Beberapa tahun kemudian,
Seperti kembangnya kuntum bunga yang mekar di waktu pagi, Aerin Ofelia membesar dari remaja ke dewasa menjadi seorang Dragon Tamer yang cantik dan berpengalaman.
Berserta dengan tahun yang berlalu, peperangan akhirnya telahpun berakhir. Naga-naga pemusnah yang ingin memberontak berjaya di hapuskan. Kepulauan tempat tinggal naga-naga pemusnah juga berjaya di tawan. Ahli-ahli sihir jahat yang dikatakan menjadi punca dan otak Utama rancangan penaklukan juga berjaya di bunuh. Hasil dari kejayaan ini Xethen Empire sekali lagi berjaya merampas beberapa buah pulau dan tanah yang dikatakan dihuni naga dan ahli sihi yang boleh membahayakan keselamatan sejagat.
Maka khabar berita kepulangan pahlawan dan naga pejuang yang merantau jauh ke negeri sebarang akhirnya tiba di Xenthen Empire. Memaklumkan kepada ke semua penduduk, raja dan ahli keluarga mereka bahawasanya mereka akan pulang dengan membawa kemenangan.
Ryu Fury yang menjadi sebahagian daripada ekspedisi itu juga pulang ke tanah air hingga memegang jawatan sebagai pahlawan diraja Utama. Sekarang Ryu sudahpun berusia 23 tahun, sementara Aerin baru masuk usia 20 tahun.
"Aerin!!"pintu kayu separa bulat terbuka ke dalam dengan mengejut.
Aerin di hadapan jendela sedang menunduk terus terhantuk setelah dia menegakkan kepala secara tiba-tiba ke atas.
"AUW!"aduhnya dengan kuat sambil memegang belakang kepala lalu berpaling ke arah pintu biliknya. "Dah kenapa?Buat aku terperanjat aje la!?"rambut panjang yang tidak diikat menutupi sebelah wajah saat memandang Talina di situ. "Ada apa?"
Talina pandang dengan mata terbutang luas, senyuman lebar dan nafas naik turun kelihatan teruja. "Mereka dah tiba di gerbang Utama pekan!"maklumnya.
"Siapa?"sambil menggosok kesan hantuk tadi, Aerin bercemberut meletakkan bekas penyiram yang dia gunakan untuk siram pokok bunga depan jendela bilik tadi. "Itupun nak memekik?Tak memasal kepala aku terhantuk."
"Hehehe!Siapa lagi!Pasukan Diraja Naga...mereka dah tiba ke sini. Semua orang di Pekan Xenthopia dah berkumpul untuk menyambut kepulangan mereka...ayuh!Kita pergi sama.."
Perlahan-lahan tangan Aerin pun turun ke bawah kerana agak terkejut dengan berita itu. Sakit yang dirasakan tadi sudah dilupakan. "Mereka dah kembali?"itu bermakna peperangan sudahpun berakhir? Berapa lama ya?Dia pun dah lupa sebab terlalu sibuk dengan latihannya untuk menjadi Dragon Tamer.
"Iya!"Talina berlari anak mendapatkan tangan Aerin. "Jom!Kita tunggu apa lagi!"dia menarik Aerin untuk keluar dari situ.
"Kenapa aku kena pergi sekali?Aku ada kelas nak kena masuk sekejap lagi. Budak-budak naga tu akan buat kecoh kalau aku masuk lambat ke kelas.."ujar Aerin menarik tangannya dan undur ke belakang tidak mahu keluar. Macam dia tiada kerja lain pulak yang hendak dibuat selain berhimpit dengan orang ramia semata untuk lihat para tentera dan naga-naga berarak! Rambut panjangnya tadi di sanggul malas ke belakang dengan sanggul jed hijau yang dikeluarkan dari lengan baju.
"Semua orang keluar ke pekan Utama Aerin...tak ada siapa yang ada dalam kota sekarang ni. Ayuh aje la.."desak Talina lagi. Dia terus menarik Aerin keluar dari situ tanpa menunggu rakannya dari terus menerus menolak ajakannya.
Tersangkut-sangkut langkah Aerin waktu itu. Dia cuba hendak elakkan diri dari terjatuh setiap kali Talina berlari sambil menariknya bersama menyusuri koridor lalu turun dari tangga asrama penginapannya dalam Akademi Dragon Tamer.
"Talina, jangan la laju-laju!"pesan Aerin.
"Kena la cepat, kalau tidak nanti kita akan terlepas. Ryu Fury akan balik ke sini. Ramai yang tunggu untuk berikan flower crown kepada dia..."beritahu Talian menoleh ke Aerin semasa mereka sedang berlari.
Aerin bingung.
"Kau ingat tak hari graduasi 4 tahun lepas masa Ryu pilih kau untuk berikan flower crown kepada dia?"
Ryu?Dia sudahpun lupa tentang Ryu selepas 4 tahun berlalu. Ini kali pertama dia dengar nama Ryu setelah Ryu bertolak pergi ke medan perang. "Kenapa dengan hari tu?"dia dah tak ingat. Kejadian pun dah lama berlalu. Lagipula dia dah terlalu sibuk dengan kelas dan latihannya di sini sampai tiada masa untuk fikir tentang hal lain.
"Disebabkan kejadian tu gadis Xenthopia berasa tercabar dan ingin dipilih seperti kau...jadi kita kena saksikannya."beritahu Talina selepas mereka berdua keluar dari kawasan akademi dan menuruni laluan bertangga yang berbukit-bukit menuju laluan Utama untuk ke pekan.
Aerin mengangkat dressnya naik ke atas, risau kalau kakinya tersalah pijak semasa menuruni anak tangga batu di situ. Talina mudah kerana mengenakan seluar. Dia yang tidak sempat hendak salin pakaian dan bersiap tu memang sudahnya hanya mengenakan dress labuh lengan panjang birunya.
Kawasan pekan waktu itu sudahpun sibuk dengan penduduk dan orang ramai berkerumun sepanjang laluan untuk ke arah istana Utama. Sama ada orang tua, kanak-kanak, remaja semuanya ada untuk menyambut kepulangan pahlawan Xethen Empire dari medan perang.
Belon, kertas rampaian berwarna warni terbang di Udara. Perhiasan bendera segi tiga merah kuning tergantung di atas lelangit sepanjang laluan. Beranda bangunan yang ada dipenuhi dengan orang ramai juga, kebanyakannya adalah kaum Wanita muda.'
Waktu itulah kelibat orang yang mereka nantikan muncul dari celah para penunggang naga dan tentera yang ada di situ.
Seorang lelaki berpakaian serba biru kehitaman sama seperti nama yang disandang iaitu naga Dark Fury Blue kelihatan paling ketara antara ramai-ramai di situ. Topeng hitam diwajah menyembunyikan rupa sebenar. Naga-naga yang lain ada yang menjelma dalam bentuk naga, ada yang menjelma dalam bentuk manusia mula menarik perhatian ahli keluarga dan orang ramai yang ingin menemui setiap mereka disitu.
Ramai-ramai di situ ada yang menyerahkan jambangan bunga. Namun ramai yang menyerahkan flower crown kerana ianya merupakan lambing penghormatan buat penunggang naga serta naga di situ. Kerana dalam adat naga flower crown yang diberikan kepada mereka itu ibarat maruah mereka. Jadi ianya sangat penting buat naga-naga di situ siapa yang meletakkan flower crown tersebut kerana ianya bermaksud orang yang memberikan flower crown itu adalah maruah naga itu sendiri!
Semasa Ryu mengerling orang di kanan dan kiri yang berkerumun, ramai gadis dan wanita muda cuba hendak memberikan flower crown kepada Ryu. Tetapi dia tidak menghiraukan mereka kerana waktu itu dia hanya mencari satu orang yang dia nantikan selama ini.
Tepat semasa Ryu kembali memandang ke depan, pada masa itulah Aerin muncul bersama Talina di celah kerumunan orang ramai. Mereka berdua saling berhimpit dengan orang ramai hendak jengah leher mereka perarakan di situ.Tetapi tidak disedari oleh masing-masing.
Share this novel