CHAPTER 21 : Perjalanan

Fantasy Completed 5425

Waktu itu langit masih gelap. Tiada satu pun mahluk bernyawa yang berkeliaran di mana-mana. Burung hantu dipokok sahaja yang berjaga. Unggas pun belum bernyanyi lagi.

Sedangkan lilin yang terbakar dari malam tadi pun masih belum habis mencair.

Berbekalkan beg mengembara, sebuah peta khas ke Perkampungan Cardamom Lands, sedikit makanan, beg air, alat penghidup api dan selimut. Aerin mengemas sekadar mana yang perlu sahaja sebelum berangkat.

Memandangkan ini bukan ekspedisi pertama dia, Aerin memilih untuk bawa yang penting. Kalau dulu yalah banyak yang di bawa ketika hendak mengembara. Sekarang bila sudah berkali-kali keluar masuk Xenthopia, Aerin jadi penat nak bawa banyak barang. Kalau jarak perjalanan itu dekat tak apa jugak. Ini tidak. Berhari lamanya baru tiba. Mana yang patut aje la dia bawa. Nanti kalau tiada dia beli dalam perjalanan saja.

Swff~~

Dibantu dengan cahaya dari pelita di sebelah almari dimana cermin berada, mata Aerin terarah pada simbol merah di bahu kiri melalui pantulan cermin itu. Untuk seketika dia termenung melihat penampilan ringkasnya. Mengenakan vest hitam, corset di sekeliling torso, seluar combat hitam dan kasut boot highcut. Rambutnya diikat satu ke atas.

Kalau dulu dia bersemangat hendak menjalankan misi kerana berdua dengan Tarina. Sekarang dia mahu tak mahu aje. Sebabnya kalau Tarina ada, kawan baiknya itulah menjadi tukang beri semangat. Kadang kala menjengkelkan dia. Namun semuanya hanya tinggal kenangan.

Lantas Aerin menyarung jaket ke badannya. Menutup bahu dia yang terdedah sebelum capai beg dari atas katil dan berjalan keluar dari bilik tidur sejurus itu.

Klik!

Pintu kayu terbuka keluar.

Sehening keadaan di luar, sehening itu jugalah suasana dalam asrama itu. Bila Aerin keluar dari biliknya, dia di sapa dengan suasana senyap sepi dan keadaan gelap gelita di kanan dan kiri. Disebabkan biliknya berada di tingkat tiga, ,dia berada di paling atas. Tidak banyak bilik yang ada. Hanya tiga sahaja. Satu daripadanya bilik Aerin sendiri. Dua lagi adalah bilik bacaan dan stor simpanan barang. Jadi tempat itu sepi yang meremangkan bulu roma.

Lagi-lagi bila lorong hallway pula hanya diterangi dengan api obor sepanjang dinding di situ. Kalau nak nampak kelibat hitam dalam gelap tu mana-mana boleh lihat. Lampu stand boleh diingat hantu, perisai perang dekat dinding ingatkan ada jembalang. Pasu di tepi dinding diingatkan toyol. Tapi Aerin sudah terbiasa dengan suasana gelap di situ, nak rasa takut pun tak sangat. Bergerak dalam gelap bukan satu masalah buatnya.

Creak!

Creak!

Creak!

Anak tangga kayu di situ mula mengeluarkan bunyi setiap kali Aerin memijaknya saat turun dari tingkat tiga untuk ke lobi Utama. Bukan kerana usang, tapi dah memang reka bentuk tangga itu mengeluarkan bunyi.

Bergemalah seketika ruangan tangan itu dengan bunyi tersebut sehinggalah Aerin selesai menuruni tangga.

Sesampai saja di pintu lobi, Aerin tanggalkan selak kayu sepanjang satu depan tangan dengan berhati-hati lalu di tegakkan sebelah pintu. Barulah pintu kayu dua muka itu dapat dibuka ke dalam.

Sekali lagi bunyi engsel berkeriut saat daun pintu terbuka.

Kemudiannya Aerin melangkah keluar secara mengundur ke belakang kerana ingin menutupi pintu itu sekali. Beg mengembaranya tersandang sebelah bahu. Hampir hendak terlucut jatuh dari situ tanpa Aerin sedari.

             "Kau dah nak gerak?"

Kepala Aerin terus berpusing. Bila dia pandang, Brianna sudahpun berada di depan laluan bersama dua ekor kuda. Gadis itu tersenyum kepadanya.

             "Apa kau buat ni?"Aerin membetulkan tali beg mengembaranya naik ke bahu semula saat menuruni tangga kecil di situ lalu berjalan mendekat ke dua kuda di situ. Satu daripadanya sudahpun dinaiki oleh Brianna.

            "Macam yang kau nampak.."tunjuk Brianna akan keadaan dirinya yang sudah lengkap hendak mengembara. Mantel merah merun terpasang di sekeliling bahunya.

Untuk seketika Aerin diam memerhatikan Brianna. Rakan satu akademi yang dia kenali pada masa yang sama ketika dia bersahabat dengan Tarina. Cuma Brianna lebih muda dari dia jadi mereka jarang sangat bersama.

             "Aku tak cakap pun kau akan ikut sekali?"dongak Aerin waktu itu memandang Brianna di atas kuda.

            "Tapi aku dah ada dekat sini kan?"

            "Masuk semula Brianna. Aku tak perlukan sesiapa untuk menemani aku.."Aerin sudah bergerak hendak melangkah dari situ.

             "Aku tahu kenapa kau macam ni Aerin...tapi kau tak boleh hukum diri kau buat selamanya. Aku tak pernah salahkan kau apa yang berlaku dekat Tarina...mak ayah dia pun tak salahkan kau. Apa yang berlaku pada Tarina sudah tertulis...jadi berhenti seksa diri kau macam ni."

             Brianna pandang belakang kepala Aerin di situ apabila Aerin berhenti dan tidak meneruskan langkah. Sejak Tarina meninggal dunia, Aerin didapati sering menyendiri dan tidak seperti dulu lagi. Jarang tersenyum, apalagi ketawa. Hendak didekati pun kena fikir dua tiga kali. "Aku yakin Tarina sendiri takkan salahkan kau. Dia yang pilih untuk selamatkan kau malam tu...jadi..izinkan sesiapa temani kau kalau kau tak nak aku yang ikut.."

            Perlahan-lahan Aerin menghadapkan badannya semula ke Brianna. Dia pandang wajah berharap Brianna dengan perasaan bercampur baur. "Masuk la Brianna. Aku tak apa-apa. Jangan risau."

            "Tapi aku risau...mungkin semua orang dekat akademi ni bencikan kau. Tapi aku tak. Biar aku temankan ya?"minta Brianna lagi.

              Mahu tak mahu Aerin pun mengangguk. Dia tiada masa hendak dibuang. Sebab dia tahu Brianna takkan berhenti selagi dia tak nak mengalah. "Okay...tapi janji dengan aku. Kalau sesuatu berlaku dan kita berdua tak dapat nak kawal keadaan. Aku nak kau larikan diri dulu. Janji dengan aku tu."

              Cepat-cepat Brianna mengangguk. ."Okay. Aku janji."senyum dia selepas itu.

Tepat semasa matahari terbit Aerin dan Brianna tiba di pintu gerbang keluar dari Xenthopia.

Thamdarul Gate, Piotr Dura. Nama diberi semengah seni binanya. Pintu yang memagari Xenthopia dari ancaman luar. Dan keluar saja dari situ mereka tidak lagi dilindungi dengan kuasa magis tanah Xethen.

Clif!

Clof!

Clif!

Clof!

Tapak kaki kuda bergema di dalam laluan setiap kali haiwan itu berjalan. Menyusuri laluan garisan lurus dan hanya cukup untuk satu kuda atau pedati berkuda untuk lalu dalam satu masa saja.

Semakin lama dua orang itu semakin jauh dari Xenthopia. Dari sebuah laluan ke sebuah laluan tidak berhenti kerana bergerak dalam keadaan perlahan. Dari matahari terbit hinggalah naik tegak atas kepala.

Aerin dan Brianna meneruskan perjalanan mereka sehingga la mereka tiba di sebuah gerbang lama. Arah laluan gerbang itu akan membawa mereka terus ke utara dimana Perkampungan Cardamom Lands berada.

Dahulu tempat itu sebuah penempatan fairies dan elf. Tapi kebanyakannya telah pupus sewaktu peperangan tercetus. Jadi yang tersisa hanyalah kawasan berumput dan bangunan-bangunan lama yang terbiar tidak berpenghuni. Walaupun begitu jalan itu sering digunakan untuk para pengembara atau peniaga.

Briana menunggang rapat di sebelah kuda Aerin setelah mereka tiba di sebuah tasik terbiar. Gadis itu pandang ke kanan.

             "Kau dah lapar?Nak berhenti dulu ke?"ajunya tidak lama kemudian.

             Aerin hanya memandang ke depan sewaktu berkata."Kalau kau nak makan, makan la dulu. Tapi kita takkan berhenti."

            "Tak apa ke kalau aku seorang aje yang makan?"Brianna mengetap bibir selepas itu menelan air liur. Dia sebenarnya dah lapar sejak tadi. Tapi tidak berani hendak menegur Aerin kerana wajah Aerin waktu itu sungguh serius. Takut kalau dia di suruh balik pula kalau menegur Aerin awal perjalanan tadi.

            "Mm...makan lah."Aerin palingkan kepalanya ke kiri. Memandang Brianna di sebelah.

Tanpa berlengah Brianna membongkok sedikit di kanan badan kuda. Ada beg yang tergantung di situ. Satu daripada poket yang ada dia seluk tangan ke dalamnya. Sesaat kemudian dia mengeluarkan satu buku sour bread dari situ.

            "Kau pasti tak nak makan sekali?Kita boleh kongsi kalau kau nak?"pelawa Brianna lagi saat mencubit sedikit roti itu.

"Makan aje la Brianna..."balas Aerin apabila dia melihat sebuah bangunan terbiar di sebelah kanan jalan namun pandangan bentuk bangunan itu berubah menjadi pemandangan langit biru.

Mata Aerin bersinar keemasan tanpa disedarinya.

Seakan dia sedang terbang melayah, pemandangan bukit bukau bersilih ganti, lawan kelompok awan dan kabus sebelum dia melihat pemandangan dimana dia sedang menjunam turun untuk ke bawah.

Cepat-cepat Aerin cengkam tali cekang kudanya kerana berasa gayat melihat sudut pandangan milik Ryu saat itu. Lelaki itu telah berhubung dengannya tanpa sedar sampaikan dia dapat melihat apa yang si naga itu sedang lihat ketika sedang terbang.

Dia perlu belajar untuk sekat sebarang komunikasi dengan Ryu nanti.

Lalu Aerin dapat melihat apa yang Ryu lihat sewaktu naga itu berpusing mencelah Gunung batu sebelum naik semula ke langit yang biru.

Berlagak!

Nak tunjuk dia la kononnya yang Ryu boleh terbang sementara dirinya di sini terpaksa berkuda.

Hmp!Macam la dia hairan sangat.

Aerin menjuling mata menyampah sebelum memandang ke Brianna di sebelahnya. Lapar sangat agaknya sampaikan makan siap menari-nari atas kuda tu.

             "Sedap ke?"

             "Perut kenyang hati senang.."jawab Brianna sebelum tersenyum senang.

Tapi Aerin tidak tersenyum. Dia pandang semula ke depan dengan perasaan tidak enak tanpa sebab. Kejadian Ryu imprint dia sendiri belum selesai. Dan sekarang ada yang boleh dengar, rasa dan tahu apa yang bermain dalam emosinya. Ianya buatkan dia berasa seakan terdedah dan tiada privasi.

Menurut Buku Ancient Dragon, mana-mana Dragon Rider yang telah imprint dengan naga, Dragon Rider tu tidak boleh rasa apa yang naga mereka rasa, tak boleh tahu apa yang bermain dalam fikiran naga apatah lagi emosi mereka. Melainkan naga itu yang mahukannya. Kalau naga itu taknak, maka Dragon Rider takkan dapat rasa atau tahu. Tapi lain pula kisahnya dengan Dragon Rider. Naga mereka boleh tahu apa yang Dragon Rider rasakan, fikirkan, sedihkan, atau gembirakan sama ada Dragon Rider itu izinkana ataupun tidak. Tiada kuasa yang dapat menghalang mana-mana naga mendapatkan akses dari memasuki fikiran dan emosi Dragon Rider mereka.

Sudut gelap menjadi Dragon Rider ni cuma satu aje. Iaitu kematian. Terdapat dua perbezaan untuk Dragon Rider dan naga sendiri jika berlakunya kematian di antara mereka. Pertama, sekiranya Dragon Rider mati terlebih dahulu, naga mereka akan ikut turut mati bersama. Tapi yang keduanya ialah jika naga mereka yang mati terlebih dahulu, Dragon Rider akan kekal hidup. Tapi Dragon Rider itu sudah tidak akan lagi boleh di imprint dengan mana-mana naga sehinggalah akhir hayat mereka.

Sebab itulah Aerin marah besar selepas Ryu imprint dirinya.

Dia perlu cari cara untuk putuskan bonding ni sebelum terlambat. Ryu mungkin ada pilihan lain untuk dijadikan sebagai pasangan atau Dragon Rider lelaki tu. Kalau dia berlengah, Aerin takut kalau nanti suatu hari dia akan terlalu bergantung pada Ryu kalau dia biarkan hal ini berlanjutan. Dan paling parah, jika sesuatu terjadi pada dirinya nyawa Ryu bakal menjadi taruhan.

Dan itu adalah perkara terakhir yang Aerin mahu dari terjadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience