Mereka teleport ke bilik tidur sesaat kemudian.
Tahu-tahu sahaja Aerin sedar dia sudah terbaring atas tilam. Ryu berada di atasnya.
Marah dan berang. Itu yang Ryu rasakan.
"Apa yang berlaku Aerin?"
"Mana ada apa-apa..."
Tidak dapat bertemu mata dengan Ryu, Aerin memalingkan kepala ke kanan. Melihat ke arah perapian. Keningnya mencerlung hendak menangis. Dia tidak dapat bersua muka dengan suaminya kerana rasa serba salah. Dan dia tiada keberanian hendak bertanya mengenai Bishop Harman sebab ianya akan membuatkan Ryu curiga. Yalah...kalau dia tanya nanti Ryu tanya dia semula macam mana dia boleh tahu. Takkan dia nak cakap yang Arran pecah masuk istana untuk membawa dia lari dari sini!Kan tak memasal tambah lagi masalah.
"Kenapa kau keluar tanpa aku?"Ryu menumbuk tilam di sebelah kepala Aerin. "Kau buatkan aku takut kau tau tak!"
Sambil mengetap gigi dengan erat, Aerin beranikan diri untuk memalingkan muka ke depan muka Ryu. Niat dia hendak marah kerana Ryu rahsiakan hal sepenting ini dari dia. Tapi sesaat selepas dia bertentang mata dengan suaminya, hatinya diruntun hiba. Bersalahnya dia pada Ryu selama ini.
Dari dulu sehingga sekarang, Ryu tidak pernah berhenti dari melindungi dirinya. Dan dia balas dengan menyakiti hati Ryu.
Perlahan-lahan air mata pun mengalir turun dari kedua belah tepi mata Aerin saat dia balas tatapan marah Ryu tanpa berkedip.
Hal itu disedari Ryu. Melihat mata berkaca isterinya telah buatkan kerutan di tengah kening Ryu menyurut. Riak marah tadi berubah menjadi terkejut. "Kenapa kau menangis?Sepatutnya aku yang menangis sebab fikirkan kau dah pergi tinggalkan aku!"
Dia pun tak tahu kenapa. Emosi dia ibarat roda yang berpusing. Sekejap dia okay, sekejap dia moody! Sekejap dia sedih.
Aerin menundukkan matanya, buatkan dia terpandang akan dada bidang Ryu yang terdedah tidak beralas. Nak dia jawab bagaimana lagi.
"Kenapa kau takut?Bukan ke sepatutnya kau gembira kalau aku dah tiada dalam hidup kau?Yalah...dah tak perlu lagi kau risaukan aku sekiranya aku pergi..dah tak ada orang yang akan menyusahkan kau." soalnya dengan sebak.
"Apa kau merepekkan ni Aerin..."
Semakin deras air mata yang mengalir turun dari tepi mata Aerin. Nangisnya mulai tersedu sedan. "Kenapa kau susahkan diri kau untuk risaukan aku...susahkan diri untuk lindungi diri aku sedangkan aku tak pernah senangkan hati kau..."tangannya naik menutup mata saat menangis.
Esak tanggis Aerin telah menyebabkan Ryu terus gerak ke tepi, dia kemudiannya angkat Aerin dari baring sebelum duduk bersila sebelah kaki di atas katil. Kedua-dua belah pipi itu dipegangnya.
"Aerin..."pandanganya dengan kening berkerut susah hati. Tak pernah dia buatkan Aerin menangis kerana dirinya. Ianya buatkan Ryu agak terkejut.
"Aku tak pernah beritahu aku cintakan kau selain perkataan benci yang selalu aku beritahu pada kau, kenapa kau masih layan aku dengan baik!?"nangis Aerin tidak dapat mengawal suara nangisnya dari teresak-esak.
"Shh...dah jangan menangis. Maafkan aku kalau aku buat kau sedih sebab tinggikan suara tadi.."Ryu seka air mata yang turun dari kedua-dua belah mata Aerin dengan ibu jarinya.Lalu dikucup lembut mata yang basah itu ingin memujuk.
