"Berikan aku masa."
"Masa apa lagi Aerin?Kita tak ada banyak masa lagi."
"Kau tahu aku tak boleh buat keputusan ni secara mendadak. Sekalipun Ryu rahsiakan hal sebenar pada aku, aku yakin dia buat semua ni nak lindungi aku. Kalau betul dia nak gunakan aku atau nak sakiti aku, dia dah lama lakukannya...."beritahu Aerin dengan tegas.
"Tapi Aerin, Bishop Harman sedang memburu kau!Dia akan sakiti kau. Percaya la kata aku ni..."
"Aku tahu Arran. Tapi selagi aku tak dengar penjelasan dari Ryu, aku tak boleh ikut kau...maafkan aku."
"Fine. Kau nak masa. Aku berikan kau masa. Dan bila masa tu tiba, aku akan datang temui kau. Masa tu aku harap kau akan ikut aku keluar dari negeri ni secepat mungkin!"
"Aku tak janji Arran. Jadi pergi la dari sini sekarang. Aku taknak kau tertangkap dan dalam masalah."minta Aerin dengan kening mencerlung susah hati.
"Ingat Aerin...fikirkannya secepat mungkin. Kalau kau taknak pergi secara rela, aku akan bawa kau secara paksa.."pesan Arran sebelum memakai semula topeng mulut ke muka lalu berlalu pergi dari koridor itu.
END OF FLASHBACK
Selepas Arran pergi dia tidak dapat tidur. Jadi Aerin ambil keputusan untuk mengambil angin dengan berjalan keluar ke laman istana. Tak tahu pulak masa dia keluar dia bertembung dengan Cadmus. Lelaki itu yang temani dia semasa dia berjalan.
Sepanjang masa dia berada di kolam tempat dimana naga berendam, Aerin banyak mengimbas kembali semua perbualannya dengan Ryu sebelum-sebelum ini. Dari segala tuduhan dan kata-kata kasar dia pada Ryu.
Serius beritahu dia berasa serba salah pada Ryu. Sebab dia fikirkan Ryu adalah penjahat dalam peperangan yang terjadi dan apa yang menimpa ke atas Brianna. Siapa sangka sebenarnya Ryu adalah orang yang melindunginya sejak awal lagi.
Hanya kerana enggan dia tahu kenyataan bahawa Bishop Harman adalah penjahat sebenar, Ryu ambil keputusan untuk membiarkan dirinya dipersalahkan dan dibenci oleh dia. Hanya kerana Ryu enggan buatkan dia kecewa dengan kenyataan bahawa Brianna bersubahat dengan kejahatan Bishop Harman, Ryu membiarkan dia menuduh Ryu sebagai tidak berhati perut!
Sedalam itu ke Ryu mencintai dirinya ini sampaikan sanggup menelan semua tuduhan dan marahnya pada Ryu.
"Kenapa tuanku cemas begini?Ada sesuatu berlaku ke?"pertanyaan Cadmus menyedarkan Aerin dari lamunannya. Dia pandang Ryu dari balik lengan Cadmus.
"Siapa tak cemas bila isteri sendiri hilang dalam pelukan?"marah Ryu!
Cadmus memalingkan kepalanya ke Aerin. Membuatkan Aerin tersentak dekat situ memandang kekok akan tatapan itu. "Tuanku kata Raja Ryu tahu tuanku keluar ke sini?"soalnya kerana itu la yang Aerin beritahu sebentar tadi semasa mereka bertembung.
Cepat-cepat Aerin mengetap bibir sebelum menunduk ke bawah kerana berasa serba salah.
"Dah kenapa kau keluar pagi-pagi buta macam ni Aerin!Kau boleh aje kejutkan aku kalau kau tak boleh tidur!Kau tahu tak betapa cemasnya aku bila tengok kau tiada tadi!"beritahu Ryu dengan nafas deras naik turunnya.
Mata Aerin berkedip. Dia segan-segan mengangkat mata ke atas. Tatapan serius Ryu dan Cadmus membuatkan dia seperti kerdil di depan dua lelaki lampai ini. "Maaf.."ucapnya perlahan.
Kurang senang dengan nada yang dilampias oleh Ryu, Cadmus kembali memandang rajanya itu. "Tuanku...saya faham tuanku risau. Tapi perlu ke tuanku tinggikan suara begitu?"
"Kau diam!Kau tak rasa apa aku. Jadi jangan nak mengajar aku.."
"Bukan saya nak mengajar. Saya nak tuanku tahu, Permaisuri Aerin kebelakangan ni tidak sedap badan. Tuanku tak sepatutnya meninggikan suara begini..."
Berketik rahang Ryu. Dah la dia tengah panas hati. Makin panas dia bila ditegur begitu. "Macam mana kau tahu?Dan kenapa dengan sikap overprotective tiba-tiba kau ni?"
Gulp!Cadmus menelan air liur kerana soalan itu. Dia mengedipkan mata saat menyedari sesuatu. Ya tak ya kan. Kenapa tiba-tiba aje dia dalam keadaan mode instinct protective selepas berada dekat dengan Aerin?
"Sudah. Ke tepi. Aerin...dekat pada aku sekarang."Ryu menghulur tangan ke depan sambil menjengah kepala ke balik badan Cadmus memandang Aerin. "Lekas ke mari."
Teragak-agak Aerin sewaktu dia keluar dari belakang Cadmus. Pandang saja tangan Ryu, Aerin angkat tangannya lalu meletakkan tangannya ke atas tapak tangan itu. Jantung dia berdegup kencang. Marah ke Ryu pada dia!
Bersentuhan saja tapak tangan mereka, Ryu terus tarik Aerin ke dalam pelukannya dengan possesive sekali. Dia menjeling ke Cadmus sewaktu tangannya melingkar kesekeliling tubuh itu. "Aku lepaskan kau kali ni sebab tolong temani Aerin. Tapi sekali lagi kau cuba halang aku dekati isteri aku, aku takkan teragak-agak patahkan sayap kau!"
Dengan submissive Cadmus memberi tundukkan kepada Ryu. "Baik tuanku."
Perlahan-lahan gelung hitam muncul dari belakang Ryu sebelum perlahan-lahan menelan Aerin bersamanya ke dalamnya.
Share this novel