CHAPTER 8 : Minta Diri

Fantasy Completed 5425

Satu parut berada di sepanjang belakang badan kekar sewaktu Ryu menyarung baju ke badan sebelum dibutang lima dari bawah sementara baki yang lain dibiarkan tidak dikancing. Dan dia bergerak keluar dari bilik sebelum bertemu dengan pengawal yang bertugas menjaga sekitar kawasan istana selatan di situ. Tempat dia menetap selepas pulang dari peperangan seminggu yang lepas.

            "Nak ke mana Ryu?"sapa seorang dari mereka apabila lelaki lampai tersebut melewati mereka di koridor tersebut.

            "Ambik angin.."beritahu Ryu dengan senyuman nipis di bibir. Rambut panjangnya yang hampir menutupi sebahagian dari keningnya itu dikuak ke belakang apabila angin pagi meniup secara tiba-tiba.

Lantas pengawal istana mengangguk sebelum menyambung perarakan mereka.

Dan Ryu kembali menyambung langkahnya. Selama empat tahun dia di negeri orang. Ini kali pertama dia lihat kawasan Xenthen Empire.

Dari pintu masuk, iaitu pintu pagar yang dibina megah dengan rel emas yang kukuh. Kanan kiri pemegang pagar pula adalah dua tugu batu berbentuk naga yang gagah. Melepasi dari pintu pagar kanan dan kiri laluan berjubin itu di tumbuhi dengan pokok-pokok rendang. Berpuluh ekar luasnya laman istana itu terdapatnya tiga buah kolam besar yang khas untuk para naga berendam. Sekitarnya pula terdapat pelbagai jenis pokok bunga yang berwarna warni. Sehinggalah tiba ke depan pintu masuk bangunan istana.

Bila keluar dari kawasan istana pula, ada tiga simpang. Satu laluan berbatu lurus menuju ke arah pekan. Satu laluan ke kiri adalah menuju ke tapak dimana para tentera dan khemah tentera berada. Satu laluan ke kanan pula adalah laluan untuk ke Akademi Dragon Tamer.

Hanya berjalan kaki, ketika itu Ryu membelok ke kanan. Menuju ke akademi yang telahpun dia tinggalkan lama dahulu. Dia tidak berharap dapat menemui orang yang dia ingati selama ini, tapi sekurang-kurangnya dia dapat melawat ke tempat dimana banyak memorinya telah tercipta.

Jalan punya jalan, Ryu Fury tidak menyedari kaki dia telah membawa ke sebuah tempat dimana sebuah kolam berada. Dan bila dia lihat pokok besar tempat dia selalu bergayut masih lagi kukuh berdiri memayungi sekitar kawasan tepi kolam di situ. Mengimbau semula kenangan tempat di mana dia dan Aerin selalu luangkan masa jika kelas latihan Aerin selesai dan dia tiada apa-apa hendak dibuat.

Sekali apabila Ryu tiba, dia dikejutkan dengan satu susuk manusia sedang bersimpuh depan kolam dengan bakul rotan. hamparan kain hijau menjadi lapik tempat istirahatnya. Buku terbuka di depan muka sementara sebelah tangan memegang potong sandwich ham. Bila pandangannya jatuh pada kepala berambut ikal mayang bertoncang halus ke belakang, bibirnya terus terukir senyuman.

Nampaknya tadi sebelum keluar dia langkah kanan untuk ke sini!

Dia ingatkan dia tidak akan dapat menemui Aerin sehingga dia pergi dari sini nanti.

Rupa-rupanya takdir masih menyebelahi nasibnya.

              "Buku dan Aerin Ofelia...berpisah tiada..rasanya kalau boleh melekat, buku tu dah melekat dekat mata kau agaknya kan...." tegur Ryu saat berdiri di sebelah kanan sambil membawa tangan ke belakang badan. Memandang pemandangan kolam di situ.

Sama sekali tidak menduga kehadiran Ryu di situ, Aerin tersentak dan menahan nafas dengan kuat sebelum dongak ke kanan dengan riak terkejut. Mujurlah dia dah siap telan sisa makanan yang dikunyah tadi. Kalau tidak mahunya tercekik gara-gara terkejut tadi.

              "Kau-"

               Ryu pun berpaling, dia tunduk memandang Aerin dengan sengih meleret di bibir. "Kenapa tak ingat aku lagi?"

Mata Aerin pun berkedip satu kali kerana terpaku melihat wajah Ryu yang kelihatan sangat berbeza dan kelihatan matang dari kali terakhir dia menemui nemesis dia ini. Tapi kenapa Ryu boleh berada di sini?Dia ingatkan lelaki ini tidak akan ke sini lagi memandangkan sudah berhari telah berlalu sejak lelaki ini pulang ke Xenthopia.