Lantas Aerin pun meraung. Kenapa Ryu yang minta maaf pada dia sedangkan sepatutnya dia yang minta maaf pada Ryu! Baru sekarang dia faham kenapa Ryu taknak dia tahu hal sebenar apa yang dah berlaku. Sebab ini la. Sebab Ryu taknak dia rasa serba salah.
"Aku tak pernah berkecil hati dengan kau Aerin...kenapa kau sesedih ni?Aku salah sebab tinggikan suara pada kau...sebab aku terkejut bila kau tak ada. Tolong jangan menangis lagi."Ryu mengucup lembut pipi dan bibir Aerin semasa isterinya begitu kesedihan.
Aerin membuka mata setelah berhenti meraungnya. tapi esaknya semakin menjadi-jadi. Dia pandang Ryu dengan mata basah dengan air mata. Tangannya perlahan-lahan naik menekap tepi muka Ryu dengan kasih. Kalau dia tinggalkan Ryu, pasti Ryu akan patah hati. Dan ianya buatkan dia lebih kejam dari sebelum ni!
"Berhenti menangis Aerin...kau buat aku sedih bila tengok kau menangis macam ni. Aku janji aku takkan tinggikan suara lagi. Tapi kau kena janji dengan aku kau takkan ke mana-mana tanpa aku di sisi kau lagi."berkali-kali Ryu menghapus air mata yang mengalir dari tepi mata Aerin, tapi nangis Aerin itu tiada tanda ianya akan berhenti bila-bila masa.
"Kau pun patut berhenti buat aku rasa macam ni!Buat aku bencikan kau...aku penat jadi jahat pada kau.."
Ryu mengangguk kepala. "Okay...aku akan berhenti. Sekarang jangan menangis lagi...okay?"mintanya sambil menarik tubuh itu ke dalam pelukannya. Dia tak tahu apa yang buatkan Aerin tiba-tiba jadi begini. Apa yang pasti, mesti ada yang telah menganggu fikiran Aerin sekarang. Kalau ikutkan hati dia dah lama rentap rantai pendinding dari Aerin dan gunakan kuasa sihirnya untuk tenangkan Aerin, tapi tidak, Ryu enggan buat Aerin susah hati kerana tindakannya nanti.
Sambil menepuk belakang badan Aerin, Ryu menghayun badannya kanan dan kiri cuba untuk menenangkan isterinya itu.
Aerin merehatkan dagunya ke atas bahu Ryu bersama sisa sedu sedannya saat air mata masih mengalir turun dari tepi mata. Tangannya terkulai di atas riba Ryu tiada tenaga hendak di angkat untuk membalas pelukan itu.
"Kau takkan tinggalkan aku kan Ryu?"bisiknya dengan suara serak menangisnya.
Ryu menjarakkan pelukannya untuk memandang wajah Aerin. Dia tenung tatapan sedih Aerin dengan senyuman meleret di bibir. Kenapa Aerin tanya soalan ni?Buat dia risau aje la.
"Hanya maut yang memisahkan kita Aerin.."bisiknya di depan bibir itu. "Selain tu, aku takkan tinggalkan kau..."
"Okay."Aerin menarik senyuman semasa air mata mengalir ke tepi mata kanannya.
"Kau tahu aku baru perasan yang pipi kau dah tembam dari kebiasaannya...." ucap Ryu memberi kucupan di bibir Aerin sekejap sebelum menggomol pipi itu dengan hidungnya geram-geram.
Dengan manja Aerin memukul tepi lengan Ryu yang sedang memeluk belakang kepalanya. "Tengok tu...aku baru cakap, kau buat jugak perangai menjengkelkan kau tu.."rengeknya.
Ryu ketawa perlahan sebelum mencium tengah dahi Aerin sebelum menarik nafas dalam pada masa yang sama. Rasa sesak dan marahnya tadi telah surut sepenuhnya kerana Aerin dalam pelukannya. "Menjengkelkan kau adalah pekerjaan tetap aku permaisuriku.."
"Itu aje la tahunya kau kan..."
Berasa lega kerana sentuhan itu, Aerin memejamkan matanya. Dia dah buat keputusan,. Dia takkan ikut Arran pergi dari sini melainkan Ryu yang mahukan dia meninggalkan suaminya ini! Jika tidak, dia akan kekal di sisi Ryu tak kira apa yang berlaku.
Share this novel