CHAPTER 88 : Pertempuran Besar-besaran

Fantasy Completed 5425

Subur.

Penuh dengan tumbuh-tumbuhan menghijau.

Udara juga bersih.

Kicauan burung boleh didengari di setiap arah.

Kawasan itu juga kelihatan terjaga dan segar. Seakan tiada tanda sebarang kerosakan yang terjadi. Ianya seakan ada yang menjaga kesejahteraan seluruh kawasan tersebut.

Beratus-ratus lelaki berpakaian serba serbi hitam dan hijau lumut berarak dalam barisan masing-masing. Tiga ekor naga berada di udara, namun sekadar berkeliling kerana tidak dapat meneruskan perjalanan kerana dihadang dengan sesuatu yang membuatkan ia tidak dapat menembusi sempadan tersebut.

Seperti dikhabarkan, ianya memang benar.

Seluruh kawasan ini telah dipagarkan. Seakan ada kubah halimunan telah memayungi seluruh kawasan sempadan ini.
Macam tak guna aje!
Dari semalam mereka sudah tiba, tapi disebabkan dinding pelindung tak guna ini, rancangan mereka untuk pecah masuk tergendala.

Tangan berglove Bishop Harman menekap permukaan udara di hadapannya dengan renungan dingin. Dari sudut pandangannya ianya kelihatan normal dan tiada apa-apa. Namun bila di pegang seakan ada dinding disitu. Bezanya dinding itu tidak kelihatan.
Kukuh dan kuat!

Setiap kali dia sentuh permukaan itu satu dengungan halus dapat didengari. Dan permukaan itu akan menghasilkan alunan seperti ombak kecil seakan ada tenaga sedang berdenyut-denyut pada dinding pelindung tersebut.

                "Tuan...kami dah ronda sekitar kawasan sempadan ini. Seperti yang tuan jangkakannya, iainya telah didindingkan dengan kuasa penghadang."

                Bishop Harman mengangguk. “Aku tahu..”dia berpusing ke belakang. Menghadap para tentera yang ada di situ. “Berubah jadi naga sekarang dan bakar dinding pelindung ni pada masa yang sama.”arahnya kepada mereka.

Dengan serentak semua kepala di situ mengangguk kepala tanpa berlengah mahupun bersuara. Mana-mana naga jadian yang masih dalam bentuk manusia mula mengambil tempat masing-masing. Satu persatu berubah kejadian dalam bentuk naga. Hampir berpuluh-puluh naga berkumpul di sekitar hadapan sempadan utara itu.

Bila semua sudah bersedia, Bishop Harman memberi isyarat kepada naga-naga yang ada saat berdiri di tengah-tengah Kumpulan naga di situ. Langsung tiada sebarang reaksi di wajahnya.

Maka naga-naga di situ mulai memanjang leher lalu ia mengangakan mulut dengan luas. Bersemburan la api pelbagai warna dan cahaya dari mulut naga-naga tersebut. Mengenai permukaan halimunan yang telah memagari laluan utama sempadan utara itu.
Dari satu naga ke satu naga yang lain, ia tidak berhenti memuntahkan api lahar hingga menimbulkan keretakan pada permukaan dinding pelindung itu.

Crack!

Crack!

Dari sekecil-kecil rekahan, ianya Semakin merebak ke serata tempat.

Bishop Harman menyedarinya setelah dia melihat cahaya yang muncul pada celah rekahan di situ. Berasa senang hati melihatnya, dia menyilang tangan ke dada dengan sengih meleret mengejek. Menanti masa berlalu untuk dinding pelindung itu runtuh.

Crick!

CRACK!

SWOOSH~~

Letupan kuat meledak di udara apabila dinding pelindung tersebut akhirnya berjaya menghasilkan sebuah lubang untuk memasuki kawasan sempadan.

Angin kuat menerbangkan dedaun kering dan mengibarkan jubah dan rambut mereka ke belakang sebelum ia reda sesaat kemudian.

               “Maju kehadapan!”arah Bishop Harman.

               “BAIK!”sahut semua di situ dengan serentak.

Seperti membawa awan gelap bersama, Kumpulan berpakaian serba kelam dan beraura jahat melangkah masuk ke garis sempadan. Dan apabila mereka injak kawasan itu, pemandangan yang awalnya tadi berumput dan kelihatan indah terus berubah rupa dalam sekelip mata.

Lantai berumput berubah menjadi lantai berbatu kerikil.

Pohon-pohon yang merimbun menjadi batang pokok yang terbiar dan sudah mati.

Udara yang bersih dan suasana ceria menjadi hening dan suram.

Perubahan mendadak itu telah membuatkan Bishop Harman menahan nafas terkejut sebaik matanya terarah di hadapan mereka.

What the-

Mata Bishop Harman perlahan-lahan terbuka luas. Lelaki itu kejung dibuat pemandangannya ketika itu. Masakan dia tidak terkejut, dia fikirkan yang mereka dapat menjarah kawasan ini dengan mudah kerana kehadiran mereka ini tidak diketahui sesiapa.

Rupa-rupanya sangkaan dia meleset!

             “Long time no see Bishop Harman..”sapa Ryu di barisan paling hadapan di situ. Dibelakang dia, berdirinya barisan tentera dan naga. Semuanya kelihatan gagah dan perkasa. Aura yang ditonjolkan oleh setiap mereka bersinar dengan kuat.

Walaupun jumlah tentera Bishop Harman lebih ramai dibandingkan Ryu, Bishop  Harman dan konco-konconya berasa tergugat dengan kemunculan Ryu di situ. Bukan rasa takut, tetapi aura yang dipamerkan oleh Ryu walaupun lelaki itu sekadar berdiri tidak berbuat apa-apa.

              “Nampaknya master dan tentera master ambil masa sedikit lama dari yang saya jangkakan untuk memecahkan dinding pelindung saya..”suara Ryu gemersik dalam udara sewaktu itu menghentak pendengaran setiap yang ada di situ.

              “Jadi kamu memang dari awal lagi mengetahui kehadiran kami ke sini?”Bishop Harman maju dua langkah ke hadapan.

                Dan Ryu berbuat hal yang sama. “Ianya bukan perkara yang sukar sekiranya master meninggalkan jejak master setiap kali master dan konco master bergerak. Terima kasih dekat master sendiri sebab izinkan saya menemui master tanpa susahkan diri saya untuk mencari master.”

                Rahang Bishop Harman berketik, mata kirinya Mengerenyet kerana kejengkelan dengan ucapan sinis Ryu itu. “Kenapa kamu pilih untuk menentang saya. Bukan ke tujuan kita sama Ryu. Ingin memusnahkan Empire Xethen…kita boleh bekerjasama bukan menentang antara satu sama lain.”

Mata Ryu berkelipan keemasan saat dia menarik sengih meleret.

               “Tujuan kita sama, tapi pendekatan kita berbeza. Saya lebih suka cara baik, tapi master pilih cara kasar.”ujar Ryu. “Memusnahkan dan membunuh penduduk yang tidak bersalah bukan cara yang betul untuk membalas dendam….dan saya tak berminat untuk bersekutu dengan master.”

                Bishop Harman berdengus mengejek. “Ya…mungkin sebab itulah Raja Emmet menyerahkan taktah Empire Xethen kepada kamu begitu saja.”dia datang untuk merampas semula mahkota Empire Xethen. Dengan ini dia dapat menguasai tanah magika ini.

                “Hahaha….impressive. Master sememangnya master yang hebat. Dengan mudah master boleh tahu hal sebenar.”Ryu menepuk tangan dengan perlahan. “So…memandangkan saya adalah Raja Empire Xethen yang semasa maka master datang hendak merampasnya dari saya. Begitu?”
“Adakah kamu akan serahkannya pada saya kalau saya minta?”

                 “Hahaha….tak semudah itu. Master tahu, master berhutang beberapa perkara dengan saya. Sekiranya master melunaskan hutang tersebut, mungkin saya boleh pertimbangkannya.”cadang Ryu dengan riak mesra di wajah. Tapi nada suara dia penuh dengan muslihat.

Semua di situ merenung tepat akan lelaki
lampai berpakaian serba hitam dengan lambang naga emas di bahagian dada kiri pakaian itu. Kagum dan risau pada masa yang sama.

                 “Hutang?Apa maksud kamu Ryu?”
“Ya. Hutang…tapi bukan pada saya…”Ryu mengetatkan lagi glove di tangan sambil itu.

                   “Kalau bukan kerana hutang itu, saya mungkin takkan ambil keputusan untuk menghapuskan master seperti ini.”

Tengah kening Bishop Harman bercantum. Lelaki itu mengecilkan mata saat pandang dengan curiga akan Ryu. Setiap bait kata Ryu langsung tidak dapat dia fahami.

                   “Apa yang kamu maksudkan Ryu?Kalau bukan kamu, siapa lagi yang saya berhutangkan?”

Di saat mata Ryu bersinar keemasan, Cadmus di belakang terus mengundur ke belakang. Lelaki itu mendepakan tangan sedikit di sisi dalam keadaan bersedia.

                   “Hutang nyawa seluruh warga Akademi Dragon Guardian yang master telah bunuh dan musnahkan. Hutang nyawa seluruh warga Puak Dragon Tamer. Hutang kebahagian Aerin Offelia yang telah dirampas. Itu adalah hutang master yang perlu master lunaskan…”suara Ryu sedikit demi sedikit menjadi dalam kepada garau taktala cahaya mula bersinar ke seluruh tubuhnya. "Seperti pepatah kata hutang emas di bayar emas, hutang nyawa di bawa mati!"

Terbutang luas mata Bishop Harman menyaksikan sekumpulan orang di situ berubah menjadi naga. Dan lagi-lagi apabila Ryu sendiri menjelma menjadi naga Fury hitam dewasa yang menakutkan. Susuk majestik haiwan mistik itu membuatkan ramai yang ada di situ berundur tanpa sedar.

Sementara Cadmus di situ sudah bersedia untuk memberi arahan kepada para tentera dan pahlawan naga diraja Negeri Cahaya setelah Ryu selesai menjelma.

               “Tak guna betul!”deram Bishop Harman dengan keras. Dia pantas menoleh ke belakang. “Kau orang tunggukan apa lagi!Serang!!!”teriaknya sambil menunding jari ke hadapan.

Melaung saja arahan itu, suara ngauman naga dan teriakan orang pun kedengaran. Kesemua tentera dan naga milik Bishop Harman maju ke arah Kumpulan Ryu.

Pertempuran besar-besaran pun terjadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience