Asap berkepul-kepul di udara.
Bau terbakar memenuhi deria bau sesiapa yang ada di situ jika mereka berhampiran. Sisa runtuhan dan rumah yang terbakar kini berubah menjadi arang hitam yang rapuh. Hampir seluruh kawasan penempatan itu telah dimusnahkan.
Kepingan debu dan serpihan terbakar berterbangan seakan salji putih turun dari langit.
Beberapa orang penduduk yang selamat dalam serangan sedang berkumpul di tengah kawasan lapang dimana lima ekor naga berkawal di sekitar. Memandang setiap mereka dengan renungan menakutkan mereka.
Srap!
Srap!
Srap!
Kasut hitam boot combat memijak sisa kayu dan arang yang bersepah atas tanah dengan derap langkah beratnya.
Serta merta mereka di situ mengangkat kepala masing-masing. Semuanya kelihatan ketakutan dan menggigil setelah lihat akan lelaki lampai yang sedang berjalan mendekati mereka.
Camdus mengerling ke arah Ryu yang sedang jalan mendekati mereka. Jelas riak wajah tuannya tidak senang walaupun kelihatan tenang.
"Siapa ketua dekat sini?"
Camdus menarik seorang lelaki berjambang sekitar muka itu berdiri di hadapan. Lelaki itu telah siap diikat tali ke belakang. "Dia adalah penghulu kampung di sini."beritahunya setelah Ryu berdiri di hadapan mereka.
Lelaki berjambang dengan kesan parut terbakar separuh wajah itu memandang muka dingin Ryu bengis-bengis.
"Kenapa kampung ni di serang?Apa salah yang kami telah lakukan!"
"Shh.."arah Ryu sewaktu menilik setiap wajah wanita dan kanak-kanak yang berkumpul dalam bulatan di situ. Sama seperti yang dia duga. "Dimana orang lelaki yang lain?"pandangnya ke lelaki berjambang tadi. "Hairannya sewaktu kawasan ini di serang, tiada satupun kelibat naga atau orang cuba mempertahankan tempat ni?"
Lelaki berjambang itu dengan susah payah menelan air liur. Peluh dinginnya bercampur dengan kesan debu yang berlapis pada kulit mukanya.
"Bersuara!"arah Camdus menyepak belakang kaki lelaki berjambang tu sampaikan dia jatuh melutut sesaat kemudian di hadapan Ryu.
Esak tanggis kanak-kanak dan wanita kesedihan mula kedengaran dari kerumunan itu. Mengundang rasa tidak senang pada Ryu yang mendengar. "Di mana mereka?" sudah tiga perkampungan dia musnahkan dan semuanya bersituasi yang sama. Iaitu tiada naga atau kaum lelaki kelihatan di mana-mana. Kecuali orang tua, Wanita dan kanak-kanak yang tersisa di setiap perkampungan.
"Tak nak beritahu?"Camdus tunduk memandang wajah lelaki berjambang tu dengan riak kosong tanpa ekspresi. Tangannya memegang belakang tengkuk tu dengan kuat.
"Tolong jangan sakiti ayah saya!"suara lembut bersuara di balik kerumunan di situ.
Kepala Camdus terangkat serta merta. Lelaki itu pandang ke tuan punya suara. Ianya datang dari seorang wanita kurus bersanggul yang comot muka dan kotor dibuat debu kelabu sekitar pakaian.
"Hentikannya Leah."deram lelaki berjambang tu.
Ryu pun pandang akan wanita itu. "Di mana semua orang lelaki di kampung ni?Ke mana mereka telah pergi?"soalnya.
"Saya tak tahu...mereka pergi begitu saja...katanya ada kerja yang mereka perlu selesaikan.."beritahu wanita itu. "Saya berani bersumpah atas nyawa ayah saya. Kami memang tak tahu.."
"Kau tipu.."tegur Camdus dapat mengesan seseorang itu jika ada terselitnya penipuan dalam kata-kata mereka.
Pucat terus muka wanita tu selepas tertangkap.
Ryu kemudiannya tersenyum. "Kau tahu, kira untung aku tak bunuh semua orang dekat sini.."dongaknya akan naga-naga yang sedia mengelilingi kawasan itu. "Patut ke aku hapuskan kau orang semua seperti mana aku lakukan pada pendudukan kampung Naga Lambang Merah yang lain?"
Lelaki berjambang tadi dongak ke Ryu dengan mata terbutang kaku. Dia begitu terkejut dengan kenyataan Ryu. Bagaimana Ryu boleh tahu mereka adalah penduduk dari Kerajaan Naga Lambang Merah?"Apa dia?"bisiknya dengan nafas naik turun tidak menentu.
"Terkejut macam mana aku tahu?Aku sentiasa tahu. Cuma kali ni aku terpaksa masuk campur selepas orang kau cuba masuk campur urusan aku."beritahu Ryu.
Camdus dan yang lain di situ perhatikan sahaja setiap pergerakkan Ryu dengan tekun.
"Perkampungan Naga Lambang Merah...kau orang semua hidup seperti perlarian selama bertahun lamanya kan...tapi aku berjaya kesan setiap kau orang dah cari dimana kau orang sembunyikan diri. Siapa sangkakan ramai jugak yang terselamat..." beritahu Ryu semasa memandang lelaki berjambang di hadapannya waktu itu.
"Mereka telah dibunuh?"mata lelaki berjambang itu mula kemerahan.
"Kalau kau tak nak berakhir seperti mereka, mungkin sudah tiba masanya kau buka mulut dan menceritakan segalanya yang kau tahu..."Camdus bersuara. Masih mencengkam belakang tengkuk itu cuba hendak memberi amaran.
Perlahan-lahan lelaki berjambang itu memalingkan kepalanya ke balik bahu. Dia tatap wajah anak perempuannya lalu ke penduduk lain yang ada di situ. Kalau dia tidak buka mulut nyawa orang lain akan jadi taruhannya.
Dengan sabar Ryu berdiri situ. Tiada sedikit riak tidak senang atau marah pada wajahnya.
"Mereka semua sedang berkumpul di suatu tempat untuk persediaan perang. Bersama dengan Rider Harman Arion. Mereka akan menyerang dan menakluk Xenthen. Setiap naga lelaki yang ada dalam semua perkampungan telah dikerah untuk menyertai mereka buat menuntut bela atas kemusnahan Kerajaan Naga Lambang Merah..."akhirnya lelaki berjambang itu bersuara. Dia tunduk penuh kekesalan ke bawah.
"Bila?"
"Malam Bulan Penuh.."
Camdus mengangkat kepala ke Ryu. "Dua hari lagi dari sekarang.."ujarnya.
"Apa rancangan pertama mereka kalau macam tu?"tanya Ryu selepas itu.
"Saya tak tahu...mereka cuma beritahu mereka akan musnahkan seluruh kehidupan Xenthopia dan seisinya.."tambah lelaki berjambang itu kemudiannya.
"Kalau kita terbang sepanjang perjalanan sekarang kita akan ambil masa satu hari setengah untuk tiba ke Xenthopia. Apa yang tuan cadangkan?"Camdus melepaskan lelaki berjambang tadi kemudiannya.
Yang mana anak lelaki itu terus bergegas mendapatkan ayahnya dan menarik lelaki itu jauh dari Ryu dan Camdus.
Malam Bulan Penuh?
Sewaktu semua naga akan hilang kawalan?
Jadi sebab itulah Bishop Harman mahu menggunakan Aerin!?
Sebab Aerin aje yang boleh kawal fikiran mana-mana naga. Kalau Bishops Harman gunakan Aerin untuk itu maka seluruh naga yang ada akan ikut semua arahan lelaki tu!
"Tak guna betul.."keluh Ryu menguak rambutnya ke belakang. Dia sepatutnya temui Aerin dalam masa terdekat ni. Tapi kalau dia gunakan kuasa teleportasinya, dia mungkin terpaksa terbang sepanjang perjalanan untuk pulang ke Xenthopia nanti. Sebabnya jarak Aerin dan dia sekarang sangat jauh. Jika dia gunakan kuasa teleportasi lohong hitam sekarang, hampir separuh kuasanya akan digunakan. Yang mana dia tidak akan sempat caj tenaga untuk tiba pada masanya ke Xenthopia selepas itu.
Sudahlah semua tentera naganya tidak mempunyai kuasa magis. Dia cuma ada satu peluang sahaja untuk gunakan kuasa teleportasinya.
"Kita akan gunakan kuasa teleportasi aku untuk hantar semua orang ke Xenthopia serta merta."beritahu Ryu saat menarik sarung tangan kirinya. Lambang merah di tapak tangan waktu itu di teliti.
Lambang merah itu timbul dan kemerahan. Turut menghadirkan rasa Pedih dan panas pada lambangnya. Memberitahu Ryu bahawa Aerin turut merasai perkara yang sama.
"Tapi tuan kan-"
"Tak mengapa!Yang penting kita ke Xenthopia dulu."beritahu Ryu. "Arahkan mereka semua jelma dalam bentuk manusia. Kita akan gerak sekarang juga."kalau dia berlengah rosak pelannya nanti.
"Baik tuan!"sambut Camdus serta merta.
Share this novel