CHAPTER 37 : The Book Nook?

Fantasy Completed 5425

Sambil mencubit hujung baju belakang Ryu, Aerin jalan menyusuri laluan pasar di mana orang ramai berasak-asak lalu lalang di sekitar mereka. Oleh kerana badannya lebih kecil dan mudah di bawa dalam asakan itu, nak tak nak terpaksa dia pegang bahu Ryu kerana abang di hadapannya lebih tinggi dan selamat untuk dia dekati.

            "Aku tak tahu kenapa kau suruh aku teman ke sini Aerin?"renggus Ryu dengan muka kerimasan kerana orang ramai di dalam pasar tu.

            "Temankan aje pun.."Aerin menarik muncung.

             Ryu pun berpaling. "Kenapa kau nak ke pasar bawah tanah ni?"pandangnya selepas mereka berhenti di sebuah gerai menjual barangan Ajaib.

            "Sebab aku dengar dari mereka yang lain tempat ni seronok. Lagipun aku ada buku nak beli untuk ulang kaji nanti."

            "Hish!Aku ingatkan kau nak ajak aku keluar makan tadi. Tapi kau suruh aku temankan beli mainan kau.."Ryu capai tangan Aerin lalu digenggam dengan kemas sebelum menarik gadis berusia 13 tahun itu untuk berjalan pergi dari situ.

            "Kenapa kau nak marah?"

            "Mana ada aku marah...."

           "Kalau kau tak nak temankan aku boleh pergi sendiri..."

           "Jangan nak mengada-ngada!Cepat jalan."

END OF FLASHBACKS

Mereka berdua jalan seiringan di dalam kawasan bazar bawah tanah itu semasa ianya sibuk dengan pengunjung yang lain. Suara sibuk ada di mana-mana. Ada juga mahkluk magis seperti goblin botak bertelinga caplang sedang menjaga gerai. Ada juga ogre sedang menempa pedang magis di gerai istimewanya.

Beberapa pengunjung yang lalu lalang melewati pasangan yang mengenakan mantel serba biru dan hitam tersebut.

Waktu ini, Ryu sedang berjalan rapat di belakang Aerin. Mantel berada di atas kepala. Menutupi sebahagian wajah dengan topeng mulutnya. Buatkan penampilannya kelihatan misteri dan mencurigakan. Bukan kerana malu keluar bersama Aerin, tetapi kerana identitinya waktu itu.

Sambil berjalan Aerin kerling kanan dan kiri dimana gerai penjaja lain berada. Seorang ahli sihir baik muncul dari tepi, berselisih dengan bahu Ryu. Lalu Aerin di depan Ryu langsung tida berselisih kerana Ryu sendiri sudah cukup untuk buatkan mereka yang lalu lalang mengelak dan memberi laluan untuk mereka lewati.

THE BOOK NOOK

Papan tanda di kedai masih tergantung di hadapan laluan Lorong masuk pasar. Lantas Aerin pun membelok ke kanan. Disebabkan ianya di bawah tanah, keadaan Lorong di situ agak malap dan gelap. Tiada cahaya di situ melainkan dalam premis kedai tersebut.

Krincing!

Bunyi loceng yang digantung atas pintu pun kedengaran.

Seorang lelaki berjambang putih bertubuh kenit belakang kaunter mengangkat kepala selepas kelibat dua orang itu berjalan masuk ke kedainya.

            "Aerin.hai.... Lama tak berjumpa." sapa Mr. Thrason, seorang dwarf berumur 150 tahun. Seorang yang sangat peramah dan juga penuh dengan pengetahuan. Orang yang selalu Aerin rujuk ketika dia mencari maklumat di kedai buku semasa hendak menjadi Dragon Tamer beberapa tahun yang lalu.

            "Selamat siang Mr. Thrason."sapa Aerin dengan tundukkan kecil.

            Apabila kelibat lampai Ryu yang begitu menarik perhatian muncul di belakang Aerin, Mr. Thrason mengangkat kening dengan tinggi. Siapa pula ni? "Ada yang kamu perlukan ke Aerin?"

            Sambil mendekati kaunter tersebut, sambil itu Aerin melilau sekitar dalam kedai itu. Setiap inci di situ dipenuhi dengan buku. Para untuk meletakkan buku tinggi hingga mencecah langit. Pemandangan yang sama setiap kali dia ke situ."Saya perlukan maklumat tentang Sejarah Kerajaan Naga Lambang Merah."

            "Hah?"serentak itu Mr. Thrason dan Ryu pandang ke Aerin. "Sejarah Kerajaan Lambang Merah?"ulang Mr. Thrason semula.

             "Ya."hari tu dia ada baca satu buku, tapi buku tu tak mempunyai butiran yang lengkap. Ianya hanya mencatit akan nama Kerjaan Naga Lambang Merah. Jadi dia ke sini untuk mencari tahu lebih dalam lagi mengenainya.

             "Adakah ianya berkaitan dengan tugasan kamu?"

             "Tidak. Ianya adalah untuk pengetahuan saya."

              Lantas Mr. Thrason kerling ke Ryu semula. "Adakah lelaki di belakang kamu ini rakan kamu?"soalnya sedikit curiga. Yalah..mana la tak curiga. Tengok sendiri la penampilan mencurigakan Ryu. Sudahlah bermantel, serba hitam mengenakan topeng mulut lagi. Mesti yang memandang akan berasa was-was.

              Aerin mengangguk. "Jangan risau mengenai dia."

             "Tunggu sebentar.."Mr. Thrason turun dari tangga tempat dia berdiri di kaunter tersebut. Beberapa saat kemudian lelaki itu muncul di hadapan Aerin dan Ryu. Tetapi dwarf itu malah pergi ke pintu. Dia selak papan tanda 'OPEN' kepada 'CLOSE' sebelum menguncinya.

             Tindakan tersebut membuatkan Aerin yang memerhati kehairan. "Kenapa Mr. Thrason tutup kedai?"

              "Ikut saya.."ajak Mr. Thrason selepas itu. Dia   tidak menghiraukan pertanyaan Aerin tadi setelah berjalan masuk ke Lorong kecil di celah rak.

               Aerin gerak ke depan. hendak berjalan, tapi bila kaki dia baru saja nak melangkah, Ryu tiba-tiba berdiri depan dia. Menghadang dirinya. Aerin pun pandanglah Ryu dengan kening berkerut. "Nak apa?"

             "Dari mana kau dengar tentang Kerajaan Naga Lambang Merah?"bisik Ryu di balik topeng mulut.

               "Kenapa?Kalau aku tanya kau akan jawab ke? Sudah ke tepi. Jangan ganggu aku."Aerin menolak Ryu ke tepi lantas berjalan ke arah sama ke mana Mr. Tharson pergi tadi.

Langkah Aerin itu diperhatikan Ryu dengan renungan tidak dapat ditafsirkan.

               "Saya tak tahu bagaimana kamu boleh tahu mengenai kerajaan ni...tapi saya beritahu awal. Sebenarnya sudah lama kerajaan ini telah dihapuskan dalam sejarah."beritahu Mr. Tharson semasa jalan menyusuri celah Lorong rak di situ.

               Aerin di belakang perhatikan belakang kepala Mr. Tharson. "Kenapa?Sesuatu berlaku ke?"

               "Kamu masih kecil ketika semua ni berlaku Aerin.."suara gemersik tua Mr.Tharson kedengaran tenggelam timbul setelah lelaki itu membelok ke kiri Lorong rak. "Ianya berlaku ketika Raja Emmett masih lagi putera mahkota..dan raja terdahulu masih hidup."

Mata keemasan Ryu bercahaya dalam gelap ketika mengekori Aerin di belakang.

               Semakin tidak faham Aerin selepas dengar. "Kenapa sejarah kerajaan itu dipadam?"

Mr.Tharson berhenti di sebuah rak. Tangga kayu boleh bergerak itu di tarik lelaki itu sebelum ia dihentikan ke hadapan sebuah laci paling atas sekali. Termengah-mengah la orang tua itu mendaki tangga.

              "Peperangan Bulan Penuh. Itu yang kami panggil akan peristiwa tersebut. Dimana seluruh penduduk di situ di bunuh dan dihapuskan oleh tentera dari Xenthopia selepas berita mengenai Kerajaan Naga Lambang Merah cuba hendak memberontak dan melakukan kemusnahan tersebar. Sebab itu sejarah mereka di padamkan."

Laci dibuka. Lantas sebuah skrol di tarik keluar dari laci tersebut. Mr.Tharson tunduk memandang ke bawah untuk menyerahkan skrol itu kepada Aerin.
   
                  Aerin mengecilkan matanya. Peperangan?Dia  teringat sesuatu. Tapi dia tak tahu. Sebab ianya tidak jelas. Lagipun sewaktu peperangan terjadi dia masih kecil lagi. Sekitar 6-7 tahun begitu. Sekarang dia sudahpun berusia 27 tahun. Memang tak la dia akan ingat! "Apa yang berlaku pada penduduk di situ?"soalnya saat memegang skrol yang disuakan.

                Mr.Tharson turun dari tangga itu sambil berkata. "Tiada siapa yang tahu. Mungkin masih hidup. Mungkin sudah pupus sepenuhnya. Kalau ada mereka mungkin sedang bersembunyi..."skrol di tangan Aerin tadi di ambil semula.

               Lelaki itu kemudiannya gerak melutut di atas lantai. Membuka skrol itu di situ. "Lama dahulu kerajaan ini merupakan penyelamat buat puak naga. Naga Lambang Merah ini pula terdiri daripada enam buah clan. Setiap clan ada lambang tersendiri. Dan mereka ini adalah naga yang boleh menguasai seluruh negara tanpa peperangan sekalipun."

               "Adakah setiap lambang itu berwarna merah?"

               "Bukan....setiap clan ada warna lambang yang berbeza. Ada je warna lain."

Waktu itulah Aerin mencangkung. Dia ikut perhatikan setiap butiran yang ada dalam skrol tersebut. Satu daripadanya adalah lambang merah yang dia lihat di pekan Cardamom. Tetapi tiada satupun yang mempunyai warna yang sama seperti kepunyaan Ryu. Lambang Ryu berbeza dengan apa yang ada dalam skrol ini.

Sementara Ryu di belakang sekadar bersandar pada rak. Tidak berminat untuk mendengar perbualan tersebut. Dia tak tahu kenapa Aerin sibuk nak ambil tahu hal yang dah berlaku. Bukannya boleh dapat hidupkan semula mereka yang terkorban tu.

              Aerin mengerling ke Mr Tharson dengan kening berkerut.Kalau macam tu Ryu bukan seperti yang dia syak kan! Ryu bukan naga dari Naga Lambang Merah. "Sebab khabar angin mereka hendak memberontak,Raja Xenthen telah menghapuskan kerajaan tu termasuk dengan sejarah mereka?"

              Mr. Tharson mengangguk. "Ini saja maklumat yang tersisa selepas mereka bakar dan musnahkan apa saja yang melibatkan kerajaan tu. Di sini tertera setiap clan di ketuai oleh satu naga yang berbeza. Dan setiap naga ada Dragon Rider mereka."

             Untuk seketika Aerin diam. Dia tilik butiran tulisan purba dalam skrol itu sebelum memandang ke Mr. Tharson semula. "Kalau macam tu apa yang Mr.Tharson tahu tentang Dragon Whisperer?"

             "Dragon Whisperer?"

             "Ya."

             "Hmm...sebenarnya peperangan ni pun ada kaitannya dengan golongan Dragon Whisperer ni. Dulu Dragon Whisperer merupakan golongan yang berada di tingkat hieraki paling tertinggi dalam Kerajaan Naga Lambang Merah ni. Sebabnya Dragon Whisperer ni yang kawal setiap naga yang ada, dari yang jinak atau yang liar. Punca kenapa Kerajaan Naga Lambang Merah kukuh dan berpengaruh. Sebab adanya mereka ini, mana-mana naga berkuasa boleh dikawal walaupun mereka bukan Dragon Rider. Tapi sayang sekali...seluruh keturunan dan perintis Dragon Whisperer telah terbunuh dalam peperangan itu. Tiada siapa yang terselamat. Tanah mereka di musnahkan. Tempat tinggal mereka menjadi abu. Tiada yang tersisa sedikit pun pada malam kejadian tu."

               Terkedu Aerin selepas dengar. Kalau macam tu mimpi yang selalu muncul dalam tidurnya itu bukan la hanya mimpi tetapi serpihan memori yang tersisa selepas apa yang berlaku sewaktu dia kecil?"Siapa yang bertanggungjawab serangan di malam kejadian tu?Kenapa mereka perlu di bunuh?"

               "Tiada siapa yang tahu. Kerana pada malam yang sama serangan sedang terjadi di istana Utama Naga Lambang Merah. Bila mereka tiba di perkampungan Dragon Whisperer tempat itu hanya tersisa dengan rangka rumah dan bangunan yang terbakar."Mr. Tharson mengerling ke Ryu seketika sebelum pandang Aerin.

                "Itu maksudnya semasa serangan berlaku, perkampungan Dragon Whisperer telah dimusnahkan?Pada masa yang sama atau sebelum?Atau selepas serangan terjadi di istana Utama?"tanya Aerin lagi.

               Masa itulah Ryu berdiri tegak dari sandarnya. Dia pandang Mr.Tharson dan Aerin di lantai. "Cukup. Ayuh Aerin. Kita kena balik sekarang."arahnya. Cuba hendak bangunkan Aerin dari situ.

Tetapi Aerin malah menolak tangan Ryu ke tepi.

               "Maksudnya malam Bulan Penuh tu peperangan bukan sahaja berlaku di Istana Utama Kerajaan Naga Lambang Merah, tetapi di perkampungan Dragon Whisperer juga diserang?"

               Mr.Tharson mengangguk. "Kawan kamu sepertinya nak cepat tu."beritahunya bila dengar Ryu mengajak Aerin pergi dari situ.

               "Jangan hiraukan dia...saya nak tahu lagi."geleng Aerin enggan mempedulikan Ryu. Sekarang ringkasannya ialah, pada malam kejadian tu, satu pihak cuba musnahkan Kerajaan Naga Lambang Merah dan satu pihak lagi ada yang cuba menghapuskan Dragon Whisperer!?Itu bermakna bukan ada satu kuasa saja yang mahu melihat kemusnahan Naga Lambang Merah. Tetapi dua."Sekarang beritahu saya, macam mana kalau Dragon Whisperer masih ada?Apa yang akan berlaku?"

               Berkedip mata Mr.Tharson selepas dengar   soalan tu. "Saya tak tahu Aerin.semua ini pun masih misteri sehingga sekarang...tiada yang jelas kerana sehingga sekarang tiada siapa yang tahu bagaimana Perkampungan Dragon Whisperer dimusnahkan. Oleh siapa?Kenapa?Saya sendiri masih cuba nak fahamkan apa yang berlaku pada Kerajaan Naga Lambang Merah dan Dragon Whisperer mereka."jelasnya.

               Rahang Ryu berketik. Matanya mengerling ke Aerin serta merta lalu ke wajah dwarf di hadapan gadis tersebut. "Kalau macam tu kita keluar dari sini...ayuh Aerin."gesanya lagi.

Perlahan-lahan Aerin bangun dari bercangkung tadi. Tapi dia masih termenung memikirkan sesuatu. Ada sesuatu yang tertinggal di balik semua maklumat ni. Sesuatu yang membuatkan Peperangan Bulan Penuh terjadi dan kenapa Perkampungan Dragon Whisperer dimusnahkan?

             "Jom kita keluar dari sini.."ajak Ryu memegang lengan Aerin. Menyentak lamun gadis itu.

Mr.Tharson perhatikan saja Ryu sejak tadi. Lelaki itu merasa aneh dengan aura yang ditonjolkan oleh Ryu sepanjang masa Ryu berada di situ. Entah kenapa dia merasa seakan dia kenal akan aura itu. Tapi tak tahu di mana dan bila?

Marah-marah Aerin pun memalingkan kepalanya ke Ryu.

             "Kan aku dah beritahu...aku akan ambik masa dekat sini..kalau kau sibuk kau boleh pergi dulu."sungut Aerin sambil berjalan terpaksa kerana ditarik Ryu.

            "Kenapa kau sibuk nak tahu sejarah lama?"

            "Sebab aku nak tahu la..."

            Cengkaman pada pergelangan Aerin menjadi kuat tidak semena apabila Ryu mendengar balasan itu. "Aku tak nak kau cuba cari tahu lagi apa-apa tentang Kerajaan Naga Lambang Merah tu apalagi tentang Dragon Whisperer tu...kalau boleh jangan libatkan diri lagi."

           Terkedek-kedek Aerin jalan menyaingi langkah kaki panjang Ryu waktu itu. "Kenapa?" mereka berdua kemudiannya keluar dari kedai buku tersebut.

Ryu tidak menjawab.

          "Hei!Aku tanya..kenapa tak boleh?Memangnya kau tahu sesuatu tentang kejadian tu ya?"

          "Aku akan hantar kau balik terus ke bilik kau. Pastikan kau tak keluar ke mana-mana selepas ni."arah Ryu melalukan tangan ke Udara di dinding Lorong situ menghasilkan lohong hitam padanya.

         "Beritahu aku dulu...apa yang kau tahu?"

          Ryu tolak Aerin mendekati lohong hitam itu. "Masuk sekarang."arahnya.

          Aerin tidak mahu dia malah pegang lengan Ryu. "Beritahu aku...apa yang sebenarnya berlaku?"

          "Tak ada apa-apa okay. Tolonglah.."Ryu cuba menolak Aerin masuk ke lohong hitamnya. Keningnya mencerlung.

          "Ada...kau ada sesuatu yang kau tahu tapi tak nak aku tahu.."

           "Pergi sekarang."

            Aerin tampar tangan Ryu dengan kasar. "Beritahu aku Ryu."

            "Tiada apa-apa yang aku perlu beritahu kau. Masuk sekarang."pandang Ryu dengan serius ke Aerin.

Terdiam Aerin. Dia pandang mata Ryu sebelum bergerak masuk ke dalam lohong hitam tersebut dan sesaat kemudian dia sudahpun berada di dalam bilik tidurnya.

Ryu lenyapkan lohong hitam itu sebelum berpaling ke arah pintu kedai buku semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience