"Aerin.."bisik Arran dengan perlahan semasa melepaskan cengkaman dari tangan Aerin. "Jangan bahayakan diri kau. Itu aje pesan aku dekat kau."
Tidak berkedip dari renungannya ke mata Arran, Aerin mengangguk kecil. Dia kemudiannya berpaling ke hadapan dimana seluruh manusia dan naga yang berkumpul dalam kawasan tersebut. Untuk seketika dia mengerling ke sekitar sebelum berhenti ke arah Ryu.
Air mata mengalir turun dari kedua belah mata Ryu. Wajah merah padma lelaki itu jelas memberitahu betapa sedih dan takutnya dia taktala melihat Aerin ada di depan mata namun tidak berdaya hendak melakukan apa-apa. Oleh kerana ikatan sebagai naga dan rider milik mereka berdua, mahu atau tidak Ryu terpaksa akur jika dia diarahkan untuk tidak bergerak.
"Jangan lakukannya Aerin. Kau takkan berpihak pada Bishop Harman..."bisik Ryu dengan lirih taktala dia mula merasakan ikatan ajaib yang membelungi dirinya semakin lama semakin erat hingga menyakitkan dirinya.
Masa itulah mata Aerin bersinar keemasan. Seluruh tubuhnya mula mengeluarkan gelombang tenaga yang menebar keseluruh arah hingga menerpa naga-naga yang ada di situ.
Pada masa yang sama Bishop Harman sudahpun berlari ke arah Aerin dan Arran kerana lelaki tersebut sudah mengetahui bahawa dua orang itu telah memilih dan membuat keputusan sendiri.
"Hentikan mereka berdua!Pastikan perempuan tu tak gunakan kuasa dia atau kita semua akan mati!!"teriak Bishop Harman sewaktu berlari ke arah Aerin dan Arran dengan pedang terhunus ke hadapan.
Pantas Arran bergerak menghadang Aerin menjadi perisai taktala beberapa pemberontak yang lain ikut menerpa. Dia melalukan tapak tangannya ke udara sebelum munculnya bilah-bilah cahaya iaitu kuasa petir miliknya sendiri.
"Langkah mayat aku dulu."gumam Arran sesaat dia membuat gesture menurunkan tangan ke bawah. Diikuti dengan bilah-bilah cahaya itu jatuh dari langit lantas mengenai setiap seorang pemberontak yang cuba mendekati ke arahnya.
Bishop Harman dengan cekap melibas setiap bilah petir itu sambil berlari ke arah Arran.
Dan ketika Arran sedang bertarung mempertahankan Aerin, ketika itulah kuasa Aerin mulai mempengaruhi setiap naga di situ untuk mengekang setiap mahluk mistik jadian itu. Satu persatu naga mula menjelma kepada bentuk manusia. Dari pasukan diraja Ryu mahupun dari pasukan pemberontak Bishop Harman.
Namun kuasa Aerin menyebabkan setiap naga jadian itu mengerang kesakitan. Termasuk Ryu. Mereka semua mula berguling dan mengerengkot kesakitan seakan tubuh mereka terbakar dan dicucuh dengan hujung besi yang panas.
"Saya supress kuasa kamu semua."beritahu Aerin dengan mata bersinar keemasannya. dia jalan selangkah demi selangkah di mana Ryu sedang melutut sejak tadi. "Dengan ini tiada siapa akan berubah menjadi naga melainkan dengan kebenaran saya. Ianya akan menyakitkan sedikit..."
Seakan dijerut, Ryu mula kemerahan dari leher hingga ke kepala sebelum dia gerak hendak tersembam ke depan. Disebabkan Ryu bertarung dengan kesakitannya, dia langsung tidak menyedari akan pertarungan Bishop Harman antara Arran di hujung kawasan itu. Apa yang Ryu tahu, dia betul-betul terdesak hendak bebaskan diri dari kekangan kuasa Aerin.
"Uhuk!"batuk Ryu. Rasa sakitnyan ini sama seperti rasa sakit ketika dia berubah menjadi naga buat pertama kali sewaktu berusia 12 tahun. Bezanya sakitnya ini bukan dari dirinya tapi datang dari orang yang dia cintai!Lebih menyakitkan adalah kenyataan yang Aerin memilih untuk berpihak pada Bishop Harman! Tak mungkin Aerin memilih untuk berpihak pada Bishop Harman!Dia tak percaya~!
Taktala Ryu bergerak rebah hendak mencium tanah, muncul sepasang tangan di hadapan menyambut tubuhnya. Serta merta deria Ryu menghidu haruman menenangkan dari tubuh di depannya ketika itu. Bergelut hendak sedarkan diri, mata merah berairnya naik memandang ke atas.
"Aerin.."panggilnya tenggelam timbul.
Lantas Aerin pun tersenyum. Dia menyeka air mata dari tepi mata Ryu dengan ibu jari. "Aku tahu ianya sakit....tapi semua ni untuk kebaikan kau Ryu. Aku tak boleh biarkan kau menjadi pembunuh apalagi digelar sebagai pembunuh..."bisiknya di depan muka itu.
Butir bicara Aerin itu hanya didengari Ryu tenggelam timbul dek kesakitan yang ditanggung oleh lelaki itu. Dia tidak mendengar sepenuhnya bait kata Aerin apabila suara jeritan penuh kengerian kedengaran pada masa yang sama.
"ARGHHHH!!!!!"
Share this novel