua nampak gagah-gagah semuanya. Dari mana aje mereka semua dapat otot dan ketinggian seperti lelaki hadapan ni?Nak bandingkan diri sendiri ..memang jauh la bezanya. Macam bezakan kayu balak dengan ranting kayu. Kan jauh bezanya tu.

                 "Buatkan pengawal tu berubah jadi naga. Kita perlukan dia untuk terbang ke Dome Sempadan Utara.."bisik Aerin sehalus yang mungkin dan hanya cukup jelas untuk Arran saja yang dengar.

                "Tuanku, saya arahkan tuanku balik semula ke istana sekarang sebelum raja tahu mengenai hal ni."tegas pengawal itu lagi cuba mendekat.

                 "Serius la kau Aerin!?"geram Arran ketika itu memikirkan keselamatan Aerin. Bolehnya perempuan ni arahkan dia buat kerja gila secara mendadak macam ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience