CHAPTER 38: Majlis

Fantasy Completed 5425

Ryu pandang ke atas. Dia yang sedang membuat sit up di atas lantai segera bangun berdiri tegak. Menghadap Camdus di hadapannya.


"Apa kau cakap?"


"Ya tuan. Saya dengar sendiri perbualan mereka mengenai pembelotan yang akan mereka lakukan sebelum Bulan Penuh nanti."


"Bishop Harman dan Caspian?Termasuk Brianna?Mereka adalah bekas penduduk dari Kerajaan Naga Lambang Merah?"Ryu mencekak pinggang. Keningnya berkerut tidak faham. "Master aku sendiri?"

Sekali lagi Camdus mengangguk.


"Tak mungkin. Kalau Caspian tu aku tak terkejut. Tapi Bishop Harman-"


"Berdasarkan perbualan itu, sepertinya Bishop Harman adalah dalang perancangan untuk serangan nanti. Kata beliau lagi, semua ini untuk menuntut bela atas kematian naga dan pasangannya Terra 20 tahun yang lalu."

Riak tidak percaya jelas terpancar di wajah Ryu. Dia berasa begitu dikhianati pun ada. Lelaki yang selama ini dia sanjung dan hormat bakal musnah kerajaan ni?


"Kenapa sekarang?Kenapa baru sekarang dia ambil keputusan untuk melakukan pembelotan ni?Kenapa tak sebelum ni..kenapa tak selepas dia selinap masuk ke Xenthopia ni?"Kenapa selepas lelaki itu beri dia tunjuk ajar dan buatkan dia hormat Bishop Harman sebagai mentor dia!?

Untuk seketika Camdus mendiamkan diri sebab lelaki itu tidak tahu hendak memberitahukannya bagaimana.


"Camdus kenapa kau diam...kau tahu sesuatu?"


Bersama hela panjang kekesalan Camdus beritahu."Mereka tunggu masa yang sesuai kerana ingin menjejak Dragon Whisperer yang boleh mengawal jentera naga mereka nanti."


"Apa?Dragon Whisperer?Siapa?"Apa yang Camdus merepekkan ni!


Barulah Camdus berani mengakat matanya dan pandang tepat ke Ryu. "Aerin Ofelia. Dia merupakan satu-satunya waris Dragon Whisperer yang terselamat dari serangan 20 tahun yang lalu. Orang yang Bishop Harman mahukan."


"Aerin!?"Ryu begitu terkedu.

End of flashback

Majlis tari menari yang ditetapkan akhirnya berlangsung. Dua malam kemudian.

Ramai tetamu telah di jemput. Tetapi tidak semua penduduk dapat hadirkan diri. Hanya sesetengah sahaja yang dapat masuk ke dalam majlis tersebut. Seperti majlis yang lain, suasana dewan menari istana dihias dengan indah dan disediakan jamuan kecil.

Alunan lagu La Vlase De L'Amor berkumandang di dalam. Ianya cukup kuat untuk didengar dari luar jendela lagi.

Lampu chandelier di atas siling yang terang menampakkan lagi suasana mewah dan majestik dewan tari istana itu.

Pemandangan juga kelihatan elegan dan cantik. Dari tetamu Wanita yang mengenakan dress manakala lelaki mengenaikan sut ekor peguin mereka bersama bow tie hitam. Sama ada kipas sebagai perhiasan atau beg kecil tergantung di tangan tetamu wanita.

Puteri Mara yang membuat semua persiapan sendiri. Dan majlis itu telah menjemput ramai bangsawan dan sahabat handai yang mengenalinya.

Oleh kerana Puteri Mara terkenal dengan kecantikan yang dimiliki, kebanyakan tetamu di situ adalah lelaki bangsawan muda yang ingin berkenalan dan menjodohkan diri mereka kepada puteri mahkota Xethen tersebut.

Bersama Raja Emmett di hadapan podium, Puteri Mara menyambut para tetamu yang hadir ke majlisnya itu. Dari pasangan bangsawan kepada pemuda pemudia yang berkenalan dengannya. Semuanya di sambut dengan mesra.

Senyuman manis terukir di bibir Puteri Mara saat Wanita itu berbual mesra dengan dua tetamu yang berdiri di hadapannya waktu itu. Sedang dia berborak, ketika itu pintu gerbang terbuka. Muncul la si jejaka yang dinantikan sejak awal majlis bermula.

Ryu segak mengenakan sut hitam tenteranya itu berarak masuk ke dalam. Di sambut dengan beberapa pasang mata memerhati. Yang lelaki beri tundukkan hormat, yang Wanita memberi senyuman berminat. Sementara tetamu yang berusia hanya mengerling penuh makna. Disampingnya Camdus sebagai pengiring.

Kedua-dua itu kelihatan serius dan beraura penuh amaran.


"Tuanku...tuan puteri. Maaf atas kelewatan saya."tunduk Ryu dengan tangan di dada sebelah kanannya.Serentak itu Camdus memberi tundukkan. Apabila Ryu berdiri semula dia pandang Raja Emmett seketika sebelum senyum kepada Puteri Mara.


"Hahaha...tidak mengapa Ryu. Kamu hadir pun sudah cukup bertuah."ujar Raja Emmett dengan ceria. Tangannya hinggap di atas bahu itu.

Puteri Mara pula sudah tersipu malu kerana rupa segak Ryu langsung tidak berani hendak bertentang mata. Dia hanya pandang ke bawah dan sekejap-sekejap mengerling ke Ryu.


"Tuan puteri kelihatan cantik seperti biasa malam ni"puji Ryu menghulur tangan untuk Puteri Mara sambut. Dia perlu segerakan rancangan ini. Jika dia berlengah, Aerin bakal dalam bahaya!


"Terima kasih."sambut Puteri Mara meletakkan tangan ke atas tapak tangan Ryu. "Awak pun apa kurangnya."


Lantas Ryu pun tunduk mengucup permukaan tangan Puteri Mara. Seusai itu dia menurunkan tangan Puteri Mara ke bawah sebelum dia pandang Raja Emmett. "Ada sesuatu yang saya mahu sampaikan kepada tuanku."


"Ya...apa dia tu?"


"Saya menerima surat perintah dari Wilayah Selatan untuk membawa sekumpulan tentera kerana ada serangan goblin di wilayah tersebut. Mereka cuba membendung serangan tersebut tetapi ianya tidak terkawal."Dia perlu keluar seketika dari Xenthopia ini.


"Sudah tentu. Beta akan keluarkan surat kebenaran kepada kamu nanti."


"Terima kasih tuanku..."balas Ryu sebelum Camdus di sebelah mengundurkan diri.

Puteri Mara di situ dengar dengan tertib akan perbualan dua orang itu tanpa mencelah kerana dia tidak mahu menyibuk dan ianya bukan urusan dia untuk ambil tahu. Fokusnya hanya kepada Ryu di situ.

Di balik tetamu di situ, muncullah kelibat Aerin. Gadis itu ringkas mengenakan dress blue lilac dan bersanggul kemas pandang kanan dan kiri mencari seseorang. Sekali bila dia memalingkan kepala ke kanan, dia ternampak susuk lampai Ryu.

Untuk beberapa saat, Aerin terpaku. Bukan kerana terkejut tetapi kerana terpana akan penampilan Ryu waktu itu. Memangla biasanya lelaki itu kelihatan segak dan kacak. Tapi melihatkan Ryu berpakaian serba diraja hatinya dipagut perasaan aneh. Bukan kerana sihir yang Ryu kenakan pada dia, setiap kali dia tatap wajah itu hatinya berasa aneh!

Namun tidak lama dia perhatikan. Setelah Aerin sedar dia tidak patut di lihat, cepat-cepat Aerin menyorok ke celah tetamu. Risau kalau dia ketahuan dengan Ryu.

Bukan dia sengaja ingkar akan arahan Ryu. Tapi Aerin datang ke situ kerana ingin menjelaskan situasi kepada Caspian. Agar lelaki tu berhenti dari mengejar dia lagi. Sebab itulah dia ke majlis tari menari tersebut. Tapi entah kenapa sejak dia datang sejak itu la kelibat Caspian tidak kelihatan. Jenuh dia menjengah kepala mencari kelibat Caspian. Tak ketemu jugak.

Sekali lagi Aerin cuba mencari Caspian. Dia mencelah dari satu tetamu ke tetamu yang lain. Dengan harapan dapat bertembung dengan Caspian. Toleh punya toleh, KEDEBUK!

Tepi mukanya berlanggar dengan satu badan. Aerin pun tersentak. Bila dia pandang ke depan, dia bersemuka dengan seorang lelaki bertubuh lampai dengan renungan yang menakutkan.


"Mm...maafkan saya."kedip Aerin dengan gugup. Mujur la lelaki buffy depan dia ni tidak memaki. Kalau tidak mahunya kedudukan dia terdedah.


"Cik tak apa-apa?"Camdus menegur. Dia perasan kelibat Aerin tadi. Sebab itu dia mendekat. Tak sepatutnya Aerin berada di majlis ni. Dia perlu membawa Aerin keluar sebelum pengumuman diadakan. Dia khuatir kalau Ryu lihat Aerin di sini, tuannya itu akan berubah fikiran!


"Ya..saya tak apa-apa."tunduk Aerin setelah itu.


Mata Camdus melirik pada bahu kiri Aerin yang terdedah itu. Satu lambang merah terukir kemas padanya. Mengutik kesedaran dia waktu itu. Nampaknya tuan dia sudahpun mulakan rancangan lelaki itu sejak awal lagi. "Sepertinya cik sedang mencari sesuatu?Boleh saya bantu?"tawarnya.


Hm?Kening Aerin terangkat tinggi. "Saya cari kawan...tapi nampaknya dia tiada di sini."kedipnya selepas itu.


"Siapa kawan cik tu?Mana tahu saya kenal dan ternampak dia?"soal Camdus lagi.


"Caspian...dia yang mengajak saya ke majlis ni tapi tak kelihatan pula orangnya."jelas Aerin dengan perlahan. Sumpah dia rasa kekok sangat!

Camdus pun mengangguk. Sebab itu Aerin di sini. Itu bermakna Caspian sengaja menjemput Aerin ke majlis ini kerana mahu Aerin saksikan pengumuman Raja Emmett sebentar lagi. Lelaki itu benar-benar nekad hendak pisahkan Aerin dan Ryu. Tapi mana mungkinlah. Kalau Ryu telah imprint Aerin, tak kira la siapa dan bagaimana caranya, dua orang ini tidak dapat dipisahkan.


"Oh Caspian...saya kenal. Tapi saya tak perasan dia dimana-mana juga..apakata saya temani cik untuk mencari dia?"


Lekas-lekas Aerin menggeleng. "Tak mengapa. Saya boleh temui dia bila-bila. Saya tak nak menganggu."

Sesaat Camdus hendak membuka mulut, ketika itulah Raja Emmet melaung. Lelaki itu meminta perhatian semua yang ada di situ.


"Perhatian...!"

Aerin ikut sama tersentak ke arah Raja Emmett. Dia terus pandang ke arah podium dimana lelaki itu sedang berdiri sama dengan Puteri Mara dan Ryu di samping.


"Terima kasih buat kesemua tetamu yang menghadirkan majlis ini. Beta amat senang hati kerana malam ini bukanlah sekadar satu majlis tari menari tetapi malam istimewa buat puteri mahkota beta..."Raja Emmett berucap sambil memandang kanan dan kirinya bersilih ganti.


Camdus di situ terus memalingkan kepala ke Aerin. "Cik nak keluar dari sini?"ajaknya buat kali terakhir sebab dia tahu semua itu tidak akan sempat lagi.

Aerin hanya dengar tidak dengar akan ajakan Camdus. Dia waktu itu terlalu fokus untuk tahu apa yang Raja Emmett ingin maklumkan.


"Malam ini terdapat satu pengumuman buat para hadirin yang ada."senyuman di bibir Raja Emmett semakin melebar. "Dengan ini saya umumkan Puteri Mara Ferin bakal berkahwin dengan pahlawan kebanggaan saya Ryu Fury pada hujung bulan ini..."

Lepas sahaja makluman itu Aerin di tepi Camdus waktu itu bungkam. Matanya berkedip perlahan tidak percaya walaupun air mukanya kekal tenang.

Ryu akan berkahwin dengan Puteri Mara?Macam tu aje? Habis tu dia bagaimana!?

Tepukan gemuruh pun kedengaran. Sorakan gembira yang kuat memenuhi dewan tersebut.

Sementara Camdus toleh ke sisi memandang Aerin dengan perasaan serba salah.

Walaupun dia sudah sedia maklum mengenai kemungkinan ini, tapi dia tak sangka yang semua itu akan jadi kenyataan. Mata Aerin kemerahan sebelum dia berpaling dari situ. Tangannya naik memegang dada yang sakit dan sesak selepas mendengar pengumuman tadi.

"Cik!"panggil Camdus tidak sempat apabila Aerin sudah menghilang di celah tetamu yang ada. Lantas dia kembali memandang ke arah Ryu. Tuan dia perlu tahu tentang hal ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience