Creak~
Pintu kayu dua tombol ditolak ke dalam sebelum sebuah pelita gantung muncul sebelum satu kelibat keluar dari situ.
Aerin.
Dia mengerling sekitar koridor itu sebelum jalan menyusuri laluan gelap menuju ke sebuah jalan keluar dari situ. Derap langkah senyapnya hanya ditemani bayang-bayang dari cahaya pelita gantung yang dibawa bersama sepanjang perjalanan itu. Kibaran dari jubah yang terpasang pada tubuh sayup kedengaran setiap kali dia berjalan.
Tiba-tiba semasa Aerin tiba di sebuah selekoh, bunyi derap langkah orang berkawad kedengaran. Cuak punya pasal, cepat-cepat dia tiup api dari pelita lalu bersembunyi dalam kegelapan di balik dinding situ. Sekali dua orang pengawal keselamatan melewati hadapan tempat persembunyiannya.
Bila kelibat pengawal tadi lenyap dan menjauh, barulah Aerin keluar dari persembunyiannya dan meneruskan perjalanannya untuk keluar dari situ bersama pelita gantung yang telah dinyalakan semula.
Serius beritahu perasaan dia sekarang ibarat seperti orang buat salah besar aje. Sedangkan dia bukannya buat hal tidak sepatutnya di belakang Ryu. Dia cuma hendak selesaikan urusannya dengan Arran aje. Lagipun dari awal lagi Ryu sendiri yang berahsia dengan dia, takkan la dia tak boleh pulak buat kan. Tak adil la macam tu.
Aerin menuruni anak tangga sebelum tiba di laluan terbuka menuju ke sebuah beranda. Setibanya di luar beranda itu, dengan berhati-hati dia toleh kanan dan kirinya. Tiada sesiapa kecuali kegelapan malam dan bunyi cengkerik menyanyi.
Kata Arran lelaki itu akan menemui dia di situ. Tapi bayang lelaki itupun tidak kelihatan. Dah la sejuk macam ni!
Swooshh!
Dengan mengejut angin bertiup dari belakang. Menyebabkan Aerin tersentak kerana merinding keseraman. Sambil memeluk tubuhnya sendiri dia pantas menoleh ke belakang. Seseorang berkelubung dan bertopeng mulut sedang berdiri di situ menghadapnya.
"Kau lambat.."suara Arran menyapa dari balik topeng mulut itu serta merta.
Kening Aerin mencerlung.
"Kita janji untuk berjumpa jam 2 pagi, kenapa jam 3 pagi baru kau nak ke sini..kau tahu aku hampir tertangkap dengan pengawal yang meronda tempat ni tadi.."keluh Arran menurunkan topeng mulut ke bawah dagu.
Untuk seketika Aerin sekadar memerhatikan Arran sehinggalah lelaki itu selesakan diri di atas tembok batu beranda saat menghadapkan badan kepadanya. Dalam kepala pula sibuk menyusun ayat bagaimana nak bercakap dengan Arran supaya lelaki ini beri kerjasama kepada dia.
"So...apa jawapan kau?"Arran pandang ke wajah Aerin yang disimbahi dengan cahaya dari pelita gantung.
"Memangnya larikan diri dapat selesaikan masalah ke?"
"Ini bukan masalah kita Aerin...kau tahu tu kan. Apa yang berlaku adalah kerana tamak haloba mereka yang gilakan kuasa. Kita hanya mangsa keadaan."
"Tapi-"
"Aku bahayakan keselamatan aku ke sini bukan nak dengar syarahan kau Aerin. Aku nak dengar jawapan kau. Ikut aku secara rela atau paksa."Arran geram.
Dapat dia agak reaksi Arran begitu. Nafas Aerin mula tidak menentu. Dalam diam dia mengepal penumbuk dengan erat. "Tak. Aku takkan ikut kau."
"Kenapa?"
"Sebab aku tak boleh menjauh dari Ryu dalam keadaan aku sekarang."
"Jangan nak merepek!Memangnya lelaki tak guna tu dah sihirkan kau ke?Sampai kau tak boleh nak faham bahawa kita perlu selamatkan diri kita dari pupus sepenuhnya!?"Dengan kesal Arran menguak rambutnya ke belakang sebelum melepaskan hela nafas yang panjang.
"Ryu bukan seperti yang kau fikirkan Arran."
"Kau dah mabuk bayang dengan Ryu ke Aerin?Sampai kau lebih pentingkan orang lain dari diri kau sendiri...tolonglah...kau sendiri tahu cinta takkan dapat hidupkan semula keluarga dan waris keluarga kita yang terkorban kerana peperangan selama berpuluh tahun ni...."
"Dengar aku dulu Arran.."Aerin mendekat ke Arran. berdiri di hadapan lelaki itu dengan serius. "Aku tahu kau nak selamatkan aku...tapi kau kena tahu jugak...larikan diri takkan dapat selesaikan masalah yang ada selain menambahkannya.."
"Habis tu kau nak buat apa?Nak tunjuk hero?Macam tu? Kita hanya berdua aje Aerin. Selain diri kita tiada siapa yang akan bantu kita.."
"Ryu ada...dia akan bantu kita kalau kita jelaskan hal ni pada dia.."
"Kau pasti?Selain menghapuskan Bishop Harman dan konco-konco orang tua tak guna tu, tiada apa yang dapat ubah pendirian Ryu. Lelaki yang kau cintakan tu tak sebaik yang kau bayangkan Aerin..."cemik Arran dengan riak tidak sukanya.
"Sebab itu kau kena dengar apa yang aku akan katakan kejap lagi Arran."
Mata Arran mengecil apabila dia melirik Aerin dari atas ke bawah kecurigaan. "Apa yang kau nak cakapkan ni?"
"Kau ingat apa yang Bishop Harman beritahu dulu masa kita remaja??Mengenai kuasa kita berdua?"
Hah?Arran buat muka. "Yang mana satu?Aku rasa bukan satu dua perkara yang Bishop Harman pernah cakap tentang kuasa kita berdua.."
"Hish...kau ni kan-"
"Memangnya kenapa dengan kuasa kita berdua?"
Untuk seketika Aerin mendiamkan diri. Dia mengetap bibir menahan sabar sebelum berkata. "Kau beritahu aku yang kau boleh kesan kuasa aku kan?"
"Dulu...bukan sekarang."
"Ya...sebab ada sihir pendinding pada aku sekarang."
"So?"
"Kau rasa kenapa hanya kau dan aku aje yang masih terselamat sehingga sekarang??"
"Sebab Bishop Harman ingat dia boleh gunakan kita berdua supaya dapat bantu dia menakluk peperangan ni?"
"Ya. Tapi kenapa?Kenapa dia nak gunakan kita?"
Giliran Arran pula yang mendiamkan diri. Dia cuba fahamkan apa yang Aerin hendak katakan.
"Sebab kuasa aku boleh mengawal naga dan kuasa kau boleh hentikan apa saja jenis kuasa naga."beritahu Aerin. "Itu bermakna sekiranya kita gabungkan kuasa kita, bukan setakat seekor dua naga je yang boleh dikawal tapi keseluruh kerajaan naga..."
Terkedu Arran dibuatnya. "Takkan la kau-"
"Betul..kalau kita berdua bekerjasama, kita boleh hentikan peperangan ni dengan menghentikan semua pahlawan naga Bishop Harman dari melakukan kemusnahan. Dan gunakannya untuk menjatuhkan pengaruh Bishop Harman ke atas mereka semua..."pandang Aerin dengan bersemangat.
Mulut Arran melopong kerana tidak percaya.
"Kita boleh hentikan peperangan ni tanpa melibatkan nyawa orang Arran. Jadi aku tak boleh ikut kau pergi dari sini macam tu aje."
Arran turun dari tembok batu itu. Dia berdiri melangit di hadapan Aerin bersama mimik muka seriusnya dan tak terkatanya.
"Kau jangan nak buat kerja gila Aerin. Kuasa sekuat tu berbahaya. Kalau bukan aku yang mati, kau yang cedera dulu..lagipun kita berdua tak pernah gabung kuasa sejak awal lagi..Macam mana kalau kuasa aku bahayakan kau.."
"Tak cuba lagi...mana kau tahu.."
"Aku tak setuju. Kita tak boleh ambik risiko."Arran menggeleng kepala tegas. "Ikut aje aku pergi dari sini."lengan Aerin dicengkam. "Please Aerin."
"Jangan macam ni Arran. Tugas kita adalah menjadi guardian buat naga dan membantu mereka. Bukan melihat mereka saling menyakiti antara satu sama lain..."
"Tugas tu dah mati sejak Bishop Harman mengkhianati kita Aerin..."
"Kau salah...kita dah angkat sumpah Arran. Dan sumpah itu akan sentiasa mengalir dalam darah kita sehingga akhir hayat. Kau sendiri tahu tu kan?"
Haish!Rahang Arran berketik sewaktu dia mengepal penumbuk dalam tangannya. "Kau memang tak guna la Aerin."tak sepatutnya dia akur dengan permintaan Aerin ini. Tapi kalau ikutkan hati nuraninya, dia sendiri pun rasa sependapat dengan Aerin.
"Kau akan lakukannya kan?"pinta Aerin perlahan.
Arran menjeling tajam sebelum berdengus kasar. "Kau tahu bagaimana caranya?"
"Aku ada baca sikit mengenai gabungan kuasa ni...katanya sama ada kau atau aku yang jadikan kuasa itu satu dalam satu tubuh...lepas kuasa tu sebati dengan teras kita, kita boleh gunakan kuasa tu tanpa batas.."jelas Aerin.
Arran bawa tangan kanan berglove dia naik ke bibir. Dia gigit hujung ibu jarinya sambil membuat muka berfikirnya. "Kau kata kau dah bonding dengan Ryu kan?"
"Hm."
"Itu bermakna sekiranya kau yang gunakan kuasa tu, Ryu akan turut terpengaruh kerananya yang mana mungkin akan ganggu pelan kita. Jadi sebaiknya biar aku yang gunakan kuasa tu... lagipun kalau apa-apa berlaku, aku yang rasa. Bukan kau."
Mata Aerin berkedip-kedip sebaik mendengarnya. "Kau yakin kau boleh kawal diri kau masa gunakan kuasa tu nanti?"
"Bergantung. Tapi kau lupa ke. Kau kata ada sihir pendinding pada kau. Kalau macam tu, kau nak gunakan kuasa nanti macam mana pulak?"
Tangan Aerin naik terus memegang pendant rantai di dadanya. Dia curiga, tapi tak pasti betul ke tidak. "Aku akan uruskannnya kemudian. Apa yang penting kau percayakan aku dan setuju untuk beri kerjasama dengan aku."
Arran menjuling mata menyampah.
"Kalau aku tak setuju kau akan paksa jugakkan?"
Lantas Aerin mengangguk kepala. "Kalau macam standby. Tunggu sampai masa yang sesuai."
"Ugh!Fine. Jangan buat aku menyesal dengan keputusan aku ni Aerin."
"Kau takkan."beritahu Aerin semasa membalas renungan dalam Arran.
Share this novel