               Perlahan-lahan Ryu pun berlutut sebelah kaki di hadapan Aerin menghadap gadis itu. Dia pegang buku yang dibaca Aerin tadi. "Buku apa yang buatkan kau khusyuk sangat ni?"dia tunduk membelek buku sambil berkata. "Sampaikan aku datang mendekat pun kau tak sedar?Macam mana kalau orang jahat yang terkam kau dari belakang?Tak kan masalah aje nanti namanya..."barulah dia pandang Aerin semula.

              "Kenapa kau ke sini Ryu?Kau perlu kan apa-apa?"Aerin rampas semula buku dari tangan Ryu dan menutupnya sebelum diletakkan ke dalam bakul rotannya. "Kalau kau nak jumpa Bishop Harman, dia ada dalam akademi..."Ingatannya tentang apa yang dibualkan Judas tempoh hari terlintas pada masa itu juga. Buatkan dia tersedar dan malu hendak berhadapan dengan Ryu. Lagipun mereka sudahpun berpisah selama empat tahun, jadi suasana antara mereka sedikit janggal dia rasakan.

               Mata Ryu memerhatikan setiap pergerakkan Aerin tanpa lepas. Dari tangan berjari kurus Aerin hinggalah bibir tu. "Kau dah lupa ya?"

               "Tentang apa?"

               "Janji kita.."Ryu tenung tatapan Aerin kepadanya dengan perasaan berharap.

                Disebabkan dia tidak ingat, Aerin terus menggeleng. "Janji apa?Aku tak ingat pun kita pernah berjanji."

                Berkerut kening Ryu lepas tu. Dia betul-betul terkedu. "Kau tak ingat?"macam mana Aerin boleh lupakan janji mereka macam tu aje sedangkan dia dekat sana tak berhenti dari mengingati Aerin. "Kau janji dengan aku kau akan tunggu aku. Tapi masa aku balik, kau tak cuba untuk cari aku langsung..."

               Hah?Aerin mengedipkan matanya sekali lagi. "Aku cakap macam tu?"

Ryu mengangguk.

               "Jangan nak buat cerita. Aku tak ingat apa-apa pun mengenainya. Entah-entah kau yang reka semua tu!"

Terkilan yang amat sangat dengan kenyataan Aerin itu Ryu terus berdiri. Dia tunduk memandang wajah tu bersama dada berdenyut sakit. Tidak sepenting ini ke diri dia dalam hidup Aerin?Macam mana Aerin boleh dengan selamba cakap tak ingat kepada dia!?

                "Tak ada sebab aku nak reka semua tu Aerin."Ryu tunduk memandang ke bawah. Kecewa dia kerananya." Tapi tak apalah... kalau kau tak ingat, aku tak boleh nak buat apa-apa. Sebab lepas ni aku mungkin takkan kembali ke sini lagi. Sebab lepas ni aku akan sibuk di istana dan keluar ke medan perang."

Aerin bangun. Dia cuba nak berkata ,tapi perkataan tu tak dapat nak keluar bila dia lihat wajah kelam Ryu. Apa patut dia katakan?Dia tak tahu. Dia bingung. Aerin cuba nak tanya tentang insiden dimana hari dia salahkan Ryu selepas senior dia tidak datang menemuinya, tapi bila dia teringat akan kata-kata kasarnya pada Ryu, Aerin malu sendiri.

                  "Kenapa?"Ryu tunggu Aerin habiskan kata-kata tapi gadis itu hanya diam memandangnya. "Kau tak ada apa-apa nak beritahu pada aku?"

Ada...tapi dia tak tahu nak cakap macam mana!Aerin kemudiannya mengetap bibir sebelum geleng.

Semakin terkilan Ryu rasakan waktu itu. Selama empat tahun dia nantikan saat pertemuannya dengan Aerin, tetapi Aerin tidak menunggu ia pun selama ni. Penuh bersemangat dan harapan dia melangit bila tiba di Xenthopia tapi musnah selepas dia menyedari Aerin sekalipun tidak cuba hendak menemui dirinya!

                 "Okay. Jagalah diri kau dengan baik lepas ni. Aku doakan terbaik untuk kau. Selamat tinggal Aerin."Ryu minta diri sebelum berpaling dari situ dengan langkah yang berat.

Ikut sama terkilan dengan ucapan itu, Aerin hanya diam di situ sehingga Ryu pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience